Bergelar selebriti apa yang dipaparkan mungkin tak seindah apa yang dibayangkan. Kita sering melihat selebriti tampil cantik dan bergaya sempurna di khalayak umum.
Namun, disebalik ‘kesempurnaan’ itu mereka juga manusia biasa yang mengalami masalah kulit, sama seperti hijabi diluar sana.
Justeru, HIJABISTA berkesempatan bertanyakan tip dan rahsia kecantikan kulit wajah aktres jelita Elfira Loy. Siapa sangka ibu kepada dua cahaya mata ini juga mempunyai masalah kulit. Ini perkongsian Elfira Loy tentang bagaimana dia menangani masalah kulit yang dihadapinya!
“Dekat Luar, Walaupun Nampak Macam Bersolek. El Cuma Gunakan Concealer Tiada Foundation,” – Elfira Loy
Ketika ditanya apakah nasihat EL untuk para wanita, El berkata jika mahukan kulit yang sihat dan cantik, ini respon yang diberikan.
“Tak pernah terlambat untuk mulakan! Lagi kita menjaga kulit, lagi banyak perkara yang akan kita pelajari tentang kulit kita. Jadi kita akan tahu produk yang bagaimana yang sesuai untuk kulit dan atasi masalah kulit kita.
Ads
“Selalunya dekat luar, walaupun nampak macam El mengenakan solekan. Tetapi El cuma gunakan concealer tiada foundation sahaja. Sebab sekarang ini, El sedang menjaga kulit El dengan lebih baik, daripada mengenakan solekan,” ujarnya.
“Macam El, El akan selalu bercakap perkara-perkara positif dengan kulit El. Contohnya macam, selamat pagi kulit ini untuk pudarkan cela, tolonglah berkesan!,” seloroh Elfira.
Cara Elfira Loy Tangani Masalah Kulitnya!
“Masalah kulit yang El hadapi adalah kulit sensitif, kulit kering dan senang dehidrasi. Bila El buat analisa kulit El baru tau yang El ada banyak bintik hitam pada kulit, walaupun kalau tengok depan-depan memang tak nampak ketara.
Ads
“Dengan masalah-masalah kulit ni, kondisi kulit El macam tak berfungsi, bila El cuba mengenakan solekan, solekan itu tak smooth dan macam tak melekat dengan baik pada permukaan kulit,” katanya.
Sehubungan itu, El turut berkongsikan cara bagaimana dia menangani masalah kulit yang dimilikinya dengan melakukan ‘Exfoliation’. Menurut El cara ini sangat lembut dan tidak merengsakan kulitnya.
“Selalunya jika El gunakan exfoliator ada bahagian muka terutamanya di bahagian bawah mata yang akan bertukar merah. El tak pasti samada ini berlaku kerana ini adalah bahagian kulit yang paling sensitif.
Ads
Kulit yang cantik sememangnya menjadi idaman setiap wanita. Min setuju apa yang El katakan ‘better late than never’
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sudah lumrah sebagai manusia yang menjalani kehidupan di dunia, kita tidak dapat lari dari bertemu dengan masalah dan perkara yang membuatkan hati berasa sedih dan gelisah. Setiap satu dugaan sebenarnya mematangkan kita lantas membentuk diri menjadi wanita yang lebih hebat.
Tidak kiralah kesedihan itu disebabkan faktor keluarga, cinta dan kerjaya. Apa yang penting kukuhkan kedudukan anda sebagai seorang yang matang dalam menghadapi situasi. Jangan mudah melatah dan terus bermain emosi, lantas mencurahkan perasaan di media sosial.
Tidak semua perkara perlu diluahkan secara terbuka, kerana kadangkala ia boleh mengundang banyak perkara negatif dari yang positif. Lebih baik jika kita duduk di tikar sejadah dan menangis semahunya memohon pertolongan dan juga keredaan dari Allah SWT.
Ini adalah beberapa rangkaian doa yang boleh anda amalkan untuk memberikan ketenangan kepada diri. Doa ini boleh diamalkan sepanjang masa.
DOA 1 اَللّٰهُمَّ اِنِّىْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ جَهْدِالْبَلَاءِ وَدَرْكِ الشَّقَاءِ وَسُوْءِ الْقَضَاءِ و شَمَاتَةِ الْاَعْدَاءِ (Allahumma inni a’uuzubika min jahdil bala’. Wa darkish shaqa’. Wa suu il qadhaa’. Wa shamaatatil a’daa’.)
Maksudnya:Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari menemui penderitaan, dari takdir yang buruk & dari keberhasilan musuh – Sahih Bukhari
DOA 2 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْث (Yaa hayyu yaa qayyuumm. Bi rahmatika astaghiiths.)
Maksudnya:Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku meminta pertolongan. – Hadis Riwayat Tirmidzi
Maksudnya:Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku, dan mudahkanlah bagiku urusanku, dan lancarkanlah lidahku supaya mereka faham ucapanku. – Surah Taha Ayat 25-28
Semoga perkongsian ini akan memberikan manfaat kepada pada hijabi yang membaca. Befikiran secara positif agar berjaya membentuk aura diri yang menarik. Ingat! Kesedihan dan kegelisahan merupakan sebahagian dari hidup, kita tidak akan dapat lari dari merasainya.
Salurkan rasa itu kepada Allah SWT nescaya Dia MAHA mendengar setiap rintihan hambaNya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lain orang lain citarasanya. Ada yang gemar melancong ke destinasi menarik seorang diri dan ada juga yang gemar bercuti bersama teman baik atau buddy masing-masing.
Keseronokkannya tambah berganda apabila dapat menikmati keindahan negara orang sambil bertukar-tukar pandangan. Tidaklah rasa canggung pabila bercuti dengan sahabat baik yang boleh sama-sama menanggung kala berdepan saat susah dan senang.
Bagi tiga sahabat baik, Farah, 28 tahun, Nadiah Izzaty Azmi 33 tahun dan Syafiqah Hashim, 27 tahun memang sering bercuti bersama-sama. Antara destinasi yang kerap disinggahi mereka adalah sekitar negara di Asia Tenggara dan tidak dinafikan banyak momen terindah dirakam sepanjang percutian bersama.
Bagi Farah yang juga seorang blogger memberitahu selalunya jika travel bersama buddy, mereka akan rancang sendiri perjalanan serta itinerary bersama.
“Untuk memudahkan perjalanan, biasanya kami banyak baca perkongsian percutian orang lain di laman sosial, blog ataupun di group Facebook. Daripada situ kita akan buat perbandingan destinasi mana akan dilawati dan bajet yang perlu dikeluarkan setiap seorang.
“Kami kemudiannya akan berjumpa dan diskus perancangan yang telah dibuat. Keistimewaan pergi dengan buddy ini berbanding melalui agen kita akan rasa lebih selesa dengan kawan yang telah lama dikenali. Maklumlah kita lebih kenal cara masing-masing setiap kali travel. Lagi satu kawan baik adalah cameraman terbaik kerana mereka tahu angle terbaik untuk diri kita,” ujarnya yang turut memberi pesanan kepada pasangan buddy agar tidak terlalu berkira ketika travel.
Komunikasi penting walau bagaimanapun terdapat cabaran yang perlu dihadapi ketika travel bersama buddy ini. Bagi Nadiah Izzaty walaupun mereka kenal satu sama lain, tetapi ada kalanya berlaku perselisihan faham antara mereka.
“Biasalah bila berjalan bersama buddy ini ada kalanya mood seseorang itu akan bertukar. Jika berlaku situasi seperti ini, kita perlu slow talk dengan buddy kita dan cuba kembalikan semula mood. Ini bagi mengelakkan masalah perselisihan faham berlarutan dan menjejaskan mood sepanjang percutian nanti.
“Tidak semua pendapat kita akan diterima oleh travel buddy sebab lain orang lain pandangannya. Tetapi perlu buka minda seluasnya yang kita pergi secara berkumpulan jadi kena ada persefahaman agar segala yang dirancang berjalan lancar. Apa yang penting bagi saya adalah komunikasi antara satu sama lain,” ujarnya yang sering mengingatkan teman lain untuk mengamalkan sikap bantu membantu antara satu sama lain.
Pernah makan sebuku roti kongsi 3 orang dalam pada itu, Farah juga bersetuju dengan pandangan Nadiah yang perlunya ada komunikasi serta sikap bantu membantu satu sama lain ketika berada di rantau orang.
“Tidak dinafikan setiap kali travel pasti ada masalah akan timbul. Dan kita akan cuba selesaikan secara bijak. Saya terkenang saat kami pergi travel bersama dan berdepan masalah duit yang tidak mencukupi.
“Waktu itu kami tidak makan lagi dan semua tempat tukar duit sudah ditutup. Waktu itu masing-masing gigih korek beg dan keluarkan semua syiling yang ada. Akhirnya kami dapat membeli sebuku roti dan kongsi makan bertiga. Walaupun bukan masalah besar tetapi agak kelam kabut juga bila masing-masing tidak berduit. Inilah yang dikata susah senang bersama dan momen ini tidak akan dilupakan sampai bila-bila,” tambah Farah yang turut berkongsi barangan yang wajib dibawa ketika travel bersama buddy.
Barangan wajib perlu dibawa pesannya yang berasal dari Kuantan Pahang ini memberitahu barangan wajib dibawa adalah tripod untuk memudahkan mereka bergambar bersama-sama. Ini juga boleh mengelakkan masalah berkecil hati jika salah seorang tidak masuk dalam frame.
“Barangan lain seperti earphone untuk kegunaan dalam flight sambil berehat menikmati muzik kegemaran. Lagi satu item penting adalah telefon pintar yang telah di install segala aplikasi berkaitan travel.
“Bagi yang tak tahan panas pula, boleh bekalkan portable kipas menggunakan bateri atau yang boleh dicaj dengan power bank untuk memudahkan proses pengecasan. Satu lagi usah lupa untuk membawa mini first aid kid yang mengandungi item kecemasan dan bekalan minyak gamat,” jelas Farah lagi.
Bagi Syafiqah Hashim, 27 tahun yang juga seorang influencer turut memberitahu barangan lain yang wajib dibawa ketika travel.
“Paling penting selain pasport, item kosmetik, sunscreen dan juga kaca mata hitam. Kita tidak tahu cuaca ditempat orang. Walaupun sudah boleh melihat sebelum pergi, tetapi cuaca boleh berubah tanpa kita jangkakan. Jadi wajib kalau bawak sunscreen dan juga kaca mata untuk melindungi wajah dari cuaca panas.
“Kami memang gemar sekali pergi ke negara Indonesia dan antara destinasi yang menarik adalah seperti Lombok, Jogjakarta dan juga Lombok. Banyak aktiviti menarik boleh kita terokai di sini dan paling menyeronokkan tidak menghadapi masalah untuk mencari makanan halal,” tambahnya yang merasakan travel bersama buddy itu lebih selamat dan senang untuk berkongsi pelbagai idea menarik.
Jaga Solat Oleh kerana sering bercuti bersama, ketiga-ketiganya juga tidak lokek berkongsi beberapa tip menarik jika travel bersama buddy ini.
“Untuk yang merancang bercuti bersama buddy masing-masing, perlu untuk fikirkan perancangan dengan teliti. Ini termasuk soal pengangkutan, bajet dan aktiviti yang akan dilakukan bersama-sama nanti. Walau bagaimanapun setiap dari kita kena tahu info berkaitan supaya tidak rasa ketinggalan dengan apa yang telah dipersetujui.
“Kena sentiasa bersikap positif agar segala yang dirancang menjadi dan beri pengalaman menyeronokkan. Setiap orang perlu bersikap tolak ansur, bertimbang rasa dan banyakkan komunikasi dua hala agar trip berjalan lancar.
“Lagi satu paling penting jaga solat. Walaupun sedang bergembira di negara orang, bab yang satu ini jangan sesekali dilupakan. Di mana sahaja berada perlu ingat Allah agar kita sentiasa berada dalam lindunganNya. Islam itu mudah dan doa orang yang bermusafir ini selalunya akan dimakbulkan, insya-Allah,” ujar Nadiah yang bekerja di sebuah bank dan juga sebagai part time blogger.
Pendapatnya ini turut dipersetujui rakan buddy, Farah dan juga Syafiqah. Untuk trip akan datang, tiga sahabat ini merancang bercuti ke Korea ataupun negara Balkan yang sudah pastinya menjanjikan pengalaman serta pelbagai lokasi menarik untuk diterokai kelak.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kantung mata umumnya terjadi seiring bertambahnya usia. Meski tidak menimbulkan rasa sakit, namun kantung mata dapat mengganggu penampilan kerana membuat wajah terlihat lelah dan lebih tua.
Kantung mata terjadi kerana adanya penumpukan cairan yang diakibatkan melemahnya jaringan di sekitar mata, termasuk otot kantilever kelopak mata.
Salah satu penyebab paling umum terjadinya kantung mata adalah kurang tidur. Hal ini kerana kurang tidur cenderung menyebabkan pembuluh darah di bawah kulit tipis mata melebar dan menciptakan warna gelap. Pembuluh darah yang melebar ini dapat menyebabkan penumpukan cairan di sekitar mata, sehingga terbentuk kantung mata.
Selain kurang tidur, perkara lain yang juga menjadi penyebab terjadinya kantung mata adalah sebagai berikut:
Pada rinitis alergi, terjadi peradangan di hidung oleh kerana reaksi alergi. Gejala yang timbul meliputi bersin dan mata berair, dapat diiringi dengan timbulnya kantung mata dan lingkaran hitam di bawah mata.
Penuaan dapat menyebabkan munculnya kantung mata kerana seiring bertambahnya usia, otot dan struktur jaringan di sekitar mata melemah. Kulit juga akan mulai mengendur dan cairan akan mulai berkumpul di bahagian bawah mata. Selain itu, lemak yang berada di sekitar mata juga akan bergerak ke daerah sekitar bawah mata sehingga terlihat bengkak atau membentuk kantung mata.
Kekurangan cairan dan rendahnya pengambilan protein tidak hanya dapat memengaruhi kesihatan, tapi juga dapat memengaruhi area bawah mata anda.
Stres dapat menyebabkan kulit dan jaringan tubuh menjadi lemah, perkara ini juga dapat terjadi pada jaringan kulit di sekitar mata. Ketika jaringan kulit di sekitar mata lemah, maka kantung mata dapat terbentuk kerana penumpukan cairan.
Kantung mata dan lingkaran hitam pada mata juga dapat disebabkan oleh kebiasaan merokok, terlalu banyak minum kafein dan alkohol,
Timbulnya kantung mata dapat dicegah di antaranya dengan tidur sekitar 8 jam sehari. Anda juga disarankan untuk minum air putih yang cukup, setidaknya 8 gelas sehari. Hindari makanan dan minuman yang mengandung kafein dan kadar alkohol tinggi. Jika alergi merupakan penyebab kantung mata, maka seboleh mungkin hindari faktor pencetus alergi tersebut.
Jika anda telah melakukan hal tersebut dan kantung mata masih tetap ada, atasi masalah kantung mata dengan melakukan perkara-perkara berikut ini.
Namun, sebelum melakukan prosedur apa pun untuk mengatasi kantung mata, sebaiknya nasihat doktor perlu mengenai risiko, prosedur operasi, efek samping, dan riwayat kesihatan anda.
Lakukan upaya mencegah kantung mata dengan gaya hidup sihat. Untuk mengatasi kantung mata yang sudah telanjur muncul, cuba lakukan beberapa saranan di atas. Konsultasi ke doktor jika kantung mata dirasa sangat mengganggu dan perlu tindakan menanganinya lebih lanjut.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di