Semburan produk wangian pastinya menjadikan aura personaliti anda lebih menarik. Jika bijak memilih jenis wangian anda, ia membuatkan personaliti anda lebih eksklusif dan mewah.
Namun, pernahkah anda mengalami situasi dimana produk wangian anda tidak tahan dengan lama? Ha! Sebenarnya bukan salah produk tau, tapi teknik yang anda lakukan itu salah! Nak tahu cara yang betul? Jom lakukan tip ini!
1.Simpan haruman wangian anda di tempat yang sejuk. Ini dapat menjadikan wangian anda akan kekal dengan lama.
2. Jangan sembur di seluruh badan anda! Membazir tau sis! Sebenarnya, bau melekat terbaik pada permukaan kulit yang lembap, jadi semburkan minyak wangi sekitar nadi anda.
Ads
3. Jangan sesekali menenyeh minyak wangian anda kerana ini mampu menghancurkan molekul aroma lantas merosakkan kandungan bauan.
4. Bagi bauan yang lebih lembut, semburkan wangian pada bahagian luar pergelangan tangan dan bukannya di bahagian dalam.
Ads
5. Untuk bauan yang lebih lembut buat rambut juga pakaian, semburkan minyak wangi di udara terlebih dahulu, kemudian berjalan melaluinya. Jika anda lebih suka bau yang lebih lembut dan tidak hanya tertumpu pada satu bahagian sahaja, ini adalah kaedah terbaik untuk anda! (sesuai terutamanya buat acara sosial).
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Ads
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Jika munculnya ulser di salah satu sudut dalam mulut, sudah pasti keperitan yang dialami tidak dapat di bayangkan. Kini ada ulser patch, boleh sahaja sembuh dimana-mana.
Ulser yang ‘tumbuh’ dalam rongga mulut berbentuk tompokan bulat kecil yang bersaiz 2 hingga 5mm berwarna putih atau juga kuning pucat. Ia boleh tumbuh beberapa biji dan juga boleh berulang kali.
Tak disangkal lagi mempunyai ulser banyak mengganggu kehidupan seharian tambahan lagi anda ingin keluar untuk berlancong atau makan angin. Kemunculan ulser pasti akan menyekat selera makan anda dan membuatkan anda terlepas banyak benda untuk merasa.
Ramai orang ada cara untuk menghilangkan ulser salah satunya letak garam dan juga ubat gel/losyen yang disapukan keatas permukaan ulser. Tapi ia ambil masa untuk pulih.
Kini kebimbangan anda bakal terhenti kerana tular baru-baru ini mengenai produk ulser patch! Wow, bukan sahaja kita ada acne patch malah ada juga produk on-the-go untuk sembuhkan ulser sekarang.
Sejujurnya, amat susah untuk kita kekalkan cara untuk mengelakkan munculnya ulser di rongga mulut contohnya minum air yang mencukupi, pastikan mulut dalam keadaan bersih tapi masih lagi muncul dalam mulut. Hendak bawa garam mahupun gel/losyen untuk ulser juga kadang-kadang tak lalu menahan peritnya.
Jadi adanya ulser patch ini sangat mudah kerana apa yang anda perlu buat adalah untuk tampalkan sahaja pelekat sebesar 1.5cm ini atas ulser anda selama 2 ke 3 hari, ulser anda kurang bengkak dan kebarangkalian akan terus sembuh.
Melalui akaun twitter @KoshanMY , produk ulser patch ini boleh di dapati di shopee kerana ia merupakan produk dari thailand dan juga ada ulser patch dari Jepun.
Produk ini mengandungi tiga bahan iaitu Kalsium, Silikon dan Fosforus yang mebantu merawat dan melegakan ulser. Tekstur patch itu lembut dan apabila diletakkan di kawasan ulser, ia akan bertukar menjadi nipis untuk melindungi ulser dari geseran secara fizikal.
Produk in seakan-akan dengan Time Oral Ulcer Patch Mouth yang diperbuat dari negara Jepun. Pelekat yang bersair tidak kurang dari 10mm diamete itu membantu untuk melegakan kesakitan serta mengurangkan kepenatan dan stress yang berlaku.
Suka untuk diingatkan buat anda yang masih mengalami masalah ulser ini dan ia berlarutan sehingga 2-3 minggu, anda harus membuat pemeriksaan bersama doktor di klinik kerana khuatir ia boleh dikaitkan dengan penyakit seperti autoimmune, sifilis, HIV, kanser dan mana-mana penyakit yang berkait.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sis mesti pernah tengok drama atau bermain permainan video The Sims yang di mana akan ada situasi seseorang itu bercakap seorang diri di depan cermin. Situasi itu pasti selepas mereka menghadapi kesukaran atau kegagalan.
Pasti sis fikir mereka ini mempunyai masalah dari segi mental bukan? Tetapi hakikatnya tidak, perbuatan mereka ini sebenarnya menunjukkan lagi pendirian mereka yang genius!
Sumber gambar dari Canva
Menurut pakar psikologi, Gary Lupyan dan Daniel Swingley, satu kajian telah di lakukan ke atas 20 orang yang di pilih secara rambang. Kemudian, mereka di tunjukkan beberapa objek yang ada di pasaraya dan mereka perlu menghafal dan mengingati setiap barang itu agar mudah untuk di cari ketika di pasaraya nanti.
Pada masa yang sama 10 orang wakil daripada 20 orang tadi di minta untuk menyebutkan perkataan objek yang di lihat manakala selebihnya di minta diam dan tidak perlu menyebut nama benda tersebut. Hasil dari kajian itu mendapati 10 orang menyebut nama objek di awal tadi lebih peka dan cekap dalam mendapat barangan yang mereka perlu.
Mengikut logik akal, boleh di simpulkan bahawan perkembangan awal manusia ketika usia kanak-kanak juga penuh dengan imaginasi dan di dapati mereka sering bercakap dengan diri sendiri. Perkembangan otak yang aktif sewaktu di usia kanak-kanak membuatkan diri mereka terpengaruh dengan komunikasi tanpa sedar dan dalam pada masa yang sama peka sekaligus menjadikan mereka bijak.
Meskipun perkara itu hanya mereka dengar terlintas, namun, senang sahaja kanak-kanak untuk mempelajari dan faham situasi yang berlaku. Oleh dengan itu, sememangnya jika kita ada berada dengan kanak-kanak, kita sama sekali dilarang menunjukkan contoh yang tidak baik kerana mereka senang sahaja untuk ‘tangkap’ perilaku tersebut dan mencubanya di lain masa.
Melalui kajian oleh Gary Lupyan dan Daniel Swingley, kesimpulan dari kajian mereka menunjukkan bahawa mereka yang di dapati bercakap dengan diri sendiri atau di hadapan cermin adalah seorang yang genius! Jadi anda tidak perlu membuat andaian sendiri kerana mereka telah senaraikan kebaikan dengan bercakap sendiri, seperti:
Sumber gambar dari Canva
Becakap dengan diri sendiri sebenarnya secara tidak langsung merangsang deria anda akan menjadi lebih aktif. Keadaan ini akan mempengaruh sel-sel dalam otak untuk berhubung melalui mata–melihat, mulut–menyebut, dan telinga–mendengar. Jadi dengan itu, otak akan proses secara langsung maklumat tersebut dan ia boleh di simpan lebih lama di dalam memori.
Sumber gambar dari Canva
Apabila anda menyebut perkataan dengan lantang, ia sebenarnya akan membantu anda untuk terus fokus pada pekerjaan yang anda lakukan. Oleh kerana itu, kebanyakan guru sering menggalakkan pelajar mereka menggunakan kaedah membaca sambil menyebut sekalia ayat-ayat yang di bacanya.
Otak akan lebih senang menghafal dan juga senang untuk menggambarkan perkara tersebut secara langsung. Dengan ini daya ingatan anda sangat bagus dan boleh di gunakan ke tahap yang maksima.
Sumber gambar dari Canva
Kita sering mempunyai satu idea atau terfikir tentang sesuatu yang akan memudaratkan diri. Sebagai contoh kita sering untuk berfikir tentang bagaimana dunia tanpa kehadiran kita atau perkara-perkara yang merumitkan buat diri. Dengan bercakap dengan diri sendiri, kita daoat berupaya untuk mengawal emosi dengan lebih kearah positif dari negatif.
Taman tema air terbaharu, ‘Splash Mania’ yang dinantikan akhirnya telah dibuka secara rasmi pada 6 Febuari yang lalu! Untuk pengetahuan hijabi, taman Tema Air Splash Mania berkeluasan 18 ekar dan telah dibina oleh Gamuda Land di Gamuda Cove.
‘Splash Mania’ yang baru sahaja dibuka telah merekodkan kunjungan lebih daripada 2,200 orang pengunjung pada hari pertama pembukaan rasminya.
Ketua Pegawai Eksekutif Gamuda Land, Chu Wai Lune, berkata sebagai syarikat yang terbabit dalam perancang bandar, pemaju hartanah itu merancang untuk menjadikan Gamuda Cove bukan sahaja sebagai kawasan kediaman, tetapi merangkumi semua keperluan lain.
“Kami teruja untuk menawarkan layanan ‘Where Nature Meets Fun’ SplashMania kepada pengunjung tempatan dan antarabangsa. Dengan sambutan hari pertama, kami menjangkakan taman tema air akan menarik 800,000 pengunjung setahun,” katanya semasa pembukaan rasmi Splash Manis.
Sebagai sebahagian daripada ‘usaha pendigitalan’ untuk kemudahan pengunjung, Gamuda Land telah memperkenalkan aplikasi mudah alih ‘GL Play’ yang tersedia untuk dimuat turun di Google Play dan Apple Store.
Sanjay Nadarajah, Pengurus Besar (Rekreasi dan Hospitaliti) Gamuda Land, menjelaskan bahawa melalui aplikasi itu pengunjung boleh membeli tiket secara ‘online’ dan menggunakannya untuk menavigasi dan melihat gelongsor air yang tersedia pada peta taman digital.
Melalui GL Play, pengunjung juga boleh memesan di pelbagai perkhidmatan F&B dan dimaklumkan apabila mereka boleh mendapatkan makanan dan minuman mereka.
Selain itu, GL CLIX(yang terdapat di dalam GL Play) membolehkan pelawat memuat naik foto resolusi tinggi yang diambil semasa lawatan mereka menggunakan teknologi pengecaman muka. Wah memang menarik!
“Teknologi seperti GL Play bukan sahaja memberikan pengunjung pengalaman yang berharga, tetapi juga lancar. Takperlu nak beratur untuk membeli tiket ataupun ketika pesan makanan. Kami mahu pengunjung memanfaatkan sepenuhnya masa, mencipta kenangan dan merasai “keseronokan” di SplashMania” ujar Sanjay.
Taman Tema Air, Splash Mania menyediakan 24 jenis gelongsor air serta 15 tarikan utama yang sesuai dengan semua peringkat umur termasuklah kanak-kanak. Di antaranya ialah Shaka Waka(gelongsor gelap yang dihiasi lampu warna-warni), Wild Rush (gelongsor yang menjunam ke dalam kolam sedalam 2.74 meter) dan Atlantic VR(kawasan perairan realiti maya).
Kalau hijabi nak tahu, Gelongsor Atlantic VR merupakan permainan pertama seumpamanya di Asia Tenggara. Ia memerlukan pengunjung memakai peranti Realiti Maya (VR) sambil menuruni gelongsor. Wah, memang menarik! Bila lagi nak merasai pengalaman seperti itu kan.
Tambahan itu, Splash Mania turut dilengkapi dengan laluan sungai sepanjang 400 meter yang memberikan pengalaman berbeza kepada pengunjung, selain mempunyai kawasan ombak dan jakuzi.
Memang bersesuaian lah buat hijabi yang ‘penakut’ akan aktiviti yang esktrem, mencabar dan hanya ingin bersantai di atas pelampung sambil menikmati laluan sungai yang berombak.
Untuk pengetahuan hijabi, sempena pembukaan rasmi Taman Tema Air Splash Mania, pengunjung akan menikmati harga promosi sehingga 31 Mac iaitu RM79 untuk dewasa dan RM63 bagi kanak-kanak. Wah, tunggu apa lagi…jom ajak seluruh ahli keluarga anda!
Info tambahan, Splash Mania bertempat di Gamuda Cove, yang terletak di antara Paya Indah Discovery Wetlands dan Hutan Rizab Kuala Langat. Hijabista sendiri sudah merasai pengalaman di Splash Mania dan ia sememangnya satu pengalaman yang tidak boleh dilupakan!
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klikdi sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.