Mencari padanan baju raya adalah sisi gembira hijabi menyambut Syawal, apatah lagi apabila sudah lama tidak menyambutnya dengan keluarga tercinta. Nah tiba masanya mencari helaian yang sesuai dan selesa ketika menyambut lebaran.
Menampilkan 15 rekaan baru dalam pelbagai warna, kempen Regal Raya tahun ini dibintangi oleh jelitawan Fyza Kadir dan Whulandary Herman dalam persalinan eksklusif koleksi dari LARNEY tidak pernah mengecewakan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Selesa dengan setiap helaian
Koleksi Aidilfitri dari jenama LARNEY sering menjadi tumpuan setiap kali musim perayaan Aidilfitri menjelma dan tahun ini sekali lagi LARNEY mencuri tumpuan. Dikenali dengan rekaan eksklusif yang pasti menaikkan seri pemakai, LARNEY mempersembahkan koleksi baru bagi santapan fesyen Aidilfitri tahun 2022 bertemakan REGAL RAYA.
Dengan kempen penuh glamour yang dibintangi oleh dua jelitawan yang tidak dapat dinafikan punyai aura tersendiri, Fyza Kadir dan Whulandary Herman, koleksi ini meneruskan mesej optimis yang disampaikan pada tahun-tahun sebelum ini namun lebih sarat dengan gaya unik dan tersendiri bersesuaian dengan situasi post-pandemic dunia. Pemilihan Fyza dan Whulandary juga dilihat begitu tepat justeru menjadikan keduanya sebagai pasangan muse paling elegan buat jenama LARNEY sehingga kini.
Rekaan klasik tampak moden
Masih mengekalkan estetika LARNEY yang terkenal dengan gaya feminin, sofistikated dan mewah, jenama ini mempersembahkan rekaan klasik yang dimodenkan seolah-olah membawa anda yang lama mahupun yang baru meneroka silhouette warisan lama namun diberi nafas baru.
Menurut Zura Zabidi, pengasas serta pengarah kreatif bagi LARNEY, “Sebanyak 15 rekaan baru kami perkenalkan untuk tahun ini dengan pelbagai warna dan pelanggan kami boleh memilih daripada rekaan santai serta mudah seperti kaftan dan kurung Kedah, sehinggalah ke rekaan yang lebih dramatik dan moden yang sememangnya bagaikan sudah sinonim dengan jenama ini. Kami juga telah mengolah beberapa rekaan yang menjadi kegemaran ramai dari tahun-tahun sebelum ini seperti Lockdown Kurung, Reborn Kurung Riau dan Rebirth Kaftan; dan memberikannya nafas baru. Tahun ini juga, LARNEY memperkenalkan buat pertama kali rekaan pleats untuk baju kurung pesak, kurung Pahang dan juga abaya dengan kolar tinggi atau high neck abaya”.
Koleksi raya untuk setiap generasi
Menggunakan pelbagai fabrik daripada sutera satin, exquisite neat pleats, kain kapas sehinggalah kain crepe, bercorak eksklusif serta sulaman (embroidery) premium dari seluruh dunia yang dipilih sendiri oleh Zura, dia percaya bahawa REGAL RAYA akan diterima baik oleh wanita dan dapat menarik peminat-peminat generasi baru bukan sahaja kerana rekaannya yang menarik serta mesej positif yang disampaikan.
“Dari kualiti jahitan, kemasan yang mewah sehinggalah pemilihan fabrik, REGAL RAYA adalah surat cinta kami untuk semua pelanggan LARNEY. Sebagai jenama yang amat mengutamakan kepuasan pemakai, kami berikan hanya yang terbaik untuk mereka. REGAL ialah satu perkataan yang mempunyai makna yang amat besar – dari segi luaran dan dalaman. Gaya yang anggun, rapi dan hebat jika digabungkan bersama keyakinan yang tinggi pasti menaikkan seri; dan dengan persalinan REGAL RAYA dari LARNEY di Aidilfitri ini, saya pasti siapa sahaja akan terpesona. Ini juga bertepatan dengan pemilihan Fyza dan Whulandary sebagai wajah kempen ini. Kedua-duanya adalah inspirasi buat ramai wanita di luar sana dan saya berbangga mereka sudi untuk turut terlibat di dalam kempen Aidilfitri kami tahun ini”, tegas Zura lagi.
Dengan harga bermula dari RM199 sehingga RM689, rekaan-rekaan ini bolehlah didapati daripada laman sesawang LARNEY di www.larney.com.my . Bagi mereka yang inginkan pengalaman yang lebih intim, bolehlah mengunjungi showroom LARNEY di Ampang, Isetan KLCC dan Setia City Mall.
Untuk melihat keseluruhan koleksi, anda bolehlah mengunjungi laman www.larney.com.my. Bagi berita-berita terbaru serta promosi hebat, sila ikuti perkembangan LARNEY di Instagram dan Facebook via @larneyofficial
Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI