Pembaca berita dan juga personaliti TV3 Hawa Rizwana Ahmad Redzuan bersyukur dan gembira apabila diberikan peluang untuk mengacarakan rancangan berprestij MeleTOP selaku hos tetap, menggantikan Neelofa  bergandingan bersama Ahmad Nabil Ahmad.

Bagaimanapun, ketika ditanya Hijabista adakah dia rasa tertekan kerana sering dibayangi Neelofa dari segi paras rupa dan terkini mengikuti jejak langkah Neelofa mengacarakan MeleTOP ini respon Hawa.

Anggap Peluang Mengacara MeleTOP sebagai ‘Rezeki’

Sumber: Instagram Hawa Rizwana

Menurut Hawa segala peluang dan cabaran yang bakal dihadapinya sebagai pengacara MeleTOP selepas ini sebagai rezeki yang akan digarap sebaik mungkin sebagai pengalaman yang berharga dan akan memberikan yang terbaik bagi program itu.

“Alhamdulillah, saya bersyukur kerana ini rezeki atau perancangan yang saya sendiri tidak jangkakan. Tak pernah terfikir pun yang saya akan mengacarakan program berkonsepkan hiburan.

“Apabila sudah dipilih, sudah tentu saya akan cuba buat yang terbaik. Saya anggap peluang ini sebagai proses pembelajaran yang berterusan.

“Yang baik, kita akan perkemaskan lagi manakala yang buruk pula, kita akan kurangkan. Doakanlah yang terbaik untuk saya,” katanya kepada Hijabista.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Ganti Neelofa, Hawa Rizwana Pengacara Tetap MeleTOP? Ini Reaksi Netizen

Bagaimanapun, mengulas mengenai tekanan apabila acap kali dikaitkan dengan selebriti popular tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor, Hawa tidak menafikan ada kalanya dia berasa gementar apabila dipertanggungjawabkan mengalas bebanan yang ditinggalkan Neelofa.

“Bila pertama kali diundang sebagai hos jemputan, sejujurnya saya agak risau ditambah pula bila ada penonton di studio. Rasa seram sejuk memang ada.

“Kalau lihat pengacara sebelum ini pula, Neelofa satu nama yang sangat besar serta sudah mengacarakan program ini untuk jangka masa yang sangat lama. Penonton sudah sinonim dengan keserasian Neelofa dan Nabil.

“Malah, hos-hos jemputan yang lain pula jauh lebih berpengalaman tetapi saya akan cuba serap segala perkara baik itu. Gementar dan tekanan itu pasti ada tetapi saya tidak akan sia-siakan
peluang ini,” ujarnya.

IKLAN

Hawa Mohon Beri Peluang Kemudi MeleTOP Ikut Acuan Sendiri

Sumber: Instagram Hawa Rizwana

Selain itu, penyampai radio Buletin FM yang juga pengacara Wanita Hari Ini, memohon agar dirinya diberikan peluang sama, untuk mengemudi MeleTOP mengikut cara dan gaya tersendiri tanpa perlu dibandingkan dengan Neelofa.

“Ada yang kata saya dapat sesuatu kerja itu kerana muka saya sama seperti beliau. Saya graduan kewartawanan dan saya memang sudah lama berhasrat untuk bekerja di bidang ini tanpa ada perancangan untuk menjadi orang lain.

“Siapa sahaja yang suka bila diri mereka disamakan dengan orang lain? Saya pasti semua orang mahu dikenali dan dihargai kerana diri mereka sendiri.

IKLAN

“Ingin saya tegaskan disini, apa sahaja yang saya lakukan sama ada makan, bercakap, mengacara atau sebagainya, itu adalah diri saya Hawa Rizwana,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Hawa telah diperkenalkan secara rasmi selaku pengacara baharu program hiburan itu,sebentar tadi.

Semenjak pengunduran Neelofa dalam program hiburan itu pada Disember 2019, Meletop tidak menemui pengacara tetap wanita sebaliknya hanya digantikan oleh pengacara jemputan setiap minggu.

Sumber: Instagram MeleTOP & Instagram Hawa Rizwana

Artikel berkaitan: Kini Bergelar Hos Tetap MeleTOP, Hawa Rizwana Si Cantik Berbakat & Bijak. Pernah Capai Keputusan 4.0 Untuk Ijazah Sarjana

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI