Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan. Selain memastikan tubuh kekal langsing, mereka juga turut mengambil berat soal kecantikan wajah. Jarang yang ada keyakinan keluar rumah tanpa bermekap kerana tidak mahu wajah tampil polos. Biarpun hanya secalit gincu bibir cukup bagi menambah keyakinan diri. Tetapi bagaimana yang terlalu taksub dengan mekap hinggakan tidak mahu tanggalkannya walaupun ketika itu mahu mengadap Tuhan.
Sebenarnya tak salah untuk kita bermekap tetapi perlu secara sederhana. Jangan keterlaluan hingga boleh mengubah terus kecantikan diri yang asli. Rasanya kecantikan asli itu lebih menyerlah dan sedap di pandang mata. Ikuti perkongsian Ustazah Sharifah Zahidah yang mengulas persoalan ini untuk kita renungi bersama.
Pandangan Ustazah Sharifah Zahidah yang memberitahu kesan menggunakan mekap dengan bahan majoriti kimia toksik ini boleh mencetuskan kanser.
Masyarakat yang menghargai kecantikan yang tulen tak seharusnya terlalu memuji dan memuja kecantikan yang terpapar pada wajah wanita – setelah 30 minit ke 120 minit ianya dilukis menggunakan puluhan berus, warna, cecair tebal melekit yang majoritinya adalah dari bahan kimia toksik dan pencetus kanser.
Kecantikan itu adalah palsu semata-mata, jangan terlalu perasan & perlu sedar realiti.
Hakikatnya yang cantik pada wajah-wajah itu, adalah cantik yang palsu. Dan wanita yang dipuji kerana make upnya, sepatutnya sedar, bahawasanya yang dimaksudkan oleh orang sekeliling yang memuji dengan perkataan ‘awak cantik’ itu bukanlah bermaksud cantik pada wajahnya pun, tetapi yang dipuji cantik itu sebenarnya adalah ‘make up’ atau ‘lukisan-lukisan’ di wajah itu sebenarnya. Jangan terlalu happy, jangan terlalu perasan. Lebih baik kita sedar realiti.
Memuji juga perlu tahu caranya.
Jadi ayat yang betul untuk memuji seseorang wanita yang cantik kerana make up tebalnya adalah, “make up awak cantik’, dan bukannya ‘awak cantik’. Kerana realitinya, barang yang cantik, tak perlu ditampal-tampal lagi. Tak perlu di make up make up lagi. Lain pula dengan barang yang tak berapa cantik.
Ads
Menurut ustazah ini juga dalam laman sosialnya, dia tidak menentang mekap tetapi sifat mereka yang terlalu obsess menghabiskan ratusan ringgit untuk melukis wajah supaya lebih cantik dianggap fenomena tidak sihat.
Saya menentang make up? Tidak. Saya tidak menentang make up. Tapi kegilaan wanita hari ini untuk tampil cantik dengan make up sehingga sanggup berbelanja ratusan ke ribuan ringgit sebulan untuk make up, dan sanggup menghabiskan masa selama berjam-jam sehari semata-mata untuk proses melukis wajah dan menanggalkan kesannya (make up removal) – adalah satu fenomena yang tidak sihat.
Touch up muka pada yang perlu. Tapi bukan obses dengan make up sehingga anda sentiasa tampil palsu.
Wanita perlu tahu darjat masing-masing, jangan jadi seperti boneka.
Ada perbezaan yang besar di situ. Apabila wanita sibuk memikirkan soal penampilan semata-mata untuk menyokong idea ‘wanita hanya diterima masyarakat apabila mereka cantik bergaya mempamerkan wajah dan tubuh mereka’, kedudukan wanita yang mulia itu menjadi terhina dan kita sebenarnya tidak meletakkan darjat kita pada kemuliaan yang sepatutnya. Kita sendiri merendahkan darjat kita sehingga terlihat sebagai boneka.
Ads
Kemas dengan pakaian indah & menutup aurat sudah memadai.
Cintai kecantikan, tapi bukan dengan jalan PEMALSUAN.
Dapatkan kulit wajah yang bersih, kerana bersih itu anjuran Islam. Tampil kemas dengan pakaian yang indah dan menutup aurat, kerana itu juga tahsin yang dibenarkan Islam. Buru kecantikan halal, pakejnya pula kena cerdik
Hiasi diri dalam ruang lingkup yang dibenarkan. Dan bukan melangkaui batasan sehingga memalsukan diri dengan lukisan di wajah setiap hari, setiap masa, semata-mata untuk buat diri rasa DITERIMA. Kenapa hambakan diri untuk mata-mata manusia yang tak beri sebarang nilai tambah pun dalam hidup kita?
Cantik pada akhlak & pakej cerdik.
Buru kecantikan yang halal, kecantikan yang tidak memudaratkan seperti kecantikan yang boleh mengakibatkan penyakit-penyakit kanser terjadi selepas beberapa tempoh masa yang panjang. Tak salah nak jadi cantik. Tapi biarlah jadi CANTIK dengan pakejnya yang CERDIK.
Memakai hijab itu adalah wajib bagi setiap wanita. Bagi yang sudah lama memakainya tidak ada masalah untuk gayakan mengikut stail digemari. Tetapi bagi yang baru berjinak-jinak bertudung agak sukar memilih gaya bersesuaian, lagi-lagi bila tiba musim perayaan.
Pastinya kita mahu bergaya lain dari kebiasaan. Sesuai dengan busana indah yang tersarung di badan. Jangan tak tahu hanya dengan sehelai hijab, kita boleh menggayakannya mengikut beberapa stail tertetu.
Ayuh kita lihat gaya mudah dan ringkas idea influencer popular, Hanna Faresha dengan pilihan hijab dari Butik Najjah yang sangat mudah diikuti sempena raya nanti.
Pastinya gaya yang diberikan ini membuatkan penampilan anda lebih memukau dan sangat ‘on point’ sempena lebaran ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pasangan hidup adalah salah satu dari stesen perjalanan dalam kehidupan bagi semua manusia. Disanalah kehidupan baru dimulakan, lengkap dengan semua jenis pelajaran yang akan membuat manusia tahu apa itu erti kebahagiaan yang sebenarnya.
Dengan perkahwinan, rezeki seseorang itu akan semakin luas. Melalui perkahwinan juga, seseorang itu akan semakin matang dan peluangnya semakin luas untuk membuat pahala.
Bagi sesetengah orang, disinilah bermulanya ujian dalam kehidupan. Disaat usia yang berjalan tak dapat lagi diberhentikan, namun jodoh dan pelengkap hidupnya tidak kunjung tiba, disaat itu pula kegundahan hati menjadi parah.
Diri yang masih belum berpunya pula menjadi isu terbesar dalam hidup. Mungkin pelbagai cara telah kita lakukan. Pelbagai ikhtiar sudah diusahakan. Namun masih belum berhasil. Mari kita berhenti sejenak, dan berfikir secara tenang dengan dada yang lapang. Memang tak ada sesiapapun yang ingin melalui ujian seperti ini.
Namun bukankah takdir itu sudah ditetapkan dan Allah SWT juga tidak akan memberi ujian yang melampui kemampuan hambanya?
Ada pepatah arab yang berbunyi:
Man Yazro’ Yahsud”
Bermaksud: Siapa yang menanam, maka dialah yang akan menuai hasilnya.
Menurut adat kehidupan ni, seseorang yang menanam, maka dia jugalah yang akan menuainya. Dia yang berusaha, maka dia jugalah yang akan peroleh hasil tanamannya. Jadi pepatah ini juga satu simbol merujuk kepada sesiapa yang ada matlamat dan berusaha, maka dia akan peroleh apa yang dia hajat.
Rezeki itu perlu dicari, ia tidak akan datang bergolek sendiri. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Perkahwinan , ia bukanlah nasib semata-mata. Ia perlu dicari, dijemput dan diusahakan mendapatkannya. Kerana perkahwinan itu adalah rezeki. Oleh itu jangan kita berputus asa ditengah jalan walaupun sudah bertahun-tahun mencuba.
Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita. Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan. Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.
Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan? Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.
Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh. Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda. Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.
Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh. Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan tudung, memakai wangian, diet, dan lain-lain perkara lagi. Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.
Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri? Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit.
Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya. Buangkan rasa malu yang tidak bertempat. Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.
Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu? Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.
Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan. Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.
…dan jangan kamu berputus asa dari dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.”
— Yusuf :87
Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat. Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan. Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.
Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya. Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.
Carilah kenalan, teman dan sahabat sebanyak-banyaknya. Antara tujuan laman sesawang ini membantu anda mengenai soal jodoh dan memfokuskan program memudahkan carian jodoh dengan kaedah islami. Mungkin salah satu diantara ahlinya insyaaAllah menjadi jodoh anda dikemudian hari. Itulah gunanya networking yang luas.
Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik. Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?
Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya. Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.
Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita. Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.
Bagaimana tanggungjawab kita dengan ibu bapa kita sendiri? Sudah tertunaikah semuanya? Bersangka baiklah dengan Allah Yang Maha Alim. Dia inginkan kita yang masih ‘single’ ini untuk terus berbakti kepada kedua ibu bapa kita tanpa perlu memikirkan perihal yang lain.
Bukankah apabila kita memudahkan urusan kedua ibu bapa kita, Allah juga akan mudahkan urusan kita? Sampai saatnya, Allah pasti akan gantikannya dengan rezeki perkahwinan kita.
Agar jodoh kita semakin cepat datang, kita juga perlu mendekati Allah dengan ekstra. Caranya tidak hanya mengandalkan ibadah wajib, tapi juga dengan menambah ibadah-ibadah sunnah seperti solat tahajjud, puasa, tilawah Al Quran, infaq, dan lain-lain.
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan dalam hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu segera beredar mahupun mengharapkan balasan yang setimpal. Atau berasa rugi dan merungut dalam hati ketika memberikan wang itu.
Lakukan ibadah sunnah ini secara rutin setiap hari agar iman kita bertambah dan doa kita semakin dikabulkan Allah SWT. Antara amalan yang paling mujarab untuk menarik rezeki (termasuk jodoh yang baik) adalah dengan mengamalkan solat Dhuha.
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib. Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas.
Solat dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. Semoga rezeki perkahwinan juga turut dikurniakan kepada kita.
bila lagi giliran awak?”
“awak dah berpunya ke?”
“bila lagi nak makan nasi minyak”.
Inilah persoalan tentang perkahwinan yang selalu dilontarkan. Pelbagai jenis bentuknya. Pasti. Peluh besar. Perasaan cemburu dengan melihat kebahagian orang lain dalam perkahwinan pastinya bukan sesuatu yang asing. Nak-nak lagi apabila suka untuk dihebahkan perihal indahnya bercinta selepas perkahwinan.
Ini adalah point yang paling penting dan diperlukan. Lapangkan dada kita, dan buka minda kita seluas-luasnya.
Mungkin sukar pada awalnya, sebab kita lebih cenderung untuk berfikiran negatif. Syaitan juga giat meniupkan ‘fikiran jahat’ semasa kita kita sedang kecewa kerana hati kita dalam keadaan yang tidak stabil. Namun, insyaaAllah kita sebagai orang Islam yang beriman pasti dapat melakukannya.
Sebab itulah kita digalakkan untuk bersangka baik dalam setiap perkara, termasuklah apabila kita diuji dengan soal jodoh yang belum kunjung tiba.
Bisikkan kepada diri sendiri dengan kata-kata yang meyakini Allah. Contohnya:
Dan pelbagai lagi ayat yang menyakini Allah sedang merancang perkara yang baik. Ini bukanlah ayat penyedap hati, tapi kita sedang mengingatkan diri kita agar tidak terpedaya dengan bisikan syaitan. Secara tidak sedar, kita akan mendidik hati untuk tidak bersedih dan menjadi lebih kuat lagi. Latih minda untuk lebih fokuskan kepada kepada kebaikan dan kelebihan diri kita. Pemikiran negatif hanya akan melemahkan kita dan memerangkap kita dalam kesedihan.
Bergantunglah kepada Allah dalam urusan jodoh. Diantara kesemua petua diatas, inilah senjata yang paling ‘ampuh’ bagi seorang mukmin. Tiada yang dapat mengalahkan kuasa doa yang dipohon tanpa putus asa kepada Allah SWT.
Doa yang baik untuk mendapatkan jodoh adalah doa yang terdapat dalam surat Al Furqan ayat 74 :
Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.
Selain itu, doa tambahan yang boleh diamalkan:
“Rabbi hablii milladunka zaujatan thoyyibah akhtubuha wa atazawwaj biha watakuna shoohibatan lii fiddiini waddunyaa wal aakhirah”
(Ya Rabb, berikanlah kepadaku isteri yang terbaik dari sisi-Mu, isteri yang aku lamar dan nikahi yang menjadi sahabatku dalam urusan agama,urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
( Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat ).
* Dibaca setelah solat fardhu sebanyak 1x atau 3x dan secara istiqomah.
Kadangkala, banyak pelajaran yang dapat kita ambil dari ujian yang kita lalui. Dengan tertundanya kebahagiaan itu, siapa tahu Allah sedang mengajar kita tentang makna menghargai. Ya, ketika jodoh telah datang, pastinya kita akan menjadi seorang yang lebih manis dalam bersyukur serta menjadi lebih istimewa.
Dengan tertundanya pertemuan itu, mungkin Allah ingin memberikan yang lebih baik kepada kita. Dan atau dengan tertundanya jodoh itu, Allah ingin menjadikan kita lebih matang dan lebih bersedia dalam membina keluarga.
Ingatlah, Allah itu sebaik-baik pengatur. Be Positive 🙂
SUMBER : AKU ISLAM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam kehidupan harian, kita sering kali berhadapan dengan pelbagai jenis masalah yang membuat mencabar tahap kesabaran kita. Sama ada masalah peribadi, keluarga mahupun kerja, semuanya menguji kesebaran kita sebagai umat manusia.
Sebagai umat Islam, kita memang diwajibkan untuk bersabar dalam menghadapi setiap masalah kerana terdapat banyak keutamaan bersabar dalam Islam. Sebagaimana firman Allah,
“Dan, di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah kapal-kapal (yang berlayar) di laut seperti gunung-gunung. Jikalau Dia menghendaki, Dia akan menenangkan angin, maka jadilah kapal-kapal itu terhenti di permukaan laut. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan) -Nya bagi setiap orang yang bersabar dan banyak bersyukur”. [Asy-Syura : 32-33]
“Dan, orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan, mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa”. [Al-Baqarah : 177]
Doa Memohon Kesabaran
Doa memohon kesabaran ini mengambil dari firman Allah SWT dalam surat Al-Baqarah ayat 250.
Rabbanaa afrigh alainaa shabra wa tsabbit aqdaamanaa wanshurnaa alal qaumil kaafiriin
Artinya: “Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran atas diri kami, dan kukuhkanlah pendirian kami dan tolong lah kami dari orang-orang kafir.”
Doa Memohon Kesabaran dan Ketenangan Jiwa
Dalam buku Majmu Syarif oleh Mujahidin Nur, berikut ialah bacaan doa agar mendapatkan ketenangan dalam menghadapi setiap permasalahan.
Rabbana afrigh alayna shabraan wa tsabbit aqdaamana wa ansurna ala al-qawmi al-kaafiriina. Rabbana laa tuzigh quluubana ba’da idh hadaytana wa hab lana milladunka rahmah innaka antal wahhab. Allahumma tsabbitnii an azilla wahdini an adhilla. Allahuma kama hulta bayni wa bayna qalbi fahlul bayni wa baynasy syaithani wa’amalihai. Allahumma inni as-aluka nafsan muthmainnatan tu’minu biliqa-ika wa tardha biqadhaika wa taqna’u bi’atha-ika.
Artinya: Ya Allah, Tuhan kami, limpahkan kesabaran atas kami, tetapkanlah kedua telapak kaki kami dan tolonglah kami terhadap orang-orang kafir. Ya Tuhan kami janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau tunjuki dan berilah kami dari hadirat-Mu rahmat kerana Engkau Maha Pemberi, Ya Allah kukuhkanlah aku dari kemungkinan terpelesetnya iman dan berilah aku petunjuk dari kemungkinan tersesat. Ya Allah sebagai mana Engkau telah memberi penghalang antara aku dan hatiku dan berikanlah penghalang antara aku dengan setan serta perbuatannya. Ya Allah aku mohonkan pada-Mu jiwa dan redha atas putusan-Mu serta merasa cukup puas dengan pemberian-Mu.”
Semoga Allah sentiasa memberi ketenangan dan kesabaran pada kita dalam menjalani kehidupan harian. Sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. InsyaAllah. Selamat beramal!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.