Seorang wanita yang berkongsi kisah hidupnya di TikTok selepas terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan dia buta telah mendapat perhatian meluas.

Video yang menyayat hati lagi memberi inspirasi tentang seorang wanita yang kehilangan penglihatannya selepas kemalangan. Video tersebut mendapat perhatian netizen di TikTok.

Artikel Berkaitan : “Solat Pada Pagi Setiap Hari Adalah Kuncinya” – Amir Raja Lawak Kongsi Amalan Pembuka Pintu Rezeki!

Kata Masitah, atau mesra disapa Mashy, 32, bersyukur dikurniakan seorang suami yang memahaminya dan sering mendorongnya untuk terus berfikiran positif selepas ditimpa insiden kelam dalam hidupnya.

@nmaircondjbMasih ada beberapa rakan tertanya-tanya keadaan aku sekarang ? nak lagi best? ada yang tertinggal kereta api tak tahu hujung pangkal apa yang berlaku, yang menyebabkan aku join kelab Orang Kelainan Upaya. so here’s my story Mashy Usahanita Aircond Kebangsaan NM Aircond Sdn. Bhd.♬ original sound – NM AIRCOND

“Dia adalah orang yang sangat sabar, positif dan sering memberikan dorongan kepada saya.

“Sekarang pun bila saya sakit suamilah yang angkat dukung saya ke bilik setiap hari.

“Baru-baru ini suami demam panas tetapi dia masih menyantuni saya dengan sangat baik,”katanya kepada portal media tempatan.

IKLAN

Sementara itu, suami Mashy Nik Nazri Abidin, 36, akur dengan nasib isterinya yang hilang upaya kekal selepas terbabit dalam kejadian itu.

“Saya sangat redha dan bersyukur sebab saya masih tidak kehilangan isteri saya.

“Cuma dia kehilangan penglihatan tetapi bagi saya tidak mengapa kerana saya ada untuk jaga dan apa yang penting isteri masih ada bersama saya,” ujarnya.

IKLAN

Mengimbas detik gelap itu, Masitah berkata, kemalangan itu berlaku ketika dia dalam perjalanan menaiki kereta yang dipandu pekerjanya dan suaminya, Nik Nazri Abidin, 36, tidak bersamanya kerana berada di Batu atas urusan perniagaan Pahat, Johor.

Masitah mengakui sedih dengan apa yang berlaku tetapi menganggap itu bukan penamat untuknya dan bersyukur kerana mendapat peluang kedua dalam hidup.

“Tipu kalau saya katakan tak sedih langsung namun hidup perlu diteruskan dan saya percaya Allah SWT tak ambil nyawa saya kerana ada tugas besar menanti buat saya di hadapan.

IKLAN

“Ikutkan, saya memang tak dapat dibantu kerana masalah membabitkan saraf mata jadi saya reda dan selepas buta, saya pernah mimpi dapat melihat tetapi anggap ia rezeki yang Allah SWT beri walaupun bukan dalam dunia nyata.

“Alhamdulillah, suami sentiasa ada di sisi malah dia kini yang memasak dan buat kerja rumah jadi saya berdoa semoga Allah beri ganjaran baik buatnya,” katanya.

Artikel Berkaitan : Zarina Zainuddin Akur Terpaksa Cekal, Pengalaman Besarkan Dua Anak ‘Istimewa’ Tak Ternilai!

Untuk rekod, Mashy terlibat kemalangan jalan raya selepas kenderaan dinaikinya dirempuh lori pada 21 Mac lalu.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI