Penampilan wajah yang bersih dan cerah amat penting bagi seorang Wanita. Begitulah jua yang dititikberatkan oleh selebriti media sosial terkenal Indonesia, Ria Ricis.
Ibu tunggal kepada seorang anak yang juga adik kepada pendakwah tersohor, Oki Setiana Dewi ini sentiasa kelihatan cantik dan segar di hadapan kamera.
Bebas Masalah Jerawat
Wajahnya juga bebas daripada masalah kulit termasuk jerawat berkat penjagaan yang baik serta konsisten.
Ria Ricis bukan sahaja bergantung kepada rawatan di klinik kecantikan, bahkan turut mengamalkan rutin kecantikan yang menggunakan bahan-bahan semula jadi.
Menerusi sebuah video yang pernah dikongsi di saluran YouTube miliknya yang kini mencecah 48.6 juta subscribers, Ria Ricis berkongsi cara bagaimana untuk memiliki wajah yang cerah dan segar.
Dalam video berdurasi lapan minit itu, Ria Ricis hanya menggunakan dua bahan semula jadi iaitu telur ayam kampung dan jus lemon.
Ads
Berikut adalah tutorial untuk menghasilkan masker telur yang menjadi rahsia kulit mulus dan cerah Ria Ricis.
Bahan-Bahan:
1/2 biji lemon atau limau nipis (diambil jusnya)
1 biji telur ayam kampung
Cara-Caranya:
1. Ambil putih telur daripada ayam kampung.
2. Campurkan jus lemon atau limau nipis.
3. Gaul semua bahan sehingga sebati.
4. Apabila adunan telah pekat, masker sedia untuk disapu pada wajah yang dibersihkan terlebih dahulu.
Ads
5. Sapukan masker secara merata pada wajah menggunakan berus khas.
7. Tunggu 15 ke 20 minit atau sehingga kering.
8. Kemudian bilas dengan air suam.
9. Keringkan wajah dengan kain atau tisu bersih.
10. Ulangi penggunaan masker ini dengan kerap untuk mendapatkan kulit wajah yang cerah dan mulus.
Ads
Kebaikan Bahan-Bahan Semula Jadi Yang Digunakan
Telur ayam mengandungi lemak sihat yang boleh menjadikan wajah berseri.
Lemak di dalam telur juga boleh menghidrat dan menegangkan kulit.
Memetik perkongsian di brilibeauty.net putih telur memiliki sifat anti-penuaan yang membantu mencegah garis-garis halus dan kedutan.
Manakala lemon dan limau nipis mengandungi vitamin C yang boleh mencerahkan wajah. Bukan itu sahaja, vitamin C juga membantu menghilangkan bintik hitam atau hiperpigmentasi.
Selain itu, vitamin C juga membantu membekalkan nutrien untuk sel kulit dari luar.
Sementara itu, kandungan antibiotik dalam lemon dan limau nipis membantu menghilangkan jerawat yang meradang dengan membunuh bakteria penyebab. Kandungan antibiotik juga melegakan kerengsaan akibat jerawat.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semalam sebaik tersingkir di konsert Gegar Vaganva ke 4, penyanyi Elyana membuat pengumuman cukup mengejutkan apabila memberitahu dirinya adalah penghidap pesakit kanser limfoma tahap 4. Pendedahan itu memang tidak disangka kerana sebelum ini Elyana sangat ceria dan periang sekali orangnya. Namun di sebalik sikapnya yang nampak ‘happy go lucky’ rupa-rupanya dia selama ini berjuang melawat penyakit yang sudah dideritai tujuh tahun lalu.
Ramai yang tidak tahu mengenai penderitaannya selama ini. Lagipun Elyana memang sudah lama tidak muncul di kaca televisyen hinggalah menyertai program Gegar Vaganza musim ke 4 ini. Selain keluarga, rupa-rupanya Syura yang juga salah seorang peserta sudah lama tahu mengenai penyakit yang dideritai teman baiknya itu.
A post shared by Syura Badron ???? (@syurabadron) on
Dalam satu posting di laman Instagramnya Syura memberitahu dia sudah tidak perlu simpan lagi rahsia penyakit dideritai Elyana. Menurutnya juga selama ini dia terpaksa berlakon kononnya Syura tidak tahu yang dia sakit. Walaupun hakikatnya hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa kuat semangat Elyana merahsiakan penyakit yang berbahaya itu dari seluruh peminatnya.
Malah Syura turut ‘salute’ dengan keberanian Elyana yang mengambil keputusan untuk berterus terang dengan masyarakat. Dia tahu kawannya itu sangat kuat dan Syura begitu menyayangi dan berdoa untuknya terus sihat. Sebagai seorang sahabat juga Syura memohon semua netizen dan followernya untuk turut mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Elyana.
@miezadauspdot Insyallah kak. Kami semua akan selalu mendoakan
@sutradjiwa Semoga elyana terus kuat dan positif. Keep strong girl.
@ziefauziah Smoga elyana cpt sembuh u r so strong el disebalik senyuman mu tersimpan kesakitan….. Smoga tabah ya El
Dalam pada itu, Elyana yang ditemui selepas konsert memberitahu dia disahkan menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap kedua selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah kira-kira tujuh tahun lalu.
Menurutnya, sudah tujuh tahun dia berjuang dengan kanser ini dan kini hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya kepada BH Online.
Lebih menyayat hati Elyana memberitahu dia juga turut fobia untuk tidur pada waktu malam kerana takut tidak akan dapat berjumpa dengan anaknya lagi nanti. Malah itulah ketakutan yang dialaminya setiap hari.
Walaupun begitu sebagai ibu, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya itu mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
Kehilangannya selama ini bukan kerana dia tidak berminat dengan dunia seni, tetapi dek kerana menjalani rawatan dan dia juga berada dalam keadaan lemah dan mengalami rambut gugur.
A post shared by Cosmopolitan Malaysia (@cosmopolitanmy) on
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya lagi.
Ketika itu menurutnya doktor memberitahu jangka hayatnya hanya ada setahun lagi untuk hidup. Dia kemudiannya nekad berhenti membuat kimo dan mencabar diri untuk berjuang. Dan alhamdulillah dia bersyukur kerana umurnya panjang hingga ke hari ini.
Elyana turut menitipkan kesan agar pesakit kanser untuk terus positif berjuang melayan penyakit berkenaan.
A post shared by Syeeda Rasyed (@syeeda.rasyed) on
Sebelum ini pada Ramadan lalu menyaksikan, anak penyanyi nasyid UNIC, Bazli Hazwan yang baru berusia 4 tahun juga turut menemui Ilahi setelah hampir enam bulan menderita kanser limfoma.
Menurut Ketua Perkhidmatan Hematologi Kebangsaan, Datuk Dr. Chang Kian Meng, Disebut sebagai Limfoma Hodgkin. HL merupakan kanser darah yang bermula dari sel lymphocytes, iaitu sel darah putih yang mengalir ke seluruh tubuh menerusi bendalir dikenali sebagai limfa, yang merupakan sebahagian daripada sistem imun manusia.
Apabila nodus limfa membengkak, lymphocytes yang tidak normal akan membentuk sel tumor yang boleh menyebabkan berlakunya HL Penyakit ini jarang berlaku tetapi banyak terjadi kepada golongan muda. Dianggarkan, satu daripada lima rakyat Malaysia menghidap HL dan 60 peratus adalah lelaki.
Pencegahan adalah cara terbaik daripada merawat. Amalkan gaya hidup sihat da jauhi sebarang perkara yang boleh menyumbang ke arah berlakunya kanser. Jika ada tanda-tanda seperti di atas, terus jalani rawatan doktor.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Simpati dengan nasib mangsa bencana banjir, DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut turun padang dan berkenan melawat mangsa-mangsa banjir di sekitar Selangor dan menyerahkan bantuan kepada rakyat jelata yang terkesan selama tiga hari berturut-turut.
Baginda juga membeli sendiri barang-barang keperluan di Pasaraya Checkers, Seksyen 15, Shah Alam untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa banjir.
Baginda kemudian menghantar sumbangan keperluan asas dan makanan berkenaan di Seksyen 16, Shah Alam serta di Taman Meru Jaya, Klang.
Bukan itu sahaja, Baginda turut berkenan untuk terus menyertai misi menyelamat mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Selangor.
Baginda bersama pasukan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia berada di kawasan Kampung Baru Hicom untuk membuat tinjauan dan menghulurkan bantuan.
Padang Jawa yang merupakan antara lokasi yang terjejas teruk turut mendapat perhatian Baginda. Misi menghantar bantuan kepada mangsa banjir di sekitar negeri Selangor oleh Baginda bersama pasukan 10 Briged Para disertai sukarelawan meneruskan operasinya semalam.
+++ Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bintang filem Jai Ho, Sana Khan merupakan aktres Bollywood terkenal yang sering membintangi filem serta menjadi model iklan.
Namun, pada tahun 2020 dia meninggalkan dunia hiburan untuk berhijrah (berhijab).
Genap sebulan berhijrah, Sana Khan bertemu jodoh dengan seorang ustaz dikenali sebagai Mufti Anas pada 20 November 2020.
Perkahwinan mereka tidak didedahkan kepada umum sehinggalah Sana Khan memuat naik potret mereka ke Instagram.
Kehidupan aktres jelita berusia 36 tahun kelahiran Mumbai, India ini berubah secara total. Kini Sana Khan dikenali dengan nama Saiyad Sana Khan.
Sana Khan begitu komited dengan keputusannya untuk berhijrah dan tidak lagi aktif dalam dunia hiburan.
Penampilannya turut berubah di mana dia sering mengenakan tudung dan abaya longgar serta labuh.
Biarpun berhijab dan bertudung labuh namun Sana Khan sering tampil dengan gaya modest and fashionable!
Sana Khan tidak menafikan kehidupannya dilimpahi populariti sepanjang bergelar artis. Namun, dia sedar bahawa tujuannya hidup di bumi adalah untuk mengikut perintah Pencipta.
Sana Khan juga sering memuat naik hantaran berbentuk Islamik ke media sosial.
Pun begitu, walaupun sudah meninggalkan dunia hiburan, Sana Khan masih aktif bekerja.
Selain menguruskan dan menemani suaminya dalam aktiviti-aktiviti keagamaan, Sana Khan juga rancak berbisnes.
Sana Khan kini bergelar usahawan fesyen dan pemilik jenama fesyen Muslimah iaitu Haya by Sana Khan di bandar Surat. Selain butik, Sana Khan turut memiliki pusat rawatannya sendiri iaitu Face Spa by Sana Khan.
Sana Khan dan suami juga aktif melakukan aktiviti sosial ‘Hayat Welfare Foundation’ yang diasaskan oleh mereka.
Biarpun telah berhijab, Sana Khan tetap mendapat sokongan daripada para sahabat dan para peminatnya. Sana Khan dianggap selamanya ‘bintang’ di hati mereka.
Kredit Foto: Instagram Sana Khan
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di