Ibu, mak, mama, ummi, mom, mummy dan bonda adalah gelaran bagi figura wanita yang telah melahirkan kita kedunia dan membesarkan kita dengan penuh tanggungjawab dan rasa kasih sayang tanpa berbelah bahagi.
Malah, sosok inilah yang menerima kita apa adanya walau apa juga peel dan sifat kita. Begitu jugalah pengalaman yang dilalui oleh pelakon yang cukup sinonim dalam arena seni tanah air, Zarina Zainuddin yang diuji untuk membesarkan dua orang anak lelaki istimewa.
Zarina Akui 27 Tahun Besarkan Azal Dan Azil Bukan Perkara Mudah
Memetik laporan sebuah portal berita, Zarina mendedahkan bahawa pengalaman yang ditempuhinya sepanjang 27 tahun mendidik dan membesarkan dua orang anak Autism bukanlah sesuatu yang mudah.
Bagaimanapun, Zarina berkata pengalaman tak ternilai ini menjadikan dirinya lebih kuat, lebih cekal dan lebih mengenal erti kesabaran dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu, wanita bekerjaya dan usahawan.
Malah, umum sedia maklum bahawa perniagaan pulut kuning Zarina Zainuddin kini sudah melebarkan sayapnya hingga dikenali di seluruh Malaysia. Zarin juga kadangkala dilihat masih menghiasi kaca televisyen kerana cintanya dalam dunia lakonan tidak pernah usai.
Di sebalik kesibukkan menguruskan perniagaan dan kerjaya, apa yang lebih mengagumkan adalah ketabahan yang dipaparkan Zarina sebagai seorang ibu dalam membesarkan cahaya mata kembar istimewa milkknya iaitu, Muhammad Razil Azrai dan Muhammad Raizal Azrai.
“Mula-mula macam susah nak terima keadaan itu, tetapi lama kelamaaan kita sedar anak ini banyak mengajar kita tentang apa yang kita sendiri tidak tahu…dari segi mereka lebih sistematik, lebih punctual,” katanya.
Ketika ditanya apakah perasaan yang dilaluinya ketika terpaksa bekerja keras menyeimbangkan antara kerjaya dan juga keluarga, Zarina akui dia juga ada mengalami masa-masa kejatuhan dimana dia merasa lelah menguruskan kehidupan. Tetapi, semuanya terubat dengan kasih sayang terhadap kedua anak terunanya itu.
“Memang kadang kala penat…tetapi kalau saya sakit anak akan beri panadol…suruh makan panadol, kena minum air banyak, kemudian beritahu jangan keluar panas,” tambah Zarina.
Ads
Mengulas lanjut berhubung membesarkan anak istimewa, Zarina berkata perbezaanya ibarat ‘langit dengan bumi’ perilaku anak istimew amat berbeza berbanding anak normal.
Justeru, tegasnya itu tidak boleh dijadikan alasan untuk menyekat kebebasan kedua-dua anak istimewanya dari mendapatkan hak mereka, iaitu hak untuk hidup dan dilayan seperti manusia normal.
“Untuk yang ada anak istimewa saya berharap berilah kasih sayang kepada mereka.. Bagi mereka rasa seperti orang lain.
“Anak itu sebenarnya lebih percayakan ibu bapa, orang yang paling rapat.. Tidak ada yang dipercayai melainkan ibu bapa dan keluarga sendiri,” jelasnya.
Menurut Zarina tugas seorang ibu adalah tugas yang inklusif dan bukanlah mudah untuk digalas kerana seorang ibu perlu sentiasa tampil kuat untuk anak-anaknya. Di samping bijak mengendalikan kehidupan seharian sebagai seorang pekerja, isteri dan juga anak.
Justeru, bersempena Hari Ibu pada tanggal 14 Mei ini, Zarina mengingatkan Hijabi agar menghargai pengorbanan seorang ibu yang tiada ternilai. Malah, jasa dan pengorbanan yang dilakukan oleh kaum ibu sesungguhnya tidak terbalaskan.
Memasuki tahun baharu, ramai yang mengimbas kembali atau throwback gambar-gambar lama mereka dan membandingkannya dengan keadaan sekarang. Ada yang tetap sama seperti dulu dan ada juga yang mempunyai penampilan berbeza dulu dan kini.
Kejayaan hijabi ini pada 4 tahun lepas pasti menjadiinspirasi hijabi yang ingin merubah penampilan diri. Seperti Azfa Fasihah, dia berjaya mendapatkan transformasi yang hebat dari permulaan tahun 2019 hinggalah ke akhir tahun. Ramai yang terkejut dan kagum dengan perubahannya itu dan meminta tip daripadanya. Jom kita lihat tip yang dikongsi!
Apakah yang dimaksudkan dengan Haji Akbar? Di dalam al-Qur’an, Allah SWT telah menamakan satu hari dengan nama hari Haji Akbar (hari Haji yang paling agung). Hari yang agung ini disebut di dalam firman-Nya:
Maksudnya: “Inilah adalah satu pengumuman daripada Allah dan Rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar iaitu hari Raya Korban bahawa sesungguhnya Allah berlepas diri daripada orang-orang musyrik dan perjanjian-perjanjian mereka. Begitu juga dengan Rasul-Nya. Sehubungan dengan ayat ini, Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah hadith bahawa pada tahun itu juga iaitu tahun kesembilan Hijrah, Nabi SAW telah mengutus Ali RA untuk mengumumkan berkenaan ayat-ayat ini pada hari Raya Korban di Mina. Kandungannya adalah selepas daripada tahun ini, orang musyrik tidak boleh lagi melakukan haji dan tawaf di Baitullah. Dalam masa yang sama, tidak boleh juga melakukan tawaf di Baitullah dalam keadaan telanjang”. [Lihat: Tafsir al-Jalalayn, 240]
Di dalam tafsir al-Thabari, imam al-Thabari telah mendatangkan beberapa pendapat bersama dengan riwayat-riwayat atau athar-athar samada daripada Nabi SAW, sahabat RA dan juga para tabi’in yang menyokong pendapat tersebut dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Di sini kami ringkaskan dengan memilih beberapa pendapat seperti yang berikut:
Maksudnya: “Bahawa Rasulullah SAW berdiri pada hari al-Nahr (10 Zulhijjah) di antara jamrah-jamrah pada waktu Baginda SAW menunaikan Haji, lalu Baginda SAW bertanya: “Hari apakah ini?”. Mereka menjawab: “Hari al-Nahr (hari 10 Zulhijjah)”. Nabi SAW bersabda: “Ini adalah hari Haji Akbar”. [Riwayat Abu Daud, (1945)][Sanadnya adalah sahih menurut Syeikh Syuaib al-Arnaouth]
Ketiga: Haji Akbar adalah hari-hari haji keseluruhannya.
Maksudnya: “Hari Haji Akbar adalah ketika waktu haji serta kesemua harinya”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Selain itu juga, Imam al-Nawawi berkata dalam menentukan makna Haji Akbar ini ketika beliau mensyarahkan hadith pada bab “tidak akan melakukan haji bagi orang yang musyrik dan tidak akan boleh melakukan tawaf dalam keadaan telanjang, beliau berkata:
“Para ulama’ telah berselisih pendapat dalam menentukan apa yang dikehendaki dengan makna Hari Haji Akbar. Dikatakan ia adalah Hari Arafah. Telah berkata Malik, al-Syafie dan jumhur bahawa ia adalah hari al-Nahr. Al-Qadhi ‘Iyadh telah menukilkan daripada al-Syafie bahawa ia adalah hari Arafah. Ini adalah khilaf yang ma’ruf (diketahui) oleh mazhab al-Syafie. Telah berkata ulama’ bahawa dikatakan Haji Akbar itu adalah untuk menjauhkan atau membezakan dengan Haji Ashghar iaitu umrah. Manakala, hujah bagi sesiapa yang berpegang dengan Haji Akbar ini adalah Hari Arafah adalah dengan hadith yang masyhur iaitu “Haji itu Arafah”. [Lihat: al-Minhaj Syarh Muslim, 116/9]
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas, pendapat pertama dan kedua adalah pendapat yang masyhur dalam menentukan makna Haji Akbar ini. Setelah melihat pandangan para ulama’ dalam masalah ini, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Akbar adalah Hari al-Nahr iaitu 10 Zulhijjah atau hari Raya Korban sepertimana pendapat yang kedua.
Selain itu juga, ini adalah pendapat Imam al-Thabari setelah beliau menceritakan pendapat-pendapat berkaitan masalah ini. Imam al-Thabari berkata:
“Pendapat yang utama dan sahih disisi kami adalah sesiapa yang mengatakan bahawa Hari Haji Akbar adalah Hari al-Nahr (10 Zulhijjah) disebabkan zahirnya (jelasnya) khabar-khabar daripada sekumpulan sahabat-sahabat Nabi SAW bahawa Ali RA telah mengumumkan apa yang diperintahkan kepadanya oleh Rasulullah SAW kepada kaum Musyrikin, lalu beliau membaca kepada mereka surah “براءة (al-Taubah)” pada hari al-Nahr. Selain itu juga, berkenaan dengan khabar-khabar yang telah kami sebutkan daripada Rasulullah SAW bahawa Baginda SAW telah bersabda pada hari al-Nahr: “Adakah kamu semua tahu, hari apakah ini?”. Baginda menjawab dengan mengatakan: “Ini adalah Hari Haji Akbar”. [Lihat: Tafsir al-Thabari, 127/14]
Tambahan pula, Syeikh al-Mubarakfuri memberi peringatan serta menyanggah pemahaman sebahagian masyarakat yang mengatakan bahawa Haji Akbar ini adalah apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat.
Disebabkan itu, ia dinamakan Haji Akbar. Beliau berkata:
Maksudnya: “telah tersebar dan masyhur dalam kalangan orang awam bahawa apabila hari Arafah jatuh pada hari Jumaat maka ia adalah Haji Akbar. Kenyataan atau pemahaman ini adalah tidak mempunyai asal sama sekali”. [Lihat: Tuhfah al-Ahwazi, 27/4]
Soalan: Apakah perbezaan di antara Haji Akbar dan Haji Ashghar?
Jawapan:
Adapun makna Haji Ashghar yang dilihat oleh jumhur adalah umrah. Adapaun Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan bahawa perkara ini telah menjadi perselisihan dalam menentukan makna Haji Ashghar.
Jumhur mengatakan makna Haji Ashghar adalah umrah dan dikatakan juga bahawa Haji Ashghar itu adalah hari Arafah. Manakala Haji Akbar adalah hari al-Nahr (10 Zulhijjah) kerana padanya (hari 10 Zulhijjah) disempurnakan manasik-manasik (perbuatan-perbuatan) haji yang lain. [Lihat: Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, 321/8]
Tambahan pula, Imam al-Thabari mengatakan bahawa sebab yang betul ia dinamakan dengan Haji Akbar adalah kerana Haji Akbar adalah haji dan haji lebih besar daripada umrah dengan penambahan amalan-amalan yang ada padanya. Disebabkan itu ia dinamakan Haji Akbar disebabkan amalan pada waktu haji lebih banyak berbanding amalan pada waktu umrah.
Adapun Haji Ashghar (kecil) adalah umrah kerana amalan padanya lebih sedikit berbanding amalan ketika menunaikan haji. Oleh sebab itu, ia dinamakan dengan Haji Ashghar disebabkan kurangnya amalan pada waktu umrah berbanding amalan pada waktu haji.
Berdasarkan pendapat di atas, kami cenderung untuk mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan Haji Ashghar adalah umrah dan bukannya hari Arafah berdasarkan pendapat jumhur.
PENUTUP
Kesimpulannya, Haji Akbar adalah hari Nahr (يوم النحر) iaitu hari Raya Korban yang disambut pada 10 Zulhijjah setiap tahun. Ini kerana, pada hari tersebut akan dilaksanakan manasik-manasik haji seperti tawaf, bersa’ie (antara safa dan marwah) ,melontar, berkorban, bercukur dan lain-lain perkara lagi.
Akhirnya, semoga Allah SWT mengurniakan kita kesempatan dan peluang untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini. Amin.
Baru-baru ini, negara digemparkan dengan kejayaan seorang hijabi yang juga hafizah al-Quran, Safwa Zamri apabila kisah kejayaan dan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) menjadi sorotan dan buah mulut ramai!
Safwa yang menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Dungun, telah mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat kedua di peringkat dunia pada peperiksaan berkenaan.
Hijabista di fahamkan bahawa, latar belakang Safwa sememangnya luar biasa! Sebelum menerima Top ACCA Foundation in Accountancy (FIA) Prize bagi kertas ‘FA1-Rekod Transaksi Kewangan’ dengan skor yang amat cemerlang iaitu 98 peratus markah.
Terdahulu, Safwa merupakan alumni dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Besut dan merupakan pelajar cemerlang yang merangkul Straight A’s dan berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
“Sebelum ini saya adalah pelajar sains tulen serta agama dengan mendapat 12A ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia serta berjaya hafaz 30 juzuk al-Quran ketika di Tingkatan Dua,” katanya lapor media tempatan.
Jelasnya Safwa lagi, apa yang membuatkan dirinya nekad untuk beralih arah dari bidang keagamaan kepada perakaunan adalah kerana mempunyai minat yang mendalam terhadap subjek kalkulus dan matematik.
“Namun, ketika mahu menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya saya memilih bidang perakaunan berbanding bidang lain kerana minat serta kecenderungan saya pada subjek matematik.
“Jika diikutkan dalam keluarga hanya saya seorang memilih bidang perakaunan berbanding adik-beradik yang memilih bidang perubatan serta kejuruteraan.
Meski pun hanya Ayah yang mempunyai latar belakang perakaunan, jelas Safwa dek kerana minat yang mendalam dia tidak berputus asa untuk menguasai bidang perakaunan meski perlu bertatih di permulaanya dan acap kali tersungkur ke bumi. Namun dia kekal dengan pendirian tidak mahu berputus asa!
“Ketika mula belajar mengenai akaun saya akui sedikit buntu namun tidak berputus asa untuk kerap membuat ulang kaji serta latihan hingga akhirnya timbul minat terhadap bidang akaun,” ujarnya.
Wan Sharmila berkongsi bagaimana pengaruh sahabat membawanya menjadi mutawifah selepas mengurangkan aktiviti lakonan, sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam bidang pengurusan haji dan umrah.