Pelakon popular Indonesia, Oki Setiana Dewi kelihatan begitu aktif di laman Instagram miliknya. Pasti ada sahaja aktiviti yang dilakukannya. Dalam masa yang sama, Oki juga turut melakukan dakwah dengan cara yang tersendiri. Senyuman manis yang terukir dibibir dengan kata-kata lembut yang dilontarkan sudah cukup membuatkan setiap individu terpaku dan terpesona melihatnya.
Oki merupakan salah seorang juri bagi program Gema Gegar Vaganza ini cukup popular dengan watak Ana dalam filem Ketika Cinta Bertasbih. Watak itu ternyata meninggalkan kesan yang cukup mendalam ke dalam hati penonton.
Ketika ditemui di Majlis Pelancaran Butik HIJUP di Malaysia yang lalu, Oki turut berkongsi kisah penghijrahannya kepada tetamu yang hadir. Cukup meruntun jiwa dan buat hati menjadi sebak. Apa tidaknya, kisah hijrah Oki rupanya mempunyai kaitan dengan penyakit yang dihidapi oleh ibunya.
Mula berhijab pada tahun 2005, Oki diduga apabila ibunya menghidap penyakit kulit yang agak parah dan dikatakan sudah tidak punya harapan untuk sembuh. Pada waktu itu, Oki tidak mempunyai wang yang cukup untuk membawa ibunya ke hospital.
Ads
Akhirnya dia bertanya kepada ibunya apakah bantuan yang boleh diberikan untuk meringankan beban ibunya.
Lalu ibunya menjawab, “Bantu ibu jadi anak yang solehah sahaja. Jadi anak yang baik dan taat kepada Allah sahaja. Tak perlu bantu yang lain.”
Memikirkan permintaan ibunya, akhirnya Oki mula berhijab pada tahun 2005 tanpa sebarang ilmu agama yang mencukupi. Itu merupakan ujian pertama di dalam hidupnya.
Setelah berhijab, Oki diduga lagi apabila mendapat tawaran lakonan yang memerlukan dirinya membuka hijab. Alhamdulillah, Oki tegas dengan pendiriannya dan tidak akan sesekali membuka hijab meskipun mendapat tawaran yang agak lumayan. Oki yakin Allah akan membantu jika dia mengikut jalan Allah.
Walaupun ibunya tidak mendapat rawatan di hospital, tetapi Allah telah membantunya secara perlahan-lahan untuk menjadi seorang hamba yang bertaqwa. Alhamdulillah, semoga Oki kekal istiqomah dan dikuatkan hati untuk menempuh segala dugaan Allah.
Tidak dapat dinafikan, HIJUP merupakan antara jenama Indonesia yang popular di Malaysia. Mengambil singkatan bagi ‘Hijab Up’, HIJUP.com merupakan laman web Indonesia yang mengetengahkan fesyen Islamik sejak tahun 2011 lagi. Berkonsepkan online mall, HIJUP.com menjual pelbagai jenis produk rekaan pereka fesyen muslimah Indonesia.
Menariknya, hjabi kini tidak perlu lagi beli menerusi online kerana HIJUP telah membuka butik fizikal pertama mereka di Malaysia yang terletak di Level G, The Curve, Mutiara Damansara. Dibuka sekitar awal Mei yang lalu, butik HIJUP sesuai untuk hijabi yang mahu tampil menawan dan bergaya dan dalam masa yang sama, masih mahu kekalkan gaya anggun dan sopan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tidak mudah untuk seseorang itu menempa kejayaan. Apatah lagi jika dapat menempa nama di peringkat antarabangsa. Begitu juga kisah penyanyi Yuna yang pernah melalui jalan berliku sebelum berjaya seperti hari ini. Antaranya dia pernah disuruh buka tudung dan hanya menyanyikan lagu Melayu sahaja.
Perkara ini diluahkan penyanyi yang kini mencipta nama di Amerika Syarikat. Yuna di laman sosial instastorynya dengan memberi penghargaaan kepada pengurus peribadi Wawa yang banyak berkorban demi karier nyanyian beliau.
Bukan itu sahaja kesusahan dialami,mereka juga pernah menghadapi masalah kewangan dan terpaksa kuat untuk bertahan dalam industri.
Kini segala kepayahan lalu berbaloi kerana nama Yuna kini semakin di kenali di kalangan penyanyi popular.
Wawa adalah orang yang bertanggungjawab membawa karier Yuna hingga berjaya menembusi pasaran antarabangsa.
Penyanyi yang baru bergelar isteri orang awal tahun ini memulakan karier sebagai penyanyi 10 tahun lalu.
Status yang dimuat turun ini juga turut membuatkan peminatnya terharu ddan kisahnya itu memberi inspirasi kepada mereka. Rata-rata begitu tersentuh dengan kisah kejayaan penyanyi ini mendaki puncak jaya.
Seperti yang kita maklum, Yuna memang sudah bertudung ketika mula-mula menyertai industri hiburan di tanah air. Penyanyi ini juga mempunyai ijazah dalam bidang Undang-undang dari UiTM.
Ramai yang mengidamkan kulit wajah yang tegang dek kerana nampak kesan-kesan kedutan mula timbul di wajah. Tambahan pula, kulit tegang seperti Bella Hadid juga menjadi tumpuan orang ramai sebagai beauty standard yang baru.
Pasti ada yang tahu, segelintir orang juga sanggup mengamalkan penggunaan pakai sellotape untuk wajah kelihatan tegang. Ada juga influencer di sosial media menyarankan penggunaan sellotape ketika tidur supaya kulit tegang keesokan harinya. Tapi anda harus ingat, mungkin cara ini boleh memberikan kesan yang teruk kemudian hari.
Sebenarnya ramai juga artis serta selebriti yang menggunakan teknik ini untuk efek kulit yang tegang. Iklan kecantikan juga menggunakan teknik ini untuk menunjukkan bertapa tegangnya kulit model mereka.
Tetapi teknik pakai sellotape ketika tidur itu sudah melampaui bataskerana penggunaan face tape banyak di gunakan pada waktu yang singkat. Dermatologi juga tidak menyarankan serta melarang pemakaian tape ketika waktu tidur kerana ia boleh merosakkan skin barrier (lapisan kulit yang paling atas).
Bagi yang tidak tahu, face tape adalah kaedah untuk mendapatkan kulit yang tegang untuk sementara waktu. Penggunaan face tape selalu di gunakan untuk menampakkan kulit tegang tanpa kedutan bagi sesi photoshoot. Pemakaian sellotape ketika tidur pula kononnya dapat menjaga otot muka supaya tidak bergerak atau berkedut.
Menurut perkongsian Dr Dendy Engelman, pakar dermatologi, di Aedit, teknik face tape ini bukanlah suatu benda yang baru, ia sudah lama di gunakan untuk penggunaan sementara kulit yang tegang tanpa perlu pembedahan plastik. Namun begitu, teknik ini tidak mempunyai sebarang informasi atau maklumat yang lengkap yang membuatkan ramai orang kurang tahu mengenainya.
“Teknik face tape ini sudah lama di gunakan bertahun-tahun sebagai solusi bagi sesetengah orang yang ingin mengurangkan kesan kedutan di muka dengan kadar segera,” ujar Dr Dendy Engelman.
“Teknik ini juga telah mendapat perhatian dan banyak di gunakan dalam industri perfileman. Pelakon wanita akan pakai pita di bawah rambut palsu untuk menjadikan kulit mereka tampak tegang dalam kamera.” katanya lagi.
Walaupun begitu, beliau tidak menyarankan penggunaan teknik ini meskipun ia banyak di gunakan dan mudah untuk memberikan kesan dengan segera. Anda perlu tahu batas untuk kekal cantik.
Bagi mereka yang ingin mencuba teknik face tape sewaktu tidur untuk kulit yang tetap anjal dan tegang, anda perlu tahu kesannya. Penggunaan face tape sebagai rutin kecantikan boleh merosakkan skin barrier.
Melekatkan sellotape pada kulit membolehkan pori-pori tersumbat, menjadi iritasi dan boleh timbulnya jerawat. Tambahan pula, tidur anda akan terasa sangat tidak selesa. Dr Dendy Engelman juga berkata ada sesetengah orang juga mempunyai alahan apabila lepas mengguna teknik ini.
“Pelekat itu sendiri tidak berbahaya kepada kulit anda, namun, pemakaian yang terlalu lama boleh mengakibatkan kulit tidak mendapat udara yang mencukupi atau kelembapan semula jadi, yang tidak sesuai dalam apa jua keadaan,” kongsinya.
“Terdapat juga kes di mana orang mengalami dermatitis kontak alahan kepada bahan-bahan yang membentuk pada pelekat.” ujar Dr Dendy lagi.
Jadi anda perlu tahu kecantikan yang di berikan hanya sementara. Apa yang boleh kita cari alternatif lain dari menggunakan teknik ini adalah penjagaan kulit wajah dengan bahan kandungan yang betul untuk kulit yang sihat dan cantik.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ramuan penjagaan kulit superstar tidak datang tanpa risikonya. Apabila bercakap tentang ramuan bintang, retinol pastinya berada di bahagian atas senarai. Kesilapan yang perlu dielakkan apabila menggunakan retinol, pada awalnya memang merengsakan, lihat sahaja hasilnya..
Lagipun, derivatif vitamin A adalah penawar yang sempurna untuk sebarang dan semua masalah penjagaan kulit seperti tona kulit tidak sekata, tekstur menjengkelkan, jerawat, garis halus dan kedutan, dan sebagainya.
Tetapi untuk semua kebaikan yang dilakukannya, terdapat banyak perkara yang boleh menjadi salah. Sebelum retinol boleh melakukan keajaibannya, dan kadangkala walaupun selepas itu, terdapat kemungkinan tinggi untuk membersihkan, kekeringan, kerengsaan, kemerahan dan kepekaan.
Dalam erti kata lain, faedah pembakaran perlahan retinol dan kesan sampingan yang datang bersamanya yang memerlukan kesabaran, konsistensi dan teknik yang betul.
Walaupun begitu, terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk mengurangkan kesan negatif retinol. Terdapat juga beberapa perkara yang anda pasti tidak patut lakukan semasa menggunakan retinol.
Pengguna setia mengenali ia dengan baik, tetapi bagi mana-mana pemula, elakkan daripada lapan kesilapan menggunakan retinol ini untuk mengekalkan kerengsaan pada tahap minimum, sambil memastikan kulit anda mencapai bentuk puncak.
Retinol terkenal cerewet, amat penting anda menggunakan jumlah retinol yang betul pada langkah yang betul dalam rutin penjagaan kulit anda pada masa yang sesuai dalam sehari agar ia berfungsi dengan baik.
Walaupun banyak, jika tidak kebanyakan, produk penjagaan kulit boleh digunakan pagi atau tidak, retinol mesti digunakan pada waktu malam. Itu kerana retinol rosak apabila terdedah kepada cahaya matahari langsung, menjadikan kulit lebih terdedah kepada selaran matahari dan kerosakan. Sebaliknya, gunakan retinol sebelum anda tidur, apabila kulit anda mempunyai lebih banyak masa untuk memprosesnya.
Anda harus sentiasa memakai SPF, tetapi ia adalah dua kali ganda penting apabila menggunakan retinol. Secara amnya, sebarang jenis penjagaan kulit yang anda lakukan akan menjadi tidak berguna jika tidak melindungi kulit daripada pendedahan matahari.
Dan kerana retinol menjadikan kulit sangat sensitif terhadap pendedahan matahari. Ya, walaupun digunakan pada waktu malam adalah sangat penting untuk anda menggunakan dan memohon semula! Pelindung matahari setiap hari.
Anda sentiasa menggunakan serum pelembap berkhasiat kegemaran pada kulit lembap, tetapi retinol adalah cerita yang berbeza. Sapukan retinol pada kulit lembap atau basah meningkatkan kemungkinan kerengsaan.
Sebaliknya, pastikan untuk membiarkan kulit anda kering sebelum anda memohon, serius ya! Tunggu sekurang-kurangnya dua minit untuk memastikan kulit anda mempunyai masa yang mencukupi untuk kering sepenuhnya.
Walaupun retinol tidak dikelaskan secara teknikal sebagai pengelupasan, ia menyediakan sejenis pengelupasan dengan mempercepatkan perolehan sel dan membuka liang tersumbat. Dan, kerana retinol sudah begitu kuat, ia pastinya tidak memerlukan lagi bantuan daripada bahan aktif lain seperti AHA, BHA, dan lain-lain. Retinol untuk malam, hijabista mencadangkan menambah dengan serum penghidratan dan pelembap tebal.
Memulakan retinol adalah menarik dan mudah terpengaruh dengan jumlah yang anda gunakan apabila memikirkan semua potensi manfaat. Ingat bahawa retinol berfungsi paling baik apabila digunakan dengan berhati-hati-dan menggunakan terlalu banyak tidak akan menjadikannya berfungsi lebih cepat.
Sebenarnya, terlalu banyak retinol hanya meningkatkan kemungkinan kerengsaan dan kekeringan yang teruk. Sebaliknya, berpegang pada jumlah produk sebesar kacang untuk keseluruhan muka.
PRODUK CADANGAN: Advanced Retinol + Ferulic Texture Renewal Serum
Serum memperbaharui kulit wajah setiap hari yang dikuasakan oleh Phyto-Retinol Blend™ untuk mengurangkan rupa jeragat dan garis halus licin yang jelas untuk kulit yang jelas dan sekata. Retinol, bakuchiol, rambutan, dan asid ferulik berfungsi secara sinergi untuk membantu membina protein kulit, tekstur licin, mengurangkan jeragat dan garis halus dengan ketara, dan meningkatkan sinaran di wajah.
Walaupun ia mungkin menggoda untuk menyelam kepala dahulu, kurang selalunya lebih banyak dalam hal retinol. Seperti menggunakan terlalu banyak produk, menggunakan retinol terlalu kerap dengan segera hanyalah resipi untuk kerengsaan dan kerosakan penghalang.
Sebagai permulaan, pakar dermatologi mencadangkan menggunakan retinol hanya dua atau tiga kali seminggu, bekerja sehingga setiap malam apabila kulit anda menyesuaikan diri.
Sebaliknya, anda mungkin tergoda untuk berehat beberapa minggu daripada retinol semasa peringkat pembersihan. Lagipun, semua pengelupasan, kekeringan, kekejangan, dan peningkatan jerawat mesti bermakna produk itu tidak berfungsi, bukan? salah.
Malangnya, retinol sering menjadikan kulit lebih teruk sebelum menjadi lebih baik. Dan jika anda mengambil cuti beberapa minggu dan mula semula, anda pada asasnya menetapkan semula keseluruhan proses sekali lagi. Tolak melalui keburukan retinol awal itu, anda akan menyukai kesannya dalam beberapa bulan.
Tidak semua retinol dicipta sama! Kekuatan, formulasi, ramuan dan kesan yang dimaksudkan berbeza dari produk ke produk. Sebagai contoh, formula dengan retinol terkapsul cenderung lebih lembut daripada lelaran tradisional kerana ia mempunyai mekanisme pelepasan perlahan yang meminimumkan kemungkinan kerengsaan.
Ia juga penting untuk bermula dengan formula peratusan yang lebih rendah. Sebagai pemula akan bertolak ansur dengan formula 0.3% jauh lebih baik daripada formula 1%. Hijabista cadangkan berbincang dengan pakar dermatologi anda untuk mencari retinol yang sesuai untuk anda, sama ada formula atau preskripsi tanpa preskripsi. Apabila ragu-ragu, pilih formula berkapsul peratus rendah untuk bermula.
PRODUK CADANGAN: Advanced Retinol + Ferulic Overnight Wrinkle Treatment
Rawatan semalaman yang dikuasakan oleh Phyto-Retinol Blend™ untuk menganjalkan, mengurangkan rupa kedutan dan memulihkan penghidratan dengan menyokong proses pembaharuan semula jadi kulit.
Retinol, bakuchiol, rambutan, dan asid ferulik berfungsi secara sinergistik untuk meningkatkan hasil untuk faedah menghaluskan kedutan lanjutan, tanpa kesan sampingan biasanya dikaitkan dengan retinol juga membantu membina protein kulit untuk menaikkan kulit dengan jelas dan menyekatakan tona & tekstur semasa anda tidur.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.