Bila cuci pinggan sahaja mesti tangan jadi gatal-gatal dan ada ketika menggelembung lepas cuci pinggan! Anda pernah alami masalah seperti ini? Ya, ada yang alama masalah seperti ini.
Alahan terhadap cecair pencuci pinggan itu adalah suatu benda yang lazim. Ada banyak cara untuk atasi masalah alahan kepada sabun ini, terutama sekali alahan melibatkan cecair pencuci.
Penggunaan sabun dan pencuci adalah satu produk yang sering digunakan setiap hari. Ianya menjadi satu benda asas untuk menghindarkan serta membersihkan diri dari kawasan rumah dan bebas dari kuman.
Tetapi ada sesetengah bahan kimia terkandung di dalam beberapa jenama produk yang menyebabkan tangan kita rasa gatal. Alahan pada sabun pencuci secara lazimnya akan membuatkan kulit menjadi merah, bengkak, atau juga naik ruam.
Ads
Alahan pada sabun adalah dikenali sebagai dermatitis sentuh(contact dermatitis). Ia merupakan satu kondisi yang menyebabkan anda alami masalah kesakitan dan gatal-gatal disebabkan oleh alahan.
Mereka yang alami masalah ini adalah kerana punyai kulit yang sensitif dan alergi kepada bahan kimia yang membuatkan iritasi. Sabun yang mengandungi pelbagai bahan pengawet, pengawi, pelelas, dan juga peluntur.
Mereka yang alami masalah alergik pada sabun pencuci ini akan dapat melihat sebarang perubahan yang terjadi pada kulit dalam tempoh masa 24 hingga 48 jam. Tetapi ruam akan terus muncul sejurus terkena bahan yang alergi tersebut.
Antara simptom alergi sabun pencuci adalah:
Ads
Naik ruam atau bintat pada permukaan kulit
Sensasi gatal
Kulit menjadi merah
Luka melecet atau berair
Kulit menjadi bersisik
Simptom alaha bagi setiap orang adalah berbeza mengikut individu tersebut. Bagi mereka yang alami simptom yang agak teruk, sila dapatkan nasihat doktor supaya anda dapat menghindarkan dari apa-apa yang teruk berlaku.
Bila hidup sudah bercelaru apatah lagi ditambah dengan stress, pastinya kita memerlukan kehadiran seseorang di sisi sebagai peneman. Menyingkap mengenai isu kasih sayang dan keperhatinan sesama manusia, filem Last Christmas menjadi antara filem yang menarik ditonton pada musim percutian ini.
Dibintangi oleh dua pelakon hebat daripada Malaysia iaitu Henry Golding dan Dato Michelle Yeoh, filem ini mengisahkan tentang Kate, seorang gadis London yang bekerja sebagai elf di sebuah kedai krismas. Kehidupan Kate yang tunggang langgang berubah menjadi semakin baik apabila dia bertemu dengan seorang jejaka kacak iaitu Tom. Macam mimpi pula rasanya namun, mampukah hubungan ini berkekalan lama?
Michelle Yeoh sebagai ‘Santa’ dalam Last Christmas, arahan Paul Feig..
Secara ringkasnya, filem ini mudah difahami oleh penonton. Ada babak yang mungkin agak perlahan namun ia tidak menjejaskan keseluruhan filem. Terdapat juga babak yang membuatkan penonton rasa boleh relate dengan keadaan diri sendiri. Emosi penonton juga akan mudah terbuai apabila menyaksikan filem yang diinspirasikan daripada lagu Last Christmas ini.
Emilia Clarke sebagai Kate.
Bakal ditayangkan bermula 28 November ini di pawagam seluruh Malaysia, anda bolehlah mengajak ahli keluarga atau teman-teman untuk menyaksikan filem ini bersama-sama. Oh, mungkin juga perlu sediakan tisu sekali?
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah. Ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri. Jika tak kuat, impian untuk kurus itu hanya tinggal impian dan tidak akan ke mana. Namun dengan tekad dan azam yang kuat daripada seorang gadis bernama Syauqina Akmar ini, dia berjaya menurunkan berat badan daripada 63kg kepada 48kg dalam masa lebih kurang 3 bulan. Memang wow kan?
Dia hanya menggunakan kaedah senaman yang dilakukan secara konsisten. Hasilnya dalam 3 bulan, berjaya mengurangkan 15 kg dalam masa 3 bulan sahaja.
Ini antara tips dan perkongsian darinya di Twitter.
Berhijab semestinya wajib buat wanita yang beragama Islam. Buat mereka yang baru belajar dan berhijrah untuk memakai hijab dan ingin meneruskan istiqomah dalam berhijab bukanlah sesuatu perkara yang mudah tetapi pada dasarnya kita mestilah faham dan memasang niat dengan betul dalam memakai hijab sama seperti penyanyi bernama Mila ini yang masih kekal istiqomah dalam berhijab.
Lagu popular “Persis Mutiara” seringkali kita dengar dahulu yang dinyanyikan oleh Mila Jirin atau dikenali sebagai pemenang Akademi Fantasia musim ke-5 dan kini merupakan seorang usahawan berjaya. Seperti yang kita tahu penyanyi Mila ini mula berhijrah untuk memakai hijab beberapa tahun yang lalu atas asbab rambutnya rosak kerana telah melakukan macam-macam pada rambutnya. Itulah niat pada asalnya.
Kelihatan dirinya sangat manis apabila bertudung semenjak dari awal lagi. Semalam, di akaun Instagram Mila menunjukkan videonya yang berkongsi pengalamannya memakai tudung pada mulanya kerana dia ingin sorok rambut yang rosak dan dia sangat bersyukur apabila niatnya dibetulkan oleh Allah untuk tidak berbolak balikkan hatinya itu. Dia juga menunjukkan rasa syukurnya kerana masih kekal berhijab walau dalam keadaan apa sekalipun.
“Saya bersyukur pada Allah antara asbab saya bertudung dan alhamdulillah hati saya tidak berbolak balik setelah bertudung” katanya di dalam video tersebut.
“Allah membetulkan niat saya yang pada awalnya tidak betul. Padahal tahu je memang kena bertudung lama dah”
Antara yang diperkatakan oleh Mila Jirin dalam video tersebut. Dan pada masa yang sama Mila juga memberitahu tentang antara salah seorang sahabat atau rakan artis baru-baru ini telah diuji oleh Allah. Percakapan Mila didalam video tersebut tidaklah memberi provokasi tetapi dia lebih kepada mengajak supaya kita lebih mendoakan yang baik baik.
“Hari ini saya baca ada sahabat kita yang diuji oleh Allah. Mungkin Allah sedang bolak balikkan hatinya dan kita sebagai orang yang membaca kita doakan baik baik buat dia”
“Moga Allah berinya hidayah & bombing dia kea rah kebaikan kerana tiada manusia yang sempurna” Kata Mila
Benar sungguh apa yang diperkatakan oleh Mila Jirin itu. Sebagai manusia biasa, tidak salah untuk kita mendoakan buat mereka yang diuji dan terlalai sedikit kerana manusia itu tidak sempurna. Selain dari itu, jika kita diuji dengan sedemikian atau susah untuk kekal beristiqomah, mungkin kita boleh mencari jalan untuk terus berdoa dan kekal beristiqomah. Dibawah ini adalah doa yang kita sama sama boleh amalkan untuk kekal beristiqomah dan kuat diuji:
Robbanaa laa tuzighquluubanaa ba’da idz hadaitanaa wahablanaa min ladunka rohmah, innaka antal wahhaab
“Wahai Rabb kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan setelah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu. Sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).”
Sejurus dengan itu, terdapat 5 perkara yang disarankan oleh Ustaz Ahmad Lutfi buat kita untuk kekal beristiqomah dalam memakai hijab dan menutup aurat dengan sempurna
Jika kita mengingati mati pasti kita akan merenungkan bahawa hijab merupakan kain kafan kita yang pertama atau terakhir saat kita mati nanti. Oleh itu, sentiasa kita beringat bahawa mati itu tidak diketahui dan belum terlambat untuk kita lakukannya.
Saat kita lalai akan keseronokan dan nikmat yang kita miliki. Sesungguhnya Allah itu pemberi nikmat yang banyak buat diri ini. Tetapi kita jarang sekali ingin membalas apa yang diperintah oleh Allah iaitu memakai hijab secara sempurna dan mengikut syariat Islam.
Dengan siapa kita berkumpul akan menitikberatkan bagaimana diri kita. Jadi bersama sama lah dengan golongan yang menitikberatkan hal agama islam dan cuba jauhkan diri dengan orang yang mengajak kita melakukan keburukan atau perkara yang sia-sia.
Ramai yang merasakan jika ingin berubah, kita perlu berubah secara drastik. Apa yang kita perlu tahu adalah, berubah itu mengambil masa dan melakukan kebaikan itu sudah pasti diberi ganjaran oleh Allah. Maka, bersederhanalah dalam melakukan sesuatu agar mudah perjalanan untuk kita mengubah diri kepada kebaikan.
‘ALLAH ITU MAHA MENDENGAR DAN MAHA MENGETAHUI” Percayalah jika kita sentiasa berdoa dan mengadu pada Allah dan meminta di bawa kepada jalan kebaikan. Dengan izin Allah kita akan dibantu. Jika saat kita terasa diuji untuk membuka hijab, berdoalah walaupun hanya sedikit kerana Allah sentiasa akan mendengar luahan hambaNya.
Meskipun kita tahu bahawa penjagaan rambut buat wanita yang bertudung itu sukar tetapi kita jangan risau dan pasti ada jalan penyelesaiannya. Membuka hijab bukanlah alasan yang boleh diberikan oleh kerana kita memakai tudung. Sentiasa berdoa dan memastikan diri ini berbalik pada agama dan sentiasa mengingati perkara yang dilarang di dalam islam. Semoga kita semua kekal beristiqomah memakai hijab.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.