Wow macam mana personaliti mereka nanti? Pasti tak sabar bukan untuk melihat prestasi mereka nanti. Jangan lupa saksikan Hero Remaja 2020 ini yang bakal dihoskan oleh Ain Edruce bermula 27 Februari ini di Astro Ria dan Astro Ria HD bersama juri tetap Hans Isaac dan Scha Alyahya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebaik membuka akauan di laman instagramnya, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir telah diikuti oleh ramai pengikutnya. Walaupun hanya ada 16 posting, tetapi bilangan followernya makin meningkat 10 kali ganda. Tun Mahathir juga hanya menekan butang follow kepada tujuh akaun sahaja dan salah seorangnya adalah penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Siti ketika ditanya perasaannya apabila menjadi pemilik akaun yang di follow oleh Tun Mahathir, beliau meluahkan rasa gembira menjadi satu-satunya artis dalam negara yang diikti oleh tokoh negarawan ini.
Malah Siti juga satu-satunya rakyat biasa yang diikuti oleh Tun M selain anaknya Mukhriz melalui akuan rasmi menggunakan nama @chedetofficial.
Bagi Siti ia satu penghormatan diikuti oleh pemimpin nombor satu negara itu kerana beliau juga tidak menyangka Perdana Menteri itu mengikuti dirinya di instagram.
“Macam saya juga kalau nak follow seseorang saya akan tengok kriteria. Jadi apabila terpilih saya berasa syukur,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran butik CreacionbySitiNurhaliza dan Simplysiti cawangan kelapan di Melawati Mall baru-baru ini.
Sebelum ini, Tun Mahathir juga ada memuatkan posting dalam instagramya mengucapkan tahniah kepada penyanyi tersohor ini setelah melahirkan bayi pertamanya 1 Rejab lalu. Menurut Tun Mahathir, ia satu berita menggembirakan seluruh negara dan juga ahli keluarga penyanyi ini. Posting ini juga telah ditonton oleh lebih setengah juta pengikut.
Selain akaun Siti, Tun Mahathir juga turut mengikuti akaun Parti Pakatan Harapan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PBBM), PPBM Kedah, Armada PPBM Official dan tabbing Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNICEF).
Untuk pengetahuan Tun Mahathir baru sahaja membuka akaun rasmi di instagram pada 15 Mac lalu. Foto pertama yang dimuat turut adalah foto beliau bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah yang sedang tertawa.
Gambar ini dimuat turun beserta caption “Hari ini saya mulakan akaun instagram bersama Hasmah. Isteri saya selama 62 tahún yang sentiasa setia bersama saya sejak dulu lagi”. Menurut Tun juga, sebagai doktor ketawa adalah penawar terbaik.
Foto ini mendapat 162 ribu like dan lebih 6 ribu komen yang rata-rata gembira dan suka dengan gambar juga caption yang mencuit hati netizen.
Akaun rasmi ini juga telah mendapat bluetick sebagai tanda akaun sah untuk seseorang yang burglar tokoh masyarakat, selebriti atau jenama. sehingga hari ini, Tun Mahathir sudahpun mempunyai bilangan pengikut berjumlah 1 juta dan jumlahnya semakin meningkat dari hari ke hari.
Menurut Astro Awani dalam semakan yang dibuat mendapati beliau seorang yang sering menghiburkan netizen dengan meletakkan caption foto yang lucu dan bersahaja.
Adakalanya, Tun Mahathir juga gemar memberi punchline atau troll yang mencuit hati sama ada di laman twitter mahupun instagramnya.
Istimewanya seseorang yang bergelar wanita itu sehingga Tuhan mengangkat nilai dan martabatnya disisi Islam. Ini juga dapat kita lihat secara jelas bahawa Islam mengangkat darjat dan kemuliaan kedudukan wanita sebagai seorang ibu melalui kalamullah ayat ke-15 surah Al-Ahqaf yang bermaksud:
”Dan Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya, ibunya menghamilkan dia dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah”.
Masyaallah, begitu tinggi nilai seorang wanita itu dan kerana itulah kaum wanita ini perlu dilindungi dan dipelihara dengan sebaiknya. Seperti cerita ini, kisah yang dikongsi di twitter oleh @JajaBerkarya ini mengenai bagaimana bapanya mendidiknya menyentuh hati netizen hingga mendapat perhatian selebriti terkenal, Neelofa. Mari kita selami kisahnya.
Semalam telah tular mengenai video boba pearl menjadi keras macam batu apabila dibiarkan seharian di tengah panas terik cahaya matahari. Mesti semua ada menerima video itu dalam group chat Whatsapp bukan?
Pasti panik rasanya apabila melihat situasi itu. Mesti kita akan terfikir apalah jadi dengan perut kita yang sudah selalu sangat menelan boba pearl. Memanglah boba pearl itu kurang baik untuk kesihatan namun tidaklah sehingga mengeras di dalam perut kita. Dah salah fakta tu!
Mak aku forward video ni kat WhatsApp gp. Sengaja je kan taknak kasi aku minum boba.🥺 pic.twitter.com/stykp2XeUd
Kalau nak tahu apa sebenarnya yang terjadi, ikuti thread yang disampaikan oleh akaun @ChemEngMY di laman twitter ini.
Haaa sekarang kita dah tahula kan sebabnya! Zaman sekarang memang banyak fakta palsu yang tersebar yang membuatkan kita mudah percaya dengannya. Jangan cepat terpengaruh sis. Selidiklah dahulu kebenarannya sebelum mempercayainya bulat-bulat.
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.