Siapa tak kenal dengan animasi ‘hasil seni’ tempatan yang telah menjadi fenomena dikalangan kanak-kanak di dalam dan luar Malaysia iaitu Boboiboy!
Baru-baru ini produksi Animonsta telah mengeluarkan prekuel kepada animasi itu dalam bentuk filem, berjudul ‘Mechamato’ dan akan menemui penonton mulai hari ini di pawagam-pawagam berhampiran anda.
Menariknya, semalam dua karakter utama filem ini, MechaBot dan Amato diundang secara eksklusif menjadi tetamu di studio rakaman bual bicara sensasi MeleTop.
Nabil Bertukar Jadi MechaNabil, Penonton Teruja! Hawa Risau Stage Meletup
Sehubungan itu, ketika segmen promosi filem ditayangkan, pengacara senior Meletop, Ahmad Nabil telah berpeluang bertukar menjadi ‘MechaBot’ sekaligus membangkitkan rasa teruja dikalangan penonton Meletop.
Sebaik sahaja Nabil bertukar menjadi MechaNabil, rancangan itu menjadi riuh dan huru hara hingga rakan pengacara, Hawa Rizwana Ridzwan tak keruan melihat gelagat Nabil yang terlampau teruja.
Ads
Jelas terpancar riak wajah risau di muka Hawa, apabila stage secara tiba-tiba meletup sewaktu Nabil terbang bersama Mechabot.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada muat naik video di laman Tik Tok Boboiboy berkenaan.
Kebanyakkan netizen meluahkan rasa kagum dan rata-ratanya terhibur dengan rakaman segmen promosi filem Mechamato yang begitu kreatif disunting oleh produksi MeleTop.
Ads
“So real Mecha Nabil hehe..Memang terbaik animasi sekarang..Tak sabar tengok movie pulak”
“Boleh tahu siapa editor scene neh. gempak gila”
“Hawa dah cuak hah risau stage meletup”
Ads
“Patut lah bapak Boboiboy hilang rupanya misi dia ambil balik mechabot yang kena curi Nabil”
Sekadar info, Filem Mechamato terbitan produksi Animonsta ini adalah prekuel dari siri Mechamato. Filem ini menceritakan berkenaan kisah bapa kepada adiwira, Boboiboy.
Sebelum Syawal tempohari, kita dikejutkan dengan kehilangan salah seorang blogger cukup popular, Shea Rasol. Dia meninggal dunia pada hari Jumaat yang mulia akibat kanser. Ramai yang bersedih dengan kehilangan blogger ini yang disifatkan sebagai seorang insan yang sangat baik, peramah dan mudah mesra. Salah seorang yang cukup rapat dengan Shea Rasol adalah rakan blogger juga Nisa Kay. Hubungan mereka cukup rapat dan Nisa akui cukup terkesan dengan kehilangan arwah.
Sebelum itu sewaktu kehilangan Shea Rasol, dalam satu tulisan dalam laman sosial instagram, Nisa menganggap Shea Rasol seperti saudaranya sendiri memandangkan dia tidak mempunyai adik perempuan kerana anak perempuan pertama dalam keluarga.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
Walaupun mereka hanya bertemu pada acara tertentu atau jika ada undangan media tetapi Nisa menganggap Shea Rasol sebagai kawan yang sangat baik. Dia turut berterima kasih pada arwah kerana menghabiskan masa bersamanya mendengar cerita lucu serta memberi nasihat yang baik sebagai seorang kakak. Yang juga turut mengawasi dan Nisa cukup beruntung dapat mengenali Shea Rasol.
Dalam satu temubual bersama HIJABISTA, apabila ditanya kenangan bersama arwah yang tidak dapat dilupakan, Nisa terkedu membaca soalan diajukan. Ini jawapannya.
“Oh. Terkedu kejap baca soalan ni. Sebak pun ada. Sebab arwah Shea Rasol sangat-sangat sweet, energetic dan ceria orangnya. Kita dapat lihat beliau layan semua kawan-kawannya dengan baik. Ternyata pemergian beliau sangat meninggalkan kesan.
“Antara kenangan manis kami bersama ialah bila berpeluang melancong ke Jepun dan juga Korea bersama rakan blogger yang lain. Beliau melayan dan sudi mendengar luahan Nisa. Arwah memang macam seorang kakak. Dia banyak bagi motivasi dan nasihat.
A post shared by Nisa Kay : Putewi Hensem (@nisa_kay) on
“Perwatakan arwah yang sangat ‘bubbly’ memang buat semua orang senang dengan dia. Banyak perkara yang berlaku sepanjang trip kami. Jadi apabila rindu pada keletah arwah, Nisa akan tonton semula video travelog kami.
Admin begitu tersentuh mendengar luahan hatinya dan dapat rasa kerinduan Nisa Kay pada temannya yang kini sudah menemui PENCINTANYA. Semoga arwah tenang dan damai di sana. Al-Fatihah.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak perempuan Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim telah diraikan dalam satu majlis yang meriah sempena ulang tahun kelahirannya yang ke 15 semalam.
Di majlis yang diadakan di kediamannya itu, ramai yang terpesona apabila melihat penampilan Marissa yang cantik lagi sopan bagaikan seorang puteri.
Mengenakan gaun labuh berwarna merah jambu bersama tudung bawal, netizen sependapat mengatakan raut wajahnya tidak ubah seperti Abby sewaktu zaman muda.
Dengan begitu banyak pilihan yang tersedia, sukar untuk menentukan multivitamin yang paling sesuai untuk anda. Baca panduan ringkas ini untuk mencari pilihan terbaik.
Dirumus untuk menggabungkan pilihan vitamin dan mineral yang dipilih dengan teliti, multivitamin boleh membantu anda memenuhi keperluan nutrien harian yang penting.
Peraturan praktikal yang baik ialah mengambil multivitamin yang sesuai dengan peringkat kehidupan anda, atau yang paling menyokong kesejahteraan atau keperluan khusus. Sebagai contoh, jika anda ingin mengambil multivitamin semasa hamil, terdapat multivitamin khusus untuk menyokong keperluan anda. Ini kerana kehamilan datang dengan keperluan unik mengenai nutrien tertentu, seperti asid folik dan Iodin.
Ia adalah cerita yang serupa untuk peringkat kehidupan dan jantina anda juga. Bukan sahaja lelaki dan wanita sering memerlukan kuantiti nutrien tertentu yang berbeza, keperluan pemakanan seseorang yang menyambut ulang tahun ke-50 mereka akan berbeza dengan keperluan seorang remaja.
Suplemen kalsium yang membekalkan 600 mg kalsium unsur dengan 500 IU vitamin D3 dalam setiap tablet yang mudah ditelan. Vitamin D3 berfungsi untuk menyokong ketumpatan mineral tulang dan membantu penyerapan kalsium. Malah membantu mengekalkan tulang yang sihat dan mengekalkan ketumpatan tulang.
Kalsium juga terlibat dalam pelbagai peranan metabolik. Keperluan kalsium wanita meningkat selepas menopaus kerana tahap estrogen menurun mengakibatkan penyerapan kalsium berkurangan.
Dos
Lecithin adalah komponen penting dalam semua sel dalam badan dan membantu dalam metabolisme lemak, membolehkan ia digunakan oleh sel-sel badan. Blackmores Lecithin 1200 berasal daripada kacang soya. Lecithin adalah komponen penting bagi semua sel dalam badan. Tiada tambahan yis, gluten, gandum, derivatif susu, pengawet, perisa tiruan atau pemanis.
Dos
Blackmores CoQ10 telah direka khas untuk meningkatkan pengeluaran tenaga. Blackmores menggunakan Coenzyme Q10 berasaskan minyak daripada sumber semula jadi untuk memastikan penyerapan nutrien penting ini secara optimum. Mengandungi ubidecarenone 50mg.
Koenzim Q10 didapati secara semula jadi di dalam badan dan memainkan peranan penting dalam penghasilan tenaga. Oleh itu ia penting untuk kesihatan. Keupayaan badan untuk mensintesis CoQ10 berkurangan dengan usia.
Dos
Minyak Ikan Blackmores 1000 adalah sumber semula jadi asid lemak omega-3 marin. Untuk memastikan anda boleh mengambil Blackmores Fish Oil 1000 dengan yakin, Blackmores hanya menggunakan minyak ikan berkualiti tanpa tambahan surfaktan tiruan untuk menyamarkan bau hanyir. Diuji untuk sisa racun perosak. Minyak ikan adalah sumber asid lemak penting omega-3.
Dos
Gabungan vitamin kumpulan B yang dirumus khas dan mineral magnesium dan zink untuk membantu memenuhi keperluan harian orang yang sibuk. Formula ini sesuai untuk mereka yang menjalani gaya hidup sibuk dalam dos sehari yang mudah. Beberapa vitamin kumpulan B, seperti asid folik dan vitamin B6, terlibat dalam mengekalkan tubuh yang sihat.
Blackmores Vitamin C 500 adalah makanan tambahan yang membekalkan vitamin C dalam bentuk asid askorbik. Tablet yang mudah ditelan ini sesuai untuk mereka yang memerlukan vitamin C tambahan untuk kesihatan umum dan kesejahteraan badan. Tubuh manusia tidak menghasilkan vitamin C sendiri dan oleh itu ia mesti diperoleh daripada diet kita.
Dos
Mengekalkan kesihatan kulit melalui menyokong penghidratan kulit, Blackmores hanya memperoleh minyak terbaik yang ditekan sejuk dan diuji dengan teliti untuk kualiti dan sangat disucikan.
Asid lemak omega-6 yang penting ini hanya boleh dihasilkan dalam badan dalam jumlah yang kecil dan sebahagian besarnya mesti diperoleh daripada diet. Suplemen ini bermanfaat untuk kesihatan dan kesejahteraan wanita.
Tahap GLA yang rendah didapati pada wanita dengan sindrom prahaid (PMS). Penambahan EPO, yang meningkatkan prostaglandin yang dikenali sebagai PGE1, boleh membantu dalam kesihatan dan kesejahteraan wanita.
Dos
Menggabungkan zink dengan nutrien utama termasuk magnesium, mangan dan vitamin A dan B6 dalam dos sehari yang mudah. Zink dan vitamin A adalah nutrien penting terutamanya untuk kesihatan dan metabolisme karbohidrat, lemak dan protein. Zink juga merupakan mineral penting untuk kesihatan.
Zink adalah penting untuk kesihatan yang baik kerana ia terdapat dalam setiap sel badan dan terlibat dalam banyak tindak balas enzim. Ia penting dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein.
Dos
Blackmores Multivitamins + Minerals mengandungi vitamin dan mineral penting untuk membekalkan tubuh dan minda anda dengan sokongan nutrisi menyeluruh dan membantu mengekalkan kesihatan setiap hari. Ia membantu menambah diet tidak seimbang dalam dos sehari.
Suplemen harian dengan rangkaian luas vitamin dan mineral boleh menyediakan insurans pemakanan dengan membantu menyediakan pengambilan optimum untuk mengekalkan kesihatan yang baik.
Dos
Blackmores Grape Seed Forte 12000 ialah suplemen standard yang menyediakan bersamaan dengan 12 g biji anggur setiap tablet. Biji Anggur ialah sumber semula jadi yang kaya dengan flavonoid dan ekstrak biji anggur ini adalah antioksidan dan oleh itu memberikan perlindungan terhadap kerosakan oleh radikal bebas.
Kebanyakan radikal bebas ini ditangani oleh radikal bebas badan sendiri, pertahanan antioksidan. Beberapa radikal bebas bagaimanapun melarikan diri dari pertahanan ini, dan membahayakan tubuh.
Dos
Suplemen pemakanan yang telah dirumus khas untuk menyediakan kumpulan vitamin B-kompleks yang diperlukan untuk penukaran makanan kepada tenaga. Formula ini sesuai untuk orang yang cepat berasa letih.Vitamin kumpulan B memainkan peranan penting dalam metabolisme karbohidrat, protein dan lemak untuk menghasilkan tenaga.
Dos
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perhiasan daun clover semakin popular, tetapi adakah ia sekadar motif fesyen atau ada kaitan agama lain? Ini penjelasan hukum yang Muslimah perlu tahu.