Selebriti ternama, Anna Kendrick dan Justin Timberlake kini kembali lagi dalam sekuel filem animasi muzikal terhangat, Trolls World Tour.
Kali ini, pengembaraan Poppy (Anna Kendrick) dan Branch (Justin Timberlake) menjadi bertambah hebat apabila mereka menemui enam suku kaum Troll berbeza yang mewakili genre musik yang berlainan iaitu Funk, Country Tekno, Klasik, Pop dan Rock.
Namun, masalah mula melanda apabila kaum kerabat daripada kelompok hard-rock, Queen Barb (Rachel Bloom) bersama ayahnya, King Trash (Ozzy Osbourne) mahu menghancurkan segala jenis musik demi menghidupkan dunia rock.
Ads
Demi kebaikan semua, Poppy dan Branch bersama rakan-rakan mereka iaitu Biggie (James Corden), Chenille (Caroline Hjelt), Satin (Aino Jawo), Cooper (Ron Funches) dan Guy Diamond (Kunal Nayyar) bekerjasama bagi menyatu padukan seluruh Trolls untuk menentang Barb.
Wow! Pasti gempakkan apabila keseluruhan daripada trolls comel ini bergabung. Lebih menarik lagi, kumpulan kpop terkenal iaitu Red Velvet turut membuat penampilan khas sebagai Kpop Trolls dalam filem ini. Omg!
Ads
Bakal muncul di pawagam pada 12 Mac di seluruh Malaysia, anda boleh menonton tayangan perdana filem arahan Walt Dohrn ini pada 10 Mac bersama Hijabista.
Ads
Caranya mudah sahaja. Jawab je soalan di bawah ini dan anda berpeluang memenangi sepasang tiket untuk menyaksikan Trolls World Tour. All the best!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Asal ada yang viral dan trending, semua hendak diikutkan. Tanpa memikirkan baik buruknya, kalau boleh semua yang trending, memang tidak mahu ketinggalan.
Mengapa perlu mengikut sesuatu ‘budaya’ tanpa berfikir terlebih dahulu tentang kesan baik buruknya?
Seperti perkongsian cikgu Mohd Fadli Ismail ini tentang trending terbaru di twitter sejak semalam.
Trending terbaru di twitter katanya. Berlambak gambar begini orang share kat twitter hari ini (raya pertama).
Gambar raya sambil ramas punggung isteri/gf.
Ia tak sweet okey! Ia memalukan. Ia melampaui batas. Sangat tidak patut kongsi gambar begini pada umum.
Nak sangat ambil gambar ramas bontot isteri ke, gf ke, tunang ke, tolong jangan post kat media sosial. Ia akan menjadi ikutan budak-budak dan remaja. Dan ia bukan budaya yang baik untuk diikuti.
Hari raya ini hari meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa.
Sebulan menahan nafsu. Sebulan kita mendekatkan diri dengan Tuhan. Sebulan kita cuba istiqomah bersedekah solat tarawih, mengaji Quran, tahajud dan sebagainya.
Dan sebaik habis bulan paling mulia, takkan kita nak raikan kemenangan dengan paparkan pada dunia kita sedang meramas punggung isteri sendiri?
Serius ia tak okey!
Untuk simpanan peribadi, terpulang. Namun untuk berkongsi di media sosial, ia sangat tak patut dan memalukan.
Kita ada budaya ketimuran. Kita ada agama yakni Islam.
Dan trending baru ini langsung tidak mencerminkan budaya, apa lagi agama.
Please stop kongsi gambar begini. Jangan jadikan benda tak elok sebagai trending dan ikutan.
Jika pun tidak malu pada Tuhan, sekurang-kurangnya malulah pada adik-adik dan remaja yang memerhati.
Ia tak okey. Langsung tidak!
HIJABISTA: Bukan semua perkara kita boleh persendakan. Sebagai umat Islam kita wajib menjaga batas agar menjadi teladan kepada golongan muda. Tunjukkan akhlak yang baik agar oleh dicontohi bukan yang sebaliknya.
Sumber kredit: Mohd Fadli Salleh
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Menjadi seorang ibu adalah saat paling terindah buat hidup seorang wanita. Apatah lagi jika dapat menyusukan anak dengan susu badan. Namun kita hanya merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya.
Siapa sangka selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, Siti Mastura 35 tahun disahkan menghidap kanser payudara. Bukan sedih kerana mendapat berita mengejutkan itu, tetapi kerana terpaksa melupakan hasrat untuk terus menyusukan anak keduanya itu.
Namun sebagai hamba-Nya dia hanya mampu berserah pada Tuhan dan mengharapkan segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah kini sudah hampir dua tahun berjuang sebagai pesakit kanser walaupun ia sudah sampai ke tahap empat.
Sepanjang tempoh itu mulutnya tidak lepas mengucapkan zikir pada Allah dan turut mengamalkan doa dengan membaca surah Al-Mulk sebagai penawar kepada kesakitan di tanggung.
Mengimbau detik ketika tahu dirinya menghidap kanser payudara berkenaan, sebelum itu dia kerap mengalami demam dan ketika hamil dua bulan pula mengalami sakit belakang.
Sebaik melahirkan anak, Siti Mastura turut mengalami bengkak susu yang sangat menyakitkan. Setelah dibuat pemeriksaan MRI dan ujian biopsi dilakukan, barulah dia diberitahu penghidap penyakit yang sakit digeruni semua wanita.
“Kanser ini sudah melarat ke bahagian tulang. Malah saya sebenarnya sudah berada di tahap empat, tetapi syukurlah sehingga hari ini saya masih mampu bernafas dan mengucap syukur kepada Tuhan.
“Sejak saya tahu disahkan kanser, saya tidak pernah putus semangat. Saya sentiasa berdoa, memperbanyakkan selawat dan zikir kepada Allah SWT. Dalam banyak-banyak doa, ada satu yang saya pilih.
“Saya ada mendengar seorang Sheikh berkata amalkan satu doa/surah yang kita suka jika berdepan dengan sebarang kesulitan. Dan saya memilih Surah Al-Mulk untuk dibaca setiap hari selepas mengerjakan solat,” ujarnya yang turut menjalani rawatan kimoterapi sebanyak lapan sesi.
Bukan itu sahaja setiap bulan dia turun menjalani rawatan untuk tulang dengan doktor pakar. Dan sebagai rakyat yang tinggal di Brunei dia sangat beruntung kerana Sultan Brunei menampung keseluruhan kos rawatan kanser di hospital.
“Bukan itu sahaja, saya juga bersyukur kerana suami serta anak-anak banyak memberi sokongan kepada saya. Mereka adalah sumber kekuatan untuk saya melawan penyakit ini.
“Saya selalu ingatkan diri ini tidak sakit. Saya reda dengan ujian yang Tuhan berikan pada saya. Cuma memang saya sedih kerana baby saya hanya sempat menyusu badan sebulan sahaja,” tambah Siti Mastura yang tidak lekang dari mulutnya berzikir berulang kali kepada Allah.
Walaupun berdepan sakit yang getir, namun Siti Mastura tetap menjalani kehidupan seperti biasa. Biarpun kadang kala agak penat, namun tugasnya sebagai guru yang bertanggungjawab mendidik pelajarnya digalas cukup baik.
“Sebenarnya jika kita ditimpa sakit itu mendekatkan diri kita dengan Allah. Saya juga tidak bersendirian menyimpan cerita ini sebaliknya berkongsi dengan teman-teman baik dan saling memberi sokongan satu sama lain.
“Maklumlah payudara itu adalah mahkota kita paling berharga. Bagaimana perasaan jika kita kehilangannya. Saya melihat perkara ini dari sudut positif dan tidak pernah merasakan diri serba kekurangan.
“Jadi pesan saya kepada hijabi di luar sana jika ada perasan kehadiran lump di bahagian payudara segeralah membuat pemeriksaan dengan pakar. Jangan bertanggung kerana sakit ini tidak ada tanda sakit. Macam saya bila periksa terus tahu sudah sampai stage membahayakan.
“Ujian ini boleh menimpa sesiapa sahaja. Apa yang penting kita perlu jaga kesihatan. Dan sepanjang pengalaman saya berjuang sebagai pesakit kanser ini saya anggap sebagai beautiful journey,” tambahnya yang mengingatkan tidak perlu risau dengan anak-anak (jika sakt) kerana tahu Allah akan menjaga anak-anak kita.
Siti Mastura ditemui ketika majlis ‘Styling Series Warriors Makeover Cancer Awarness’ anjuran @hashtagsrihartamas di Styleannexe dan Coffe Bay, Publika Shopping Gallery. Dalam majlis berkenaan seramai 20 ‘cancer survivor’ lain juga turut hadir untuk sama-sama menjayakan sesi yang cukup bemakna buat mereka.
Sedang asyik buat kerja yang banyak di pejabat, tiba-tiba, gigi geraham sakit dan berdenyut-denyut! Ya Allah! Tuhan sahaja yang tahu bertapa sakit dan peritnya keadaan itu.
Tetapi bila periksa di cermin, tiada lubang atau tanda-tanda secara fizikal pun yang menunjukkan gigi geraham itu tidak sihat. Jadi apa punca yang boleh berlaku dan ia sakit sangat?
Sakit gigi adalah salah satu sakit atau bahasa kasarnya ‘azab’ yang ramai tidak mahu ia berlaku. Tambahan pula, kita perlu lakukan aktiviti harian tetapi fokus terganggu dek kerana sakit dan perit yang melampau.
Sudah tentu, bila gigi sakit kita akan periksa secara fizikal di cermin–tetapi tiada apa yang berlubang atau penampakkan perubahan secara fizikal. Jadi kenapa ia boleh beri rasa sakit yang melampau sangat?
Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan masalah gigi geraham sakit meski pun tiada lubang atau perubahan fizikal pada gigi. Di Hellodoktor, ada penerangan lanjut mengenai keadaan ini.
Basuh gigi 3 kali sehari, floss gigi, kumur-kumur selepas makan, apa sahaja yang anda lakukan tetapi gigi masih lagi sakit. Meski pun penjagaan rutin gigi anda bagus dan teliti, banyak perkara yang boleh pengaruhi permasalahan ini.
Musuh utama dalam masalah gigi adalah kaviti, kaviti akan ada jika penjagaan mulut tidak bagus dan cermat. Tetapi, ada jua masalah lain seperti sinus, jangkitan gusi atau gigi yang retak boleh menyebabkan kesakitan yang sama!
Jadi ada banyak perkara yang boleh terjadi yang membuatkan gigi terasa sakit yang perit. Anda harus tahu faktor-faktor lain yang membuatkan masalah ini ganggu kehidupan seharian anda, antaranya:
Nanah boleh terkumpul di dalam gigi, gusi atau juga tulang yang memegang gigi di tempatnya, kondisi ini di panggil sebagai abses gigi. Apa punca utamanya? Jangkitan bakteria.
Sudah menjadi perkara biasa bila kita makan dan lupa untuk membersihkan sisa makanan yang tersangkut di celahan gigi. Oleh dengan itu, lama-kelamaan, ia akan jadi mereput dan menyebabkan jangkitan. Jadi rawatan segera perlu di buat supaya anda cepat sembuh!
Jika gigi retak atau lebih teruk pecah, ia boleh menjadi punca kesakitan kepada gigi. Gigi bukanlah alat untuk anda buka pek keropok atau buka apa-apa yang memerlukan kekuatan, gigi yang retak hanya membuatkan anda lebih sakit dan mencacatkan lagi keadaan. Jika anda alami masalah ini, rawatan seperti implan atau bentuk korona (dental crown) perlu di lakukan untuk baiki gigi.
Gigi geraham yang sakit juga boleh di sebabkan oleh penumbuhan baru gigi bongsu. Meski pun tiada lubang, gigi bongsu yang tidak tumbuh dengan betul boleh menyebabkan lagi kesakitan yang berganda!
Oleh itu, ramai yang telah menjalani pembedahan bagi membuang gigi bongsu. Tetapi ada juga kes di mana pembedahan tidak di perlukan. Nasib anda juga jika gigi bongsu tumbuh dalam keadaan yang normal.
Dalam tidak sedar, ramai yang menjadi habit mengetap gigi terutama sekali ketika malam. Mereka yang kerap lakukan ini akan mengalami simptom lain seperti sakit kepala, lenguh pada kawasan rahang dan juga sakit mulut.
Jika anda mengetap gigi dengan terlalu kuat, kemungkinan besar gigi anda akan menjadi haus dan patah. Mereka yang sering mengetap gigi ini akan rasa sakit pada seluruh kawasan rahang dan bukan pada satu batang gigi sahaja. Terus dapatkan rawatan doktor jika anda alami masalah ini.
Gigi yang sudah bertampal boleh juga tercabut dan menjadi punca mengapa gigi geraham menjadi sakit. Jika anda makan makanan yang terlalu keras, tampalan itu boleh pecah dan menyebabkan kesakitan buat gigi anda. Bukan sahaja itu, ia akan berikan sensasi ketidakselesaan dan sensitiviti pada gigi.
Sebolehnya anda dapatkan terus rawatan bersama doktor gigi kerana ia lebih selamat dan memudahkan lagi urusan untuk menyembuh. Jangan ikuti beberapa tip yang boleh memudaratkan lagi gigi anda, mungkin lega buat seketika waktu, tetapi bakal bagi kesan yang berpanjangan.
Ketahui batas kecantikan Muslimah dalam berhias, solekan, tudung, minyak wangi, aksesori dan trend kecantikan agar penampilan kekal selari dengan syariat.