Setiap orang pasti mempunyai gaya dan signature mereka yang tersendiri apabila kita melihat mereka. Elemen ini penting juga buat selebriti oleh kerana ianya suatu benda yang boleh membuatkan orang kenali mereka dengan lebih senang.

Cukup terkenal dengan gayanya yang berkilau serta unik, penampilan Dato’ Seri Vida baru-baru ini mengejutkan warganet dengan gaya yang lebih simple. Ada yang kata tampak lebih muda sebegini.

Walaupun simple tetap nampak gaya DSV

Siapa sahaja yang tidak tahu usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida, 51, yang popular di sebabkan personalitinya yang menghiburkan orang ramai. Tambahan pula, dia juga turut menjadi perhatian orang ramai oleh kerana penampilan yang sering di tonjolkan.

Gemar di kenali sebagai DSV, dia juga turut memperagakan beberapa jenis pakaian yang luar dari kebiasaan. Tidak ramai seperti dia, aksesori emas, penggunaan baju serta tudung yang berwarna hot pink menjadi signature dia dan ramai yang tahu itulah dia DSV.

Penyanyi lagu Ku Ikhlaskan itu ada memuatnaik satu posting di ruangan Instagram miliknya itu baru-baru ini. Menjadi aktiviti normal untuk melihat DSV berkongsi tentang outfit serta perkembangan hidupnya seharian.

IKLAN

Namun, kali ini ia mengejutkan ramai orang kerana DSV memilih untuk berpakaian lebih simple dan tampak lebih muda seperti yang di katakan dalam ruangan komen. Siapa sangka DSV akan pilih untuk bergaya seperti itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, mengenakan pakaian dress berwarna hot pink dengan perincian manik-manik yang melengkapi gaya yang simple dan sofistikated. Dia juga mengenakan gaya turban yang membuatkan gayanya tampak lebih fresh dan mempersona.

IKLAN

Artikel berkaitan: Telekung 20 Meter Simbolik DSV Reda Walau Selalu Dipermainkan, Ku Ikhlaskan Bikin Hati Netizen Sayu!

Komen yang memberangsangkan tentang gaya baru DSV

Sudah pasti ramai yang akan mengolah atau memberi komen tentang pemakaian DSV kerana dia sering menjadi perhatian orang ramai. Kini, ramai yang memberikan kata-kata positif mengenai pakaiannya. Bahkan ada juga yang minta kekalkan gaya seperti itu.

Sumber dari gambar Instagram DSV

Rata-rata ramai yang memuji penampilannya yang tampak simple namun masih mengekalkan gaya signature Dato’ Seri Vida. Jelas sekali ramai yang menantikan yang gaya terbaru DSV setiap hari. Cantik dan ayu, tak sabar nak tengok apa yang akan di bawakan pada masa akan datang pula.

IKLAN

Sumber info: Instagram Dato’ Seri Vida

Artikel berkaitan: “Dato Suka Alice In Wonderland Ke?”- Netizen Terhibur Dengan Video Teaser DSV, Muah Muah Raya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI