Mencuci wajah ialah langkah paling penting untuk menghilangkan kotoran dan lebihan minyak yang terdapat di permukaan kulit wajah.Ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Bagi kulit yang terlalu berminyak, boleh cuci lebih daripada dua kali. Penting untuk kita menggunakan pencuci yang sesuai dengan jenis kulit muka.

Kebiasaanya, ramai yang ambil remeh bila bab mencuci muka. Cuci secara ala kadar sahaja maksudnya asal boleh sahaja. Lagi-lagi kalau bangun lewat hendak pergi kerja, lagilah sekejap sahaja cuci wajah. Hendak cepat dan selalu sangat buat silap sewaktu cuci muka. Tanpa disedari lama-kelamaan kesilapan ini akan terus berlaku sehingga akhirnya menyebabkan kulit wajah menjadi rosak.

Jika ingin mendapatkan wajah yang sihat, bersih dan segar, rajin adalah faktor paling utama. Biarpun malas, jangan sesekali mengabaikan rutin asas penjagaan wajah untuk memastikan kulit sentiasa bersih terutama bagi individu yang gemar mengenakan alat solek.

Berikut perkongsian Dieyaamolek

IKLAN

KESALAHAN 1 : CUCI MUKA DENGAN KERAP⠀
Cuci muka tidak perlu pun banyak kali cukup 2-3 kali sehari sahaja. Sebabnya?⠀
1.Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang lembapannya selepas dicuci.⠀
2.Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.⠀

KESALAHAN 2 : GOSOK MUKA DENGAN KUAT DAN LAMA⠀
Walaupun tengah geram dengan jerawat yang sedang tumbuh pada kulit wajah, tidak perlulah sampai sental kulit muka sampai berdarah. Cukup 10-30 saat sahaja mencuci muka. Urut secara membulat dari bawah ke atas. Cara ini juga boleh melancarkan peredaran darah pada kulit wajah dan boleh melambatkan proses kedutan.⠀

KESALAHAN 3 : GUNA REMOVER BILA MAKEUP⠀
Makeup remover sangat-sangat penting, supaya pori kulit wajah tidak tersumbat dan terjadinya jerawat. Guna pencuci muka sahaja tidak cukup. Mesti guna makeup remover juga untuk membersih kulit wajah sebersih-bersihnya ya!⠀

IKLAN

KESALAHAN 4 :DAP BUKAN GOSOK⠀
Apabila sudah selesai mencuci kulit wajah, lap dengan cara dap ye bukan gosok dengan tuala. Perbuatan menggosok kulit wajah akan membuatkan tahap elastik kulit menurun dan kulit jadi kendur. Tuala perlu dicuci seminggu 2-3 kali supaya tiada pembiakan bakteria. Penting, asingkan tuala muka dan badan.⠀

KESALAHAN 5: TIDAK FOKUS PADA ZON T⠀
Zon T ni adalah tempat yang paling berpotensi jerawat suka membiak. Hal ini kerana minyak yang ada pada kulit wajah membuatkan jerawat suka bertapa pada bahagian dahi, hidung, dan dagu. Oleh itu fokus pada bahagian ini ketika mencuci kulit wajah. ⠀

IKLAN

KESALAHAN 6: CUCI MUKA GUNA SHOWER⠀
Apabila memcuci kulit wajah menggunakan pancuran air dari shower, jangan guna tangan untuk gosok kulit wajah, tekanannya berbeza sangat. Jadi biar air mengalir sahaja pada kulit wajah. Jika hendak lagi mudah, cuci kulit wajah di paip sinki sahaja. ⠀

Yang mana salah itu betulkan dari sekarang, barulah complete step routine anda. Semoga ia jadi panduan yang berguna kepada anda untuk lebih menjaga kulit wajah dengan cara yang tepat.

Sumber kredit: Instagram Dieyaamolek

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI