Presiden Netizen ataupun lebih popular dengan jolokan ‘Queen of Viral’, Dato Seri Vida (DSV) hadir dengan sebuah lagu baru yang memberi anda sebuah perspektif yang berbeza mengenai dirinya. Bagi penulis, lagu barunya yang bertajuk Ku Ikhlaskan ini bagaikan sebuah metafora yang menceritakan tentang apa yang tersirat disebalik isi hatinya.

Ku Ikhlaskan, sebuah lagu karya Amy Ukays bersama DSV memiliki sentuhan malar segar yang cukup untuk membuatkan anda terbuai lena diulit mimpi indah. Baik lirik yang begitu puitis serta memiliki makna yang mendalam nukilan DSV sendiri bisa membuatkan hati anda tersentuh. Sungguh, lagu ini sebuah lagu yang wajib anda dengar dan hayati.

Apa yang menariknya mengenai lagu ini, konsep video muziknya begitu unik dan berbeza dan membuatkan ramai yang ternanti-nanti untuk menontonnya. Menurut Kel Wen, pereka fesyen BEHATI yang ditugaskan untuk mengarah video muzik Ku Ikhlaskan serta menggalas tanggungjawab untuk memastikan pakaian DSV tampak menonjol dan unik dalam video muzik ini, konsepnya lebih memfokuskan kepada perjalanan percintaan DSV yang terdahulu bersama si dia, yang disulami bintik-bintik hitam memilukan. Setiap gerak-geri yang dipersembahkan dalam video muzik ini juga mempunyai makna tersirat yang menyimpul sejuta rasa pendam, kecewa, amarah, duka dan redha DSV sendiri.

Kongsi Kel Wen lagi, pemakaian gaun putih ala perkahwinan dan berlari di Dataran Merdeka menggambarkan erti kebebasan yang dirasai oleh DSV selepas bergelut dengan hubungan cinta yang suram sehingga DSV sendiri ikhlas untuk melepaskan ikatan cinta yang sudah terbina itu. Antara babak lain yang menjadi simbol ikonik dalam video muzik Ku Ikhlaskan ini ialah di pengakhiran video apabila DSV memakai telekung bersaiz besar yang menggunakan 20 meter kain putih. Dalam babak ini, menggambarkan tentang keikhlasan hati DSV yang redha dengan apa yang terjadi dan memohon keampunan kepada-Nya tentang segala dosa-dosa yang pernah dilakukannya.

IKLAN

Sungguh, babak ini begitu sentimental dan membuatkan air mata penulis hampir mengalir. Begitu juga dengan babak permainan catur yang turut diselitkan dalam video muzik ini, ia menghuraikan tentang cinta sejati DSV yang dipermainkan oleh si dia. Ternyata, Ku Ikhlaskan sarat dengan cerita cinta suram yang sudah lama dipendam oleh DSV.

Rata-rata netizen menerima baik video muzik Ku Ikhlaskan dan memberi komen yang begitu positif di laman instagram DSV. Ramai juga yang tidak menyangka bahawa lagu yang dihasilkannya ini benar-benar meruntun jiwa! Video muzik Ku Ikhlaskan juga berjaya meraih 200 ribu tontonan di Youtube dalam hanya beberapa jam selepas dilancarkan!

IKLAN

Team Hijabista mengucapkan syabas kepada seluruh team produksi Ku Ikhlaskan kerana berani mempersembahkan sesuatu yang berani, berbeza dan unik! Syabas!

Sumber gambar: Instagram Dato Seri Vida

IKLAN

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

 

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI