Pasangan ini memang boleh dilabel sebagai couple yang sangat romantik. Kemana sahaja pergi berdua dan mereka serasi melakukan pelbagai aktiviti bersama. Lebih-lebih lagi setelah penghijrahan Mizz Nina. Ternyata Noh Hujan berjaya mengubah isterinya menjadi Muslimah sejati yang cintakan Allah.

Sedih Ditanya Soal Anak

Baik Noh Hujan atau Miss Nina mereka begitu selesa bergerak bersama memandangkan masih belum dikurnia cahayamata. Sebelum ini, Noh pernah memberitahu orang luar agar tidak bertanya perihal itu kerana boleh menyebabkan dia bersedih.

A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on

“Saya tak tertekan dengan soal anak, cuma bila orang tanya baru ada tekanan itu. Lebih-lebih lagi bila kawan-kawan dah ada anak. Tak mahulah ditanya soal itu lagi, rasa macam nak menangis. Pinta saya soakan semoga kami dimurahkan rezeki ya,” katanya kepada sebuah portal hiburan.

Dalam pada itu penyanyi yang akan mengadakan siri jelajahnya di beberapa buah negeri ini juga ini mempunyai kisah cukup menyentuh hati sebelum bergelar penyanyi dan bertemu jodoh dengan Mizz Nina.

IKLAN

Pinangan Pernah Ditolak

Menurut Noh, oleh kerana dia tak berpeluang masuk ke mana-mana IPTA selepas SPM, dia memilih menceburi bidang muzik. Namun rezekinya dalam bidang ini mengikut musim. Jika ada permintaan, ada duit dan ada hari hanya makan nasi lemak pagi, tengahari dan malam pula terpaksa berpuasa. Dia juga turut memberitahu pinangannya juga sebelum iini pernah ditolak hanya kerana dia tiada duit yang mencukupi.

Namun segalanya berubah apabila Noh ditakdirkan bertemu dengan Mizz Nina dan kemudiannya mendirikan rumah tangga hingga ke hari ini. Ternyata perjalanan hidup yang diatur oleh Allah kepadanya sungguh indah. Sebaik berkahwin, Mizz Nina perlahan-lahan berubah. Dia berhijrah meninggalkan urusan duniawi dan kekal istiqomah dengan perjuangannya.

A post shared by MizzNina (@officialmizznina) on

Jadi kepada wanita di luar sana yang masih atau sudah berkahwin boleh jadikan kisah ini sebagai inspirasi untuk mengetahui sejauh mana iman imam anda yang sebenarnya. Carilah lelaki yang boleh membimbing anda ke jalan di redai Allah SWT.

IKLAN

Noh Hujan..

“Saya tak berpeluang belajar di IPTA, tamat SPM saya memilih untuk ceburi bidang nyanyian. Rezeki ikut musim ada permintaan, ada duit, ada hari hanya makan nasik lemak pagi, tengahari dan malam berpuasa. Pernah pinangan ditolak sebab tiada duit. Kemudian niat dalam hati. “Ya Allah, aku tak kutip harta yang haram, aku nyanyi sekadar untuk cari rezeki halal, aku tidak buat benda-benda haram, mudahkanlah urusan aku”

Tak Janjikan Kemewahan

Kemudian Allah bukak pintu rezeki, masih merangkak kemudian saya berjumpak Misz Nina, saya pinang dia. Alhamdulillah, dia tak tolak padahal dia orang hebat, anak orang hebat. Dalam poket hanya ada RM8 ribu genap. Saya ulang, RM8 ribu genap sahaja dalam akaun untuk menikah. Saya katakan pada Nina; “Girl, if you want to marry me, i’m a nothing… I have nothing. I could not promise wealth, but If you looking for someone to take care of you, be the real husband, guide you to Allah, inshaAllah I’m able to do it” dan Nina terima.

IKLAN

Sekarang alhamdulillah, dari niat yang baik, dan niat Nina yang baik, menikah dengan saya hanya untuk kenal Allah, Nina berubah. Berhijab, sudah tidak make up, bajunya semua besar-besar, dia reject semua konsert, tinggalkan dunia nyanyian.

Semuanya, LILLAHI TA’ALA. So ladies, if you found a man who can increase you level of iman and taqwa and through him, he guides you to practise islam, do not let him go, marry him.”

sc : Azfar Mohd

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIZZ NINA

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI