Biasanya kita lihat mesti anak perempuan ini lebih manja dengan ayahnya bukan? Iyalah, seorang ayah itu mesti akan melayan anak gadisnya seperti seorang puteri. Kalau puterinya disakiti, mesti dia juga akan terasa lukanya. Oleh itu, dengan seboleh-bolehnya dia akan melindungi puterinya. Mari kita lihat mengapa anak perempuan lebih rapat dengan ayah walaupun mesra dengan ibu yang dikongsi oleh Abang Bikai ini.
Walaupun bicaranya kurang, kata-kata dari ayah paling menusuk jiwa.
Begitu tinggi seorang anak gadis itu memandang darjat ayah mereka kerana seorang ayah adalah pelindung, hero dan ikon dalam keluarga kita.
Ayah seperti memahami segala-gala yang kita rasai. Tak perlu sebarang bicara untuk diluahkan.
Ads
Seorang ayah berusaha kerja dengan bersungguh-sungguh demi menyara keluarga yang dicintai.
Ayah seperti vitamin yang menguatkan hati anak perempuannya , selain menjadi pengubat hati isterinya.
Ads
Terlalu banyak jasa seorang ayah untuk disenaraikan. Sebagai seorang anak, kita perlulah menjaga hati ayah kita dan cuba sedaya upaya untuk mengukir senyuman bangga di bibir mereka. Hargailah kedua-dua orang tua kita selalu !
Sebagai figura yang disegani dan anggota Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia, penampilan sangat penting bagi Krisdayanti. Dia telah mengijak kepada fasa 40an, tetapi wajah Krisdayanti seperti tidak mempunyai garisan kedutan di wajah.
Ibu Aurel Hermansyah kongsikan tip awet muda, rupanya bukan kerana DNA Salmon. Bagaimanapun, penderma darah yang juga peneraju awet muda ialah empat anaknya. Bekas isteri Anang Hermansyah ini, sering menderma darah tiga kali sehari.
“Satu hal yang menjadi resepi tampak muda, salah satunya adalah derma darah,” kata Krisdayanti di dalam temuramah portal di Indonesia.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
“Tubuh kita, melalui saraf tunjang, sentiasa mengeluarkan darah baru,” kata Krisdayanti. Menurutnya, derma darah merupakan satu bentuk bantuan kemanusiaan yang memberi impak kepada ramai orang.
“Kita tidak perlu mengeluarkan bantuan material, tetapi ia boleh membantu seseorang untuk terus hidup,” katanya.
Seperti yang kita maklum, Krisdayanti dilantik sebagai Duta Donor Darah Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia pada 24 November 2021. Menjalankan amanat sebagai Duta Donor Darah membuatkan anggota Suruhanjaya IX Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia ini merasa mempunyai tanggungjawab. untuk menggerakkan hati orang ramai untuk menderma.
Inilah sebab paling utama untuk menderma darah bahawasanya ia mengingatkan kita bahawa sesungguhnya kita semua adalah sama. Dengan menderma darah, kita dapat menyelamatkan nyawa tanpa mengira agama, budaya dan juga boleh dianggap sebagai suatu sedekah, dan terdapat pahala dalam bersedekah.
SUMBER : celebrities.id
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang wanita, memang pantang sekali mendengar atau membaca cara tertentu untuk tampil cantik dan berpenampilan menarik. Lebih-lebih lagi kini segala maklumat ada di hujung jari dan boleh terus melakukannya bila-bila masa.
Ada juga sesetengah daripada kita yang masih rajin pergi ke spa atau pusat kecantikan untuk merawat wajah secara bulanan. Terpulang pada cara masing-masing mengikut kesesuaian dan bajet.
Selain itu ada juga yang masih menggunakan cara tradisional untuk kelihatan cantik dan menarik dan boleh kita amalkan tidak kira tua ataupun muda. Misalnya menggunakan bahan alami daripada tumbuh-tumbuhan atau buah-buahan yang sudah pasti ia selamat dan halal.
Juga petua yang diamalkan melalui perkongsian menggunakan ayat suci Al-Quran yang diajar oleh Datuk Dr. Fatma El-Zahra untuk kesan awet muda, menawan dan wajah berseri. Boleh diamalkan semua cara-cara ini ataupun amalkan satu sahaja dan paling penting perlu istiqomah sewaktu mengamalkannya. Insya-Allah.
Dilakukan selepas solat Isyak
Ambil air segelas
Baca al-Fatihah sekali
Ayatul Qursi sekali
Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
Tiup dalam air dan minum. Niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga.
Zikir di bawah dibaca untuk kita sentiasa kelihatan berseri, awet muda luaran dan dalaman. Amalkan membaca zikir dengan cara seperti berikut:
Baca ” Ya Badiyah ” 1 x
Baca ” Ya Nur ” 1x
Baca ” Ya Hadi ” 1 x
Baca ” Ya Allah ” 3x
Baca zikir di atas dan tiup ke tapak tangan, kemudian sapu ke muka kita. Lakukan setiap hari.
Baca ayat ke 35, 36, 37 dan 38 dari surah al-Waqiah pada tiap selepas solat subuh.
Selepas baya ayat2 ini, hembuskan pada air dan kemudian minum air tersebut.
Kaedah ini diamalkan supaya kelihatan cantik, muda dan bertenaga luar dan dalam.
Soalan:
Ada di antara kita mungkin pernah tertanya-tanya bagaimana para isteri Nabi Muhammad SAW menjaga kecantikan mereka sesuai dengan tuntutan Islam dan apakah bahan-bahan kosmetik yang digunakan pada zaman itu?
