Mesti sis semua suka borong body mist bila ada promosi contohnya dari Bath and Body Works. Tapi body mist yang selalu kita beli mesti tak tahan lama, kenapa jadi begitu?
Sis pastikan baca artikel ini sampai habis untuk ketahui cara mengekalkan bau body mist supaya sis tak ada rasa menyesal beli banyak-banyak.
Body Mist ini berbeza dari minyak wangi biasa
Sis kena tahu body mist sememangnya tidak tahan lama kerana ia mempunyai kandungan air yang lebih banyak berbanding minyak wangi jenis EDP (Eau de Parfum) atau EDT (Eau de Toilette). Kandungan pati minyak wangi juga berbeza kerana EDP mengandungi 8-15%, EDT pula sebanyak 5% to 15%, berbanding pula body mist yang hanya mengandungi 2-15% sahaja.
Jadi wajarlah bau body mist cepat sahaja hilang kerana ia ‘ringan’ dan kebiasaannya digunakan untuk hanya untuk sesetengah keadaan yang sis tidak mahu bau keterlaluan.
Tapi…rugilah beli banyak, bau cepat hilang
Jangan sedih sis, kami sedia membantu untuk share cara-cara yang boleh membantu bau bodymist tahan jauh lebih lama!
Guna mandian bauan yang sama
Ads
Terdapat produk keluaran haruman mengeluarkan beberapa produk yang mempunyai bau sama. Jadi untuk dapat bau yang lebih lama, pastikan anda beli body wash dari product line yang mempunyai bau yang sama.
2. Jangan sembur dulu! Sapu losyen sebelum itu.
Kelembapan kulit akan membuatkan penyerapan yang lebih optimum. Jangan lupa gunakan losyen yang mempunyai bau yang sama.
Ads
3. Selepas mandi…sembur!
Selepas mandi, liang-liang roma akan terbuka jadi penyerapan body mist ketika itu akan menyerap dengan lebih baik.
4. Sembur pada kulit
Ads
Teknik sembuhan sama sahaja dengan pemakaian minyak wangi. Sembur pada kulit terutama sekali bahagian nadi di pergelangan tangan, leher, belakang lutut dan juga siku.
Disebabkan sis berhijab, orang tidak akan bau rambut sis walaupun dah cuci rambut malam sebelumnya. Jadi, untuk kekal wangi, sembur sahaja di tudung dengan jarak 5cm supaya tiada kesan basah.
Sekarang sis dah tak perlu rasa menyesal sebab cara-cara ini senang diamalkan dalam kehidupan seharian. Apa yang penting, pastikan sis bawa kemana-mana sahaja botol body mist itu supaya boleh sembur on-the-go! Selamat berwangi-wangian!
Terkena jangkitan selepas mencukur bulu ketiak memang menakutkan. Paling ‘seram’ apabila terpaksa mengeluarkan belanja besar sehingga RM17,000. Melalui perkongsian Instafamous, Faizdickie, lelaki ini berkongsi pengalaman terpaksa dibedah gara-gara jangkitan selepas mencukur bulu di ketiaknya.
Jangkitan kuman yang dikenali sebagai ‘Abscess’ ini merupakan sejenis bengkak yang bernanah.
Kisah ni jadi bulan March hari tu. Ramai #Villagepeople terkejut and curious bila abang masuk wad kene operate. Now meh abang share what actually happened:
1. One day abang perasan kat ketiak abang mcm ada jerawat. Usually biasalah lepas shave bulu ketiak, akan ada irritation sikit and after few days benda tu akan hilang.
2. Lepas 4/5 hari ‘jerawat’ tu makin membesar macam bisul. First time jadi kat abang so kita just bubuh krim farmasi lah. Tapi makin lama makin sakit sampai susah nak gerak tangan.
3. Abang pi klinik and doc kata tu adalah abscess. Dia terus rujuk ke hospital. Abang gi Thompson Hospital (icing gi pvt hosp sebab fikir ada amik insurans Great Eastern – GE). Haha
4. Doc hospital confirmkan yang it is abscess and puncanya besar kemungkinan sebab infection masa shave bulu ketiak! Apoo! Haha
5. Apparently, kuman tu ada kat whole over our body so masa shave tu maybe ada luka kecil yang kita tak perasan. So kuman tu masuk and berlakulah infection. Doc cakap ni kene minor operation untuk buang abscess tu. Wadefak
6. Tanya kos, doc kata anggaran RM5-8k untuk operate. Malangnya masa mintak Guarantee Letter kat GE, kene rejek pulak! Kelam kabut contact ejen insurans @sharifahnurnalia and she convinced me to proceed and nanti claim balik dari insurans.
7. Mujur ada saving so proceed ngan admission ward and operation. Nak dijadikan cerita, operation buang abscess tu kene dua kali pulek! First – operate buang. Then a week later, jahit balik. Tempoh seminggu tu untuk kasi daging yang rompong tu heal dulu. Yih
8. Time tu dah pening dah sebab satu; risau nak operate dan dua; dok pikir bil hospital yang totalnya dekat RM17,000 untuk 2 operation, ward, rawatan susulan. Haaa
9. Alhamdulillah operation ok. 2 hari lepas tu dah discharge tapi everyday selama seminggu kene ulang-alik cuci jahitan kat hosp. Everytime cuci, kene byr RM seratus lebih.
10. Lebih kurang sebulan selepas tu, jahitan pun dibuka. Kalau orang lain ada parut kat muka, kening etc, abang plak ada parut sejengkal kat ketiak. Tak gangster langsung! Haha
11. Now, ketiak dah jahit tapi poket pulak yang rabak sebab bil total hospital adalah around RM17,000. Semua guna duit saving sebab GL rejek haritu (insurans belum matang habis, lagi 3-4 bulan baru fully matured). Hea
12. Bermulalah kisah isi borang claim, amik medical report etc. Part ni renyah gak tapi ejen abang si @sharifahnurnalia banyak membantu walaupun time tu dia dah nak beranak. Haha
13. Honestly I was skeptical psl insurans sebenarnya. Lagi-lagi masa GL kene rejek. Masa tu risau cash yang dah didahulukan tu burn macam tu je. Tapi since abang first time kene abscess ni and doc pun kata I SHOULD get my claims, abang lega sikit.
14. Alhamdulillah after 5 month menunggu. Dapat SMS mengatakan claim abang APPROVED! Time tu jugak cek account and RM16,377.98 dah masuk dalam acc! Yahooo
15. Now what I’m trying to say thru this post is, FIRSTLY, sebelum kau feeling nak masuk pvt host memahal, make sure kau ada insurans yang valid dan ada spare cash in case GL ko rejected. Yihh
SECONDLY, berhati-hati masa shave bulu ketiak! Doc bagitau yang sometimes luka yg miniscule (kecik benau) pun boleh jadi punca infection. Cara untuk cegah menda ni adalah jangan kasi luka kat area yang lembab cam ketiak, peha etc. Takpun jangan shave, trim je! Baru sexy haha
THIRDLY, tak salah untuk kau ada insurans. Abang bukan ejen or nak promo apa-apa but alhamdulillah in my case, i’m glad abang amik GE 2 tahun lepas. Manalah tau lepas-lepas ni ada sakit lagi ke apa, harapnya GE membantu. Aminn
Pada masa kini, bukan hanya wanita yang mengalami masalah kulit seperti ‘breakout’, tetapi lelaki juga tidak terkecuali. Seperti perkongsian lelaki ini di laman sosial twitter, @NaufalAntezem yang pernah mengalami masalah ini.
Dia juga kemudiannya berkongsi testimoni untuk mendapatkan kulit yang sihat dan juga rambut yang subur. Bukan hanya menggunakan satu produk tetapi lebih 50 produk pelbagai jenama kebanyakan dari farmasi telah dicuba bagi mendapatkan hasilnya.
Testimoni dibuat adalah berdasarkan pengalaman peribadinya. Dia sebelum ini memberitahu wajahnya agak sensitif terutama bila terkena habuk.
Hijabista ingin berkongsikan beberapa produk yang memang ‘ngam’ dengan wajahnya.
Begitulah beberapa tip kulit sihat yang dikongsikan oleh lelaki ini. Untuk mendapatkan lebih lanjut mengenai semua produk yang telah dicubanya, bolehlah melayari akaun twitter @NaufalAntezem.
Setiap orang pasti mengimpikan untuk hidup bersama pasangan tercinta suatu hari nanti. Menanti jodoh berkunjung tiba sambil berusaha mengharapkan yang terbaik daripada Illahi. Ada orang yang jodohnya datang cepat, ada pula yang datang lambat. Tak kiralah bila masanya sekalipun, Tuhan akan berikan kepada anda pada waktu yang terbaik sekali.
Menerusi perkongsian Faridzul Nasaruddin di laman facebook, jejaka ini telah berkongsikan kisah pertemuannya dengan isteri. Walaupun pernah berpisah, kalau sudah jodoh pasti bertemu jugakan?
Untuk para hijabi di luar sana, jangan risau dan runsing jika belum bertemu jodoh. Ambil inspirasi daripada kisah ini. Sandarkan harapan pada Allah dan berusahalah membaiki diri untuk menjadi yang terbaik. InsyaAllah jalan anda akan dipermudahkan olehNya dan anda akan berjumpa yang terbaik untuk diri anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.