Perempuan dan membeli-belah sememangnya tak dapat dipisahkan. Ada yang suka pergi ke pusat membeli-belah, ada juga yang suka melalui online sahaja. Yang mana satu pilihan anda? Di sini Hijabista berikan 5 sebab kenapa online shopping adalah pilhan terbaik!
Waktu membeli belah yang fleksibel
Berbanding pergi ke pusat membeli belah, membeli belah secara online jauh lebih menyenangkan! Anda boleh melihat pelbagai jenis produk dan hanya klik sahaja apa item yang anda inginkan tidak kiralah hujan atau panas atau di negara mana sekalipun anda berada! Sekiranya barang yang anda nak dapatkan tu tak buat penghantaran ke Malaysia, Yellow Porter boleh dapatkannya untuk anda!
Harga runtuh
Ads
Harga terbaik yang anda boleh dapatkan melalui online shopping kerana terdapat pelbagai laman web untuk anda bandingkan harga. Selain itu, banyak juga promo code yang diberi yang akan menggandakan lagi penjimatan anda!
Tak perlu bersesak
Inilah yang seronok sis sebab tak perlu bersesak dan berebut dengan orang ramai. Selain itu, tak perlu bersusah payah berpusing-pusing mencari parking. Melalui medium online, anda boleh duduk di atas katil shopping di depan skrin laptop sahaja.
Ads
Pelbagai pilihan barang
Ads
Melalui online shopping, anda boleh membeli barang yang ada di serata dunia. Jadi, anda bolehlah membeli barang yang unik yang tak pernah dimiliki lagi oleh orang lain sekaligus menjadi orang pertama di tempat anda yang memiliki sesuatu barang itu dan menjadi trendsetter.
Privasi
Shhh! Jika anda tidak mahu orang tahu apa yang anda beli, justeru inilah pilihan yang terbaik. Tiada siapa yang akan kritik citarasa atau tahu apa yang anda beli. Anda akan mendapat privasi sepenuhnya. Tiada lagi kerisauan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Umum sedia maklum bahawa Malaysia merupakan sebuah negara berbilang kaum dan sering meraikan sesuatu perayaan ataupun sebarang musim secara bersama-sama dan majmuk.
Jadi tidak hairan lah, apabila bangsa lain turut mencuba berpuasa bagi meraikan bulan yang mulia dan penuh barakah, Ramadan Al-Mubarak seperti Vlogger makanan berbangsa Cina, Ceddy Ang yang menjadi sorotan ramai apabila berkongsikan pengalaman pertama kali berpuasa penuh di bulan Ramadan.
Perkara berkenaan dimaklumkan Ceddy menerusi hantaran di laman Instagram miliknya baru-baru ini. Berkongsikan pengalaman berpuasa yang pernah dilaluinya, Ceddy berkata tahun lalu dia pernah berpuasa secara suka-suka.
Bagaimanapun, dirinya nekad untuk melaksanakan puasa penuh pada tahun ini
dengan lebih bersemangat setelah menerima galakkan dan sokongan dari para pengikutnya.
“Tahun sebelum ini saya pernah berpuasa, tapi puasa ‘tipu-tipu’ saja. Contohnya saya tak makan sepanjang hari, tapi saya minum air. Jadi, tahun ini merupakan tahun pertama saya betul-betul berpuasa.
“Pengalaman tahun ini sangat berbeza. Saya puasa atas saranan followers di media sosial. Dulu saya tak faham sangat, saya sahur macam makan kenduri. Tapi kali ini, ramai followers kongsi petua dengan saya.
“Setakat ini saya dah berpuasa penuh selama dua hari. Ramadan ketiga saya tak dapat puasa kerana perlu buat food review. Tapi saya akan kembali puasa pada hari Ramadan yang keempat,” ujarnya.
Lebih menarik lagi apabila, Ceddy menzahirkan rasa teruja apabila dia menyahut seruan para pengikutnya untuk mencuba bersahur dengan Air Nabeez serta berkongsi keajaiban ‘Air Nabeez’ dan manfaat air tersebut yang mampu menghilangkan rasa dahaga ketika menjalani ibadah puasa seharian.
“Kali ini saya cuba air nabeez iaitu air rendaman kurma. Selepas saya cuba air nabeez, followers saya beri cadangan agar kisarkan air rendaman itu dengan susu.
“Awalnya saya tak percaya, sebab kurma itu saiznya kecil. Saya fikir, boleh ke tahan sampai waktu berbuka puasa. Tapi rupa- rupanya, memang boleh tahan lapar.
“Walaupun sahur dengan air nabeez saja, saya tak dahaga langsung. Ini pengalaman sayalah, kalau orang lain saya tak tahu. Sebab ada orang kata dia tak tahan kalau makan kurma saja,” ujarnya lagi.
Mengulas isu sama, Ceddy menegaskan bahawa dia tidak berpuasa hanya untuk mendapatkan ‘kandungan media sosial’ semata-mata, sekaligus menolak dakwaan kolot segelintir masyarakat.
Ceddy berkata, dia berpuasa kerana cakna aakan manfaatnya kepada tubuh manusia, di samping mahu merasai sendiri kenikmatan Ramadan seperti umat Islam yang lain.
“Saya pantang orang cakap saya puasa sebab nak buat content semata-mata. Setiap kali saya live, mesti followers beri cadangan supaya saya puasa, mereka suruh saya cuba.
“Puasa ni bukan sekadar jaga makan, tapi kena jaga adab. Jangan buruk sangka. Saya bukannya buat content menyakitkan hati. Saya cuma nak beri inspirasi bahawa orang bukan Muslim pun boleh ikut sama berpuasa.
“Tahun ni saya target nak puasa sekurang-kurangnya 20 hari. Saya juga banyak tolak job pada bulan puasa. Tapi yang mana dah lock awal, saya akan lunaskan,” katanya penuh semangat.
Sejak tampil dengan imej berniqab, pengikut akaun laman sosial Instagram milik Neelofa telah bertambah dengan mendadaknya sehingga dia kini menjadi selebriti Malaysia dengan paling ramai pengikut di akaun Instagram iaitu sebanyak 8 juta pengikut.
Menariknya, model antarabangsa iaitu Bella Hadid yang merupakan adik kepada Gigi Hadid turut menjadi antara pengikut Neelofa di Instagram.
Sebelum ini, Neelofa berada di tempat kedua dengan 7.8 juta pengikut di belakang penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kini mempunyai 7.9 juta pengikut akaun Instagram.Berada di tempat ketiga pula ialah pelawak terkenal iaitu Zizan Razak dengan jumlah pengikut seramai 7.6 juta. Zizan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem bersama pasangan duonya yang tidak asing lagi iaitu Johan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ustazah Asma’ Harun menasihati bakal pengantin agar tidak meninggalkan solat hanya kerana solekan atau kesibukan majlis perkahwinan demi keberkatan rumah tangga.