Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah.
Namun jika sudah Allah tetapkan rezeki itu, walaupun kita tidak menginginkannya, maka rezeki ini akan datang sendiri kepada kita dengan tidak disangka-sangka. Allah sudah sediakan rezeki yang cukup untuk setiap orang.
Selalu orang tanya “boleh kaya ke jadi doktor?”. Jawapannya boleh kalau doktor tu jadi pakar atau doktor tu berbisnes dan saya tak ada kedua-duanya tu. Kalau orang tanya saya doktor apa, saya jawab je saya doktor perubatan biasa dan tiada klinik sendiri. Part paling saya suka ialah tengok reaksi mereka lepas saya bagi jawapan sebegini. Lagi best bila saya tambah yang saya doktor freelance je, terus dunia seakan-akan membisu seketika.
Ads
Ads
Well peeps doktor freelance are still doctors. Tak dinafikan kami tak sehebat pakar dan pendapatan kami jauh lebih rendah but maybe this is what we want in life. At least this is what i want yakni tiada stres perlu ber-oncall. Saya boleh pilih bila saya nak bekerja + bila saya nak berehat dan paling penting i get to be around my son watching him growing up. If satu hari saya decide saya nak buka klinik sendiri atau nak belajar ilmu perubatan dengan lebih mendalam i can always do so.
Awal-awal parents saya agak kecewa bila saya bagi tahu mereka yang saya tak mahu sambung kepakaran tapi bila mereka tengok saya boleh sustain kehidupan sendiri, ada banyak masa bersama keluarga, tiada stres bekerja, mereka turut gembira untuk saya. All in i am grateful as to where i am today. Syukur alhamdullilah bagi saya, sangat-sangat mencukupi.
Setiap pemilik haiwan peliharaan pasti mengalaminya, kotoran atau bau yang tidak dijangka yang ditinggalkan oleh BFF berbulu anda. Dengan hanya beberapa petua mudah dan produk isi rumah biasa, anda boleh menghilangkan kerumitan pembersihan dan memastikan rumah anda kelihatan dan berbau segar.
Noda haiwan peliharaan kadangkala sukar untuk dibersihkan. Noda biologi selalunya mengandungi protein yang mengikatnya dan bau yang disertakan pada permukaan, menjadikannya lebih sukar untuk dibuang. Nasib baik, anda tidak memerlukan sekumpulan peralatan mewah atau bekalan pembersihan tugas berat.
Cara anda boleh mengatasi beberapa kesan haiwan peliharaan yang paling biasa di rumah anda dengan hanya beberapa bahan mudah yang mungkin sudah anda miliki.
Salah satu tempat yang paling biasa kotoran dan bau haiwan peliharaan melekat adalah permaidani. Nasib baik, beberapa bahan isi rumah ini bertindak ajaib, kebanyakan kotoran dan bau busuk akan hilang.
Langkah pertama untuk menghilangkan sebarang keadaan kotoran haiwan peliharaan adalah dengan membuang sebanyak mungkin sisa yang menyinggung perasaan. Sudah tentu, ini lebih mudah jika ia adalah noda segar. Hanya keluarkan sebarang pepejal dan kemudian rendam sebarang cecair dengan tuala kertas atau kain buruk.
Sebaik sahaja terdapat noda itu sendiri untuk ditangani, terdapat beberapa penyelesaian yang mungkin. Salah satunya ialah satu bahan klasik yang berguna untuk membersihkan sebarang jumlah kotoran degil iaitu serbuk soda penaik.
Inilah yang perlu dilakukan:
Petua ini boleh dipercayai, cuka putih dan soda penaik, juga boleh membantu untuk menghilangkan kedua-dua kotoran segar dan bau yang direndam. Jika ia adalah noda yang agak ringan dan anda telah menyerap sebahagian besar cecair, anda mungkin hanya memerlukan baking soda.
Amaran: Anda hendaklah sentiasa menguji sebarang penyelesaian pembersihan pada kawasan permaidani yang tidak tercemar dahulu hanya untuk memastikan ia tidak menyebabkan sebarang perubahan warna.
Jika itu yang berlaku, ikuti langkah berikut:
Untuk kesan kotoran yang lebih degil, anda mungkin perlu menambah sedikit cuka ke dalam adunan. Terdapat dua pendekatan untuk ini, jadi anda mungkin mahu mencuba satu dahulu dan kemudian beralih kepada yang lain jika yang pertama tidak menyelesaikan tugas.
Untuk mencipta penyelesaian dengan dua bahan, ikuti langkah berikut:
Secara bergantian, anda boleh mengambil pendekatan ini dan memisahkan dua bahan aktif:
Sudah tentu, haiwan kesayangan anda tidak sepatutnya berada di atas perabot, tetapi bilakah perkara itu menghalang Si bulu anda? Hasil yang tidak dapat dielakkan ialah kesan sekali-sekala atau bau yang tidak menyenangkan pada perabot.
