Baru-baru ini, seluruh rakyat Malaysia menzahirkan rasa bangga diatas pencapaian tersohor pelari maraton negara, Mohd Syahidan Alias atau Edan Syah yang berjaya melakar sejarah baharu, sebagai pelari terpantas bagi kategori pakaian tradisional lelaki pada acara TCS London Marathon 2023 yang lalu.

Lebih mengujakan apabila pencapaian ini telah tersemat rapi dan dicatatkan di dalam Rekod Dunia Guinness (Guiness World Records) sekaligus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.

Edan Syah Hanya Ambil Masa 2 Jam 49 Saat Selesaikan Larian!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)

Menurut laporan media tempatan, hanya mengambil masa dua jam 49 minit 22 saat sahaja untuk Edan menyelesaikan larian maraton sejauh 42 kilometer itu. Apa yang membuatkan marathon pada kali ini luar biasa adalah apabila Edan berhasrat berlari dengan persalinan baju Melayu lengkap bersampin dan songkok.

Berita mengenai kejayaan ini dikongsikan sendiri oleh Edan menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

IKLAN

“Misi berjaya. Kami berjaya capai misi untuk catatan masa bawah tiga jam untuk menjadi pemegang rekod dunia Guinness sebagai pelari maraton paling laju (42.2 km) dalam pakaian tradisional melayu (lelaki),” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Terima Kasih Bulan Bintang!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Edan Syah | SACRun.Coach (@edansyah)

Selain itu, menerusi hantaran sama Edan sempat menzahirkan ucapan terima kasih khusus kepada pengasas jenama baju melayu tempatan, Bulan Bintang yang sudi menaja pakaianya untuk mencipta sejarah rekod dunia itu.

IKLAN

Edan juga menzahirkan ucapan sama sumpanya khas ditujukan buat pengurusnya kerana tidak pernah jemu memberi semangat dan kepercayaan yang begitu tinggi terhadap dirinya untuk berjaya mengukir sejarah.

“Terima kasih sekali lagi kepada @bulanbintanghq @meripergibulat atas kepercayaan, peluang dan menerima idea “luar kotak” saya untuk projek ini.

“Anda berani mencipta penanda aras baharu apa yang boleh dan buat yang mustahil. Terima kasih pengurus saya @jolenehong atas kepercayaan anda dan semua pengaturan dengan Rekod Dunia Guinness (GWR) dan pasukan @bulanbintanghq.

IKLAN

“Kami sudah melakukan yang terbaik untuk menjadikan baju melayu kembali hebat pada 2023 TCS @londonmarathon pada Hari Raya Aidilfitri! Terima kasih semua atas doa dan sokongan anda dalam perjalanan,” jelasnya.

Sekadar info; pada 2019, Edan Syah pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mencatatkan rekod dunia ketika Festival Larian Blackmores di Sydney, Australia sebagai pelari maraton paling laju dalam kostum bendera negara dengan catatan masa dua jam 54 minit.

Sumber: Instagram Edan Syah

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI