Sebelum ini, nama pengacara dan pelakon popular, Nurul Jannah Muner atau lebih senang disapa sebagai Janna Nick menjadi bualan kerana menggayakan busana seksi persis model dalam satu acara karpet merah.
Terbaharu, namanya sekali lagi menjadi sorotan wargamaya apabila tampil manis dan anggun mengenakan hijab ketika menghadiri satu majlis ilmu agama (Usrah) bersama seorang lagi rakan selebriti, Kilafairy.
Nampak Lain Muka Janna Bila Bertudung!
Perkara berkenaan telah berjaya mencuri perhatian warganet sebaik sahaja Janna berkongsikan satu video, memaparkan dirinya menghadiri usrah berkenaan. Hijabista difahamkan majlis usrah tersebut dianjurkan oleh aktress jelita, Izara Aishah dan suami Adib khalid di kediaman mereka.
Menerusi video berkenaan dapat dilihat penampilan Janna Nick yang cukup anggun, jelita dan sopan ketika mengenakan hijab lengkap, bersama Kilafairy yang sememangnya memukau sejak memutuskan untuk bertudung.
“Natural beauty..Aderrr”, tulis Janna ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan yang dimuat naik di laman TikTok miliknya baru-baru ini.
Malah, lebih menarik lagi apabila dalam video berkenaan ketika kedua-dua selebriti itu sedang ‘berposing’, di belakang mereka lalu dua turut figura berpengaruh, iaitu, Dato’ Sri Siti Nurhaliza (Tokti) dan suaminya, Dato’ Khalid Mohammad Jiwa (Dato’ K).
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, rata-rata netizen memberikan maklum balas positif dan memuji-muji kecantikan rupa paras Janna apabila berhijab. Berikut merupakan beberapa komen yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.
“MasyaAllah suka tengok Janna Nick pakai macam ni. Saya doakan semoga satu hari nanti Janna terbuka memakai hijab. Memang cantik sangat-sangat memang nampak lain muka”, ujar warganet.
“Lawa pakai tudung dan makeup camtu. Dua-duanya lawa”, kata netizen.
Ads
“Aku ingat kan tudung hitam tu Kylier Janner”, tulis wargamanya.
Solat dhuha ialah solat sunat yang dilakukan dalam waktu dhuha iaitu bermula dari terbitnya matahari hingga sebelum matahari berada di tengah-tengah. Untuk lebih mudah, waktu solat duha adalah kira-kira antara pukul 7.30 pagi – 11 pagi waktu tempatan. Walaupun ada beberapa pendapat berkaitan dengan waktunya, mudah bagi kita untuk mengambil waktu yang lazim iaitu sekitar pukul 8 pagi hingga 10 pagi.
Semestinya solat sunat dhuha ini mempunyai fhadilatnya tersendiri kepada setiap manusia yang mengerjakannya. Apatah lagi jika dilakukan dengan penuh kesungguhan semata-mata kerana Allah SWT.
Disebutkan banyak kelebihan dan keutamaannya dalam beberapa hadis, antaranya dalam satu hadis yang panjang iaitu Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-masing kamu untuk setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang dadanya. Maka setiap tasbih adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah, mencegah dari kemungkaran adalah sedekah dan sebagai dari ganti itu semua cukuplah dengan mengerjakan dua rakaat dhuha.” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Sharifah Zarina, penyanyi yang popular dengan lagu Langit Ketujuh juga turut mengamalkan solat dhuha. Dalam Instagramnya, dia turut berkongsi doa solat dhuha.
Luangkanlah masa seharian sekitar beberapa minit sahaja bagi mengerjakan solat ini agar kita memperoleh keberkatannya bersama. Yakinilah bahawa setiap amalan yang baik itu akan diberi ganjaran pahala oleh Allah di akhirat kelak nanti.
Bagi penggemar tudung pastinya jenama Ariani merupakan antara jenama yang tidak asing lagi dikalangan Hijabis di Malaysia!
Menariknya, baru-baru ini jenama hijab terkemuka berkenaan telah meluaskan lagi empayar perniagaan mereka apabila berjaya membuka House Of Ariani (HOA) yang menempatkan busana muslimah lengkap dari kepala hingga kaki!
Malah, ia merupakan berita baik bagi peminat jenama ini kerana dengan keluasan 37,100 meter persegi sekaligus menjadikan HOA sebagai pusat sehenti (one stop centre) yang menjadi gedung tudung dan butik pakaian Muslimah terbesar di Malaysia. Boleh la Hijabi shopping raya di sini nanti.
