Untuk menangani situasi genting pada Ketika ini, kita disarankan untuk melakukan penjarakan sosial walaupun ketika meraikan perayaan besar seperti Hari Raya.

Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri diraikan dalam keadaan norma baharu seperti tidak dapat pulang ke kampung, tiada kunjung mengunjung ke rumah sanak saudara dan melakukan rumah terbuka, mungkin ada juga yang beraya keseorangan, rakyat Malaysia tetap meraikan Hari Raya dengan penuh keceriaan.

Perayaan Norma Baharu Bersama Huawei

Selain itu, Hari Raya juga lebih bermakna dengan adanya Huawei Y6p, telefon baharu oleh Huawei yang ditawarkan pada harga RM559, harga berpatutan tetapi padat dengan ciri-ciri terbaharu dan canggih.

Terima kasih kepada Y6p yang mempunyai skrin dan bateri yang besar! Walaupun tidak dapat balik ke kampung, namun Hari Raya tetap meriah dengan adanya Y6p ini. Ia memudahkan untuk menyimpan gambar dan video daripada sanak saudara serta gambar OOTD di pagi raya.

Baterinya pun tahan lama untuk membuat panggilan telefon, video dan mesej dari keluarga dan rakan-rakan untuk bermaafan di Hari Raya. Y6p ini mempunyai tiga warna (Phantom PurpleEmerald Green dan Midnight Black) menarik yang dapat dipadankan dengan baju raya. Semestinya menjadi aksesori cantik yang mampu menyerlahkan penampilanmu.

Aktiviti Masak bersama keluarga

IKLAN

Skrinnya bersaiz 6.3 inci (resolusi 1600×720) membuatkan panggilan video bersama yang tersayang pada pagi Hari Raya untuk bermaafan dan bertanya khabar menjadi lebih menarik.

Bagi yang meraikan Hari Raya tanpa ibu bapa di sisi dan cuba untuk masak juadah istimewa sendiri, anda bolehlah meminta bantuan mereka membuat panggilan video bersama keluarga tercinta di malam raya.

Ruang Memori Bersama Insan Tercinta

Y6p didatangkan dengan kamera belakang 13MP dan kamera hadapan 8MP, sesuai untuk merakam gambar dan video pada Hari Raya seperti video ibu sedang memasak di dapur untuk dikongsi bersama abang dan kakak yang tidak dapat pulang beraya bersama.

IKLAN

Y6p juga mempunyai ruang memori besar iaitu 64GB yang boleh menyimpan gambar dan video yang banyak. Sesi fotografi berpakaian sedondon di pagi raya adalah satu kemestian!

Di samping itu, pelanggan Huawei yang membeli peranti Y6p layak untuk mendapatkan 15GB cloud storage secara percuma selama 12 bulan. Jadi, anda tidak perlu risau sama ada cukup storan untuk semua video dan gambar Aidilfitri.

Tetap Dapat Duit Raya

IKLAN

Dengan adanya kemudahan teknologi terkini, duit raya kini boleh diberi tanpa tunai. Setiap peranti Huawei termasuklah model baharu, Y6p, membolehkan pengguna mengakses AppGallery dimana ia menawarkan beratus aplikasi terkini untuk kemudahan pengguna.

Antara aplikasi popular yang ada di dalam AppGallery adalah Maybank2u, Touch n’ Go eWallet, dan Boost. Alhamdullilah! Masih boleh hantar dan terima duit raya! 

Tawaran Premium Hanya Beraya Di Rumah

Bukan itu sahaja, khas untuk pengguna Huawei Y6p, mereka ditawarkan Viu Premium secara percuma untuk dua bulan. Caranya mudah sahaja, pengguna hanya perlu muat turun aplikasi Member Center di AppGallery. Kod percuma boleh didapati di aplikasi Member Center ini. Jadi, anda boleh menonton filem tak kira di mana sahaja anda berada.

Dengan adanya Viu Premium, pengguna Huawei Y6p dapat menonton pelbagai filem dan drama popular tanpa iklan, serta filem eksklusif untuk pelanggan Viu Premium. Y6p kini boleh dibeli di kedai rasmi Huawei di kedai fizikal serta dalam talian.

Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh layari laman web rasmi Huawei Malaysia.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI