Doa sentiasa disukai pasangan, sahabat handai dan orang di sekeliling apatah lagi pengikut di laman sosial. Manusia tentu tidak boleh hidup sendiri, kita memerlukan antara satu sama lain di persekitaran kita.
Untuk itu kita harus menjadi orang yang memiliki keperibadian yang bagus sehingga disukai ramai orang kerana jika kita mempunyai banyak teman atau disukai ramai orang maka hidup kita akan menjalani hidup dengan lebih mudah.
Tetapi dari sekian ramai orang yang hidup di dunia ini pastinya tidak semua orang mudah dalam mencari teman, masih ramai mereka yang masih bingung cara supaya mereka disukai dan dicintai oleh orang disekitarnya. Anda perlu mengetahui bahawa banyak cara supaya disukai banyak orang dan salah satunya adalah berdoa dan menjadi peribadi yang terbuka.
Perlu diingatkan bahawa dalam mencari teman ada baiknya harus memilih teman yang benar-benar jujur dan boleh bertolak ansur kerana jika kita salah mencari teman, maka kita boleh ikut terjerumus kedalam hal-hal yang negatif untuk itu ada baiknya jika anda berdoa supaya dicintai ramai orang.
Doa Supaya Disukai Dan Disayangi
Bacaan doa supaya disukai orang yang boleh amalkan dirumah seperti berikut :
Surat Al-Fatihah, zikir, Selawat Nabi dan Surat Ayatul Mahabbah. Bacaan doa tersebut lebih baik di amalkan setelah anda mengerjakan solat Fardhu 5 waktu dan jika doa anda supaya cepat di kabulkan oleh Allah maka anda boleh diikuti dengan solat sunnah hajat dan berdoa dengan sungguh-sungguh kepada Allah.
Baca Surat Al-Fatihah 3 Kali
Baca Surat Ayatul Mahabbah
Mengapa selalu membaca Surat Al-Fatihah, kerana Surat Al-Fatihah sendiri merupakan kumpulan dari ayat-ayat di Al-Qur’an yang mempunyai manfaat yang begitu banyak dan luar biasa untuk manusia jika mereka membacanya sehingga Surat Al-Fatihah ini pun harus di baca jika kita mengerjakan Solat Fardlu maupun Solat Sunnah.
Bacaan doa supaya disukai banyak orang lainnya yang bisa anda amalkan setelah solat fardhu atau solat sunnah hajat, seperti di bawah ini :
Semoga doa ini dapat berguna dan bermanfaat untuk anda semua kerana kita harus sedar bahawa kita hidup di dunia ini akan memerlukan orang lain. Di dalam Islam sendiri sudah dijelaskan bahawa sesama muslim itu saudara tidak memandang keturunan darah, semua sama dan saling memerlukankan satu sama lain. Akan sangat indah jika kita semua saling menyayangi. Insyallah!
SUMBER: Himpunan Doa
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rambut yang subur, tebal, dan menjadi impian hijabi. Rambut sangat berpengaruh dalam memberi keyakinan diri dan penampilan agar lebih maksima. Pelbagai produk perawatan rambut boleh digunakan, salah satunya adalah syampu untuk memanjangkan rambut.
Syampu inilah yang bermanfaat dalam mencegah kerosakan yang melambatkan pertumbuhan rambut. Syampu berguna dalam menutrisi, memperkuat akar rambut, mencegah rambut gugur dan membuat rambut tumbuh dengan baik. Perkara inilah yang akan membuat rambut anda lebih cepat panjang.
PIlihlah syampu rambut berdasarkan tip berikut ini, agar misi memanjangkan rambut dengan segera anda tercapai.
Syampu untuk memanjangkan rambut yang boleh miliki bahan-bahan yang mengandung banyak nutrisi seperti vitamin dan mineral. Contohnya lidah buaya yang boleh merangsang pertumbuhan rambut dan mencegah keguguran, atau urang-aring sebagai antioksidan yang membantu rambut tumbuh dengan baik. Kemudian ada juga kandungan minyak kacang hazel dan minyak zaitun yang menutrisi dan melembapkan rambut anda. Manakala zinc, keratin dan vitamin B5 yang berguna untuk memperkuat akar rambut.
Sekiranya rambut anda sukar panjang, apakah puncanya? Adakah kulit kepala kering, rambut keguguran, atau kelemumur? Apabila mebelek syampu di pasaran kenali masalah yang anda alami terdahulu barulah cari manfaat syampu yang juga spesifik untuk mengatasi permasalahan rambut anda selain masalah rambut yang kurang subur.
Kebanyakkan syampu yang memiliki aroma rempah kerana diperbuat dari bahan alami. Jika anda kurang gemar, maka pilihlah syampu yang aromanya membuat anda selesa menggunakannya.
Senang bukan formula mencari syampu untuk anda yang mempunyai misi memanjangkan rambut? Adakah masih binggung untuk memilih syampu yang sesuai, mungkin dengan cadangan produk ini boleh membantu anda.
Klorane Shampoo With Quinine and B Vitamins membantu memanjangkan rambut lebih cepat. Manfaat lain dalam meremajakan dan memperkuat rambut tipis. Syampu ini bekerja dengan meningkatkan mikrosirkulasi untuk pertumbuhan rambut lebih sihat.
Selain itu juga membantu memperkuat keratin rambut, hasilnya rambut lebih kuat dan tampak tebal. Tiada lagi masalah rambut keguguran, kerana kandungan gliserin, caramel, dan Cinchona calisaya bark extract yang akan menutrisi rambut anda.
Syampu cadangan terbaik ini untuk anda pilih sebagai syampu untuk memanjangkan rambut yang terbaik. Produk ini dibuat dari ramuan herbal alami untuk perawatan rambut dengan baik. Pertumbuhan dan kesuburan rambut anda akan panjang dengan kandungannya berupa ekstrak aloe vera. Masalah rambut yang sulit panjang akan teratasi.
L’Oreal Paris Elvive Extraordinary Clay Rebalancing Shampoo merupakan syampu yang memiliki formula tanah liat. Produk ini termasuk syampu untuk memanjangkan rambut yang dicadangkan untuk anda. Fungsinya adalah membersihkan kulit kepala secara maksima dan membuat rambut lebih sihat serta cepat tumbuh.
Adakah masalah kelemumur punca rambut anda lambat panjang? Cuba deh TRESemme Scalp Care Shampoo. Syampu ini dilengkapi dengan kandungan vitamin E dan zinc essence. Fungsinya adalah merawat kulit kepala dan mencegah rambut gugur kembali sehingga rambut bakalan lebih panjang karena tumbuh dengan baik. Syampu ini pun mampu menutrisi rambut agar lebih kuat dari pangkal hingga ujung. Aroma dari syampu ini juga wangi.
Syampu yang digunakan untuk mencegah keguguran rambut, menumbuhkan rambut, dan menguatkan akar rambut. Sesuai untu anda untuk mengatasi masalah rambut gugur, nipis, dan rambut yang kurang subur. Selain itu, syampu ini juga memiliki immune defense untuk kulit kepala dan memiliki antioksidan serta antiaging agar kulit kepala sekaligus rambut anda tetap sihat. Kandungan dari syampu ini adalah eucalyptus globulus leaf oil dan niacinamide.
Dove Total Hair Fall Treatment Shampoo ini dapat membersihkan kulit kepala dengan baik dan menutrisi setiap helai rambut secara menyeluruh. Rambut tercegah dari keguguran. Selain itu, pastinya syampu ini mampu menumbuhkan atau memanjangkan rambut dalam beberapa kali pemakaian teratur.
Memiliki kandungan Trichazole yang fungsinya menutrisi akar rambut dan memperkuat batang rambut hingga ke hujung. Pemakaian teratur selama 2 minggu, rambut gugur akan berkurang dan boleh tumbuh dengan baik.
Syampu ultra pelembap, bebas sulfat ini diformulasikan dengan minyak kelapa, ekstrak alga, dan Panthenol untuk melembabkan dan memperbaiki rambut kering dengan kuat. Ia sesuai untuk semua tekstur rambut dan sesuai untuk mereka yang mempunyai rambut yang sangat kering, rosak, dan atau dirawat secara kimia.
Syampu ini mempunyai buih berkrim dengan lembut mengangkat kotoran dan produk dan bahan gaya lain tanpa merosakkan batang rambut dan warna. Ekstrak yang menenangkan dan menguatkan mendorong penahan air dan menambah kelancaran dan bersinar sambil bertindak sebagai pelindung haba pada rambut. Minyak yang kaya dengan antioksidan dan asid lemak seperti biji sacha inchi, marula dan argan, dan campuran asid amino banyak memberikan kelembapan pada rambut tanpa menimbangnya dan meningkatkan pengurusan, memberi rambut penampilan lebih sihat dengan bentuk dan pantulan yang kelihatan. Formulasi panthenol dan sodium PCA membantu mencegah dehidrasi juga.
Syampu pekat ini dengan cuka sari apel akan membersihkan kotoran, minyak dan kekotoran secara mendalam. Ini juga menghilangkan penumpukan dari produk gaya atau simpanan air keras. Meninggalkan rambut berasa segar dan bersih.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Penampilan baru penyanyi Hael Hussaini sering diperkatakan mirip artis korea. Malah ada juga yang banyak tertanya-tanya kehadirannya ke Korea banyak mempengaruhi personaliti dan gayanya.
Tular baru-baru ini apabila penyanyi tersebut di salah anggap dengan seorang penyanyi dan pelakon dari Korea Selatan, Cha Eun Woo. Penampilannya yang kacak juga turut di puji warganet.
Video perkongsian dari pemilik akaun @viancep menunjukkan Hael yang di sapa oleh seorang kanak-anak perempuan yang diminta peluk darinya. Dia juga kelihatan sangat terkejut dan menurut sahaja permintaan kanak-kanak tersebut.
“Can I have a hug?” kata kanak-kanak perempuan itu.
Kebanyakkan orang yang berada di kawasan itu juga terharu melihat kecomelan dan kemesraan penyanyi itu bersama kanak-kanak tersebut. Memang ala drama korea bila di lihat semula.
Hael juga di salah anggap mirip seorang pelakon serta penyanyi yang berasal dari Korea Selatan, Cha Eun Woo. Rata-rata di ruangan komen turut menyatakan perkara yang sama apabila melihat sisi penampilannya itu.
“Ingat Cha Eun Woo tadi, tengok tag baru perasan Hael,
“Dari tepi aku ingat Cha Eun Woo,
“Weh! Aku ingat orang Korea mana tadi. Rupa-rupanya Hael!.” antara komen yang diberikan oleh peminat dari Malaysia juga.
Pelantun suara lagu Jampi ini juga turut mendapat jemputan ke pertunjukan fesyen jenama terkemuka antarabangsa di Milan, Itali. Itu merupakan satu peluang yang cukup besar buat Hael meluaskan sayapnya ke luar negara.
Setiap wanita tentunya mahu memiliki bibir yang sihat dan kemerah-merahan persis seorang bayi. Tetapi, ramai wanita mengalami masalah bibir yang hitam dan kering sehingga membuatkan mereka malu untuk berhadapan dengan orang ramai.
Pelbagai faktor yang menjadi punca bibir menjadi gelap dan hitam. Antaranya adalah kerap memakai gincu bibir, kurang minum air, terdedah kepada cahaya matahari dan banyak lagi sebabnya.
Tentunya anda akan mencari pelbagai penyelesaian untuk menghilangkan masalah ini. makkumlah dari bibir lahirnya senyuman paling menawan.
Tak perlu berhabis wang ringgit untuk mengatasi masalah ini. Hanya amalkan petua ini, pasti masalah anda selesai.
Petua miliki bibir ‘pinky’ macam bayi ini dikongsi oleh Fahaniza Bakri menerusi akaun Facebooknya.
Berikut merupakan perkongsiannya. Selamat mencuba!
Bibir dah kusam kan, yela segala mak nenek lipstik kita dah letak ni. Kadang jadi gelap nampak lesu je bibir tu.
Tambah pulak sekarang musim panas, kurang minum air. Dah jadi kuping kering bibir tu. Kesian bibir, jangan pulak pegi kopek. Kang bertambah luka nanti.
Meh Kak Niza ajar buat lips scrub.Mudah sangat guna 3 bahan je.
Bahan yang mudah dapat kat dapur korang je ni.
Paling penting korang kena rajin la scrub baru bertambah suwitt nanti.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.