
Ramai di antara yang rasa malas nak cuci mekap apabila sudah mengantuk lalu hanya menggunakan makeup wipes saja untuk menanggalkan sisa mekap tersebut.
Rasa macam dah bersih namun sebenarnya banyak kesan buruk yang akan terjadi sekiranya kita kerap mengamalkannya. Jom kita semak apakah akibat negatifnya!
Ia bukan penjagaan kulit wajah yang betul, hanyalah shortcut!
Ia tidak menghilangkan semua kotoran dan sisa mekap pun di wajah seperti pencuci muka kerana ia bukanlah diformulasikan untuk membersihkan wajah anda. Ia sepatutnya digunakan sebelum pencuci muka dan bukanlah sebagai gantinya.
Boleh membawa kepada tanda-tanda penuaan
Bila kita menggosok wajah menggunakan makeup wipes terutama sekali di bahagian mata, ia akan menyebabkan kulit kita meregang dan menghapuskan kolagen sekaligus akan mengakibatkan kedutan disebabkan tekstur wipes tersebut yang kasar.

Boleh menyebabkan iritasi dan mengeringkan kulit
Makeup wipes telah diformulasikan dengan sulfat, paraben dan pelbagai lagi bahan kimia serta pengawet berbahaya yang mungkin akan menyebabkan iritasi dan keradangan pada kulit. Ia juga akan menghilangkan minyak semulajadi yang ada pada kulit kerana ia akan mengelupaskan kulit anda dengan berlebihan.
Boleh menyebabkan breakout
Makeup wipes menyapu segala kotoran, minyak dan mekap di sekeliling wajah anda lalu membiarkan sisa bakinya di wajah anda yang menyebabkan pori-pori tersumbat. Situasi ini akan menyebabkan berlakunya breakout di wajah anda serta muncul blackheads.
Jadi, daripada menggunakan makeup wipes, lebih baik anda menggunakan micellar water dengan kapas muka sebelum melakukan double cleansing. Seterusnya sapulah pula, toner, serum dan pelembap di wajah anda. Pasti akan jadi berseri!
8 Tip Pilih KOLAGEN Terbaik Supaya Tak Jadi Mangsa PENIPUAN. Awas, Salah Pilih Boleh Rosak MUKA!

Pernah anda rasakan bagai di‘psiko’ setiap kali menonton kaca tv yang rata-rata dipenuhi dengan iklan suplemen kolagen; kolagen memutih, kolagen menganjal, kolagen menyihat dan 1001 lagi kebaikan kolagen. Jika ya, ketahui dahulu cara memilih kolagen terbaik sebelum anda mengambil keputusan untuk membeli salah-satu daripadanya!
Apa Itu Kolagen?
Sebelum itu, kaji dulu apa sebenarnya kolagen dan mengapa ia diperlukan oleh tubuh anda. Kolagen adalah komponen utama dalam kulit manusia. Lebih daripada 71 peratus protein dalam sel-sel kulit terdiri daripada kolagen, di mana berkait rapat dengan pertumbuhan, pemulihan dan nutrisi kulit. Sebagai tambahan, kolagen mempertingkatkan penghasilan sel-sel baru, membantu memelihara keremajaan kulit, melembutkan dan membuat kulit lebih bercahaya. Kolagen juga efektif untuk menghilangkan kedutan dan mencegah proses penuaan.
Sebagai sebuah suplemen yang telah diformulasikan, berikut 8 cara memilih produk kolagen terbaik bagi membantu anda mendapatkan kesan yang terbaik dan paling utama pastikan apa yang dikomsumsikan itu adalah selamat.
8 Cara Pilih KolagenTerbaik
1. Lebih baik memilih kolagen yang berbentuk makanan berbanding kolagen yang disuntik. Ini untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.
2. Pilih saiz kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. ‘Microfine size’ membantu penyerapan yang baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang diambil adalah lebih 100 peratus diserap dan memberi efek lebih cepat.
3. Pastikan kolagen mempunyai antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan.
4. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai ‘emolient’ yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.
5. Pastikan suplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

6. Kolagen juga penting untuk kekal cantik, tetapi pastikan ia mempunyai kandungan glucosamine untuk kesihatan sendi.
7. Pastikan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronik yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.
8. Akhir sekali, pastikan ia adalah selamat dan tidak bertoksin.
Ekstra Info
Makanan tambahan seperti kolagen jika diambil secara berlebihan bakal mengundang risiko terhadap sistem dalam badan. Menurut Pakar Toksikologi, Keselamatan dan Terapi Makanan Jabatan Sains Nutrisi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Norazlanshah Hazali, kesan pengambilan kolagen tanpa had tidak akan dilihat serta-merta sebaliknya, pada jangka masa panjang jika digunakan secara berterusan. Antara risiko yang bakal dihadapi adalah mengalami kerosakan sel hati. Oleh itu, hati-hati ya!
Artikel Berkaitan: Rahsia Cantik & Sihat Cara Uyaina Arshad
Siapa Cakap Design Pakaian Dalam Kena Bosan? Ini Yang Fashionable & Mampu Memberikan Kontur Tubuh Menarik. Rugi Tak Beli!

Biasanya kita mesti nak pilih pakaian yang lawa, hijab yang cantik dan solekan yang on point. Namun, jarang sekali kita menitik beratkan pemilihan bra dalam kehidupan seharian kita. Mesti ramai yang bersikap ala kadar dan main beli sahaja sebab ingat tak penting kan? Salah tu sis!

Sebenarnya pemakaian bra yang betul akan memberikan keselesaan yang maksima pada kita. Kalau salah beli, itulah yang jadi masalah apabila rasa terlalu ketat atau terlalu longgar hingga menjejaskan kesihatan payudara kita. Ish, takutlah!
Koleksi Fashionable Buat Kontur Badan Cantik
Kalau sis masih buntu nak pilih yang mana satu, jangan risau ada tau koleksi bra terbaharu yang sangat selesa dan juga sangat fashionable.
Siapa cakap bra itu kena boring? Memperkenalkan Fashion Favorites Collection by Triumph yang sangat sesuai buat mereka yang mahukan sesuatu yang bergaya dan berkualiti. Semestinya lain daripada lain, koleksi ini pastinya memberikan sentuhan elegan pada si pemakainya.
Selain itu, ia akan memberikan kontur yang semula jadi dan cantik pada tubuh badan kita. Seperti yang kita semua tahu, jenama Triumph ini sememangnya terkenal dengan kualiti premium dan akan memberikan sokongan dan coverage sepenuhnya untuk buah dada kita. No worries!
Pasti Tidak Tersilap Pilih Dengan Nasihat Pakar
Terdapat dua jenis stail dalam koleksi ini. Style Palm dengan corak flora yang menawan ini hadir dalam dua warna iaitu zamrud dan juga hitam.
Direka khas bagi menyokong aset anda itu dan menjadikannya terletak cantik di hadapan, ia sesuai untuk anda yang mahukan sentuhan mewah dalam pemakaian kerana rekaannya yang klasik dan romantis.
Style Fantasy pula menampilkan sulaman berwarna-warni dengan renda kelabu halus dan dilengkapi dengan tali yang sepadan. Reka bentuknya yang ringan memberikan rasa selesa dan bebas pada kulit. Bukankah itu yang kita mahukan? Oh absolutely yes!
Mudah untuk didapati, anda juga tak perlu pening untuk memilih saiz yang bersesuaian kerana pastinya ada pakar atau consultant yang akan membantu anda di cawangan berhampiran. Senangkan?
Yang lagi menarik, Triumph akan mengadakan promosi istimewa sempena dengan Anniversary Sale yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Melalui promosi 3+1, anda bakal mendapat sehelai bra percuma dengan setiap pembelian 3 helai bra. Untungnya!
Oleh itu, jangan lupa dapatkannya bermula 1 November ini sehingga stok masih ada. Klik sahaja laman web www.triumph.com untuk pembelian secara online atau terus ke butik Triumph yang terletak di serata Malaysia. Jangan susah hati. Bagi mudahkan pencarian anda, semak sahaja lokasi Triumph terdekat di sini https://bit.ly/2m02XFl So what are you waiting for? Let’s shopping!
Inginkan Rambut Tebal Berkepuk-Kepuk, Wanita Ini Kongsi Rutin Hariannya. Pasti Menjadi!

Rambut yang lebat berkepuk-kepuk memang menjadi idaman semua wanita. Namun, apabila usia semakin menganjak rambut pula semakin berkurang. Alamak, takutnya!
Bagaimana sebenarnya nak selesaikan masalah ini? Haaa, jangan buntu. Jom ikuti tip yang dikongsikan oleh Shehnaz Khan ini.
Saja nak share siapa ada rambut gugur dan kelumumur tu boleh lah try ni ye. Mahal sikit tapi bagus 🙂 sebab she perasan mak ayah adik-adik semua tegur rambut she lebat panjang cantik even hari-hari gugur. Pelikkan? Tapi yang gugur banyak tapi tapi tapi anak rambut banyak sangat tumbuh.
Ha banyak kau tapi tapi hahahaha . Rambut gugur tu normal tapi kalau kurang dari 50 helailah kalau lebih tu memang masalah . Tapi camne nak kira lak sehelai-sehelai? Hahahha test pakai tangan . Rasa-rasa segenggam gugur kulit kepala dah nmpk and mula botak , ketahuilah awak dah ada masalah kulit kepala .
Rambut gugur disebabkan oleh kulit kepala kelumumur , berminyak , kering dan pemakanan. She share setiap detail di gambar 🥰
Ok lah semoga bermanfaat 🥰





Cara pakai lepas shampu pakai alpacin tu , sapu benda ni dari tengah rambut sampai hujung . Biar 5 – 10 minit . Lepas tu bilas . Lembut gile and wangi .

Macam inilah caranya sis. Yang penting jangan culas kalau nak cantik! Kalau tak berusaha macam nak dapat hasilnya bukan? Pilihlah produk yang bersesuaian dengan anda agar rambut cantik bagai seorang Ratu.
kredit: Shehnaz Khan