Selebriti yang satu ini memang tidak lepas dengan pelbagai kontroversi. Namun jauh di sudut hatinya seperti orang lain terselit sifat murni yang cukup mendalam. Pelakon, pengacara dan usahawan Neelofa baru-baru ini telah membuat kerja amal atau CSR dengan mengunjungi pesakit kanser kanak-kanak di Hospital Kuala Lumpur. Lari dari kebiasannya yang tampil penuh glamour, penampilan Neelofa kali ini cukup sederhana. Walaupun hanya mengenakan blous serta seluar besar dan hijab bawal namun aura pelakon ini tetap terserlah.
Nyata penampilannya itu turut mendapat pujian netizen yang suka melihat Neelofa menggayakan tudung bawal dan merindui pelakon ini bergaya dengan hijab ini.
Netizen turut memuji nawaitunya yang ikhlas mendekat pesakit kanser berkenaan sebagai sebahagian projek amal bagi hos Meletop ini.
Dalam pada itu, video berkenaan turut melihatkan Neelofa sedang beramah mesra dengan salah seorang pesakit kanser bernama Alif.
Alif yang merupakan peminat tegar plantun lagu Yang Terindah nyanyian Achey telah menghiburkan orang ramai di situ apabila menyanyikannya dengan penuh perasaan.
Ternyata nyanyiannya telah menghiburkan Neelofa yang turut menyampaikan pesanan adik berkenaan yang mahu berjumpa dengan pelawak Achey.
Selamat mengadakan majlis resepi perkahwinan semalam, kejelitaan Datin Seri Heliza Helmi menjadi tumpuan ramai apabila memakai busana sedondon berwarna merah jambu bersama suami tercinta, Datuk Seri Mahadi.
Disolek oleh jurusolek terkenal Nadia Nordin, awalnya dia tidak menyangka akan menata rias wajah Heliza untuk majlis persandingan kerana pada mulanya dia memikirkan hanyalah untuk acara biasa.
Makeup for @nurhelizahelmi today for her night reception. 😍😍😍Tq kakja for having me. Kakja book makeup, igtkan utk event, rupanya semalam baru tauuu utk sanding. Terkejuttt siss hehehe. Tq kakja sorry terkurang mana2. Selamat pengantin baru @nurhelizahelmi & @mahadibz ❤️❤️❤️
Makeup sanding untuk kesayangan ramai @nurhelizahelmi ❤️❤️❤️ natural barbie look hehehe tak pernah terfikir nadia akan makeupkan untuk hari bersejarah @nurhelizahelmi sebab memang tak pernah dm or makeup sebelum ni, tiba2 kak ja dm tanya free tak 2/1 nak makeup, memang tak tau langsung makeup reception, ingatkan utk program motivasi😂😂😂sehari sbelum baru tau sebenar nya utk reception.
1/1/22 kakja nikah, nadia macam ehhh, esok makeup untuk apa, takkan sanding kot. Huwaaaaa sekali betol .nerbess die allah je tau hahahaha tak tidur weh😂 tq kakja utk kepercayaan yg diberikan❤️❤️❤️ dari Af tau adore, sekali kakja majlis sanding kte dpt makeupkann, alhamdulillah rezeki✨✨✨ Selamat Pengantin Baru @nurhelizahelmi & @mahadibz 💕
Tahniah sekali lagi diucapkan buat Heliza dan suami. Sebagai info, Heliza telah sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan yang juga seorang jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
Mereka telah diijab kabul di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi pada hari Sabtu yang lalu.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Selain penampilan, wajah adalah antara yang perlu diambil perhatian penjagaannya. Bayangkan kalau ada seketul jerawat tumbuh juga boleh menyebabkan kita hilang mood. Apa lagi jika mengalami masalah kerosakan kulit di seluruh muka. Memang boleh buat kita tak keluar rumah seminggu.
Perkongsian dari seorang gadis di laman sosial, Amyrah yang mengalami masalah ‘breakout’ akibat alergi habuk dan juga masalah salah memakai produk ini boleh kita ambil perhatian.
Dia yang membahasakan dirinya Kak Mighah menceritakan pengalamannya yang down apabila mengalami masalah ini.
Memang malu untuk berjumpa orang sekeliling dan makin pedih bila dia meletakkan sejenis ubat.
Namun dia jenis tak putus asa dan akhirnya berjaya menemui penyelesaian yang cukup mudah dan pantas dengan hanya menggunakan beberapa langkah untuk memastikan wajahnya kembali halus dan mulus seperti sebelumnya.
Caranya adalah membuat rawatan wajah sendiri di rumah menggunakan produk bersesuaian. Selain itu, dia juga turut menitik beratkan pemakaian skrub yang dibuat sendiri daripada dua bahan iaitu, kunyit hidup dan beras. Katanya lebih jimat.
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah.
Alhamdulillah muka kakmighah dah recover balik dri breakout yg teruk gila Ingat lg time tu bangun pg nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lps tu tgk cermin, ya allah pasaipa muka jd mcm ni.
Yang dahi dia naik biji biji yang ada air bisa tu.. mmg geram rasa nk kikis ja dahi huhu.. kat pp biji pasir, kena tahan diri dari picit sbb semua tu kuman nt lg merebak taw. Ramai org tegur awat muka jd mcm ni, sbb sblm ni mmg muka dok okay haa..
Muka start jd mcm ni bulan may hari tu, sebab allergic habuk, pernah juga jd sbb salah pakai product.. alhmdulillah raya baru ni recover nasib baik kalau x raya pon murung ja muka masalah gini. Kira sebulan lebih juga nk recover.. sekarang parut dah tgl merah merah ja dan ada la jerawat hormon yg naik kekadang tu.. kalau makan kekacang tu dia naik la tp dah xrsau sbb taw dah nak pkai apa dan cepat kecut jerawat. Time jd gini abah mak smpai ajak g klinik sbb mmg terok.. ubat klinik pkai xokay juga
Thnks Beloved Alyf Afiq, my biggest supporter.. I love you
Kakmighah share naa, caption di setiap gmbr
Okay make up remover ni wajib kita guna, untuk remove make up.. even pakai bedak sikit ja pon wajib remove dulu. sebab nak make sure muka kita bersih and remove guna kapas biasa yg kita guna tuu hihi.. Boleh dapat kat watson/guardian. Harga dalam Rm14+ kalau sale lg murah boleh dapat. Tahan sebulan gitu. Ini botol ke 4 kakmighah pakai.
Lepas remove make up, kakmighah cuti pakai cetaphil ni.. dia ada dua jenis utk kulit normal dan utk kulit allergic. kakmighah guna yang ni ja, memang best sangat lepas cuci muka rasa lembut ja Dia xberbuih taw, High recommended untuk kulit breakout Tapi jangan pakai sekejap jaa tengok muka xberubah terus tinggal. its take time taw.. kena pakai sampai muka okay taw.. lepas tu muka akan licin ja fuh fuh. Yang ni lebih kurang Rm40+ kalau xsilap.. yang untuk kulit allergic Rm60+..Ni botol ke 4 iols pakai hihi.
Safi gamat ni elok untuk jerawat dan dia ada habbatus sauda. Contoh kalau cetaphil habis kita boleh cover yg ini hehee.. Harga xingt dah berapa sebab lama dah beli hihii.
Haa lepas dah cuci muka segak segak, lap muka bagi kering dengan tuala bersih taw xpon kapas muka tu.. lepas tu ampa dap dapp muka dengan toner ni. Jerawat cepat kecut. dia protect muka kita dri jerawat.. Mmg best sangat sangat taw, Harga dalam Rm5 ringgit jaa hehe, kat watson cari xdak.. tp mall biasa ada rasanya ( boleh check di Aeon Big )
Okay lepas toner dah kering, kita apply moisturizer ni.. sebab muka kita memang wajib guna moisturizer sebab nak elakkn muka jadi kering. Alhmdulillah sepanjang pakai Memang muka lembut ja rasa. Aloevera memang elok kan. Tapi make sure beli yang original jangan beli yang siam pula Ni kakmighah beli kat The face shop. Tahan lama tau.
Tidact ni ampa apply bila muka naik jerawat hormon gitu. Yang jerawat period, Jerawat allergic seafood.. pakai sikit ja calit kat jerawat tu shj jangan banyak banyak taw. Harga dalam Rm20, boleh beli kat farmasi terdekat anda.
Kita juga wajib detox badan kita, yang makanan bermnyak atau yang xelok untuk penghadaman kita kena cuci bagi usus bersih.. sebab dari usus kotor la macam-macam naik kat muka Make sure yang ada collagen sebab collagen yang akan bagi kulit kita gebu gebas putih Jus slimming detox ni bagus sebab dari buahan juga dan ada vitC.. Ini harga dalam Rm80 sesuai untuk semua yang ni kakmighah ada jual, sbb elok.. kulit cantik boleh putih dan kurus sekali terus jadi agent sebab product best.
Produk yang digunakan didapati dari farmasi untuk membuat sendiri rawatan wajah di rumah. Bermula dari tanggalkan mekap, membersih wajah, menyegar dan melembap wajah, perawatan jerawat dan minuman detoks.
Moga bermanfaat untuk kita semua taw, share jgn xshare.
Kulit yang xdak masalah pon boleh amalkn, takkan kita nk tgu kulit rosak baru nk start. kn kn
Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut kan, kalau parut kita kena pakai scrub untuk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pon dah memadai taw. Banyak sekarang scrub yg ada kat pasaran so boleh pilih ja taw. Tp kakmighah selalu buat sendri jimatttttt hiks.
Bahan-bahan utk scrub:
Blend dedua ni tempek la kat muka hiks, waktu nk blend letak air beras sikit yg kita rendam tu.
Pakai dalam setengah jam or dah kering di muka. Ampa cuci dengan air suam dan usap usap macam buat scrub, nt white head black head semua hilang taw.. kulit mati pon keluar , air suam berfungsi bg pori terbuka so akan cuci la mnyak mnyak yg tersumbat kat pori. And then bilas dgn air sejuk bg tutup balik pori.. gituww heks
Dalam ketika bergembira menyambut hari raya yang mulia ini, mungkin ramai yang lupa dalam menjaga batas-batas yang disyariatkan dalam Islam. Kita seolah lupa dan terlalu berseronok sehingga banyak larangan yang diabaikan.
Tidak dapat dinafikan setiap kali hari raya, tidak kiralah hari raya Aidilfitri mahupun hari raya Aidiladha, apa bila ada ahli keluarga yang menginap di hotel ataupun di homestay, pasti ada yang memandang serong.
Hakikatnya ia demi menjaga aurat sesama sendiri. Hal ini kerana pabila sudah bercampur beramai-ramai, agak sukar untuk menjaga perihal aurat.
Berikut perkongsian daripada Ustazah Asma’ Harun yang mengupas tentang topik ini secara menyeluruh.
Apabila tiba musim raya, isu tidur di homestay atau hotel akan jadi ‘trending’. Penuh berita mengenai isu ini dan kebanyakannya menjurus kepada tanggapan negatif, sama ada daripada ibu ayah, adik-beradik atau saudara-mara.
Maka ada yang mencemuh, pandang atas bawah atau cakap belakang. Cerita di sebalik beraya di kampung memang seronok tapi sebenarnya mudah terpalit dosa jika tidak diteliti sebaiknya.
Jika banyak keluarga berhimpun dalam satu rumah, tidur berjemaah di ruang tamu sebab tak cukup bilik, maka akan berlaku pendedahan aurat ipar, sepupu atau biras semasa tidur. Bukan itu sahaja, bagi yang menyusu badan lagi sukar kerana mungkin tak sedar auratnya terdedah ketika sedang tidur selepas menyusukan anak. Allahu Akbar.
Semasa menjadi perunding cara rumah tangga dulu, memang ramai ibu bapa mengadu bahawa anak mereka terjebak dengan pornografi atau ketagih melihat benda lucah bermula dengan situasi begini di kampung.
Pada awalnya hanya ternampak sikit, kemudian datang keinginan untuk melihat dengan lebih banyak. Keadaan ini harus difahami oleh semua pihak dengan berlapang dada. Sudah menjadi tanggungjawab buat seorang suami untuk memelihara maruah anak isteri.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” (Surah at-Tahrim 66: 6)
Sebelum ibu ayah berkata sesuatu yang mungkin akan timbulkan salah faham, maka fahami dahulu situasinya kenapa. Bukanlah sebab rumah itu tidak selesa, tiada aircond, suasana kampung, dan lain-lain tetapi bagi menjaga maruah, aurat dan pergaulan anak dan isteri.
Seorang anak pula harus jujur jika bermalam di hotel/homestay. Terangkan kepada ibu ayah dengan baik dan jelas, kadang mungkin mereka terlalu rindukan anak yang sudah lama tak pulang, jadi tugas kita ialah cuba jelaskan dengan baik. Mudah-mudahan ibu ayah memahami dengan lapang dada.
Anak-anak yang memilih untuk tidak bermalam dirumah ibu bapa, perlulah sebab yang berkaitan syara’, bukan kerana tidak selesa dan lain-lain, dibimbangi akan membuatkan orang tua dan keluarga berjauh hati.
Dan pada waktu selain rehat malam maka sepatutnya perlu berada di rumah supaya boleh berbakti dan menggembirakan hati orang tua dan keluarga.
PENTING SANGAT, janganlah jadi seperti tetamu pula, datang pada waktu makan atau waktu tertentu sahaja, sikap ini memanglah akan menyakitkan hati banyak pihak. Tidur hotel atau homestay asalnya tiada masalah, tapi sikap kita yang bermasalah.
Maksudnya: “Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau menaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (Surah Luqman 31: 15)
Kita maklum bahawa batas aurat seorang wanita dengan lelaki yang bukan mahramnya (ajnabi) ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.
Maksudnya: “Apa yang zahir daripadanya (perempuan) ialah muka dan telapak tangannya. Kedua-duanya bukanlah aurat kerana terdapatnya keperluan (hajat) untuk mendedahkannya. Adapun diharamkan untuk melihat pada kedua-duanya kerana biasanya kedua-duanya akan membawa kepada timbulnya fitnah.” (Kitab Asna al-Matalib, 1/176)
Walaupun batasan auratnya masih boleh dijaga, namun sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya bagi saudara-mara yang ramai dan tiada privasi, sebaiknya bermalam di tempat berasingan kerana waktu tidur kita tak sedar apa yang terdedah.
Kecuali jika di kampung memang tak ramai atau setiap keluarga mendapat privasi yang diperlukan. Maka ketika itu tidur di rumah ibu bapa lebih baik bagi meraikan dan menggembirakan mereka.
Jika kita miliki anggota keluarga yang ramai, maka semakin ramailah orang yang perlu dijaga batas auratnya, terutama sekali wanita.
Mereka perlu menjaga aurat daripada sepupu, ipar, bapa tiri, adik-beradik angkat, biras, dll.
Maksudnya: “Dan hendaklah mereka menutupkan kain yang dipakai untuk menutup kepala (tudung) ke dadanya. Dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau anak-anak lelaki mereka, atau anak-anak lelaki suami mereka, atau saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) lelaki mereka, atau anak-anak lelaki kepada saudara-saudara (adik-beradik) perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak suruhan (hamba) yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Surah an-Nur 24: 31)
Semoga para suami, ibu ayah, abang, adik lelaki, ibu ayah mertua memahami akan kepentingan dalam penjagaan aurat ini dan tidak semudahnya berkecil hati dan bersangka buruk terhadap anak-anak yang memilih untuk bermalam selain di rumah.
Maksudnya : “Sesiapa yang memelihara penglihatannya, maka Allah SWT akan menyinari (memberi petunjuk) pandangannya dan juga hatinya.” (Kitab Tafsir Ibnu Kathir: Tahzib wa Tartib, Dr. Solah al-Khalidi, 4/2343)
Mari kita amalkan doa ini, mudah-mudahan maruah diri dan keluarga kita sentiasa dipelihara oleh Allah SWT:
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي
Maksudnya: “Ya Allah lindungilah auratku, amankanlah apa-apa yang menjadi pemeliharaanku.” (HR Ibnu Majah, hadis sahih)
Semoga penerangan ini bermanfaat, Allah merahmati dan melindungi seluruh ahli keluarga kita daripada perkara mungkar serta salah faham di dalam rumah tangga. Ameen Ya Rabbal Alamin.
Shikin Maembong bertudung mencuri perhatian apabila berkongsi foto berhijab sebagai hadiah ulang tahun buat suaminya, Cat Farish. Penampilan manis itu turut meraih pujian dan doa daripada warganet.