Kurang keupayaan bukanlah suatu perkara yang membatasi seseorang individu untuk mendalami subjek tertentu. Seorang guru ini yakin apa yang di ajar bagi pelajarnya bukanlah satu limitasi.
Subjek muzik bagi murit cacat pendengaran, itulah yang menjadi perhatian orang ramai melalui perkongsian guru ini.
Mengajar Subjek Berlawan Fitrah Mereka
Perkongsian oleh seorang guru muda, Amirah Adilah Abdul Karim atau lebih dikenali sebagai Cikgu Amirah, 24, membuat keputusan untuk mengajar subjek muzik kepada muridnya yang cacat pendengaran di sekolah dia berkhidmat.
Ditemu bual oleh mStar, dia sudah pun mengajar selama 11 bulan di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Besut, Terengganu. Meski pun, ramai yang menganggap subjek itu melawan fitrah bagi murid-murid itu, dia percaya ini dapat membantu merangsang deria mereka.
“Mengajar orang pekak adalah melawan fitrah mereka…ia sering menjadi tanggapan orang awam,
“Namun, saya bukannya nak jadikan mereka penyanyi, malah semua itu hanya sekadar ilmu yang saya cuba sampaikan bagi merangsang deria mereka,
“Tapi kalau minat nak jadi penyanyi, saya boleh sahaja nak bantu beri panduan.” katanya lagi berkenaan isu itu.
Difahamkan lagi, Cikgu Amirah juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Khas Masalah Penglihatan dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, Cheras.
Yakin dan ingin menyahut cabaran dalam mengajar murid pendidikan khas cacat pendengaran itu menjadi sandaran pegangan dirinya. Dia ingin membantu sedaya mampu walaupun ada yang mempunyai masalah pembelajaran.
@mir.dla ajar muzik untuk murid ketidakupayaan pendengaran ni sebenarnya bidan terjun dengan zero knowledge. tapi itulah cikgu, hari hari kena belajar benda baru dan ajar pelbagai subjek. apa saja yg penting nak bagi ilmu untuk murid khas ni supaya input sama rata dengan murid tipikal #pendidikankhas #cikgupendidikankhas #specialneeds #specialeducation #specialeducationteacher #SpecEd #specedteacher #bahasaisyarat #signanguage #hearingimpaired #musiceducation ♬ Sang Dewi – Lyodra & Andi Rianto
“Apabila diberikan tugas untuk mengajar, semestinya kita tak boleh nak tolak peluang tersebut,
“Saya banyak bertukar pendapat, bertanya dan merujuk kepada cikgu-cikgu lain tentang cara terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada murid-murid,
“Saya pun masih belajar tentang muzik, tapi ia bukanlah masalah besar untuk saya kerana semua ini untuk murid-murid saya juga.” ujarnya lagi.
Sebelum memohon jurusan itu, Cikgu Amirah juga ada membuat kajian terlebih dahulu. Dia berusaha dalam mendalami ilmu tentang orang kurang upaya dan bersiap sedia untuk membantu.
Amirah juga turut berkata kelengkapan yang tersedia ada di sekolahnya banyak membantu proses pembelajaran. Dia juga gemar untuk melihat anak muridnya belajar dan sering berkongsi di sosial media tentang sesi pembelajaran mereka.
Sumber: mStar
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rezeki Tak Putus-Putus Datang Bila Istiqomah Lakukan Amalan Ini!
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singgah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
20 AMALAN INI BUATKAN REZEKI BERTAMBAH TANPA DISANGKA-SANGKA
Allah SWT memberikan jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH
1. MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A.)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. SENTIASA INGAT ALLAH
Banyakkan mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hambaku itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Artikel berkaitan: Hati Sedih & Berduka, Berdoalah Kepada-Nya Dengan Amalan Pilihan Doa Ini Untuk Ketenangan Jiwa
6. BERBUAT BAIK DAN MENOLONG ORANG YANG LEMAH
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. MENJALIN SILATURRAHIM
Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari)
12. MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan kefahaman agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)
KESIMPULAN
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selain itu diingatkan… rezeki bukan terhad kepada duit, harta ataupun kekayaan… rezeki iman, hati, Islam, kesihatan dan kebahagiaan serta ilmu yang bermanfaat adalah rezeki yang takde nilainya walaupun harta dan kekayaan menimbun sekalipun.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Awas Ya, Sekarang Saya Sudah Kurus!’ – Melly Goeslaw Kenang Saat Jadi Mangsa Diskriminasi Badan Gempal
Penyanyi terkenal dari Indonesia iaitu Melly Goeslaw terkenan ketika saat dia sering menjadi mangsa buli atau diskriminasi ketika dirinya bertubuh gempal. Awas ya, sekarang Melly sudah kurus!
Siapa sahaja yang tidak mengenali penyanyi terkenal dan penulis lagu daripada Indonesia ini. Bukan sahaja di Indonesia, malahan artis ini juga sangat terkenal ini Malaysia.
Melly Goeslaw telah melahirkan berbagai karya musik dan lagu hit di antaranya ialah Gantung, Ada Apa Dengan Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Aku Bukan Untuk Mu, Kubahagia dan banyak lagi.
Artikel berkaitan: Dua Tahun Tidak Dapat Pekerjaan Bila Mula Berhijab, Melly Goeslow Tidak Patah Semangat.
Pernah Jadi Mangsa Diskriminasi!
Siapa sangka penyanyi yang memiliki julukan Queen of Soundtrack ini pernah menjadi mangsa diskriminasi. Ingatkan orang biasa sahaja yang akan menjadi mangsa. Terdahulu, Melly Goeslaw pernah mendedahkan di sebuah TV program Indonesia bahawa dia pernah menjadi mangsa buli.
Kejadian buli tersebut berlaku ketika sebuah acara di mana ramai artis lain yang terlibat mendapat baju tajaan namun tidak untuk dirinya.
“Ada beberapa pereka fesyen yang tidak mahu membuat baju baru untuk saya. Mungkin sebabnya adalah susah nak buat ‘cutting‘ yang bersesuaian untuk orang yang bertubuh gempal. Tak mengapa.. ” ujarnya seperti yang dipetik daripada Suara.
Dalam masa sama, dia juga mendedahkan terdapat dua orang pereka fesyen yang sehingga kini masih belum menyiapkan bajunya selepas dengan alasan terlupa.
“Ada dua pereka fesyen yang saya ingat sangat, sejak saya tempah sehingga sekarang bajunya masih belum disiapkan. Walaupun sudah dua tahun” katanya.
Melly juga sempat berseloroh memberi amaran bahawa “Awas, sekarang saya sudah kurus. Tak perlu lah nak reka baju untuk saya”. Ha.. berhati-hati ya pereka fesyen ya dimaksudkan itu. Siapa makan cili, dia terasa pedasnya. Bagaimanapun, penyanyi itu menyatakan bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.
“Ya, pada dasarnya hidup ini berputar dan dalam dunia hiburan yang kecil ini, kita pasti akan bertemu lagi. It’s okay” ujarnya sebagai penutup.
Diskriminasi berat badan seperti yang terjadi kepada penyanyi terkenal Indonesia ini adalah satu REALITI. Ia boleh berlaku di mana-mana. Mungkin ada yang berpendapat melakukan ‘body shaming’ atau sikap tidak ‘mengendahkan’ ini dapat memberi motivasi kepada mangsa untuk mengurangkan berat badan.
Artikel berkaitan: Wanita Gempal Pun Boleh Je Melaram, Mari Cuba Trik Ini Antaranya Pilih Pakaian Satu Warna
Namun sebenarnya tidak, sebaliknya ia mampu mengakibatkan hilang motivasi dan menambahkan tekanan. Tak baik tau.. Oleh itu, kita mestilah hentikan sebarang bentuk body shaming dan diskriminasi kepada individu bertubuh gempal. ‘Everyone is beautiful in their own way.’
Sumber info dan gambar: Suara dan Melly Goeslaw
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
19 Manfaat Biji Adas Untuk Kulit, Rambut, dan Kesihatan. Paling Hebat Mengurangkan Penyimpanan Lemak & Menyekat Selera Makan
Jintan manis atau biji adas dianggap cukup berguna untuk melegakan pelbagai penyakit, mulai dari kesesakan dan gas perut hingga asma dan diabetes. Biji mengandungi fitonutrien dan antioksidan yang kuat. Yang paling kuat daripadanya adalah anethole yang menjadikan biji ini sangat berkhasiat dan kuat.
Biji jitan manis juga disebut semillas de hinojo dalam bahasa Sepanyol, graines de fenouil dalam bahasa Perancis, dan alfianal dalam bahasa Arab. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut mengenai faedah kesihatan biji adas.
1. Boleh Meningkatkan Kesihatan Pencernaan
Biji adas digunakan untuk mengubati pelbagai penyakit pencernaan, termasuk pedih ulu hati, gas usus (dan gas bayi), kembung, dan bahkan kolik pada bayi. Benih ini mempunyai kesan antispasmodik dan karminatif. Yang penting biji ini dapat membantu merawat penyakit pencernaan yang serius seperti sindrom iritasi usus.
Beberapa sumber menunjukkan bahawa biji adas juga dapat membantu merawat penyakit gastroesophageal reflux (GERD), cirit-birit, sembelit, dan kolitis ulseratif. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam perkara ini.
2. Boleh Memberi Kelegaan Asma Dan Kadar Pernafasan Lain
Fitonutrien dalam biji adas membantu membersihkan resdung. Ini dapat membantu melegakan simptom asma. Sifat ekspektoran dari penyakit pernafasan yang lain menyembuhkan seperti bronkitis, batuk, dan kesesakan. Satu kajian meneroka kesan santai biji adas pada rantai trakea babi guinea. Ia menyimpulkan bahawa benih ini dapat memberikan kelonggaran bronkus. Walau bagaimanapun, kita memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk memahami kesan yang sama pada manusia.
Biji adas boleh menyebabkan simptom asma sebaliknya pada beberapa individu. Oleh itu, berbincanglah dengan doktor sekiranya anda terdedah kepada asma.
3. Baik Untuk Ibu Yang Menyusu
Biji adas mengandungi anethole, ada yang percaya anethole meniru sifat hormon estrogen dan meningkatkan rembesan susu pada wanita. Biji adas boleh memberi manfaat kepada wanita yang menyusui kerana mereka juga dikenali sebagai galactagogues (bahan yang mendorong penyusuan).
4. Boleh Mengatasi Nafas Berbau
Bukti anekdot menunjukkan bahawa mengunyah biji adas dapat menyegarkan nafas anda. Biji ini mempunyai rasa anise (atau licorice). Cukup mengunyah 5 hingga 10 biji adas dapat menyegarkan nafas anda. Benih tersebut dipercayai dapat meningkatkan pengeluaran air liur dan dapat membersihkan bakteria yang menyebabkan bau mulut. Minyak pati adas mempunyai sifat antibakteria yang membantu melawan kuman yang menyebabkan bau mulut. Semakin lama anda mengunyah biji ini , nafas anda akan lebih segar.
5. Boleh Membantu Memerangi Diabetes
Satu kajian tahun 2008 mendapati bahawa minyak pati adas dapat menurunkan kadar gula darah pada tikus diabetes. Biji adas juga merupakan sumber vitamin C yang baik. Pengambilan nutrien dapat menurunkan kadar gula dalam darah, walaupun diperlukan lebih banyak penelitian untuk memahami mekanisme ini. Beta-karoten dalam biji adas juga dapat menurunkan kadar kolesterol pada pesakit dengan diabetes tahap 2. Biji adas juga, mempunyai indeks glisemik rendah. Oleh itu, mereka boleh menjadi makanan tambahan yang baik untuk diet diabetes.
6. Boleh Meningkatkan Pertumbuhan Payudara
Terdapat kajian terhad dalam perkara ini. Adas adalah ramuan yang popular dalam kebanyakan produk herba ‘penambah bust’. Ini mungkin kerana meniru sifat estrogen manusia. Berbincang dengan doktor anda sebelum menggunakan biji adas untuk tujuan ini.
7. Boleh Membantu Menurunkan Tahap Kolesterol
Ekstrak metanol adas didapati dapat mengurangkan kadar kolesterol pada tikus. Mereka juga dapat mengurangkan pemendapan lemak (trigliserida) di arteri koronari.
8. Boleh Membantu Mengubati Edema
Edema adalah pembengkakan tisu di badan kerana cecair berlebihan. Bukti anekdot menyokong keberkesanan biji adas dalam merawat edema. Anethole dalam biji adas dapat membantu dalam perkara ini.
9. Boleh Meningkatkan Kesuburan
Adas mempunyai sifat estrogenik. Bukti anekdot menunjukkan bahawa sifat ini juga dapat meningkatkan kesuburan. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam perkara ini.
10. Boleh Mengatur Tahap Tekanan Darah
Biji adas mengandungi kalium. Kalium diketahui dapat mengatasi kesan buruk natrium dan mengatur jumlah cecair dalam aliran darah. Ini dapat membantu menurunkan tekanan darah.
Bukti anekdot menunjukkan bahawa kalsium dalam biji juga dapat menurunkan tekanan darah. Ia dapat membantu menjaga pembuluh darah agar tetap kencang, dan bahkan dapat membantu mengekalkan degupan jantung. Serat dalam biji adas juga dapat berperanan dalam mengatur kadar tekanan darah.
Penyelidikan menunjukkan bahawa nitrit pada biji adas dapat menurunkan kadar tekanan darah. Benih juga mengandungi magnesium. Nutrien ini juga diketahui dapat menurunkan kadar tekanan darah.
11. Boleh Membantu Rawatan Hernia
Beberapa sumber menyebutkan penggunaan biji adas oleh ubat tradisional Cina untuk merawat hernia. Walau bagaimanapun, kami memerlukan lebih banyak penyelidikan untuk mengesahkan adakah ia boleh digunakan dalam rawatan hernia.
12. Boleh Meningkatkan Kesihatan Hati
Dalam satu kajian tahun 2011, biji adas menghambat sel barah hati dan meningkatkan aktiviti sel antioksidan tertentu di hati. Selenium dalam biji adas juga dapat meningkatkan fungsi enzim hati. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam perkara ini. Beberapa sumber menunjukkan bahawa biji adas juga dapat membantu melegakan jangkitan saluran kencing.
13. Boleh Menurunkan Berat Badan
Biji adas kaya dengan serat dan dapat membantu menurunkan berat badan dan menahan rasa lapar. Benih juga dapat mengurangkan penyimpanan lemak dan meningkatkan penyerapan nutrien. Walau bagaimanapun, lebih banyak penyelidikan diperlukan dalam hal ini.
Biji adas mempunyai sifat diuretik. Meningkatkan pengeluaran air kencing dan mengeluarkan lebihan cecair dari badan. Ini juga boleh menyebabkan penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, penurunan berat badan yang disebabkan oleh biji adas boleh menjadi akibat langsung dari kehilangan air dan bukan kehilangan lemak.
Satu kajian Korea membuktikan bahawa pengambilan teh adas dapat menekan selera makan pada orang yang berlebihan berat badan.
14. Boleh Meringankan Sakit Perut Di Pagi Hari
Biji adas boleh digunakan untuk menenangkan perut dan memberikan kelegaan cepat dari sakit pagi. Mengunyah biji adas atau minum teh adas boleh membantu. Biji adas juga dapat mencegah gas di perut dan mendorong pengeluaran gas. Biji ini juga dapat mengatasi masalah loya. Walau bagaimanapun, penyelidikan kurang dalam perkara ini.
15. Boleh Memperbaiki Simptom Menstruasi
Kajian awal telah mengesahkan bahawa adas selamat dan berkesan untuk mengurangkan gejala menopaus. Ia juga merupakan emmenagog yang terkenal. Ciri phytoestrogenic biji adas juga dapat membantu merawat gejala haid seperti kekejangan dan sengugut .
16. Boleh Meningkatkan Kualiti Tidur
Biji adas mengandungi magnesium. Beberapa sumber menunjukkan bahawa magnesium dapat meningkatkan kualiti dan jangka waktu tidur, terutama pada orang tua. Mineral juga dapat membantu merawat gangguan tidur seperti insomnia.
17. Boleh Merawat Candida
Antioksidan dalam biji adas dapat membantu merawat candida. Benih juga mempunyai sifat antibakteria dan antijamur. Mereka mungkin berkesan terhadap Candida albicans. Mengambil satu sudu biji adas ketika sarapan boleh membantu mengurangkan gejala ini. Anda boleh menghancurkannya dan menambah di dalam sarapan pagi anda. Boleh juga minum teh adas dengan memasukkan biji ke dalam air panas dan minum teh yang diinvestasikan pada waktu pagi.
18. Boleh Memperbaiki Penampilan Kulit
Krim penjagaan kulit dermatologi anti-penuaan dengan ekstrak adas telah dirumuskan yang membantu melindungi kulit daripada kerosakan radikal bebas dan meningkatkan umur sel kulit.
Bagaimana cara menggunakan biji adas untuk Meningkatkan kualiti kulit?
- Untuk menegangkan kulit , ambil segenggam biji adas dan tambahkan ke dalam air mendidih. Biarkan sejuk, masukkan beberapa titis minyak pati adas ke dalam campuran. Tapisnya, lap ke wajah anda dengan bantuan bola kapas sebanyak yang anda boleh sepanjang hari. Kulit anda akan terasa tegang dan segar.
- Anda juga boleh menggunakan wap biji adas untuk tekstur kulit yang lebih baik. Masukkan satu sudu biji adas ke satu liter air mendidih. Bersandar di atasnya dan tutup kepala dan leher anda dengan tuala selama 5 minit. Lakukan ini dua kali seminggu untuk membersihkan liang pori dan menjadikan kulit anda bersinar.
- Sebagai topeng muka. Sediakan infusi biji adas dengan menambahkan satu sudu biji adas hingga setengah cawan air mendidih. Tunggu selama 30 minit dan tambahkan satu sudu setiap tepung oat dan madu ke dalamnya. Buat pes halus dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 20 minit. Basuh dengan air suam.
19. Boleh Meningkatkan Kesihatan Rambut
Antioksidan dan sifat antimikroba dalam biji adas dapat membantu merawat pelbagai penyakit rambut. Benih ini dapat membantu mengatasi kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, kerosakan rambut, dan rambut gugur.
Bagaimana cara menggunakan biji adas untuk mengurangkan keguguran dan kerosakan rambut?
- Sediakan teh biji adas. tumbuk tiga sudu biji adas. Sebagai pilihan, anda boleh memilih untuk melabur dalam serbuk biji adas readymade. Rebus dua cawan air dan tambahkan ke dalam biji serbuk. Biarkan larutan selama kira-kira 15 minit. Gunakan sebagai bilasan terakhir setelah anda mencuci dan membasuh rambut. Ini boleh meningkatkan kesihatan rambut dan mencegah kerosakan rambut dan rambut gugur.
- Sebagai tonik rambut. Gunakan cuka sari apel dan gliserin bersama biji adas untuk menyediakan penyelesaian untuk merawat kulit kepala yang gatal dan kering. Rebus secawan air. Tuangkan ke atas sudu biji adas hancur yang diletakkan di dalam mangkuk kecil. Tunggu selama 30 minit. Masukkan sesudu gliserin sayur dan cuka sari apel. Tapiskan larutan dengan kain tipis. Urut campuran ke kulit kepala dan rambut anda dan biarkan selama beberapa lama. Bilas. Bahagian terbaik ialah tonik ini boleh disimpan di dalam bekas kaca selama berminggu-minggu.
Inilah kelebihan biji adas. Pada bahagian berikut kita akan memeriksa profil pemakanan biji adas.
Walaupun penelitian kurang dalam beberapa aspek, secara keseluruhan, biji adas dapat meningkatkan kesihatan anda. Jadikan biji hadas ini dalam rutin dan anda akan melihat perbezaannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI