Bakal mengadakan konsert A Night With Aina Abdul 2.0 pada 25 & 26 Jun hadapan, Aina Abdul kini gigih berkerja keras mempersiapkan diri bagi memberikan persembahan yang terbaik untuk peminatnya nanti.
Mahu kekalkan stamina yang tinggi, Aina mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik videonya sedan bersenam di Instagram. Menariknya, dia memilih untuk mengenakan gaun panjang berwarna hitam berbanding baju sukan ketika berada di gim.
Quick gym session after work 😘 session harini terserempak dengan Syamel 😝
Meninjau ke ruangan komen, ramai peminatnya teruja dengan gaya penampilannya itu dan kagum semangatnya yang berusaha keras demi memberikan yang terbaik untuk penonton konsertnya kelak.
Selain itu, mereka turut memuji pelantun lagu Sumpah itu yang tetap menjaga aurat biarpun ketika melakukan aktiviti kecergasan.
Ads
“Gotta respect the hustle💪🏽
“Masuk gym sexy❌. Masuk gym dengan baju shariah compliant✅
“Tak perlu pakai baju ketat-ketat, baju jantung berlubang kalau nak bersenam kan dik.. Love sangat!
Ads
“See..ok je pakai muslimah ketika di gym? tak perlu terdedah and ketat..kita yang buat dia kan..thank you dik Aina contoh terbaik..love u❤️❤️❤️,” antara komen warganet di laman instagramnya.
Sebagai peniaga makanan, jika niat berniaga itu tulus dan ikhlas menawarkan kepada pelanggan, makanan yang sedap dan murah pastinya Allah akan memberikan rezeki yang mencurah-curah dan berlipat ganda.
Begitulah yang berlaku kepada hijabi ini yang menawarkan jualan kek dengan harga murah dan ‘tak masuk akal’ kepada pelanggan, malah rasa kek yang dijual juga enak dan boleh diterima tekak menjadikan gerai kek miliknya sentiasa menjadi tumpuan ramai.
Penjual kek berkenaan yang dikhabarkan meniaga di sekitar Sungai Petani, Kedah menjadi tular dalam satu rakaman video TikTok ‘Projek Kek RM1’ yang dikongsikan sendiri olehnya menerusi akaun @afizahbakery.sp.
Dalam video berkenaan pengusaha Afizah Bakery itu mendedahkan bahawa beliau tidak sempat untuk menyusun kek potong yang ditawarkan dengan harga RM1 itu, ekoran gerainya sering diserbu pelanggan sebaik sahaja ianya dibuka.
Menurutnya lagi, sebanyak 1,500 kek akan lesap dan habis terjual dalam sekelip mata sahaja, meskipun beliau hanya mengadakan projek kek RM 1 itu pada hari cuti hujung minggu sahaja, iaitu pada hari Sabtu dan Ahad.
Hijabista difahamkan, penjualan kek yang laris ini adalah kerana harga kek yang ditawarkan terlalu rendang berbanding harga kek potong di pasaran. Malah, kos pembuatan dan penyediaan kek yang kian meningkat juga menjadi punca kek dengan harga bajet seperti ini laris bak ‘goreng pisang panas’.
Tambahan pula, di zaman harga barang naik dan inflasi kini, tidak semua orang mampu mengeluarkan modal yang besar demi meuaskan nafsu menjamah sepotong kek.
Justeru, promosi kek dengan harga rendah seperti ini dalam masa yang sama ibarat ‘berniaga sambil bersedekah’ dan memberi situasi menang-menang (win-win) kepada peniaga dan pembeli.
Lebih menarik lagi, jika trend ‘Projek Kek RM 1’ ini dapat menjadi role-model dan menjadi ikutan peniaga lain.
Sama seperti ‘Menu Rahmah’ yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini sebagai inisiatif untuk membantu rakyat yang terkesan inflasi khususnya golongan B40 dan mereka yang tidak berkemampuan.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantarab berkenaan untuk melihat respon dan maklum balas wargamaya tentang perkara ini.
Rata-ratanya, memuji tindakan perniaga ini serta meninggalkan komen yang positif dan optimis. Malah, ramai yang teringin pergi membeli kek di gerai berkenaan dan ada juga yang meluahkan rasa hampa kecewa kerana gerai kek tersebut berada jauh utara.
Berikut merupakan beberapa komen netizen yang berjaya meraih perhatian Hijabista;
“Walapun RM1, kalau aku beli dah jadi puluh ringgit. Jenis nak rasa semua 😂😂😂😂
“Bagus idea ni, sebab kadang-kadang tu satu slice, 3 hari nak habiskan hahaha..
“Adoii.. kenapa lah kat kedah,” ujar netizen
Hijabista mendoakan agar Afizahbakery.sp kekal istiqamah menjalankan perniagaan seperti ini yang berjaya membantu netizen atau warga Sungai Petani secara tidak langsung.
Pengalaman sakit kerana cyst memang memeritkan. Hanya sesiapa yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu deritanya. Kebiasaannya, ia ‘hadir’ dalam tubuh kita tanpa disedari. Hanya selepas melakukan pemeriksaan doktor barulah kita sedar keadaan yang sebenar.
December 2015 Diagnose : Ovarian cyst 3.5cm
March 2016 After fews follow up dengan Hospital A cyst hilang! Alhamdulillah time ni happy sangat! Then, stop follow up sebab rasa sakit pun takde! Period tak pernah miss! Macam biasa setiap bulan ada! Dan jgak takde period pain yg teruk!
Dec 2015 – June 2018 Sepanjang cyst tu membesar dari 3.5cm hingga 12cm takde simptom sakit pun. Sebab mostly orang ada cyst setiap kali period akan rasa sakit kan ? For me memang takde period pain yg teruk & tak pernah ambil pain killer setiap kali period! Cuma nampak buncit yg ingat hanya buncit biasa! Tapi bila nurse tegur bila baring mmg nampak bentuk bulat terbonjol & bila tekan dia keras. Tu jer la simptom yg bila detect cyst tu memang dah besar sangat!
June 2018 Tiba-tiba terasa sakit belah kiri bahagian pelvic selama 2 hari! Tak sedap hati teruk pergi Klinik Wanita & bila buat ultrasound doctor kata cyst 14cm! Doktor explain pasal cyst katanya cyst banyak jenis! Maybe yg awk ni Endometriosis Cyst tapi apa2 pun dah operate baru tau jenis apa! So, doc minta buat operation cepat2! Doc bgtau cost buat dekat PH dalam 9k-12k! Decide nak try follow up dekat Hosp A dulu sebab last follow up dekat sana!
July 2018 Pergi Hosp A jumpa doctor. Gynae sana kata ‘klu dah mcm ni kita akan buang sebelah ovary yg ada cyst tu! But no worries you still boleh preggy lagi sebab ada 1 lagi! Lepas cek nanti kita tgk sama ada cancer ke tak? Klu cancer kita kena buat chemo semua lah! Sebab pelik jgak ni awk tak rasa sakit apa2! Lepas tu tanya lagi ‘mmg kena remove one ovary ke???’. Gynae sana kata ‘yup! Sebab dah besar sgt!’ Perasaan time tu ya Allah tuhan sajer tau! Rasa down sangat2!!! Lepas tu 2 3 hari fikir & teringat kt Doctor Klinik Wanita tu pernah kata dia akan selamatkan ovary & buang cyst shj! So fikir nak jumpa balik doctor tu! Perasaan down tak payah nak cerita setiap hari fikir cuma fikir satu jer time tu! Kehidupan tetap kena teruskan kena kerja apa semua! Alhamdulillah dikelilingi orang-orang yg supportive sangat!
August 2018 Sekali lagi jumpa doctor Klinik Wanita tu utk double check! Nak dengar apa kata dia utk remove one ovary. Memang perlu buang or macam mana?? Then he answer… ‘No, I takkan remove your ovary! Because you still young & not married yet! Klu buang nanti effect your hormone jgak! Kesian you nanti. Habis why Hosp A kata kena buang jgak ??? ‘They want remove sebab is more easy compare just nk buang cyst shj dlm ovary tuh! And klu buang cyst jer complicated and takut bleeding apa semua!’ Tapi still boleh buat lah!’ Ouhh okay doctor…faham! So decide nak buat dekat Hosp B after raya haji!
Kali ke 3 datang klinik konon nak ty psl proses utk surgery & utk blood test semua! Tapi doctor kata you dtg after you period k! Lepas settle & dapat date operate barulah beritahu kt family semua! Bukan apa…taknak beritahu awal sebab taknak family risau! Bila dah bgtau kt family…sampai lah masa 2 3 hari kakak tanya… ‘Serius ke nak buat kt Hosp B ??? Try cek dulu dekat PPUM ??? Sebab bukan apa tak yakin lah dengan Hosp B tu. Kalau PPUM dah tau doctor hebat2 level Prof & ot dorg pun lengkap equipment! Incase apa2 jd during operation ada doctor lain jgak! Selepas fikir semua….
Okay lah pergi PPUM bawa referral letter dapatkan dalam date appointment seminggu jer! After a week jumpa doctor, terus doctor kata you kena buat surgery yer! Tapi kita ambik blood test dulu then next week kita jumpa tgk result blood test & bagi date operation! Then sempat tanya doctor betul kena remove one ovary??? Doctor kata eh tak lah kita akan remove cyst jer lah dulu incase bila tgk dalam dah teruk sangat takde cell hidup dah so kita terpaksa remove lah! Ouhh okay doctor…(dalam hati takpe lah klu dah teruk sgt kena buang sebelah dah redha time tuh!) After a week lagi jumpa doctor & dah date operation 26.09.2018! Alhamdulillah, tumor marker pun normal bermaksud kemungkinan besar bukan malignant (cancer)! Lega sikit…. Time ni lah seorang doctor datang explain pasal research & tanya willing tak nak jadi respondent!
Then minta kt doctor ada proposal psl this research tak utk saya baca dulu! Lepas 3 4 minute baca so setuju lah nak join & terus sign Consent Form! Sempat ty doctor ‘susah tak nak dapat respodent???’ She said susah lah! Doctor explain tapi the ubat tu you kena beli sendiri sebab takde dalam bajet research! So makanye tergelak depan doctor then kata ‘ouhh..bukan ke biasa research biasa free for psl ubat’ Doctor kata ehh tak lah kita pun takde bajet dah! Okay sebab tau ubat tu kalau kt luar mmg lagi mahal & PPUM rasa mcm murah sikit & research kemungkinan akan helpful during nak remove cyst tuh! So sanggupkan ajer lah kan! Benda baik & dah faham pasal apa research tuh why not join kan!!!
25 September 2018 Pagi2 dah register utk masuk ward! Bila nurse check BP low & tanya ‘awk ni demam ke?…ermm maybe cancel lah operation ni!’ Alamak demam plak dah! Dah jumpa MO HO & Anesthetist (Pakar Bius) dorang bgtau terpaksa postpone operation sbb condition badan demam and tonsils merah sikit! Makanye petang tu kena discharge! Kecewa giler time tuh sampai merayu buat muka sedeh kt doctor sampai doctor kasi date baru operation another 2 weeks!
9 October 2018 Sekali lagi register masuk ward! Time condition badan weak lagi batuk ada lagi sikit! Sebelum 2 3 hari nak warded pergi klinik jumpa doctor nak topup ubat kononnyer! Lepas tu cerita kt doctor psl kena operation! Doctor nih explain A-Z klu tengah batuk sangat bahaya nak go operation! He said ‘Saya dulu Anestheist 7 tahun lepas, biasa kami akan tunggu seminggu selepas patient sihat & tak batuk baru kita proceed operation! Tiba2 terkeluar air mata depan doctor nurse sebelah terkejut tengok! Bgtau doc ‘alaa frust lah takkan nk postpone lagi operation! I dah tunggu 3 4 bulan utk operation nih! And one more pasal kerja lagi fikir sbb kerja nanti takde sape nak take over klu ambik cuti bulan 11 12! Last sekali doctor kata ‘ermmm..you kena your safety 1st!’
Doctor klinik nih mmg bagus…apa kita sakit dia akan explain sebaik yg mungkin bagi kita faham! Klu kita tak faham dia akan google tunjuk gambar! Susahkan nak jumpa doc klinik yg mcm nih! Biasa ty sakit apa & bagi ubat jer! Bila kita ty lebih dia jwb ala kadar jer!
10 October 2018 Alhamdulillah…finally operate jgak walaupun lama kena warded 7 hari! Dan hampir nak masuk ot balik! (Yang ni sis sambung Part 2 yer. Lenguh jari nak type panjang2…hahaaaa!)
Moral of story : -buatlah check up setahun sekali or dua kali! -buat ultrasound dah boleh detect cyst! -makesure kena rehat secukupnya sebelum nak warded & klu boleh ambik jer cuti sehari sebelum warded! -kena check dengan 2 3 Hospital & pilihlah mana yg terbaik untuk dapatkan treatment! -jangan lengah-lengahkan untuk treatment! Takut nanti ada yg tak dapat nak selamatkan! Nauzibillah… -kalau ada rasa sedeh & down tu normal tapi jangan ikutkan sangat! -orang sekeliling kwn2/family silalah bagi moral support!
p/s : gambar sekadar hiasan! Letak gambar real nightmare tak tido malam korang nanti!?
Setiap doctor yg dah pernah jumpa dah tanya & berulang-ulang tanya mereka sampai 2 3 jumpa still tanya soalan yg sama pada doctor termasuk lah pada Prof (gyane expertise) :
‘Doctor apa factor boleh kena cyst ???’ ‘Doctor apa yg saya boleh avoid supaya cyst tak berulang lagi ???’ ‘Betol cyst disebabkan hormone imbalance ???’ ‘Betol ke cyst mmg semua ada tapi cuma tak active ???’ ‘Doctor why saya kena cyst? Tapi saya tak pernah ambik any supplement/collagen yg bukan-bukan!’
Jawapan mereka : Cyst bukan related dengan food! But genetic is yes ada relelated! Dia sebenarnye ada ikut nasib seseorang! Yup, homorne imbalance tu betol sebab perempuan de hormone estrogen & progesterone! No lah! Bukan semua pempuan ada cyst cuma ikut naseb jer awak! Jangan cakap macam tu…kalau nak kena mmg akan kena jgak!
So kaji balik pasal eating pattern & lifestyle sendiri!
My Eating Pattern :
Buah & sayur : boleh dikata setiap hari makan. Protein intake : suka makan redmeat & selalu makan ayam. Ikan makan klu masak kt rumah! Sebab makan kt kedai ikan akan tak bersih & berbau. Meal time : kadang-kadang tak tentu jgak sbb sibuk. Fast Food : rasanya sebulan sekali dua jer. Junk Food : boleh kira setahun berapa kali jer ambil. Coffee intake : once a week sbb suka minum coffee brew! Others : healthy food yg lain ON jer selalu cuma durian jer tak makan! Hahaa… Exercise : lack exercise! Rasa tahun ni baru 2x buat exercise!
Time ni rasa ouhh..mungkin kurang exercise nih! Sebab exercise boleh balancekan hormone dalam badan kita! Dan kena double ambik fruit & vegie!
After discharge PPUM :
Adalah seorang kenalan beritahu kata dia ada cyst tapi kecil lagi! Dan kata takut nak pergi PH takut mahal! Dan tanya simptom-simptom yg dia face skang. Just advise her go tp check up dengan doctor cepat-cepat! Tapi yg peliknya, dia nih active hiking! Boleh dikata sebulan tu berkali pergi hiking! Level hiking dia bukan setakat naik Bukit Broga tuh! Level dia sampai hiking kt negara lain! Nak kata lack nutrition knowledge! Dia pun good & expert in Nutrition! Hmmm…why yg active macam tu still kena cyst???Conclusion…back to kepada jawapan doctor! ‘Cyst ni ikut nasib orang!’
Moral of story : -tak kisah lah apa factor but jaga pemakanan sgt penting! -buat lah exercise sewajarnyer! -jangan kuat stress hidup kena happy2 jer!
p/s : Part 2 tak buat lagi! Terus kita jumpa jump Part 3 sebab terscroll ada yg share jgak! But akak ni beruntung apa pun dah ada anak! Yg still single & mana yg dah kawen takde anak lagi tu golongan nih yg risau. Allah tahu apa yg terbaik!?
TERIMA KASIH YANG MENDOAKAN!❤️ Perkongsian ini sekadar menjawab soalan-soalan semasa di PPUM & harap boleh memberi sedikit sebanyak kesedaran mengenai cyst. Kalau boleh taknak kena pada orang lain & taknak orang lain rasa down pasal cyst!?
Selepas ‘baby shark’, tarian Panama Dance pula yang menjadi viral. Ramai yang membuat aksi tarian termasuk membabitkan lelaki dan perempuan. Iramanya yang berentak catchy ini menyebabkan tarian berkenaan jadi kegilaan semua golongan masyarakat termasuk lelaki dan wanita. Namun dalam keseronokan menarikannya, apakah kita tahu hukum di sebaiknya? Dalam hal ini Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad menjelaskan bahawa tarian Panama Dance ini haram dilakukan kerana membabitkan percampuran lelaki dan perempuan.
Bukan itu sahaja menerusi Utusan Online, Mufti menjelaskan selain tindakan berkongsi persembahan menerusi video di media sosial juga haram kerana menunjukkan susuk tubuh wanita yang sepatutnya hanya diihat oleh mahram mereka.
“Mungkin ada yang menggunakannya untuk tujuan rujukan melakukan senam robik dalam bilik mereka, bagaimanapun masih tidak menghalalkan kit aunt menyebarkan secara terbuka menutup aurat berjoget begitu.
“Mereka yang hendak buat tarian itu janganlah rakam, dimuat naik dan jangan kongsi di media sosial. Jangan buarkan mahram melihat susuk tubuh anda berlenggang lenggok sedemikian rupa. Jaga maruah dan jaga aib sebagai seorang Muslim,” katanya ketika dihubungi berhubung isu tarian Panama Dance yang viral ini.
Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman juga turut menasihati orang ramai tidak mengajak dan terikut-ikut dengan trend tarian itu.
Katanya, orang ramai jangan bersikap terlalu liberal dalam sesuatu perkara dan hendaklah sentiasa mengikut sunnah Rasulullah SAW.
“Kita lihat mereka yang muat naik video itu, kapsyen mereka pastinya seperti mengajak mereka membuat tarian sama iaitu bercampur lelaki dan perempuan.
“Kalau kita buat benda haram, jangan mengajak orang lain buat benda yang sama. Biarlah buat trend yang sama-sama dapat pahala, Islam itu mudah tetapi jangan bermudah-mudahkan,” katanya.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.