Ketika ditanya bagaimanakah tercetusnya inspirasi untuk membuka HOA ini, Pengarah Pemasaran Ariani Textiles & Manufacturing (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, pembukaan HOA ini bertujuan memaparkan komitmen Ariani dalam meneruskan legasi perniagaan industri hijab yang sudah bertapak selama 15 tahun.
Memandangkan jenama Ariani kini sudah mempunyai rangkaian pelanggan yang ramai dan meluas serta tidak terhad di dalam negara sahaja, sepeti Brunei, Singapura dan Indonesia. Justeru, tercetusnya inspirasi untuk menghimpunkan kesemua produk keluaran Ariani di bawah satu bumbung.
“Buat masa ini, lebih 200 koleksi tudung dan 100 koleksi pakaian ditawarkan di HOA dan kami sudah memulakan koleksi sempena raya ini sejak lapan bulan lalu.
“Selain untuk menarik lagi ramai pelanggan, tujuan HOA juga adalah untuk memberikan pengalaman baru kepada pelanggan setia Ariani untuk lebih dekat lagi dengan jenama ini,” katanya ketika ditemui Hijabista pada majlis pembukaan HOA pada Jumaat.
Pada majlis sama, jenama Ariani buat pertama kalinya turut memperkenalkan jenama khusus busana kaum Adam, yang mempunyai pelbagai koleksi pakaian lelaki seperti baju melayu, kurta dan kemeja yang bernaung di bawah sebuah lagi sub jenama terbaharu dikenali sebagai Aryan. Ini bertujuan menjadi pelengkap kepada setiap busana wanita yang dibeli pelanggan.
Selain itu, Farah juga turut menegaskan bahawa perkhidmatan pelanggan di HOA juga telah melalui proses naik taraf. Malah, HOA turut menyediakan ruangan eksklusif khusus buat pelanggan merehatkan badan setelah penat membeli belah.
“Bagi yang bakal berkunjung ke HOA mereka akan merasai pengalaman reka bentuk kedai yang dilengkapkan dengan gabungan teknologi pintar dan pengalaman gaya hidup,” ujarnya.
Sekadar info, bermula 10 Mac sehingga malam raya nanti, Ariani mengadakan jualan mega lebaran secara eksklusif dengan melancarkan koleksi terbaru tudung lebaran. Menariknya, koleksi pada tahun ini memberikan kelainan dengan memfokuskan corak dan warna yang lebih segar dan moden buat penggemar jenama Ariani.
Wajahnya sering dilihat menghiasi layar TV dan papan iklan sebagai duta jenama tudung terkenal, berikutan itu Mira Filzah Bintang Popular ABPBH 32 mengambil keputusan menceburi dunia perniagaan menghasilkan jenama tudungnya sendiri
Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman seorang ibu dan isteri, giat membina empayar perniagaan dan pada masa sama, dia masih mahu meneruskan karier dalam bidang lakonan.
Kongsinya lagi bidang ini bukanlah usaha untuk memperlahankan karier seni, memandangkan umurnya baru menganjak 30.
“Saya tidak anggap perniagaan ini sebagai ‘back up’. Saya fikir, Insya-Allah panjang lagi perjalanan dalam dunia seni. Masih banyak yang saya mahu buat dan teroka.
“Pada usia sekarang serta status sebagai ibu dan isteri, ia tidak menghalang saya bergerak lebih jauh dalam industri seni. Saya baru 31 tahun, jauh lagi perjalanan saya.
“Saya tengok selebriti lain pada usia 40 tahun pun masih berlakon dan boleh melakukan yang terbaik. Jadi, saya anggap perkara ini sebagai impian dan cita-cita yang sudah lama tersimpan,” katanya.
Pernah menceburi bidang pengacaraan, namun Mira lebih selesa menumpukan karier seni dalam lakonan. Tambahnya lagi drama komedi bersiri yang terbaharu mendapat sambutan memberangsangkan iaitu Imam Instant Ustazah Scammer adalah satu ‘exercise’ selepas hampir setahun tidak berehat melahirkan anaknya, Wan Khair Amir pada 10 Mei tahun lalu.
“Saya kembali berlakon ketika Amir berusia lapan bulan. Alhamdulillah, dia sudah berusia hampir setahun sekarang. Jadi, niat saya untuk terus aktif berlakon,” katanya
Bertemu pada majlis pelancaran jenama tudung sendiri, Mira Filzah mengulas mengenai perniagaan hijab, Mira yang sudah lama menyimpan impian membangunkan jenama hijabnya sendiri.
“Sebenarnya, saya sudah lama berminat dalam bidang perniagaan, iaitu sejak saya belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pada usia 18 tahun.
“Ketika itu, saya menjual secara suka-suka sahaja. Pada 2016, saya lancarkan tudung sendiri dan saya guna jenama MF Shawls dalam drama Cinta Si Wedding Planner.
“Alhamdulillah, perniagaan itu baik. Namun, saya terpaksa tutup tidak lama kemudian kerana tidak menang tangan.
“Akhirnya, selepas beberapa tahun berehat, saya fikir ini tahun terbaik untuk memulakan semula apa yang sudah lama saya tinggal dan impikan,” katanya yang cukup gementar dalam melancarkan jenamanya sendiri.
Mira mengaku berhadapan banyak cabaran merealisasikan pelancaran produk sendiri seperti jadual yang padat dengan komitmen penggambaran.
Dunia perniagaan punyai pelbagai cabaran, berbekal ilmu yang sedikit, Mira akui dia perlu belajar dari ‘scratch’ tentang produksi, material dan selok-belok pemasaran.
“Kecintaan saya terhadap keusahawanan dan fesyen bermula semasa zaman universiti, sekitar tahun 2011, yang juga merupakan kemuncak era blog saya.
“Saya sentiasa mempunyai bakat untuk terjun ke dalam bidang keusahawanan sambil meneruskan kerjaya saya sebagai model bebas, yang membawa saya untuk mula melakukan penggambaran katalog saya sendiri dalam Myvi lama yang pernah saya pandu semasa pelajar.
“Kasih sayang dan sokongan berterusan daripada orang yang saya sayangi memberi inspirasi kepada saya untuk meneruskan minat saya dan memulakan jenama saya sendiri,” kata Mira Filzah, Pengasas & Pengarah Kreatif jenama MIRA FILZAH.
Sudah menjadi kebiasaan sekiranya jenama hijab milik selebriti dijual pasti ianya laku dalam beberapa jam kemudian. Bagi Mira ini bukan satu tekanan tetapi, si cantik manis ini menjadikan mereka sebagai rujukan.
“Kalau mereka boleh buat , Mira pun boleh dan mereka ini sebagai panduan. Untuk keluaran awal tudung Mira tidak mensasarkan ‘sold out’ dalam masa terdekat dan lebih menumpukan penjualan fasa demi fasa,” ujarnya.
Perancangan menjual hijab yang dirangka selama setahun lepas, Mira tidak mahu memberi tekanan pada pembeli mahupun diri sendiri, pelancaran hari ini untuk pengenalan jenama tudung Mira Filzah.
Berikutan kejayaan MF Shawls, jenama tudung yang juga diasaskan oleh Mira pada zaman awal keusahawanannya, ia menyingkap semangatnya untuk mencipta karya yang melengkapi wanita fesyen sederhana pada skala nasional dan global.
Debut pertama jenama itu mempamerkan 3 koleksi elegan, iaitu Rise Collection, Sweet Dreams Collection, dan Go-To Scarf, dalam pelbagai warna lembut dan berani yang paling mewakili personaliti dan imej Mira yang memikat.
“Era MIRA FILZAH ini adalah kelahiran semula, penjenamaan semula, dan permulaan yang baru. Impian saya untuk MIRA FILZAH adalah untuk menjadi jenama pilihan di Malaysia dan berkembang secara global, In Shaa Allah.
“Saya berharap dapat mewujudkan komuniti yang memberi inspirasi dan wanita yakin yang akan bersatu untuk menyokong dan memberi inspirasi antara satu sama lain.”
“Sebagai seorang wanita, saya percaya bahawa setiap wanita berhak berasa selesa tanpa menjejaskan gaya, dan jenama kami komited untuk merealisasikannya. Saya teruja untuk membuat keputusan yang positif perbezaan dalam kehidupan wanita melalui jenama ini dan melihatnya berkembang seindah perjalanan MIRA FILZAH,” ujarnya.
Mira memastikan untuk terlibat dalam setiap langkah, dari proses reka bentuk sehinggalah estetika disampaikan kepada peminatnya mempunyai sentuhan peribadinya sendiri dan strategi kehadiran media sosial jenama itu.
Walaupun jadual sibuknya sebagai duta jenama kepada jenama terkenal seperti Coway, Uniqlo, Secret Recipe, Downy, Febreze, Mamypoko dan Friso Gold.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.