Jawapan:
Percaya atau pun tidak, rahsia Siti Aisyah R.A kekal cantik dan bagaimana beliau menjaga penampilannya adalah hanya menggunakan timun dan kurma basah saja. Lebih-lebih dalam mendapatkan bentuk tubuh badan yang ideal seperti tubuh kurus cengking menjadi lebih berisi. Malah Rasulullah SAW sendiri pun menggunakan cara ini dalam menjaga kesihatannya.
Sebagaimana disebutkan dalam sebuah hadis, Aisyah RA berkata “Ibuku mengubatiku agar aku kelihatan gemuk, saat dia hendak mempertemukan aku dengan Rasulullah SAW dan usaha itu tidak membuahkan hasil sehingga aku makan timun dengan kurma basah. Kemudian aku menjadi gemuk dengan bentuk yang ideal”– HR Ibnu Majah.
Impikan wajah putih berseri, kulit gebu dan mulus, pasti sahaja terbayang wajah wanita Korea. Lambakan produk kecantikan Korea yang tida tandingan yang menjadi kegilaan hijabi masa kini.
Namun tak kurang hebatnya produk tempatan, keberkesanannya sama seperti produk luar Negara yang pasti yang sering dititikberatkan rakyat Malaysia adalah tanda halal yang menjamin kandungan yang boleh digunakan untuk wanita muslim.
Selepas berjaya melahirkan ramai usahawan muda yang ingin bergelar usahawan dan selebriti menerusi platform THE GIRLS REPUBLIQUE atau TGR yang dibangunkan sejak Jun 2018, kini, Datin Marlinda Rafikah Mohamad Rozi mengintai peluang dalam bidang perniagaan.
Tampil dengan produk kosmetik jenama Glassskin by Lyndarafikah, produk yang menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun itu turut diuji sendiri oleh Marlinda sebelum mengambil keputusan untuk menjual kepada umum.
“Glassskin by Lyndarafikah telah menjalani proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama tiga tahun dan diuji sendiri oleh saya selama tujuh bulan. Alhamdulillah sejak menggunakan produk ini saya mendapati kulit wajah saya semakin sihat dan berseri.
Berkongsi sedikit masalah kulit yang dihadapi pada Majlis pelancaran yang diadakan pada 10.10.22, pengasas produk ini sendiri tak terkecuali dari menghadapi masalah kulit, apatah lagi ketika itu hamil anak yang ke empat.
“Muka dan leher menjadi gelap dan naik jerawat, membuatkan saya tidak senang duduk dengan penampilan ketika hamil, dalam pada itu untuk mencari produk yang sesuai dengan keadaan sekarang memang payah, “ ujarnya
“Salah satu faktor saya mengeluarkan produk kecantikan ini kerana penjagaan kulit sangat penting untuk setiap individu. Saya juga nak didik masyarakat supaya berhenti menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan terlarang seperti hydroquinone dan merkuri, tambahnya lagi.
Meletakkan produk tempatan sebaris dengan produk antarabangsa, Datin Marlinda percaya dengan ada maklumbalas positif dari pengguna, insyallah rangkaian produk ini akan dikembangkan lagi secara meluas.
“Saya juga percaya produk kecantikan sentiasa ada ‘demand’ tersendiri. Satu kepuasan apabila pengguna menggunakan produk kita. Saya juga mendapat maklum balas yang positif daripada kakitangan yang telah mencuba produk ini. Rata-rata mengatakan produk ini membantu masalah jerawat yang mereka hadapi, selain muka yang kusam menjadi putih, bersih dan sihat,” katanya.
Menariknya lagi, produk kosmetik ini menggandungi bahan-bahan selamat dan berkualiti serta sesuai digunakan oleh kaum lelaki dan wanita seawal usia 16 tahun.
Selesa dan nyaman! Pastinya itu adalah kunci untuk setiap produk kecantikan yang digunakan sebagai ritual kecantikan harian. Begitu juga set kecantikan ini yang mengandungi bahan-bahan seperti rice bran oil, Korean acacia honey, yam bean, chamomile, aloe vera, red seaweed, gotu kola, Black fern dan liquorice root. Produk ini juga bernotifikasi dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Glassskin mengandungi lima produk hebat iaitu pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan krim pelindung matahari atau sunscreen.
“Suami saya adalah jurutera kimia dan kilang membuat produk ini adalah bisnes keluarga yang sudah beroperasi lebih 40 tahun serta sudah menghasilkan banyak produk tempatan dan eksport ke luar negara.
“Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dan ditambah pula dengan bahan berkualiti tinggi yang digunakan dalam produk ini, saya yakin ramai yang akan berpuas hati kerana produk kami kerana ia setara dengan produk antarabangsa yang ada di pasaran sekarang,” katanya.
Ditanya mengenai harga untuk lima produk kecantikan Glassskin, Marlinda berkata, satu set kecantikan itu dijual dengan harga RM299. Namun sempena harga pengenalan kesemua lima produk Glassskin dijual dengan harga RM219 sahaja dalam satu kotak edisi eksklusif.
“Kami hasilkan produk ini pada harga mampu milik dan lengkap dengan pelembap muka, pencuci muka, serum, toner dan sunscreen. Produk ini setara dengan produk luar negara yang dijual pada harga tinggi,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Makeup hijabi tahan lama tanpa breakout boleh dicapai dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Ketahui 10 tip penting untuk memastikan kulit kekal sihat, segar dan bebas jerawat walaupun bersolek sepanjang hari.