Campuran cuka dan baking soda juga akan berfungsi. Walau bagaimanapun, terdapat kaedah lain seperti mencairkan cecair pencuci pinggan dalam air dan cuka.
Untuk mencuba kaedah cecair pencuci pinggan, ikuti langkah mudah ini:
Amaran: Anda hendaklah sentiasa menguji sebarang penyelesaian pembersihan pada kawasan perabot anda yang tidak tercemar dahulu hanya untuk memastikan ia tidak menyebabkan sebarang perubahan warna.
Noda haiwan peliharaan dan bau pada peralatan tempat tidur adalah antara yang paling mengecewakan, tetapi lebih cepat anda boleh mengatasinya, lebih baik. Mulakan dengan menyerap dan mengeluarkan sebanyak mungkin kekacauan sebenar dengan tuala kertas atau kain buruk. Pada permukaan yang lembut, anda ingin mengelak daripada menggosok atau meletakkan terlalu banyak tekanan pada kain semasa membersihkan. Jika tidak, noda hanya boleh bekerja lebih jauh ke dalam gentian dan menjadi lebih sukar untuk dikeluarkan.
Ikuti langkah berikut:
Berurusan dengan kotoran haiwan peliharaan adalah sebahagian besar daripada menjadi pemilik haiwan peliharaan, tetapi ia tidak perlu menjadi satu bebanan kerja. Berbekalkan petua mudah dan beberapa bahan mudah ini, anda boleh memastikan rumah bebas daripada kotoran dan bau busuk.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pengacara popular, Uyaina Arshad yang kini sedang hamil anak sulungnya kelihatan cergas dan aktif melakukan senaman yang dikongsikan dalam laman Instagramnya.
Menerusi perkongsiannya itu, Uyaina yang merupakan salah seorang pengacara program bual bicara Wanita Hari Ini menyatakan bahawa sebelum ini dia terpaksa menangguhkan rutin senamannya kerana kesihatan badannya yang tidak mengizinkan.
Last week Yana dapat train sekali je dengan Elaine sebab Yana tak sihat. Batuk, flu, sakit tekak & demam sikit. Test Covid negative. And Dr pun tak bagi antibiotics sebab risau kat baby. So kita hadap jelah.
Tambah Uyaina yang kini kembali sihat, senaman yang dilakukan dengan pengawasan seorang jurulatih itu bukanlah senaman yang biasa-biasa. Meskipun nampak seperti ringkas dan sederhana, namun ia merupakan senaman yang mampu mengeluarkan peluh yang banyak.
Harini Alhamdulillah feeling better & stronger! So Kita pulun sikit. Exercises ni nampak je simple. Tapi peluh dasyat juga.
Kongsi Uyaina lagi, bagi para ibu yang sedang hamil, senaman squat boleh dilakukan dalam pelbagai cara mengikut kesesuaian bebanan. Namun apa yang penting ketika melakukan senaman untuk menguatkan pelvik ini ialah bernafas dan lakukan secara perlahan.
Mommies, you can add some variations to your squats. Add some weights kalau larat. Yang penting, breathe! Slow and steady okay? Exercises ni semua to strengthen our pelvic floor.
Uyaina mendirikan rumah tanggan bersama pasangan, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 di Colony Star Boulevard, KLCC, Kuala Lumpur. Kini, pasangan sejoli ini sedang menanti kehadiran cahaya mata sulung mereka yang kini sudah berusia hampir lima bulan.
Ada tak yang disini lambat nak memahami subjek kira-kira seperti Matematik? Bila orang suruh ‘congak’ dan mengira, mulalah menggelabah dan ‘panic’. Untuk pengetahuan anda semua,penyakit ini merupakan sebahagian daripada ‘learning disability‘. Jom ketahui lebih lanjut mengenai penyakit ini dan juga perkongsian daripada salah seorang pesakit diskakulia yang tular di TikTok.
Mungkin ramai yang cakna dengan ‘disleksia’ namun tidak ‘diskalkulia’. Kedua-duanya merupakan masalah pembelajaran. Disleksia merupakan kesukaran kemahiran pembelajaran seperti menulis, ketepatan ejaan, kelancaran pembacaan dan pemahaman ayat. Manakala diskalkulia ini lebih kepada kesukaran untuk mengira dan mengenal angka. Diskalkulia dan ‘calculation‘….memang berkait rapat! Tambahan itu, penyakit diskalkulia ini tidak boleh dirawat tapi boleh dikawal.
Diskalkulia ini adalah gabungan bahasa Greek “dys” yang bermaksud kesukaran, dan perkataan Latin “calculia” bermaksud “pengiraan”. Jadi dyscalculia ditakrifkan
sebagai masalah pembelajaran khusus seperti matematik. Penghidap diskakulia ini sering menghadapi masalah untuk memahami konsep nombor yang mudah, kurang kefahaman dengan nombor dan juga cara menggunakan formula. Sebagai contoh, 4+5=9 tetapi mereka tidak dapat mentafsirkan dan tidak yakin dengan jawapan tersebut. Bahkan, ada yang baru melihat nombor pun jadi pening.
Menurut perkongsian daripada Iluminasi,terdapat lapan tanda-tanda seseorang itu menghidap diskalkulia. Berikut adalah diantara tanda-tandanya:
Terdapat juga beberapa punca terjadinya diskalkulia ini. Antara punca berlakunya penyakit ini adalah daripada genetik (disebabkan ahli keluarga yang turut mengalami masalah diskalkulia), kecederaan otak, pendedahan matematik yang terlalu awal (terdapat sesetengah ibu bapa yang mendesak anak mereka untuk belajar matematik ketika masih kecil) dan juga faktor pengajaran di sekolah.
Sebelum ini pernah tular satu video mengenai wanita yang dikatakan penghidap diskalkulia. Dia telah berkongsi dan memberi kesedaran mengenai penyakit ini dan telah berjaya menarik perhatian netizen. Iya lah, rata-rata masyarakat tidak tahu mengenai penyakit ini dan ia merupakan sesuatu yang baharu. Video yang tular itu juga telah mendapat kesukaan sebanyak 18.1K.
Wanita yang senang disapa sebagai Fija ini telah berkongsi bahawa dia tergerak hati untuk membuat penilaian(assesment) secara online selepas membaca mengenai penyakit ini di internet. Menerusi perkongsiannya bersama Mstar, Fija berkata dia mengunjungi sebuah pusat penilaian dan membuat ujian berkaitan soalan Matematik selama dua jam, sebelum didiagnos dengan masalah Diskalkulia pada awal tahun ini.
“Sepanjang dua jam membuat soalan berkaitan pengiraan, ada seorang pakar akan observe dan monitor. Selepas buat ujian, mereka keluarkan keputusan dan sememangnya saya didiagnos dengan Diskalkulia.”
Tambahnya lagi, selepas didiagnos individu tersebut kebiasaannya disarankan untuk meneruskan dengan rawatan terapi, khususnya mereka yang masih bergelar pelajar.
“Namun saya tak buat terapi kerana kekangan waktu disebabkan tuntutan kerja.”
“Walaupun agak lambat mengesan situasi ini, namun saya lega akhirnya dapat juga tahu jawapan mengenai situasi yang saya hadapi ini,” tambahnya lagi.
Bercerita serba ringkas mengenai masalah tersebut ketika berada di bangku persekolahan, Fija berkata dia mengambil masa yang lama untuk memahami topik dalam subjek Matematik yang diajar oleh gurunya.
“Saya pernah tanya cikgu untuk minta dia ajar lebih jelas, tapi masih tak faham… saya segan juga sebab orang lain senang faham.”
“Jadi saya akan bertanya kepada kawan-kawan. Merekalah yang mengajar saya walaupun struggle juga nak bagi saya faham.”
“Jadi setiap kali ujian atau peperiksaan besar, saya akan bangun awal pagi untuk buat latihan dan ulangkaji. Boleh dikatakan hampir setiap pagi. Alhamdulillah, untuk subjek lain saya tiada masalah untuk skor,” ujar Fija sambil menambah, keputusannya untuk subjek Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) agak memuaskan hasil usaha kerasnya itu.
Wanita ini juga telah berkongsi bahawa dia telah diagnosis di Dyslexia Genius Titiwangsa Centre. Dia sempat berpesan kepada ibu bapa terutamanya agar lebih cakna dengan perkara ini kerana ianya mampu memberi kesan dalam kehidupan harian. Bayangkan, kalau kita mahu membeli barangan atau makanan pun kita kena pandai kira-kira kerana takut kalau ditipu. Ini kerana jika perkara ini tidak ditangani lebih awal, ia boleh memberi kesan kepada kesihatan mental kerana ianya berkait rapat dengan keyakinan diri.
“Apabila saya share, ramai yang bertanya mengenai lokasi di mana saya buat assessment. Dan ada yang komen, situasi tersebut sama macam yang dialami oleh anak muridnya.
“Kadang ada yang fikir, seseorang pelajar tu lemah sebab malas. Tapi sebenarnya pelajar tu struggle dengan masalah ini.” katanya lagi.
Langkah gadis ini menyebarkan kesedaran kepada masyarakat wajar dipuji. Kalau tidak, sampai bila-bila masyarakat tidak tahu mengenai penyakit Diskalkulia. Segeralah melakukan dignosis dan dapatkan rawatan sekiranya anda ada tanda-tanda diskalkulia. Risau penyakit ini akan memberi kesan dalam kehidupan seharian anda. Kalau anda mendapatkan rawatan dan berjumpa pakar, anda akan belajar cara untuk menangani masalah ini.
Skrub garam boleh membantu menanggalkan sel kulit mati dan menjadikan kulit badan terasa lebih halus, bersih serta mulus dengan cara penggunaan yang betul.