Ramai yang telah dengar berita buruk mengenai kecelakaan yang berlaku akibat serangan jantung. Tambahan lagi, peratusan penyakit yang banyak menyerang manusia sehingga maut adalah penyakit serangan jantung.

Apa yang merisaukan lagi apabila seseorang terkena serangan jantung di suatu situasi di mana mereka bersendirian–di dalam kereta misalnya. Jadi apa yang kita patut lakukan?

Simptom serangan jantung berbeza mengikut setiap individu

Setiap individu yang mempunyai risiko sakit jantung membawa simptom yang berlainan. Begitu juga situasi yang mereka hadapi–ada yang terkena serangan jantung sewaktu dalam kereta, ketika makan, malah ada juga ketika tidur.

Semakin tahun meningkat, kita banyak lihat peratusan kadar serangan jantung yang menyebabkan kematian meningkat. Jadi ianya sangat bahaya dan orang ramai perlu peka dengan keadaan ini.

Serangan jantung ada jenisnya–di sini kami ingin terangkan serangan jantung dan sakit dada pada sebelah kiri yang menyebabkan aliran darah ke jantung tersumbat. Maka, keadaan ini akan menyebabkan pengumpulan lemak, kolesterol, dan juga bahan lain yang boleh membentuk plak pada dinding arteri jantung.

IKLAN

Plak yang tersumbat juga boleh pecah dan membentuk darah beku, ianya boleh tersekat pada saluran arteri kecil menyebabkan lagi otot jantung kekurangan darah dan mati dalam proses tersebut. Pelbagai simptom sakit dada pada sebelah kiri yang boleh di alami oleh mereka yang menghidap sakit jantung, antaranya:

  • Sakit dada pada sebelah kiri
  • Sakit lengan kiri yang menjalar ke leher, dagu, atau belakang badan
  • Loya
  • Pedih ulu hati atau sakit abdomen
  • Sesak nafas
  • Berpeluh sejuk
  • Kelesuan
  • Pening kepala

Artikel berkaitan: Biji Labu Bantu Melawan Kanser & Sakit Jantung! Ketahui 5 Cara Untuk Menambahnya Dalam Diet Anda

Apa nak buat kalau sakit jantung sewaktu memandu?

IKLAN

Sudah semestinya serangan jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja dan bila-bila masa sahaja. Ia pula sangat ‘mengejut’ dan selalunya mereka yang menghadapi serangan jantung ini akan berseorangan dan mereka akan jadi kaku seketika waktu kerana perit menahan sakit.

Apa yang anda perlu buat jika berlaku dalam situasi di mana pemandu atau salah seorang penumpang di dalam kereta terkena serangan jantung? Ini adalah cara-cara yang di syorkan oleh Hellodoktor:

  1. Jika anda memandu dan mengalami serangan jantung, lepaskan pedal minyak secara perlahan-lahan, bertenang dan menghala ke bahu jalan untuk berehat secepat mungkin.
  2. Jika anda bersama penumpang lain di dalam kereta–suruh mereka dapatkan bantuan sejurus anda berhenti di bahu jalan.
  3. Sila bawa bertenang walau apa pun terjadi.
  4. Pastikan anda bawa mangsa yang terkena serangan jantung ke hospital secepat mungkin!
  5. Hubungi khidmat kecemasan jika anda terlalu jauh dari hospital.
  6. Berikan pesakit ubat jika mereka mempunyai ubat bersama mereka (nitroglycerin atau aspirin).

Jika anda baru sahaja pulih selepas terkena serangan jantung, pandu dengan perlahan untuk dapatkan bantuan terus kerana khuatir anda bakal di serang jantung lagi. Pastikan keadaan anda selamat dan hubungi khidmat kecemasan secepat mungkin sejurus anda sedar atau dapatkan bantuan secara terus.

IKLAN

Sumber info dan gambar: Hellodoktor dan Canva

Artikel berkaitan: Khasiat Bawang Mentah Berbanding Bawang Yang Dimasak, Boleh Cegah Sakit Jantung & Strok

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI