Kisah blogger/model berhijab dari British ini begitu hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Ini kerana beliau yangmerupakan model hijab pertama dipilih untuk kempen produk kecantikan L’Oreal telah ambil keputusan menarik diri. Dia menyiarkan posting di laman instagramnya tentang pengunduran disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Ini kerana tweet yang ditulis pada 2014 ini dilabel sebagaia anti Israel dengan menyifatkan Israel sebagai haram dan negara jahat. Siapa sebenarnya blogger ini yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya sebelum itu.
1. Nama Amena Khan mula dikenali di kalangan hijabi setelah dirinya rajin membuat video di laman youtube sekitar tahun 2009 lagi. Dia rajin muat turun video tutorial hijab, mekap juga cara hidup sihat yang diamalkannya.
2. Dia bukan sahaja seorang blogger, juga ibu, model dan youtuber. Semua status itu menjadikan Amena sebagai wakil wanita Muslimah dalam industri kecantikan. Mempunyai pengikut setia di laman youtube sebanyak 230 ribu yang rajin menonton setiap video di muat turun.
3. Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Amena khan juga memberitahu dirinya sangat terinspirasi dengan para hijabi di Indonesia ketika membuat satu lawatan di sana.
4. Mempunyai bisnes hijab tersendiri dengan label Pearl Daisy. Menjual barangan seperti hijab, aksesori dan busana Msulimah. Produknya diterima baik oleh golongan Muslimah termasuk negara di Asia dan Amerika. Turut menjadi salah seorang pemilik Ardere Cosmetics.
6. Wanita yang boleh berbahasa Urdu ini biasanya akan merakamkan video sebelum tibanya bulan puasa kerana waktu itu dia hanya memfokus soal ibadah bersama suami dan anaknya.
7. Amena Khan , melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya wanita berhijab sebagai ‘brand ambassador’ oleh L’Oreal Paris untuk kempen ‘hair product’.
8. Tweet itu sudah ditulis lama tetapi kembali dipaparkan. Dia kemudiannnya meminta maaaf dengan menyifatkan ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan. Menurutnya dia tidak mendiskriminasi sesiapa dan memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang dipegangnya.
9. Amena kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dari kerjasama itu kerana bimbang akan memberi mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen itu. Pihak L’Oreal menerima keputusan Amena untuk menarik diri dan menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan tweetnya dan kebimbangan terhadap reaksi yang mungkin timbul.
10. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosi kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat oleh modelnya di media sosial. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran secara umum dengan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam satu posting terbarunya juga yang dimuat turun 1 hari lalu, Amena turut menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat pengundurannya itu. Dia cukup positif menerima pelbagai pandangan yang dilemparkan. Amena turut memberitahu tugasnya menyampaikan aura positif kepada semua pengikutnya.
Berpeluang menuntut ilmu di negara orang adalah satu pengalaman yang sangat bermakna dan tidak dapat dilupakan buat sesiapa yang mendapat peluang sebegitu. Tidak semua di antara kita yang mendapat kesempatan begini jadi peluang yang sudah ada di depan mata haruslah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.
Begitulah yang boleh kita kaitkan dengan kisah Amira Alisha Azhan,23, pelajar perubatan tahun enam di Jordan. Mesra dipanggil Alisha, Rezeki menimba ilmu di sana ternyata membuka banyak peluang untuk dirinya dan rakan-rakan untuk menjelajahi banyak negara selepas tamat musim peperiksaan.
“Saya selalu melancong bersama sekumpulan rakan saya ke destinasi pilihan selepas pada cuti musim panas atau musim salju. Kebiasaannya pada musim salju. Jadi kita akan pergi bercuti bersama-sama untuk menghilangkan tekanan selepas penat menelaah untuk peperiksaan.
“Kami juga akan mencari kesempatan untuk bercuti sewaktu mahu pulang ke Malaysia. Kadang kala transit untuk menunggu penerbangan pulang ke tanah air boleh mengambil masa yang lama. Oleh itu, saya dan rakan akan meneroka dahulu negara orang sementara menunggu waktu berlepas. Contohnya, pada waktu itu kami sempat ke Qatar, bak kata orang, sambil menyelam minum air!” ujar gadis yang berasal dari Shah Alam ini.
TAK SANGKA TERKENA DENGAN PENYELUK SAKU
Semakin banyak tempat yang diterokai maka semakin banyak jugalah cabaran yang perlu dihadapi. Alisha juga turut tidak terlepas daripada menerima dugaan sewaktu bercuti. Ceritanya, dia pernah dua kali mengalami insiden malang berkenaan si penyeluk saku dimana dia mengalaminya dua kali berturut-turut dalam satu trip percutian yang sama.
“Kejadian pertama yang berlaku sewaktu berada di Rome, Itali, saya memang tidak sedar beg duit saya yang mengandungi kad pengenalan, visa Jordan, wang, kad pelajar, kad bank semuanya hilang dikebas oleh si penyeluk saku. Itu sememangnya mengajar saya untuk menjadi lebih berhati-hati agar menjaga barang berharga dengan sebaik-baiknya dan tidak membawa beg duit ketika bercuti,” jelas anak sulung daripada empat beradik ini.
Namun, siapa sangka insiden malang itu berulang lagi dua hari selepas itu. “Saya tidak sangka kejadian sebegini menimpa diri saya sekali lagi. Ketika itu saya berada di stesen keretapi di Barcelona,Sepanyol. Saya sudah belajar daripada kejadian yan berlaku sebelumnya dengan memasang kunci pada beg tetapi entah bagaimana mereka ini terlalu licik.
“Mereka ini (penyeluk saku) membuat drama ataupun prank di situ seolah-olah keretapi itu tersekat hingga menimbulkan kekecohan. Ramai yang menjadi konco-konco mereka ini sebenarnya dan akhirnya mereka berjaya mencuri kaca mata hitam saya dari dalam beg tanpa saya sedari,” tambahnya lagi.
Bercerita mengenai kenangan manis, bagi Alisha itu sememangnya sukar untuk dijelaskan kerana terlalu banyak memori manis yang dilakar sewaktu bercuti ini. “Bagi saya, apa yang membuatkan saya gembira itulah kenangan manis. Misalnya apabila saya dapat melihat sesuatu yang baru, yang lain daripada apa yang ada di negara kita, benda yang boleh kita belajar seperti budaya masyarakat mereka, pemandangan negara yang cantik, jadi semua itu menjadi momen manis buat diri saya.
“Memang pengalaman sebegitu kita akan dapat juga jika kita melancong bersama keluarga tetapi ada sesetengah perkara yang keluarga kita tidak berminat atau tidak mahu lakukan contohnya menaiki permainan roller-coaster. Orang tua kita pasti agak keberatan untuk mencuba permainan sebegini berbanding dengan anak muda,” ujar hijabi yang bakal bergelar doktor ini.
Selain itu, Alisha juga turut menjelaskan banyak perbezaan dan cabaran yang dihadapi di antara melancong bersama kawan ataupun bersama keluarga. “Jika kita melancong bersama teman, kita haruslah betul-betul berdikari dan pastinya akan lebih berkira-kira mengenai soal bajet berbanding bercuti bersama keluarga.
“Jika bersama kumpulan rakan, kita harus berusaha dengan lebih lagi contohnya mencari tempat tinggal berpandukan alamat yang diberi, menjadi bagpackers, ataupun mengheret beg dari satu tempat ke satu tempat. Kita juga perlulah pandai dan tahu berkomunikasi dengan orang sekeliling dalam mencari arah makanan.
“Satu lagi cabaran jika kita travel bersama rakan pastinya berkenaan duit. Jika bercuti dengan keluarga, pastinya kita tidak perlu risau kerana ibu bapa akan menyediakan segalanya tetapi jika bersama teman, kita perlu bijak untuk menguruskan wang supaya boleh survive di negara orang. Inilah saat yang kita akan sedar besarnya nilai duit itu dan akan rasa sayang untuk menggunakannnya. Di sinilah kita akan mengeluarkan bajet mengikut kemampuan kita,” jelasnya lagi.
MENUNTUT ILMU WAKTU KEMBARA
Mengenai peranan setiap individu dalam sesebuah kumpulan ketika bercuti, Alisha menjelaskan caranya mungkin berbeza dengan kumpulan lain di luar sana. Jika mengikut cara dia dan kumpulannya, mereka akan membahagikan tugas tersebut mengikut hari. Misalnya, setiap orang dalam kumpulan itu akan mengambil tugas sebagai ketua untuk sehari dan ketua inilah yang akan menentukan destinasi dan aktiviti yang akan mereka pergi dan lakukan pada hari tersebut.
“Ketua ini juga perlulah mengetahui cara dan bagaimana itu ke lokasi berkenaan. Seperti pengangkutan apa yang perlu dinaiki dan lain-lain. Bagi saya dan kumpulan saya, kami mewajibkan untuk seorang ketua ini mengetahui sedikit ilmu mengenai tempat yang akan diterokai. Sebagai contoh, sewaktu kami ke Granada, Sepanyol, ketua ini perlu mengetahui sejarah tempat itu dan menerangkannya kepada kumpulan. Itulah yang kami amalkan,” kata bekas penuntut MRSM Tun Ghafar Baba ini.
Sememangnya cara yang diamalkan oleh Alisha dan kumpulan rakan percutiannya ini sangat membuka mata semua. Tidak hanya sekadar bercuti, ilmu juga boleh dikutip sewaktu melihat kebesaran ciptaan Tuhan.
SELESA BERCUTI DENGAN KUMPULAN SAMA
Banyak destinasi yang telah diterokai bersama rakan-rakannya seperti Turki, Sepanyol, Itali, Sweeden, Norway, Denmark, Qatar dan Saudi Arabia. Alisha juga mengakui sering bercuti dengan rakan-rakan yang sama kerana sudah selesa begitu dan kebiasaaannya hanyalah mereka bertiga sahaja.
“Saya selalu bercuti dengan orang yang sama kerana bila kita hendak bercuti ini kita perlulah mencari orang yang kita selesa bersama. Mereka yang sudah faham bagaimana perangai diri kita yang sebenar supaya percutian itu menjadi seronok kerana masing-masing sudah memahami antara satu sama lain.”
Tambahnya, dalam sesebuah kumpulan ini, perlulah ada banyak give and take untuk mengelakkan perselisihan faham. Disebabkan itu jugalah perlunya kita mencari teman bercuti yang betul supaya tiada masalah yang tidak dingini yang berpunca daripada seseorang individu itu berlaku di kemudian hari.
Alisha juga menjelaskan banyak manfaat yang boleh diterima sewaktu bercuti bersama kumpulan ini. “Menerusi cara ini, kita dapat belajar cara untuk berdikari di negara orang. Selain itu, kita juga akan lebih mengenali siapa rakan kita yang sebenar. Jujurnya, saya merasakan kita akan menjadi lebih rapat lagi dengan rakan kita selepas tamat waktu percutian itu.
KENALI SIAPA RAKAN KITA YANG SEBENAR
“Seterusnya, kita akan belajar bagaimana untuk menguruskan duit dengan bijak tetapi pada waktu yang sama dapat menikmati waktu percutian itu dengan sebaik-baiknya. Kita juga akan menjadi lebih prihatin dengan keadaan rakan kita jika mereka kurang berminat dengan aktiviti yang dicadangkan. Inilah pentingnya komunikasi dan pentingnya untuk kita memahami perasaan orang sekeliling,” luahnya lagi.
Sebelum mengakhiri perbualan, peminat setia warna merah jambu ini sempat menitipkan pesanan buat hijabi di luar sana yang ingin merancang percutian bersama. “Nasihat saya untuk gadis-gadis di luar sana, rancanglah percutian dengan sebaik mungkin. Kita boleh juga untuk ‘redah’ sahaja tapi lebih baik kita merancang dahulu dengan menyediakan jadual.
“Namun, kita tidak bolehlah menjadi terlalu rigid dengan mengikut jadual itu bulat-bulat sebab kita perlu ingat kita tidak tahu apa, musibah yang akan tiba-tiba berlaku di sana. Jadi kita perlu pandai membuatkan masa kita lebih flexible.
“Sememangnya tiada masalah pun untuk kaum perempuan untuk bercuti bersama asalkan kita tahu menjaga dan mengawal diri. Tahu batas kita supaya tiada masalah yang akan timbul. Selagi ada peluang untuk melancong, pergilah. Melancong bukan hanya membuka mata tetapi mampu menjadikan kita menjadi seorang yang lebih matang. Yang paling penting sekali, ingatlah bahawa kita ini hanya mampu merancang namun sebaik-baik perancang hanyalah Sang Pencipta,” tuturnya menutup bicara.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Seronok, imaginatif dan ekspresif dUCk ialah jenama gaya hidup aspirasi untuk wanita di seluruh dunia. Impian ikon perniagaan dan usahawan, Vivy Yusof ini terlalu mahal direalisasikan namun semuanya tiada halangan dengan adanya satu kumpulan tenaga pekerja yang cukup kukh dan bekerjasama antara satu sama lain.
Kumpulan dUCk secara rasmi melancarkan kedai terbesar yang terletak di Bangsar Village 1, kedai utama ini tidak seperti yang lain kerana ia menawarkan kelainan unik pengalaman dalam kedai, yang direka khas untuk rakan-rakan dUCkies.
“dUCk tidak pernah dibina hanya untuk menjual tudung, dUCk dibina untuk meraikan gaya hidup seorang wanita moden yang sederhana. Visi saya adalah untuk menjadi jenama fesyen dan gaya hidup sederhana premium terkemuka dan dengan kedai ini, saya rasa kami semakin hampir dengan visi itu, “ ujar Vivy.
Cabaran merealisasikan kedai terbaharu
Rata-rata perniagaan menghadapi fasa yang sukar sepanjang Pandemik Covid-19. Begitu juga The dUCk Group yang tidak henti-henti untuk meneruskan misi bagi mengekalkan jenama ini di pasaran.
“Cabaran paling besar apabila, kerja-kerja pembinaan tertangguh dan semua rekaan dan perbincangan dibuat secara maya, perlu adanya kepercayaan penuh kepada pihak bertanggungjawab serta kumpulan kerja.”
Walaupun ia adalah kedai kami yang paling mencabar untuk dibina terutamanya semasa wabak, ia benar-benar impian yang menjadi kenyataan bagi kami. Saya harap orang ramai akan menikmati pengalaman lengkap di kedai ini.” kata Vivy Yusof, Pengasas Bersama The dUCk Group.
Rasakan pengalaman yang menarik
Daripada cara dia berpakaian, cara dia memakai solekan, bagaimana dia mengambil berat tentang dandanan dan hobinya, refleksi dirinya terlaksana di kedai dUCk Bangsar Village. Buat pertama kalinya, kedai dUCk menampilkan kafenya sendiri, salun rambut khusus wanita, perpustakaan mini, dinding dUCk ikonik dan galeri selendang, stesen untuk memperibadikan hadiah dan item dUCk eksklusif untuk dijual. Kedai utama dua tingkat itu juga merupakan kedai ketujuh dUCk di Malaysia, sempena hari jadi ketujuh dUCk.
Disarungkan dengan warna ungu ikonik, kedai baharu itu pasti akan mengujakan para fashionista, penggemar kecantikan dan sudah tentu, rakan-rakan dUCkies. Daripada koleksi sedia untuk dipakai, rumah & kediaman, beg, barangan keperluan, kosmetik dan banyak lagi. Kedai itu juga akan menampilkan koleksi eksklusif yang baru dilancarkan di samping kosmetik terlaris dUCk.
Perpustakaan Ungu
Untuk mencipta pengalaman interaktif, sudut Perpustakaan Ungu ialah salah satu sentuhan khas kedai dUCk. Pelanggan boleh meluangkan masa mereka untuk meneroka kotak ungu Asas Premium dan mencari tudung yang benar-benar memenuhi keperluan mereka.
Fakta yang menggembirakan, dUCk telah menjual lebih daripada 3 juta dan semakin banyak tudung di seluruh dunia, cukup untuk berbaris sepanjang jalan dari London ke Qatar! Anda juga boleh menonton keluaran baharu dUCk yang mempesonakan pada Ultimate Princess Celebration – siri Disney Snow White!
SALON privasi khas hijabi
Manjakan diri anda selepas seharian membeli-belah di salun rambut dan kuku dUCk! Diuruskan oleh A Cut Above, salun dUCk pertama kali memastikan privasi, direka khas untuk dUCkies. Tempah slot anda sekarang di www.getducked.com untuk gunting rambut, blow-dry atau selesaikan kuku anda dengan perkhidmatan mani-pedi.
Dinding ikonik untuk OOTD
Anda pasti terujua dengan Dinding dUCk dihiasi yang dengan lebih daripada 300 kotak koleksi Edisi Terhad. Menjadikannya tempat yang wajib OOTD! Menariknya lagi kedudukan dinding ini mempunyai pencahayaan menarik. Janga lupa gayakan koleksi edisi terhad anda!
Hadiah peribadi untuk tersayang
Memilikinya seorang tidak sah jika tidak dikongsi dengan yang tersayang bukan? Hadiahkan sahabat anda atau orang tersayang anda dengan item dUCk yang diperibadikan dan dipesan lebih dahulu! Pelanggan boleh mendapatkan sulaman selendang dan beg yang dicop dengan nama mereka, dalam bahagian ini.
DUCk CAFÉ sudut terbaik untuk santai
Diinspirasikan oleh sebuah kafe di London, Pokok Sakura ungu yang besar tempat yang sesuai untuk dimuat turun di laman sosial anda sambil berehat dan menikmati kopi anda. dUCkies juga boleh mengambil buku di sudut bacaan sekiranya mereka ingin berehat. Apatah lagi, anda boleh membawa pulang buku itu bersama anda. Tanpa sebarang kos!
Jadi, jangan lepaskan peluang menikmati hari-hari yang santai dan momen yang indah, pergilah ke DUCk BV Flagship Store yang terletak di Tingkat Bawah dan Tingkat Bawah di Bangsar Village 1, (bertentangan dengan Basil untuk Tingkat Bawah). Jadikan juga pengalaman membeli-belah yang unik dan glamor dengan koleksi dUCk eksklusif, kafe dUCk yang mempesonakan dan salun rambut dUCk.
Sempena sambutan pembukaan kedai terbaharu itu, kumpulan dUCk juga telah melancarkan aplikasi dUCk yang kini boleh dimuat turun di kedua-dua gedung Apple dan Google Play. Dengan akaun berdaftar, terdapat mata ganjaran untuk dikumpulkan dengan setiap pembelian luar talian dan dalam talian, tawaran eksklusif dan pembayaran yang lebih pantas. Terdapat tawaran alu-aluan untuk dUCkies dengan apl untuk dimuat turun supaya mereka boleh membeli-belah dan melihat koleksi terkini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe .
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Serum adalah salah satu rutin penjagaan kulit muka yang perlu dipakai selepas anda mencuci muka dan disusuli dengan toner juga pelembab. Serum mempunyai bahan-bahan yang terbaik untuk terus meresap masuk hingga ke dalam kulit disebabkan molekul-molekulnya yang kecil.
Jadi, serum berfungsi merawat kulit dari dalam. Tidak kisah kalau ada masalah kulit sekalipun, jangan lupa untuk memakai toner. Hijabista kongsikan 17 serum yang boleh didapati di drugstores seperti Watsons, Guardian dan Mycare.
Produk buatan Jerman ini sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah jerawat yang besar-besar dan kulit yang berminyak. Juga sesuai untuk kulit yang sensitif. Dermatologically tested.
Produk buatan Korea Selatan ini sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit berminyak dan pori terbuka. Untuk kombinasi jenis kulit pun boleh. Macam dalam kulit kering, tetapi kering ataupun berminyak pada permukaan.
Produk buatan Jepun ini sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang lembab macam artis Korea. Basah-basah berkilat begitu. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Berfungsi untuk merawat dan melindungi kulit dari awal. Sesuai untuk semua jenis kulit. Sesuai untuk umur 25 ke atas. Produk ini ada fungsi anti penuaan juga.
Teksturnya agak berminyak sebab dia dapat mengelakkan kulit darpada kering. Sesuai untuk sesiapa yang ada masalah jerawat juga. Sebab dia ada Royal Jelly yang sangat berkhasiat untuk memulihkan permukaan kulit.
Sesuai untuk mereka yang berumur 30 ke atas untuk tujuan mengurangkan atau mengelakkan kedutan pada wajah. Ataupun mereka yang mempunyai bintik-bintik hitam akibat melanin dalam kulit.
Sesuai untuk mereka yg mempunyai masalah kulit seperti bintik hitam, garisan halus ataupun kedutan pada wajah. Sesuai untuk wanita yang berumur 30 ke atas. Sesuai untuk semua jenis kulit.
Mungkin ada sesetengah orang sensitif dengan bahan-bahan tertentu. Jadi, jangan salahkan produk dan jangan salahkan kulit anda juga.
Aksesori dan wanita sememangnya amat sinonim sebagai pelengkap gaya, terutamanya jika aksesori berkenaan diperbuat daripada emas dan permata yang pasti membuatkan hijabi kelihatan...