Pelakon dan pengacara, Rafidah Ibrahim mengalami keguguran pada Jumaat lalu. Melalui perkongsian di laman Instagramnya semalam, pelakon dengan iras wajah Dato’ Siti Nurhaliza ini berkongsi berita duka tersebut.

Hanya sempat melalui pengalaman hamil selama empat bulan, Rafidah mengakui bahawa dia mengalami kesakitan di seluruh badannya. Dia cuba untuk menahan kesakitan itu sehinggalah dia mendapati janin bayinya terkeluar daripada rahimnya.

Berikut hantaran yang dikongsikan di laman Instagramnya.

Innalillahhiwainnalillah hiroji’un. Jumaat, 24 Jun 2022, sebelum masuk waktu Magrib, anak dalam kandungan saya, Abdullah bin Shahzemir yg berusia 4 bulan 7 hari telah pergi.

Petang, dari jam 5pm perut saya terlalu sakit dan saya sangkakan angin yg terlalu teruk dalam badan terutama di bahagian bawah perut. Saya biarkan dan berehat walaupun sakitnya hanya Allah saja yg tau.

Sebelum masuk Waktu Maghrib dan sebelum berwuduk, saya berhadas kecil, dan pada ketika tu terasa sesuatu ingin keluar. Saya terus memanggil suami dan cakap ada sesuatu nak keluar dan suami kata, biarkan.

Saya tadahkan tangan, pada waktu itu, janin keluar di atas tapak tangan saya dan saya ada rasa sedikit pergerakan sebelum suami memotong tali pusat (sekiranya berlaku pada anda, terus ke hospital ya dan jangan potong sendiri kerana itu akan lebih memudahkan proses cuci uri /placenta nanti).

IKLAN

Pada waktu tu, perasaan panik ada, nak nangis pon ada tapi bila saya pegang baby, SubhanAllah indahnya ciptaan Allah s.w.t. Perasaan panik & sedih tadi bertukar serta merta jadi gembira saat saya dan suami melihat keindahan ciptaan Allah itu walaupun belum sempurna tapi sudah cukup sifat.

Saya yakin para ibu bapa yg sudah menimang cahaya mata, perasaan itu sangat-sangat menggembirakan dan terubat segala rasa. Sementara suami tunaikan solat, saya bersiap dan kami terus ke hospital.

Seperti biasa, proses membersihkan uri dilakukan dan saya ditahan 1 malam di wad bagi tujuan pantauan. Alhamdulillah segala urusan dipermudahkan bagi anak syurga ini. Jantina baby tak dapat dikenalpasti, tapi kami menamakannya Abdullah (hamba Allah).

IKLAN

Terima kasih Abi – Ustaz Jafri Abu Bakar Mahmoodi atas ‘guideline’ perkara yg perlu dibuat ke atas jenazah bayi kami dan juga atas nama yg diberi sbb kami memang dah niatkan jika anak kami lahir nak abi namakan.

Terima kasih juga buat para doktor, para misi, forensik dan semua warga Hospital Wanita & Kanak-kanak Kuala Lumpur (HWKKKL) atas keprihatinan anda, nasihat dan layanan yg sangat baik.

Tak lupa juga saya nak ucapkan terima kasih buat kejiranan yg membantu dan memudahkan pengurusan jenazah bayi saya Abg Lop (Syamil), Kak Rozi, Kak Timah.

Terima kasih juga buat Abg Rais yg membantu menggali kubur anak kami. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang, bersebelahan kubur arwah mak dan arwah ayah saya.

IKLAN

Tidak ketinggalan buat para keluarga, sahabat, pengikut di setiap media sosial dan semua yg sentiasa mendoakan kebaikan saya, anak dan suami serta nasihat. Terima kasih sekali lagi buat semua yg terlibat secara langsung dan tak langsung.

Semoga Allah s.w.t sentiasa merahmati kita semua di dunia dan di akhirat.

Ini merupakan kali kedua Rafidah keguguran. Difahamkan bahawa kali pertama Rafidah keguguran pada November tahun lalu. Moga suatu hari nanti Allah mengurniakn rezeki zuriat buat Rafidah dan suaminya. Kita sama-sama doakan.

Sumber kredit: Instagram Rafidah Ibrahim

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI