
Pelawak Amir Raja Lawak menyatakan solat dan sedekah setiap hari di waktu subuh adalah antara amalan yang dianggap sebagai pembuka pintu rezeki terutama dalam kehidupan berniaga.
Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 34, yang mengusahakan perniagaan air jagung sejak 2017, mengakui memulakan harinya dengan amalan seperti berdoa, berdoa dan bersedekah.
Artikel Berkaitan : Pernah Ditolak Jurusolek Untuk Mekap Kali Kedua, Prof Dr. Muhaya Beri Tip Untuk Wany Hasrita Kekal Solat Ketika ‘Show’
Menurut Berita Harian, bagaimanapun Amir yang turut menyertai program realiti Raja Lawak musim ketiga pada 2009 berkata, dia mengikut perancangan yang diatur oleh Yang Maha Esa hanya dalam soal sara hidup.
“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.
“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya kepada salah satu portal tempatan.
Lama kelamaan, jelas Amir, dia turut menghulurkan sumbangan kepada pusat pendidikan atau Tahfiz di kawasannya.
“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.
“Cuma, apa saya boleh katakan solat pada pagi setiap hari adalah kuncinya.
“Mungkin amalan dan doa orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” katanya ditemui pada sidang media program Astro, Mega Spontan 2023, baru-baru ini.
Mengulas mengenai penerusan perniagaan air jagung di ibu pejabat Amirreka, Amir berkata, dia akan sentiasa cuba merebut peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaannya.
“Kalau dalam perniagaan yang saya usahakan macam biasa sahaja. Saya akan lihat yang mana terbaik, saya akan mengambilnya.
“Orang berniaga ini perlu sentiasa mencuba dan ambil peluang yang terbaik.
“Alhamdulillah, saya bersyukur perniagaan air jagung yang diusahakan sejak enam tahun lalu masih dapat diteruskan sehingga kini,” ujarnya.
Artikel Berkaitan : Jangan Ambil Ringan Tentang Solat Walaupun Ketika Sakit Ada Caranya.
Ketika ditanya mengenai kehidupannya ketika mula berniaga, Amir yang berasal dari Kubang Kerian berkata, dia berasa lebih selesa dan tenang.
Sumber : BeritaHarian
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rindu Insan ‘Tersayang’ Yang Sudah Meninggal? Ini Doa Amalkan Selepas Solat

Isi Kandungan
ToggleKetika ibu bapa atau mereka yang tersayang sudah meninggal, maka tak ada lagi yang boleh kita lakukan selain memanjatkan doa untuk mereka.
Dan memang tidak ada lagi yang boleh diharapkan oleh mereka yang telah meninggal, kecuali kalimat doa dari anda. Itu ertinya, mendoakan mereka yang sudah meninggal merupakan keharusan bagi seorang umat islam.
Mendoakan mereka yang sudah meninggal boleh dilakukan seperti berziarah ke kuburnya ataupun dilakukan di rumah seusai melaksanakan solat. Ada hadis yang mengatakan bahawa, “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara. iaitu, sedekah jariyah, ilmu yang dimanfaatkan, dan doa anak saleh.” Berikut doa yang boleh anda ucapkan supaya ibu bapamu mendapat pengampunan dan perlindungan di surga.
Doa untuk ‘tersayang’ yang sudah meninggal
Hubungan ibu bapa dan anak akan terputus ketika salah satunya meninggal dunia. Namun, meskipun anda tak boleh lagi melayani mereka secara langsung, anda boleh mengirimkan doa ini pada mereka.
اللّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِلْمَاءِ وَالشَّلْجِ وَالْبَرْدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ الْاَبْيَضُ مِنَ الدَّ نَسِ وَاَبْدِلْهُ دَارً اخَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَاَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَادْخِلْهُ الجَنَّةَ وَاعِذْهُ مِنْ عَدَابِ الْقَبرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ
Allahummaghfir lahu warhamhu wa ‘aafihi wa’fu ‘anhu wa akrim nuzulahu wa wassi’ madkholahu, waghsilhu bil maa i wats-tsalji walbarodi wa naqqihii minal khothoo ya kamaa yunaqqots- tsawbul abyadhu minad danas, wa abdilhu daaron khoiron min daarihii wa ahlan khoiron min ahlihii wa zawjan khoiron min zawjihi, wa adkhilhul jannata wa a ‘idzhu min ‘adzaabil qobri wa fitnatihi wa min ‘adzaabin naar.
Ertinya : wahai Allah, ampunilah dan rahmatilah, bebaskanlah, lepaskanlah dia. Dam muliakanlah tempat tinggalnya, luaskanlah jalan masuknya, cucilah dia dengan air yang jernih dan sejuk, dan bersihkanlah dia dari segala kesalahan seperti baju putih yang bersih dari kotoran, dan gantilah rumahnya dengan rumah yang lebih baik daripada yang ditinggalkannya, dan keluarga yang lebih baik, dari yang ditinggalkannya pula. Masukkanlah dia ke syurga, dan lindungilah dari siksanya kubur serta fitnahnya, dan siksa api neraka.
Kalau yang sudah meninggal adalah ibu (perempuan), maka lafadz ‘HU’ diganti menjadi ‘HA’ (Allahummagh fir Laha). Dan jika keduanya sudah meninggal, maka lafadz ‘HU’ diganti menjadi ‘HUMA’ (Allahummagh fi La Humma).
Cara berbakti pada ibu bapa yang sudah meninggal
Meski ibu bapa anda sudah meninggal, masih ada cara bagi anak untuk tetap boleh berbakti pada mereka. Namun belum ramai orang yang mengetahuinya.
Cara berbakti pada ibu bapa yang sudah meninggal:
- Memohon ampunan kepada ibu bapa melalui Allah dengan taubat nasuha. Jujurlah kepada Allah kalau anda pernah berbuat derhaka kepada ibu bapa sewaktu masih hidup.
- Menyembahyangkan dan menguburkan jenazah dengan cara yang baik.
- Memohon ampunan kepada Allah untuk kedua ibu bapa.
- Membayar dan melunaskan hutang ibu bapa semasa hidup.
- Melaksanakan wasiat almarhum sesuai syariat.
- Menyambung tali silaturahmi dengan mereka yang pernah menjalin silaturahim dengan ibu bapa.
- Menjaga nama baik ibu bapa yang sudah meninggal.
Cara ubati rindu pada ibu bapa yang sudah meninggal
Selain mendoakan, anda boleh juga mengubati rindu anda pada ibu bapa. Rindu ini nyatanya boleh diekspresikan dengan amalan-amalan yang boleh anda lakukan untuk mereka.
Cara mengubati rindu kepada ibu bapa yang sudah meninggal:
- Bersedekah, dengan harta, ilmu, atau memberi makan dan minum pada orang yang memerlukan dan meniatkan pahalanya untuk kedua ibu bapa.
- Membaca al-Quran. Tapi kalau tidak sanggup khatam, bacakan surat Yasin. Kalau tidak sanggup, paling sedikit bacakan ummul Quran, iaitu Al Fatihah.
- Ziarah ke makamnya. Ziarah in dimaksudkan agar anda mengingat akhirat dan tidak terlalu cinta pada dunia.
Itulah doa untuk ibu bapa yang sudah meninggal yang boleh anda panjatkan setelah solat. Kalau ibu bapamu masih hidup, jangan sia-siakan kesempatan untuk selalu membahagiakan, membanggakan, dan menyayangi mereka sebelum tiada ya! Tapi kalau sudah meninggal, selalu doakan, rutin lawati kuburnya, dan teruskan apa yang telah mereka perjuangkan selama hidup.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Qailullah’ Tidur Sekejap Di Waktu Siang Hari, Cara Mudah Terjaga Di Waktu Malam Untuk Beribadah

Isi Kandungan
ToggleRamai individu yang kerap melakukan ‘tidur siang’ atau ‘napping’ tetapi sayangnya disebabkan tidak ada pengetahuan dan keperihatinan, tujuan sebenar perlakuan tersebut semakin diabaikan. Di dalam Islam, tidur sekejap di waktu siang, dinamakan ‘Qailullah’ atau ‘Qoilulah’ iaitu tidur singkat (sebentar) di pertengahan hari yang disertai dengan niat.
Tidur ini adalah suatu sunnah dan nikmat dari Allah SWT. Sekiranya tidur siang dilakukan tidak mengikut spesifikasi dan sunnah iaitu tidur melampau dan tanpa berniat untuk bangun malam (berqiamullail), maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada ‘Qailullah’ tersebut.
Firman Allah:
وَمِنْ آَيَاتِهِ مَنَامُكُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَاؤُكُمْ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ
“Dan di antara tanda-tanda KemurahanNya dan Kasih SayangNya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari, dan usahamu mencari sebahagian dari KurniaNya. Sesungguhnya pada hal yang demikian itu terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang mahu mendengar (nasihat pengajaran).”
(Surah Ar-Ruum : Ayat 23)
Nabi Muhammad SAW telah menjadikan amalan Qailullah sejak usia muda sebagai memudahkan Baginda untuk bangun melakukan ibadah di tengah malam (Qiamullail).
Sabda Rasulullah SAW:
“Memakan sahur itu boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan Qailullah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zuhur) boleh memberi kekuatan untuk Qiamullail.” (Hadis Riwayat Ibnu Abbas).
Waktu Qailullah
Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur.
Imam Muslim menyatakan bahawa “Yang dimaksudkan dengan ‘Qailullah’ adalah tidur di pertengahan hari.”
Manakala al-Hafizh Ibnu Hajar pula berkata, “Qailullah adalah tidur di tengah siang, iaitu ketika matahari tergelincir ke barat, dan beberapa waktu sebelum atau sesudahnya.” (Fath al-Bari [11/79]).
Niat Qailullah
Setiap kehidupan itu bermula dengan niat. Sebelum melakukan Qailullah, berniatlah agar tidur itu bagi memudahkan terjaga di malam hari dan dapat bangun melakukan solat-solat sunat malam dan berzikir untuk mendekatkan diri kepada Yang Maha Khaliq. Sekiranya tidur tanpa berniat untuk bangun malam, maka tidaklah mendapat sebarang pahala pada Qailullah tersebut.
Cara Niat Qailullah
Niat kena betul dan ia adalah lintasan hati untuk tidur dan bangun beribadah di malam hari nanti seperti contoh berikut:
“Daku tidur sebentar kerana hendak bangun beribadah tengah malam ini, kerana Allah Ta’Ala.”
Atau:
“Daku tidur sebentar dan mohon terbangun tengah malam ini kerana rasa imanku terhadap-Mu (Allah) dan untuk mendekatkan diri denganMu.”
Amalan Solehin
Qailullah adalah menjadi budaya masyarakat Arab dan kebiasaan orang Islam terdahulu, terutama pada musim panas dan bulan Ramadhan. Para solehin dan ulama terdahulu menjadikan tujuan tidur seketika siang hari sebagai persediaan supaya boleh bangun mendirikan solat tahajjud pada malam harinya.
1. Imam Al Ghazali, di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’, menyatakan: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.”
2. Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada siang hari.
3. Tidur siang merupakan kebiasaan para salaf. Sebagaimana yang dikatakan oleh Sahl bin Sa’ad radhiyalahu’anhu, “Dahulu kami sering tidur siang, sebelum waktu Zuhur dan baru menikmati makan tengah hari selepas solat Jumaat.” (HR. Bukhari).
Bermalas-Malasan
Islam menganggapnya tidur tengahari sebagai suatu sunnah dan kebaikan sebagai asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya. Tidur siang bukanlah sebagai satu yang keji atau tanda kemalasan kerana tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.
Dalam kitab ‘Mishkatul Masabih’ disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (Qailullah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah SAW ada melakukannya.”
Banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa. Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, jika pun dibuat, ia tidak mengikut spesifikasi sunnah.
Sebahagian orang terutama ketika berpuasa, mereka menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Jika memang berniat untuk membolehkan bangun malam untuk beribadat, tentulah ini mengikut sunnah Rasulullah. Tetapi nilai sunnah daripada tidur siang ini akan hilang begitu sahaja jika untuk bermalas-malasan dan malam harinya tidak didirikan Solat Tahajjud, berzikir, solat-solat sunat lain dan atau bertarawih di bulan Ramadhan.
Seimbang
Seharusnya setiap orang muslim pandai dan dapat mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang yang hanya seketika dan bukannya sepanjang hari walaupun sewaktu berpuasa.
Di dalam Al-Quran ada menyebut segolongan manusia yang masuk syurga kerana ibadah malamnya dan kurang tidur malam.
Firman Allah SWT:
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿١٥﴾ آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ ﴿١٦﴾ كَانُوا قَلِيلًا مِّنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ ﴿١٧﴾ وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ ﴿١٨
“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa ada di dalam syurga dan dekat dengan air yang mengalir. Sambil mengambil apa yang diberi oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka sebelum ini di dunia adalah orang-orang yang berbuat baik. Mereka sedikit sekali tidur di waktu malam. Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah.”
(Surah az-Zariyat; Ayat 15-18 )
.
Firman Allah SWT:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “solat malam” padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.”
(Surah al-Israa’ (17); Ayat : 79)
Sabda Rasulullah SAW :
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ. َقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
“Rabb (Tuhan) kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika berbaki sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman:
“Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Daku akan mengabulkannya; Sesiapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Daku akan memberinya; Sesiapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Daku akan mengampuninya.”
(Hadis Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145).
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Al Kafirun Surah Yang Ditakuti Iblis, Bacalah Disetiap Rakaat Pertama. Ini Manfaat Jika Diamalkan Setiap Hari.

Isi Kandungan
ToggleSungguh Besar Kelebihannya. Surah ini juga terkenal dengan 4 Kul yang dirangkaikan sekali dengan surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, surah An-Naas dan surah Al-Kafirun. Jom kita semak apa kelebihan surah ini yang ditakuti iblis.
“Qul yaaaaa ayyuhal kaafiruun”, ayat ini merupakan salah satu potongan dari surat pendek yang sering dibaca saat shalat. Ya, surat Al-Kafirun merupakan surah ke 109 dalam Al-Qur’an yang berada dalam juz terakhir (jus Amma). Surat ini berisi kandungan tentang tidak adanya toleransi dalam Keimanan dan Peribadahan.
Surah Al-Kafirun turun saat kaum kafir laknatullah berusaha mempengaruhi Nabi SAW dengan menawarkan kekayaan agar beliau menjadi seorang yang paling kaya di kota Makkah, dan akan dikahwinkan dengan sesiapa yang beliau kehendaki.
Syaratnya Nabi Muhammad harus menyembah berhala yang menjadi Tuhan mereka dalam kurun waktu satu tahun. Nabi Allah menolak usul kaum kafir untuk penyatuan ajaran agama dalam rangka mencapai kompromi. Selain itu, surat ini juga mengajak masing-masing agama untuk melaksanakan ajaran agama dan kepercayaan tanpa bersikap saling mengganggu.
Manfaat Jika Diamlakan Selalu Surah Ini
Al-Kafirun juga memiliki keutamaan dan manfaat jika diamalkan sehari-hari. Beberapa keutamaan dan manfaatnya surat ini adalah adalah sperti berikut :
1.Surah Ajakan Toleransi Beragama
Surat ini merupakan surah yang sangat terkenal kerana kandungannya mengajarkan untuk bertoleransi antara umat beragama.
Agama Islam dalam kitab suci Al—Quran di perintahkan untuk menghormati penganut agama lain. Seperti dalam potongan akhir ayat ini yang ertinya ‘Untukmu agama mu dan untuk ku agama ku’.
Namun meski menghormati, urusan keimanan dan keperibadahan tidak ada kata toleransi. Menurut Imam Qurthubi, sikap menghormati agama dan kepercayaan lain bukan bererti lemah atau diri menjadi terlambat berkata ya kebenaran mereka.
Namun akan sebaliknya hal itu akan memperteguh keimanan dan membebaskan diri dari kemusyrikan dan kemunafikan sesuai dengan salah satu keutamaan surat Al-Kafirun.
