Ads

Fasha Sandha Jadi Wajah Baharu Safi Youth Gold Rania, Semarakkan Seri Keremajaan Wanita

Pelakon dan usahawan terkenal, Fasha Sandha, sekali lagi mencuri perhatian apabila diumumkan sebagai wajah baharu Safi Youth Gold Rania menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan. Pemilihan beliau bukan sekadar berdasarkan populariti, malah perjalanan hidupnya yang penuh cabaran dilihat selari dengan mesej kempen yang mengangkat kekuatan dalaman, keyakinan diri dan keberanian wanita untuk terus menyerlah dalam setiap fasa kehidupan.

Kempen ini turut membawa mesej bahawa kecantikan sebenar bukan hanya dinilai daripada penampilan luaran, tetapi juga daripada ketabahan, keyakinan serta semangat untuk terus bangkit menghadapi cabaran hidup.

Fasha Sandha Jadi Wajah Baharu Safi Youth Gold Rania, Semarakkan Seri Keremajaan Wanita

Fasha Sandha Dipilih Sebagai Ikon Safi Youth Gold Rania

Menurut Pakar Jenama dan Tinjauan Maklumat Safi Malaysia, Kazlina Mohd Kassim, pemilihan Fasha Sandha dibuat kerana beliau melambangkan wanita Malaysia moden yang tabah, berdikari dan sentiasa berani menjadi diri sendiri.

“Fasha adalah personifikasi wanita Malaysia masa kini yang tabah, berdikari dan berani untuk tampil dengan jati diri sebenar.

Perjalanan hidup beliau mencerminkan aspirasi Semarakkan Seri Keremajaan bahawa setiap wanita berhak menemukan semula keyakinan serta menyerlah dengan cara mereka yang tersendiri,” katanya.

Bagi Fasha Sandha sendiri, pengalaman hidup yang dilaluinya mengajar beliau untuk lebih menghargai diri, menerima setiap perubahan dan terus melangkah ke hadapan walaupun berdepan pelbagai cabaran.

Beliau percaya bahawa seri seorang wanita tidak hanya bergantung kepada wajah yang cantik, tetapi terpancar melalui kekuatan jiwa, kematangan dan keyakinan terhadap diri sendiri.

Fasha Sandha Jadi Wajah Baharu Safi Youth Gold Rania, Semarakkan Seri Keremajaan Wanita

Ads

Semarakkan Seri Keremajaan Bawa Definisi Baharu

Kempen Semarakkan Seri Keremajaan diperkenalkan dengan pendekatan yang lebih dekat dengan realiti kehidupan wanita masa kini. Ia bukan sekadar memfokuskan penjagaan kulit atau usaha untuk kelihatan lebih muda, malah meraikan perjalanan setiap wanita dalam menemukan semula semangat dan keyakinan diri.

Menurut Kazlina, hasil kajian serta maklum balas daripada pengguna mendapati ramai wanita sebenarnya merindui rasa yakin, bersemangat dan percaya kepada diri sendiri, bukannya sekadar memiliki kulit yang kelihatan muda.

“Selama ini, produk penjagaan kulit untuk tanda-tanda penuaan sering dikaitkan dengan usaha membantu wanita kelihatan lebih muda. Namun, apa yang kami ketahui hasil daripada mendengar pandangan wanita sebenarnya jauh lebih mendalam.

Ramai wanita memberitahu bahawa apa yang mereka rindukan bukan sekadar kulit yang kelihatan muda, tetapi keyakinan, semangat dan rasa percaya terhadap diri sendiri yang pernah mereka miliki,” ujarnya.

Dalam kesibukan menguruskan kerjaya, keluarga serta pelbagai tanggungjawab harian, ramai wanita tanpa sedar mengabaikan keperluan diri sendiri. Justeru, kempen ini mengingatkan bahawa menjaga dan menyayangi diri bukanlah satu bentuk sikap mementingkan diri, sebaliknya satu keperluan untuk kesejahteraan fizikal dan emosi.

Fasha Sandha Jadi Wajah Baharu Safi Youth Gold Rania, Semarakkan Seri Keremajaan Wanita

Safi Youth Gold Rania Tampil Dengan Teknologi Baharu

Seiring pelaksanaan kempen ini, Safi turut memperkenalkan rangkaian Safi Youth Gold Rania dengan formulasi yang dipertingkatkan melalui teknologi Peptida Kolagen bagi memenuhi keperluan kulit wanita Malaysia.

Ads

Antara inovasi yang diperkenalkan ialah PDRN Booster Repair Serum, yang dikenali sebagai serum PDRN Spicule Halal pertama di Malaysia, CycloPeptide Water Elixir yang menampilkan teknologi CycloPeptide pertama di Malaysia, serta Beauty Miracle Oil.

Kesemua produk ini dibangunkan dengan menggabungkan teknologi penjagaan kulit bertaraf global bersama pemahaman terhadap keperluan kulit wanita dalam iklim tropika.

Nama Rania Kembali Dengan Nafas Baharu

Selain memperkenalkan inovasi produk, Safi turut mengembalikan nama ikonik Rania yang cukup dekat di hati pengguna sejak sekian lama. Nama tersebut menjadi simbol kecantikan, keyakinan serta seri wajah yang kekal relevan mengikut perubahan zaman.

Bagi menghidupkan lagi mesej kempen, Safi mengajak 100 wanita Malaysia berkongsi kisah kehidupan, cabaran serta pengalaman mereka. Daripada jumlah itu, lima wanita dipilih untuk menjalani perjalanan transformasi yang memberi tumpuan kepada kasih sayang terhadap diri sendiri, pembinaan keyakinan dan perkembangan peribadi.

Ads

Kisah inspirasi mereka dipaparkan menerusi siri kandungan khas yang mengetengahkan pelbagai realiti kehidupan termasuk cabaran rumah tangga, kehidupan sebagai ibu sepenuh masa, perubahan selepas bergelar ibu, pengalaman sebagai ibu tunggal serta usaha membina semula keyakinan diri.

Kempen ini turut diperkuatkan dengan nafas baharu lagu ikonik Gemilang, nyanyian asal Jaclyn Victor, sebagai simbol bahawa setiap wanita mempunyai peluang untuk kembali bersinar tanpa mengira fasa kehidupan yang sedang dilalui.

Fasha Sandha Jadi Wajah Baharu Safi Youth Gold Rania, Semarakkan Seri Keremajaan Wanita

Meraikan Kekuatan Wanita Malaysia

Menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan, Safi Youth Gold Rania mengajak wanita Malaysia meraikan keunikan, kekuatan dan perjalanan hidup masing-masing. Kempen ini menegaskan bahawa keremajaan sebenar bukan sekadar berkaitan usia atau penampilan fizikal, tetapi keberanian untuk bangkit, menghargai diri dan terus menjadi versi terbaik diri sendiri.

Pemilihan Fasha Sandha sebagai wajah baharu Safi Youth Gold Rania diharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk terus yakin, tabah dan berani melangkah ke hadapan dalam apa jua cabaran kehidupan.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download sekarang di

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Yang lain

Tasha Manshahar Kongsi Rahsia Istiqamah Hijrah Melalui Majlis Ilmu

Tasha Manshahar menggalakkan wanita menghadiri majlis ilmu dan kelas tadabbur al-Quran sebagai cara terbaik untuk memulakan hijrah serta kekal istiqamah mendekatkan diri kepada Allah SWT.