Melangkah masuk ke dekad yang baru, Girl Gang travel jangan lepaskan peluang menikmati percutian dengan keunikan kediaman yang menarik seiring dengan percutian Insta Worthy anda. Airbnb mahu anda mendiami kediaman-kediaman unik yang indah pada musim cuti. Airbnb telah memilih senarai kediaman tempatan dan di destinasi luar negara yang mempunyai penerbangan terus oleh syarikat penerbangan tempatan untuk diterokai.
Dengan pilihan daripada dua belas kota dari lapan negara – sama ada anda seorang pencinta pantai, peminat alam sekitar, atau seorang yang mencari destinasi terpencil, Airbnb mempunyai semuanya. Dari suasana pagi yang ditemani bunyi alunan pokok-pokok dan bunyi kicauan burung di Hibiscus Beach Retreat ke melarikan diri dari bandar-bandar yang penuh sesak ke rumah buluh ajaib dan pemandangan menakjubkan di teres padi hijau yang subur di Camaya Bali Lotus, ini adalah beberapa kediaman percutian terbaik yang anda perlu pertimbangkan semasa membuat rancangan untuk melawat negara-negara ini.
Jom terokai 12 kediaman unik yang disediakan oleh Airbnb:
1. Pengalaman Berkaki Ayam di Utara Borneo, Sabah, Malaysia
Nikmati aura percutian di kawasan pinggir pantai paling utara Borneo dengan alunan air laut sejuk di kaki anda. Terletak di puncak tebing kecil dengan pemandangan Laut Cina Selatan, Hibiscus Beach Retreat adalah sebuah chalet 1 bilik yang bersendiri, direka khas buat pasangan dan keluarga kecil, dan satu tambahan sempurna buat paparan Instagram anda!
Pemandangan kediman menerusi ruang bilik
2. Rumah Pokok Bali dengan Kolam Renang Indah, Bali, Indonesia
Nikmati percutian yang menyamankan di musim cuti ini di rumah pokok yang tersenarai dalam senarai kediaman paling diingini di Bali. Terletak hanya 3 minit dari pantai, anda dapat melihat pemandangan matahari terbit dari veranda dan nikmati pemandangan taman dan kolam yang indah.
Restoran yang terdapat di Secret Garden
Gazebo
3. The Studio – Kadupul Homecation, Da Lat, Vietnam
Dengan lokasinya yang terpencil di lorong kecil dalam kawasan perumahan yang sunyi tetapi ramah, anda dijanjikan masa rehat dan tidur malam yang berkualiti. Kadupul Homecation terletak di kawasan bukit yang tidak jauh dari bandar Dalat dan mempunyai pemandangan landskap indah dengan kawasan perumahan berwarna-warni di bukit yang bertentangan.
Ads
4. Vila Onnut Gaya Thai Berkolam Renang yang Sunyi dan Semulajadi, Bangkok, Thailand
Dapatkan pengalaman gaya hidup Thai pada musim cuti di vila berkolam renang Thai yang terletak di tengah-tengah pinggir bandar Bangkok. Sebuah mutiara ketenangan, rumah kompaun Thai dengan suasana sunyi dan bersih ini dikelilingi taman tropika yang subur.
5. Rumah Tradisional Jepun, Yamanashi, Jepun
Alami pengalaman di Rumah Moshi Moshi, sebuah rumah tradisional Jepun berusia 150 tahun yang terletak di puncak bukit di bandar Koshu. Shoji (pintu ruang tamu) apabila terbuka, memaparkan pemandangan panoramik indah kawasan lembah sekitar, dan hos Ayumi akan mengalu-alukan anda dengan sifat ramah dan semangat. Terokai Kofu, bandar berdekatan yang terletak sekitar 15-20 minit dari Rumah Moshi Moshi, yang penuh dengan kuil-kuil yang indah.
6. Canoe Ville – Bilik Terapung di Tengah Tasik, Kerala, India
Ads
Tanah ajaib Kerala yang penuh dengan pantai tropika, kawasan sungai yang tenang, keindahan pinggir pantai yang menggiurkan dan festival seni kontemporari terbesar di Asia – Kochi Muziris Biennale. Apabila sudah selesai dengan acara keramaian, berehat di vila terapung yang dihoskan oleh sebuah keluarga di pinggir tasik Vembanad, dikelilingi pohon kelapa dan burung-burung liar.
7. Bilik Kayu Tradisional, Chiang Rai, Thailand
Rumah kayu tradisional yang luas dan selesa ini dikelilingi sumber semulajadi dan aura tradisional berdekatan dengan pinggir tasik yang indah dan di sepanjang gunung, hutan hijau dan padang.
8. Hideout Bali – Rumah Buluh Eko, Selat, Indonesia
Hideout adalah sebuah penginapan eko unik yang tersembunyi di kawasan pergunungan gunung berapi Gunung Agung – terletak jauh dari kehidupan bandar, ia adalah sebuah tempat persembunyian yang sempurna buat pelancong yang sukakan kelainan. Rumah buluh ini dikelilingi alam semulajadi, terletak di pinggir sungai sepanjang sawah padi yang indah.
Ads
9. The Tree House, New South Wales, Australia
Ambil sedikit masa untuk berehat dan tenangkan diri anda di rumah pokok pemenang anugerah yang mempunyai pemandangan Taman Nasional Diraja. Anda boleh menikmati aktiviti berbasikal gunung bertaraf dunia, bermain kayak, memancing dan meneroka hutan betul-betul di depan kawasan rumah pokok ini, yang terletak hanya 40 minit dari bandar Sydney.
10. Kediaman Gaya Retro Coca-Cola, Quan Zhou, China
Suka minuman Coca-cola? Sertai semangat berpesta di kediaman bertemakan Coca-cola ini, di mana anda boleh bermain salah satu permainan retro bertemakan Coca-cola yang terbaik.
11. Rumah Thai Saabay di Tengah Bandar, Chiang Rai, Thailand
Rumah Saabay menyediakan kabin gaya Thai yang mewah di kawasan terpencil berdekatan dengan bandar Chiang Rai. Sebuah tempat yang ideal untuk menerokai pelbagai kuil di sekitar kawasan itu, melawat Segi Tiga Emas, puak-puak orang asli bukit dan aktiviti trek gunung dengan pemandangan yang indah.
12. Camaya Bali Lotus – Rumah Buluh Ajaib, Selat, Indonesia
Larikan diri daripada bandar sesak ke rumah buluh ajaib kami dan nikmati pemandangan teres sawah padi yang subur dan indah. Sesuai untuk pengembara dan pencinta alam semulajadi yang ingin menyelami persekitaran sekitar mereka dan bercuti di kawasan terpencil di Bali.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Air bandung laici cincau antara minuman yang sering dicari ketika bulan Ramadan. Warna merah jambu yang memikat pastinya membuatkan minuman ini digemari pelbagai peringkat usia tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa.
Tidak susah pun sebenarnya untuk buat air bandung laici cincau. Yang penting bahan-bahan mesti cukup dan hasilnya tentulah kepuasan ketika meneguknya ketika berbuka.
Bagi mereka yang bercadang hendak buat minuman ini, boleh cuba resipi yang dikongsi oleh lelaki ini. Istimewanya resepi air bandung laici cincau Ben Safwan ini ialah tiada langsung campuran air kosong. Air hanya daripada air laici dan air dari ais yang mencair.
Sukatan resipi ini pula untuk 2 jug saiz seperti dalam gambar di bawah.
Oh ya tip rahsia nak dapatkan potongan cincau cantik ialah kita sagat pakai sagat lubang besar. Hasilnya memang cantik.
BAHAN-BAHAN:
1 tin laici
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
3 sudu makan kacang tanah tumbuk
3 1/2 sudu makan sirap cap rose
1 sudu makan biji selasih
5-6 biji kurma merah
50-60 gram cincau hitam
CARA MEMBUAT:
1.Rendam kurma merah dan biji selasih hingga kembang. Sagat cincau.
2.Masukkan susu pekat, susu cair dan sirap ke dalam bekas. Kacau sebati dan tambah semua bahan. Air laici dalam tin pun masukkan juga. Tambah ais.
3.Tak perlu tambah air kosong. Kalau anda suka air soda, boleh juga campurkan. Terpulang pada selera masing-masing.
HIJABISTA: Mudah sahaja membuatnya bukan? Bolehlah cuba buat sendiri di rumah. Walau pun boleh beli di luar tetapi lebih afdhal jika buat sendiri.
Setiap gambar OOTD yang dimuatnaik oleh wanita berhijab yang menawan ini seringkali mencuri tumpuan netizen yang cintakan gaya fesyen yang berlainan. Nina Khalil tidak kekok dalam berkongsi gaya hidupnya di laman Instagram tentang fesyen serta kecantikan.
Memiliki jumlah pengikut sebanyak 120k menjadikan Nina Khalil antara wanita berhijab yang punya pengaruh sendiri. Team Hijabista berminat untuk kongsikan kepada kamu semua pilihan terbaik OOTD Nina Khalil yang memberi inspirasi untuk gaya fesyen yang lebih santai tetapi mewah!
Memilih rekaan yang menggunakan fabrik satin untuk gaya yang lebih santai, Nina bijak dalam memastikan gaya keseluruhan tidak bosan apabila padanan akesesori bersama sepatu yang disarungkan cukup sempurna! Ketepikan dahulu pemikiran fabrik satin yang kelihatan seperti ‘pyjamas’, Nina membuktikan bahawa satin mampu memberikan gaya yang santai dan selesa tetapi masih mengekalkan nilai eksklusif dalam penggayaan. Amat ringkas dan tidak terlalu mencuba!
Selesa! Potongan yang tidak ketat serta fabrik yang tidak terlalu tebal menjadikan keseluruhan gaya Nina ini antara pilihan terbaik untuk kamu tampil bergaya biarpun hanya di rumah. Apa yang penting, pemilihan warna yang sesuai, lembut dan tidak terlalu kuat seperti warna pastel, sudah cukup untuk kamu rasa selesa untuk melakukan kerja di rumah. Apa kata kamu keluarkan semua helaian pakaian kamu yang mempunyai fabrik lembut seperti cotton ataupun chiffon, dan padankan ia dengan seluar jenis khakis mahupun denim potongan besar. Pasti selesa!
Potongan blouse ala caftan ini amat selesa bila disarungkan! Ia menaikkan aura sisi minimalis buat si pemakai. Dipadankan pula dengan seluar jenis longgar, amat sesuai untuk digayakan di mana-mana sahaja, samada membeli-belah, keluar bersama rakan-rakan kamun ataupun membuat kerja di rumah. Untuk menaikkan lagi gaya yang ringkas, pastikan pilihan warna kamu lembut dan tidak terang seperti yang disarungkan oleh Nina ini.
Warna nude tidak pernah menjadikan gaya fesyen kamu salah! Warna nude bagaikan warna asas yang baru menggantikan hitam dan putih! Mudah sekiranya kamu memiliki sepasang helaian yang warna seakan Nina sarungkan ini kerana ia cukup ringkas dan minimal. Selalunya fabrik jenis linen amat sesuai bila menggunakan warna ini. Untuk impak yang menarik, pastikan potongan rekaan kamu tidak terlalu ketat dan cuba dengan rekaan yang sedikit ‘oversized’!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setelah seminggu kelahiran puteri kedua bagi pasangan Siti Safuraa Hamzah dan Assadullah Stumbry, barulah bersedia untuk mendedahkan wajah sebenar di media sosial. Anak kedua ini juga merupakan adik kepada kanak-kanak yang diiktiraf bayi kacukan tercantik di dunia, Dhuhaa Sophea yang kini berusia 3 tahun. Posting terbaru dimuat turun oleh ibunya, Siti Safuraa memperkenalkan secara rasmi adik Sophea ini yang diberi nama Amiraa Al Imaan Binti Stumbrys.
Baby Amira yang dilahirkan 8 Februari lalu iaitu bersamaan pada hari Jumaat di Karolinska Universitetssjukhusef Huddinge dan berada dalam keadaan sihat sejak dari hari pertama dilahirkan.
Sebaik muat turut posting dengan gambar Amiraa, bayi dan ibunya dihujani ucapan tahniah dari follower di laman instagram. Ramai menyampaikan salam kepada baby Amiraa dan juga kakaknya Sophea yang terlebih dahulu mencetus viral.
Sebelum ini kelahiran Sophea mencetus viral kerana diiktiraf sebagai bayi/kanak-anak kacukan tercantik dunia hasil cinta istikharah dua benua, antara ibunya yang berasal dari Terengganu, Malaysia dan bapanya yang merupakan warga Russia. Pasangan ini kini menetap di Stockholm Sweden.
Sejak kelahirannya tiga tahun lalu hingga kini, Sopheaa memang menjadi perhatian di seluruh dunia kerana mempunyai sepasang mata menawan serta senyuman manis, setiap kali di muat turut foto melalui laman instagram milik ibunya yang kini berjumlah 212K.
Pencipta kandungan digital (makanan) terkenal dari Lubnan, Abir El Saghir baru-baru ini berkongsi khabar gembira apabila dirinya sudah pun bergelar seorang isteri.Abir berkongi momen-momen...