Hijabi yang memiliki rona kulit WARM, Garnier Color Naturals menyediakan seleksi warna-warna yang sesuai untuk anda bagi menjadikan penampilan anda lebih wow! Tona kulit WARM sangat menyerlah apabila digandingkan dengan warna rambut yang senada. Jika anda mahu warna yang lebih cerah, Garnier Color Naturals Merah Burgundy 3.16 dan Garnier Color Naturals Merah Berry 6.64 merupakan dua tona terbaik untuk sesiapa yang memiliki tona kulit WARM.
Pemilik tona kulit WARM yang ingin mewarnakan rambut dengan warna coklat pula boleh memilih tona seperti caramel dan butterscotch. Contoh warna rambut terbaik ialah Garnier Color Naturals 5.32 – Caramel Brown (Coklat Caramel).
UJIAN TONA BAJU
Antara langkah termudah untuk menentukan tona kulit ialah melalui almari anda. “Fikirkan blaus atau baju kegemaran anda, yang membuatkan anda rasa selesa dan anggun, yang membuatkan orang lain memuji anda.”
“Apakah warna baju tersebut? Jika kuning, jingga atau pic, anda mungkin memiliki tona warna kulit WARM. Jika biru, hijau atau ungu, anda mungkin memiliki tona warna kulit COOL. Jika anda kelihatan cantik dalam kedua-duanya, tona warna kulit anda ialah NATURAL.”
Ads
CADANGAN WARNA GARNIER COLOR NATURALS
Rambut yang cantik dan sihat pasti akan melengkapkan keyakinan bagi seorang wanita bergelar hijabi. Berhijab bukanlah alasan mengabaikan soal penjagaan rambut. Buat hijabi yang memiliki tona kulit WARM, warna-warna dengan tona ashy seperi sand, wheat blonde atau walnut brown sangat sesuai untuk anda #3 Coklat Gelap, #5.32 Coklat Caramel & #4 Coklat. Pilihan warna ini mampu ‘menyembunyikan’ kekurangan pada hijabi dengan tona kulit WARM. Hijabi dengan tona kulit WARM lebih versatil kerana mampu bereksperimen dengan aneka pewarna rambut Garnier. Andai kata masih ragu-ragu dengan tona kulit anda, lihatlah pada urat di pergelangan tangan. Terbalikkan pergelangan tangan anda. Lihat urat hijau di situ. Itu bermakna anda memiliki tona kulit WARM.
Akhirnya teka teki yang berlegar dikalangan para peminat pemain JDT, berhubung majlis perkahwinan Safawi Rasid dengan pelakon Syifa Melvin yang juga adik kepada Syatilla Melvin telah terjawab malam ini.
Apabila dengan sekali lafaz sahaja, Syifa kini sah bergelar isteri kepada pemain bola sepak Harimau Selatan itu.
Majlis akad nikah yang berlangsung secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya sekitar jam 8.46 malam tadi dalam sebuah majlis serba sederhana.
Majlis ijab qabul dan resepsi berkenaan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan terdekat kedua belah pihak dengan tema menutup aurat dan serba putih.
Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah dinikahkan oleh Ustaz Khairil Nizam sebagai wali hakim dengan disaksikan oleh bapa kandungnya, Amirol Melvin dan pelakon Shaheizy Sam.
Usai majlis akad nikah berkenaan, pengantin lelaki Muhammad Safawi Rasid menyerahkan sebentuk cincin yang merupakan mas kahwin kepada isterinya Syifa Melvin.
Menerusi live streaming di Youtube pasangan itu, Hijabista mendapati antara selebriti yang hadir memeriahkan majlis adalah Uyaina Arshad, Raja Syahiran, Riena Diana, Lia Natalia, Zamarul Hisyam dan Diana Rafar.
Untuk rekod, pada Isnin lalu Hijabista ada melaporkan berkenaan video tular di laman sosial apabila Safawi dikejutkan oleh penyokong JDT dengan nyanyian lagu Selamat Pengantin Baru yang berkumandang di Stadium Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Selepas itu tular pula, kad undangan majlis perkahwinan resepsi sebelah lelaki yang bertarikh 3 Disember depan yang memaparkan nama ibu bapa Safawi, Rasid Sulong dan Selemeh Abu Bakar.
Ramadan bukan sahaja bulan paling suci dalam kalendar Islam, tetapi ia juga merupakan bulan berpuasa, muhasabah diri, dan peningkatan diri untuk umat Islam.
Sepanjang tempoh bulan Ramadan, umat Islam menahan diri dari makan dan minum dari subuh hingga ke senja dan berbuka puasa bersama orang tersayang dengan menikmati hidangan istimewa Ramadan, juadah bazar, atau hidangan bufet.
Menguruskan aktiviti fizikal dan melakukan senaman sepanjang Ramadan bukanlah mudah – lebih-lebih lagi apabila seseorang itu berpuasa dan tidak makan dan minum. Menurut tinjauan pendapat yang dijalankan oleh BMC Public Health, 50% umat Islam yang berpuasa bersetuju bahawa aktiviti fizikal mereka menurun dengan ketara sepanjang empat minggu Ramadan.
Tetapi dengan langkah-langkah yang betul, ianya tidak mustahil untuk memasukkan senaman ke dalam jadual anda, dalam masa yang sama berhati-hati untuk tidak membebankan badan anda. Mereka yang berpuasa boleh menggunakan aplikasi mudah alih seperti Muslim Pro bukan sahaja untuk memantau solat dan waktu berpuasa, tetapi juga mengakses kandungan gaya hidup yang relevan seperti rutin senaman dan resipi Ramadan.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Kami bercakap dengan usahawan kecergasan, Nawal Alhaddad, tentang cara memasukkan senaman ke dalam rutin Ramadan anda. Selain itu, pembaca boleh melihat siri senaman mesra Ramadan di aplikasi Muslim Pro!
Bagi sesiapa sahaja yang berminat dengan aktiviti senaman, matlamat yang biasa kita dengar adalah untuk ‘melakukan senaman dengan lebih gigih’; berlari satu pusingan lagi, angkat yang lebih berat, atau bersenam selama 30 minit lagi.
Walaupun badan anda secara amnya mampu mengekalkan aktiviti seperti senaman, namun pada bulan Ramadan (terutamanya minggu pertama), anda harus mengurangkan intensiti senaman dan hanya melakukan senaman yang ringan selama satu atau dua minggu untuk membolehkan badan beradaptasi dengan rutin puasa. Ini boleh dilaksanakan melalui pengurangan jumlah hari bersenam, menggunakan pemberat yang agak ringan atau senaman yang lebih pendek. Menyesuaikan badan ke dalam rutin barunya akan menjadikan senaman harian satu kebiasaan pada bulan Ramadan.
Pada bulan Ramadan, masa senaman anda mungkin memerlukan beberapa pengubahsuaian, terutamanya sekitar tempoh berpuasa dan ketika berbuka puasa. Nawal berkata masa kegemaran peribadinya untuk bersenam pada bulan Ramadan adalah pada waktu petang, kira-kira sejam sebelum berbuka puasa. Jadi anda tidak perlu menunggu terlalu lama sebelum makan. Selain itu, senaman adalah cara terbaik untuk meningkatkan selera makan!
Jika anda tidak mampu bersenam dengan perut yang kosong, pertimbangkan untuk bersenam pada waktu malam selepas anda berbuka puasa. Sebagai alternatif, jika anda sering bangun pada awal pagi, cuba bersenam sebelum atau selepas sahur, ia akan menjadi cara yang baik untuk membuatkan anda rasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk memulakan hari anda!
Semasa Ramadan kita dikelilingi dengan bermacam-macam makanan yang lazat, walaupun sudah tentu anda dapat menikmatinya, ia juga penting untuk mengamalkan kesederhanaan dan memastikan anda mendapat nutrien yang diperlukan oleh badan.
Sekiranya ingin bersenam sepanjang Ramadan, anda harus mengutamakan makanan yang kaya dengan protein untuk membantu tubuh pulih dari aktiviti fizikal dan juga puasa anda. Walaupun ayam dan daging lembu sering menjadi pilihan apabila kita bercakap tentang sumber protein, namun kita juga boleh mempertimbangkan pelbagai jenis ikan seperti tuna atau salmon, serta tumbuh-tumbuhan seperti kacang hitam dan lentil. Elakkan makanan berminyak juga akan membantu anda untuk tidak berasa lesu ketika berpuasa; sebaliknya, ambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat untuk memastikan anda kenyang dan bertenaga. Betik, bayam dan kubis bunga antara beberapa makanan yang menjadi pilihan dalam senarai teratas kami!
Aktiviti dan senaman intensiti tinggi mungkin tidak dapat dilakukan pada bulan Ramadan, bergantung pada tahap tenaga anda. Sama ada bermain bola sepak dengan rakan-rakan atau memaksimumkan pemberat anda setiap minggu di gim, perkara-perkara ini boleh menjadi sukar apabila anda berpuasa.
Ramadan adalah peluang yang ideal untuk bereksperimen dengan sesuatu yang baru yang membolehkan badan dan otot anda terus bergerak, walaupun pada kadar yang lebih perlahan. Yoga adalah amalan yang sangat baik untuk meningkatkan kekuatan otot dalam masa yang sama anda juga akan berasa lebih relaks. Berbasikal dan berenang juga adalah dua latihan berimpak rendah yang boleh anda lakukan pada kelajuan anda sendiri.
Akhir sekali, badan anda akan memberitahu apa yang anda perlukan, yang perlu anda lakukan ialah berhenti dan fahaminya. Walaupun senaman akan membawa kepada kesihatan keseluruhan yang lebih baik, penting untuk anda fahami bahawa badan anda memerlukan masa untuk beradaptasi dengan situasi baru.
Jangan risau jika anda tidak berada di tahap kecergasan terbaik anda pada bulan Ramadan ini. Terdapat banyak kaedah lain untuk kekal cergas tanpa melebihi keupayaan badan anda. Adalah penting bahawa anda menghormati badan dan menjaganya dengan baik dan sepatutnya sepanjang bulan Suci ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap orang diberikan hidayah untuk melakukan penghijarahan dalam jangka masa yang berbeza-beza. Bagi penyanyi dan pelakon yang berasal dari Johor ini, Amira Othman mengakui mula berhijab sejak usianya 17 tahun. Waktu itu dia cukup takut mendengar azab bagi mereka yang tidak memakai tudung yang disampaikan oleh seorang ustaz ketika dalam kelas Pendidikan Islam. Mendengar azab kubur akan dipenuhi ular dan kala jengking menimbulkan rasa takut dalam dirinya lantas mengambil keputusan berhijab sehinggalah sekarang. Sudah 9 tahun sejak peristiwa itu dan dia tetap kekal istiqomah.
“Saya masih ingat lagi dengan cerita ustaz itu yang memberitahu azab bagi mereka yang tidak memakai hijab. Antara azab yang saya dengar di mana kubur seseorang itu akan dipenuhi ular dan juga kala jengking. Saya jadi takut mendengar cerita ustaz dan sejak itu saya mula memakai hijab.
“Walaupun ustaz itu bercerita dengan nada yang lembut, tetapi secara tidak langsung menyebabkan kita automatik mahu berhijab. Sehingga hari ini saya memang terhutang budi pada ustaz berkenaan,” jelas Amira atau nama penuhnya Nadia Amira ketika ditemui sewaktu pelancaran Anggun Aidilfitri Mek Kembang Cotton X Amyra Rosli di Bangi baru-baru ini.
Menurutnya juga kebetulan ketika itu Johor sedang berkabung selama tujuh hari kerana kemangkatan Almarhum Sultan Johor (ketika itu) dan semua perlu memakai tudung. Daripada situ dia terus pakai dan kekal sehingga ke hari ini.
Walaupun setelah dia berkecimpung dalam dunia glamour, tetapi Amira tetap berpegang teguh dengan penghijrahannya. Tidak terlintas langsung di fikiran untuk membuka tudung yang membaluti mahkotanya.
“Alhamdulillah sudah 9 tahun saya berhijab dan terus kekal istiqomah. Setakat ini tidak ada pula perasaan nak buka atau tutup tetapi masa mula-mula berhijab dulu memang ada dengar suara sumbang yang mengatakan rugi bertudung awal-awal. Lagipun sukar nanti untuk menjadi seorang penyanyi.
“Tetapi saya percaya apa yang disampaikan oleh ustaz di mana rezeki itu tidak bergantung pada penampilan seseorang. Saya beritahu keluarga dan mereka memberi sokongan tidak berbelah bagi sewaktu saya mula-mula mahu berhijab,” tambahnya yang memakai tudung adalah disebabkan kehendak diri sendiri bukan disebabkan oleh desakan keluarga.
Melihat trend sekarang Amira memberitahu dia gembira melihat ramai wanita di luar sana yang sudah berhijab.
“Kalau dulu memang ramai beranggapan jika berhijab itu akan mengganggu banyak perkara tetapi sebenarnya berhijab juga boleh membuatkan seseorang itu berpenampilan cantik dan menarik. Apa yang penting pandai menjaga batas susila sebagai seorang wanita Muslimah.
“Sejak berhijab memang saya dapat rasai kesan positifnya di mana kita akan lebih bersikap berhati-hati dengan setiap perbuatan yang dilakukan. Sebelum lakukan sesuatu kena fikir baik dan buruknya perbuatan itu,” ceritanya lagi yang kini muncul dengan single terbaru ‘Mimpi Indah’.
Melihat pada penampilannya yang walaupun berhijab, tetapi gaya masih lagi dalam batas menjaga aurat. Misalnya Amira selesa memakai stoking tangan (jika baju pendek) dan tudung yang digayakan juga melepasi labuh bawah dada.
“Dalam hal ini saya akui ibu bapa saya memang jenis monitor anak-anaknya. Misalnya jika memakai pakaian sedikit ketat, mereka akan beritahu tidak begitu manis untuk berpenampilan begitu. Tetatpi teguran disampaikan dengan cara lembut.
“Kemudian barulah kita fikir memang ada baiknya teguran mereka dan bagi saya, mata orang tua lebih elok untuk meihat penampilan anak-anaknya tetap mentup batas aurat,” katanya lagi. Ditanya penampilan bagaimana menjadi pilihannya, Amira mengakui sukakan yang elegan, sut atau korporat.
“Saya sukakan gaya kemas dan ‘corporate look’. Tetapi bergantung juga pada majlis yang akan dihadiri. Atau jika tak sempat dan kebetulan ada di sini, saya akan try mix & match baju apa yang ada dalam almari untuk digayakan,” jelas Amira yang turut menitipkan pesanan buat hijabi yang baru berjinak-jinak memakai hijab.
“Kalau kita ada dengar suara di sekeliling yang cuba bercerita itu ini, anggaplah ia satu cabaran untuk kita melakukan kebaikan. Maklumlah untuk berbuat baik itu bukanlah satu kerja mudah. Tetapi jika kita buat ada banyak ganjaran yang akan kita peroleh.
“Jadi apabila kita lihat seseorang itu yang cantik tidak memakai tudung, itu adalah lumrah seorang perempuan. Kita akaan kata ‘cantiknya rambut dia’ . Sebenarnya kita juga boleh buat rambut cantik begitu, tetapi hanya untuk tatapan suami sahaja,” akhirinya. Selain sibuk mempromosikan ‘single’ baru, Amira juga bakal muncul dalam filem bersama penyanyi Mawi dan beberapa rakan artis lain.
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.