Banyak yang dapat kita lihat di medai sosial berkenaan isu menghina dan merendahkan orang lain oleh kerana imej atau rupa paras sesetengah individu. Meski pun tidak semua yang berkelakuan seperti ini, tetapi agak kesal di lihat apabila ramai yang masih ada pemikiran kolot.
Hakikatnya, manusia ini bukanlah siapa-siapa yang berhak untuk menghina sesama makhluk yang lain. Kita semua di ciptakan olehNya dan hanya Allah SWT sahaja yang berhak untuk menghukum seseorang. Penghinaan yang mereka lontarkan itu pula seakan-akan menghina ciptaan Allah swt.
Terdahulu, kita pasti akan dapat melihat secara terang-terangan berlaku sama ada pada kita atau orang lain apabila datang seseorang menerpa dengan niat yang tidak baik. Mungkin pada mereka ia sekadar teguran atau sindiran mahupun gurauan yang menjadi ‘kebiasaan’ untuk mereka.
“Kau tak cukup makan ke? Kesian kurus tulang sahaja.”
“Kau ini terlebih zat, cuba kurangkan sikit, kesian aku tengok badan kau. Nanti tua-tua banyak penyakit.”
Itu adalah salah satu contoh dialog yang sering kita lihat jika seseorang itu menerpa dengan ayat-ayat yang sengaja untuk membuatkan seseorang itu terasa sedih dan sangat kecewa dengan rupa paras mereka. Perkara ini sangat di tegah dari aspek sosial mahupun agama.
Semua ciptaan Allah swt mempunyai kelebihan dan juga hikmahnya tersendiri, mereka tidak di ciptakan tanpa sebab. Cela yang mereka miliki itu sebenarnya hasil ciptaan Allah swt untuk mereka, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menghina mereka atas sebab-sebab begitu.
Maksudnya: “Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah At-Tin, ayat 4)
Ads
Jika kita lihat di sosial media, terlalu ramai orang yang begitu bersahaja melontarkan komen serta kata-kata yang menghina orang lain atas dasar mereka tidak mengikut beauty standard yang menjadi pilihan orang ramai. Namun, adakah itu menjadi sasaran buat ramai orang untuk melepaskan geram dan mencerca rupa paras makhluk Allah swt yang lain?
Ketika zaman Rasulullah saw juga berlakunya perkara seperti ini di mana sebahagian dari sahabat baginda mentertawakan Saidina Abdullah bin Mas’ud oleh kerana beliau memiliki betis yang kurus. Lantas, Rasulullah saw menegur perbuatan tersebut:-
Maksudnya: Demi Allah yang jiwaku berada ditanganNya, kedua betis beliau (yang kamu ejek itu) lebih berat timbangannya dari Bukit Uhud (HR Ahmad)
Ada juga situasi yang pernah terjadi pada Saidina Bilal. Seorang sahabat pernah berkata dan juga mencerca warna kulit Saidina Bilal yang hitam. Tindakan sahabat yang tidak baik ini di tegur oleh Rasulullah saw:-
Ads
إِنَّكَ امْرُؤٌ فِيكَ جَاهِلِيَّةٌ
Maksudnya: Sesungguhnya engkau memiliki sifat jahiliah! (kerana mengejek sahabatmu) (HR al-Bukhari).
Jelas di sini kita dapat lihat meski pun kita hanya berniat untuk bergurau dengan seseorang, janganlah keterlaluan sehinggakan menghina rupa paras mereka. Ciptaan Allah swt adalah sempurna dari setiap makhluk tidak kira bagaimana kulit, bentuk, mahupun yang lain-lainnya, semua makhluk adalah unik. Ingatlah, jangan di sebabkan penghinaan kita terhadap orang lain, kelak kita akan di hina lebih teruk.
Perkongsian satu video yang dimuat naik oleh penyanyi Faizal Tahir telah menjadi perhatian orang ramai. Melalui video itu, Faizal sedang mengajar seorang mualaf untuk mengucap dua kalimah syahadah.
Ramai yang menzahirkan rasa kagum dan sebak melihat tindakan penyanyi tersebut. Sungguh mulia seorang insan yang menyambut kedatangan saudara Islam yang baru.
Melihat pelantun suara lagu Gemuruh yang mengajar seorang lelaki mualaf untuk melafaz syahadah memberikan banyak kesan kepada mereka yang menonton video tersebut. Terasa sebak dan gembira melihat seseorang individu yang ingin memegang agama Islam atas kerelaan hati.
Berkongsi di laman sosial media miliknya itu, dia menitipkan rasa syukur yang tidak terhingga dapat membantu seseorang memeluk agama Islam. Juga tulisnya pada kapsyen posting tersebut dengan potongan maksud ayat Surah An-Nasr.
“Dan engkau melihat manusia masuk dalam ugama Allah beramai-ramai,
“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.” Surah An-Nasr (“The Help”).” tulisnya.
Di dalam video itu juga Faizal Tahir kelihatan sangat lembut mengajar dengan teliti ucapan syahadah kepada lelaki tersebut. Lelaki itu juga di soal jika ada sesiapa yang memaksanya untuk memeluk Islam, ujar lelaki tersebut tiada dan ini atas kerelaannya sendiri.
Ramai yang memuji tindakan Faizal
Usahanya membantu lelaki tersebut meraih perhatian orang ramai. Alhamdulillah, banyak komen dan doa yang positif diberikan kepada penyanyi itu di ruangan komen posting tersebut.
“Alhamdulillah…seronok tengok usaha sahabat… – Ashraf Muslim
“Alhamdulillah, terima kasih bang membimbing saudara baru mengenal Islam… – Ryzal Ibrahim
“Allahuakbar, orang bukan islam kejar-kejar untuk masuk islam dan ingat mendalami keindahan agama ini. Kita yang islam juga lalai dan abai dengan pemberian Allah SWT. Semoga sahabat baru kita dapat manfaat dan nikmat pada hari akan datang kelak, InsyaAllah.” antara komen yang diberikan.
Subhanallah, semoga perkongsian Faizal Tahir ini sedikit sebanyak memberikan inspirasi kepada kita. Kami dari Hijabista mendoakan yang terbaik buat abang Faizal Tahir dalam perjalanan berdakwah.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tanpa bersenam, penurunan berat badan boleh menjadi impian yang jauh. Anda boleh makan makanan ‘clean diet’, mengikuti gaya hidup sihat dan melakukan segala-galanya dengan betul, walaupun anda mungkin tidak menyedari sebarang perubahan pada lilitan pinggang anda jika anda tidak memasukkan senaman dalam rutin harian anda.
Walaupun semua jenis senaman adalah baik untuk anda meningkatkan tahap aktiviti fizikal harian, sesetengahnya sangat bermanfaat dalam membakar kalori yang diperlukan untuk menurunkan berat badan. Berikut adalah 5 bentuk senaman yang boleh anda masukkan dalam rutin harian untuk mengelakkan kebosanan dan membakar lebih banyak kalori.
1. Lompat tali
Senaman ini sesuai untuk hari-hari apabila anda tidak mahu keluar untuk sesi kardio atau tidak mahu menghabiskan banyak masa di gim. Hanya 15 minit lompat tali boleh memberi anda senaman kardio yang baik dan membantu anda membakar 200 hingga 300 kalori. Ia boleh dilakukan pada keselesaan rumah anda dan tidak memerlukan set peralatan yang mahal. Jika anda ingin menjadikan senaman anda lebih mencabar cuba variasi.
HIIT adalah yang terbaik untuk peminat kecergasan yang berpengalaman. Dalam senaman ini, seseorang perlu melakukan senaman berat badan satu demi satu dengan masa rehat yang minimum. Pemula, yang baru dalam latihan berat badan mungkin menjejaskan bentuk mereka dan menyebabkan diri mereka cedera. HIIT ialah versi latihan lanjutan yang boleh membantu anda membakar mana-mana antara 450 kalori dalam 30 minit.
3. Tinju
Jika anda tidak menyukai idea melakukan senaman am, anda boleh mencuba tinju. Tinju ialah aktiviti menyeronokkan yang juga boleh membantu membakar banyak kalori dalam masa yang singkat. Ia boleh membantu melenturkan otot anda dan juga membina kekuatan pada anggota atas dan bawah anda. Anda boleh membakar kira-kira 525 kalori/jam dengan meninju beg tebukan.
4. Senaman turun tangga
Adakah anda mempunyai sebarang peralatan di rumah? Jangan risau, anda boleh menukar tangga anda menjadi mesin pembakaran kalori dengan mudah. Terdapat beberapa senaman yang boleh anda lakukan di tangga apabila sasaran anda untuk menurunkan berat badan. Berlari tangga, melompat, mencangkung, dan melompat adalah beberapa latihan yang boleh dilakukan dengan bantuan tangga anda untuk membakar banyak kalori dalam masa yang minimum. Anda boleh membakar kira-kira 0.17 kalori untuk setiap langkah yang anda panjat.
Senaman kettlebell disyorkan untuk mereka yang suka bersenam di rumah dan mengelak daripada pergi ke gim. Senaman Kettlebell sesuai untuk latihan kekuatan dan membakar kalori, yang penting untuk menurunkan berat badan. Bekerja dengan kettlebell mempunyai faedah lain, ia boleh membantu otot kompleks sasaran anda yang sering dibiarkan tidak aktif semasa melakukan senaman dumbbell atau barbell. Senaman Kettlebell boleh membantu anda membakar 20 kalori seminit.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Buat wanita berhijab, ia adalah satu perkara yang ditakuti jika tudung atau hijab yang dipakai menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Terutama jika tidak sempat iron tudung baru dan terpaksa memakai tudung yang sebelumnya.Masalah ini sering berlaku di kalangan wanita yang berhijab terutama sekali ketika musim atau cuaca panas atau lembap.
Hijabista kongsikan kepada anda tip untuk mengelakkan tudung berbau yang boleh menyebabkan orang di sebelah rasa tidak selesa.
1. Berikan udara
Ini adalah salah satu solusi yang paling mudah dan cepat. Apa yang anda patut lakukan adalah sesekali berikan sedikit pengudaraan di bahagian dalam hijab serta kibas untuk pengudaraan yang lebih sempurna.
2. Gantung menggunakan penyangkut baju
Biarkan tudung anda digantung menggunakan penyangkut baju dan anginkannya dengan udara segar serta haruman gerobok baju semalaman untuk menghilangkan bau hapak. Atau yang sudah dibasuh dilipat cantik dan disusun kemas.
3. Sembur minyak wangi
Dengan sekali semburan sudah cukup dan memadai untuk pastikan tudung dalam keadaan yang harum segar.
4. Sabun buku
Dengan air sejuk, bilas tudung bersama sabun buku. Kemudian, perah air yang berlebihan pada tudung dan biarkan tudung anda mengering.
5. Serbuk Penaik
Untuk mengatasi masalah bau tudung yang sangat kuat, cuba taburkan serbuk penaik di atas tudung sehingga menutupinya secara menyeluruh supaya serbuk penaik tersebut boleh menyerap bau hapak yang ada pada tudung. Anda disyorkan untuk meletakkan tudung dan serbuk penaik di dalam sekeping beg plastik dan biarkan ia sehari.
6. Minyak Essential
Ambil sebuah kotak kosong dan titikkan beberapa titik minyak essential ke dalamnya. Simpan tudung di dalam kotak tersebut dan biarkan tudung anda menyerap bau harum dari minyak essential tersebut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...