2. Surah yang Sangat Ditakuti Iblis
Surah Al-Kafirun juga memiliki keutamaan lain iaitu menjadi surah yang ditakuti iblis. Hal ini diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, menurutnya Tiada surah yang sangat ditakuti Iblis kecuali surah ini.:
“Tidak ada dalam Al-Qur’an yang lebih menakutkan bagi Iblis daripada Qul ya ayyuhAl-Kafirun, sebab ia adalah tauhid dan pembebas dari kemusyrikan”.
Imam ja’far ‘alayhis salaam berkata” Bacalah surah 7x dalam 1 hari untuk menjaga iman,barang siapa membiasakan membacanya pada sa’at matahari terbit dan terbenam, maka ia akan di selamatkan dari keraguan, kesyirikan dan keyakinan yang buruk”
3. Pahala Membaca Surahnya Adalah Sama Dengan Seperempat Al-Quran
Ternyata membaca surah Al-Kafirun sama dengan membaca seperempat dari Al-Quran. Perkara ini disebutkan dalam sebuah hadist yang diriwayatkan Annas “Qul Ya ayyuhAl-Kafirun senilai dengan seperempat Al-Quran.” Hadits ini dianggap Hasan oleh Al-Albani dalam kitab silsilah hadis sahih.
Hal ini disebabkan kerana Al-Kafirun berisi keterlepasan dari syirik (tauhid atau kalimat syahadat yang pertama). Kerana itu surah ini memiliki kandungan yang setara dengan seperempat Al-Qur’an.
Syeikh al-Mubarakfuri dalam kitab Tuhfatul Ahwadzi Syarah Sunan at-Tirmidzi menyebutkan bahawa Al-Quran hukum-hukum yang terkait dengan dua kalimat syahadat serta penjelasan tentang kehidupan dunia dan akhirat dan Al-Kafirun memiliki kandungan itu.
Menurut Syeikh Ibn Baz membaca empat kali surah ini sama dengan khatam Al-Quran. Hanya saja, ini bukan bererti setelah itu tidak perlu lagi membaca Al-Quran. Sebab seorang muslim hendaklah membaca Al-Quran secara rutin setiap hari dan mengkhatamkannya dalam sebulan.
Sementara hadis di atas adalah untuk memotivasi setiap muslim agar membaca surah yang memiliki fadhilat yang besar serta memahami dan mengamalkan dalam kehidupan.
4. Membacanya Sangat Dianjurkan Dalam Solat-solat Sunat
Hal ini diriwayatkan oleh Al Wailli dari hadist Jabir bin Abdullah: “Seorang laki-laki berdiri lalu solat fajar dua rakaat. Ia membaca di rakaat pertama Qul ya AyyuhAl-Kafirun (katakan hai orang-orang kafir) hingga akhir surah. Lalu Nabi SAW bersabda:
“Ini adalah hamba yang beriman kepada Tuhannya. Kemudian ia membaca pada rakaat kedua Qul HuwalAhad (Katakanlah Dia adalah Allah yang maha Esa sampai akhir surat. Lalu Nabi Saw bersabda: Ini adalah hamba yang mengenal Tuhannya. Thalhah berkata : Maka aku suka membaca dua surat ini dalam dua rakaat ini ”
5. Keutamaan Bila Dibaca Menjelang Tidur Dapat Membebaskan Kemusyrikan
Hal ini diriwayatkan oleh Abu Dawud dari Farwah bin Naufal: dari ayahnya bahawa Nabi SAW bersabda: Bacalah Qul ya ayyuhAl-Kafirun kemudian tidurlah di akhirnya, sesungguhnya ayat tersebut membebaskan dari kemusyrikan”.
Bila dibaca dengan Qul huwallahu Ahad akan memperteguh keimanan dan membebaskan kemunafikan: Hal ini disampaikan oleh Al Asymu’i berkata : Dikatakan Qul ya AyyuhAl-Kafirun dan Qulhuwallahu Ahad, keduanya membebaskan dari kemunafikan. Wallahu a’lam.
SUMBER: Akak Pesan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI