Memang sukar dan sakit sekali rasanya apabila orang yang kita sayang telah pergi meninggalkan kita. Walaupun reda dengan takdir itu, tetapi sukar untuk mengikis segala memori indah ketika bersama. Seperti penyanyi Nora yang telah muat turut video menyatakan kerinduan pada arwah suaminya, Johan Nawawi yang semalam genap satu tahun lapan bulan meninggal mereka sekeluarga. Biarpun sudah lebih setahun kehilangannya, namun sukar untuk Nora menidakkkan rasa rindu yang dikongsi di laman sosialnya hingga mengundang rasa sedih dan terharu netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Dalam tulisannya itu Nora menulis semalam tarikh 24 September genap satu tahun lapan bulan arwah suaminya itu kembali ke rahmatullah. Ternyata pemergian Johan memberinya banyak erti kehidupan, hakikat dan takdir hidup yang sebenarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Hari ini 24/Sept/ 2018
Genap 1 tahun 8 bulan suami tercinta Johan Nawawi telah kembali kerahmatullah.
Sesungguhnya pemergian Johan telah byk mengajar saya erti kehidupan, hakikat & takdir hidup yg sebenarnya.

Tidak pernah terfikir akan pergi dengan begitu cepat.

Saya tak pernah terfikir dia akn pergi begitu cepat. Saya belum bersedia…. Ayah saya meninggal sewaktu saya berumur 15 tahun…dikala waktu remaja yg perlukan perhatian & kasih sayang seorang ayah…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

IKLAN

Pergi ketika mereka merancang untuk menyambut ulang tahun ke 25 tahun bersama. Dan kerinduan yang memang sukar untuk diluahkan dengan kata-kata.

Johan pergi diwaktu kami sedang bahagia dan merancang utk anniversary yg ke 25 tahun kami.Rindu mmg tak terkata….Kita hanya mampu merancang….Yg menentukan….bukan kita.Allah saja yg tahu.

Hadapi segala cabaran dan dugaan. Harus kuat demi anak-anak dan tak harapkan bantuan sesiapa. Allah sentiasa bersama.

Hingga kini,pelbagai cabaran, dugaan & ujian yg harus ditempuhi……saya tiada pilihan.
Semuanya harus diredah dgn penuh kesabaran, ketabahan & senyuman utk menutup segala keperitan. Demi anak- anak…..saya harus kuat. Saya tidak pernah mengharapkan bantuan sesiapa pun…..apatah lagi meraih simpati. Cukup lah Allah bersama saya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on

IKLAN

Tak kisah apa orang lain kata kerana mereka tidak berada di tempatnya.

Apa orang nak kata….katalah. Saya tak kisah… Kerana orang berhak berkata- kata & menulis apa saja. Mereka tidak berada di tempat saya….mereka tidak tahu bagaimana rasanya… Saya sudah maafkan semua.

Terima kasih semua. Baginya Johan tidak pernah mati dan akan sentiasa di hati.

Terima kasih buat semua sahabat & peminat yg sentiasa positive, memahami, sering membantu saya dlm apa keadaan sekalipun. Alhamdulillah…segala puji hanya bagi Allah.
Johan tak pernah mati.. Dia sentiasa dihati & jiwa selamanya. DOA kan yang baik- baik utk saya & keluarga. Al- Fatihah buat Johan Nawawi

 

View this post on Instagram

 

9 April 2018. Hari perkahwinan kami. Tarikh keramat utk kami ❤️❤️ Hargailah suami atau pasangan kita selagi masih hidup….. Kerana………percayalah!!! Bila suami sudah pergi… Hanya kenangan yg tinggal Tiada lagi tempat menyemai cinta, bergurau bermesra, tempat bermanja, tempat mengadu,tempat menangis, tempat berkongsi suka duka… Semuanya sudah tiada….. Yg ada hanya airmata…. Pergi tak kan kembali… Walau airmata darah sekalipun yg keluar….?? Bila suami sudah tiada… Yg ada hanya kesepian… Kerinduan, kesedihan, kedukaan & keperitan hidup sebagai ibu tunggal yg terpaksa memikul tugas & tanggungjawab sebagai ibu & juga ayah. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Hanya Allah yg tahu…. Hanya Allah yg mendengar…. HAPPY ANNIVERSERY ABANG. Sesungguhnya……. Cinta & kasih sayang kita semai selama ini akn tetap terus mekar bersemadi dijiwa ini buat selama- lamanya… Tiada sedikit pun berubah…malah bertambah rindu….. Tapi apakan daya…….itu hanya perasaan….. Abang pergi takkan pulang lagi, pergi utk selama- lamanya.. Abang hanya dtg dalam mimpi. Tiada sesiapa pun yg memahami. Al- Fatihah buat Johan Nawawi. Ada Dalam Tiada… #adadalamtiadabynora #hibahdemijannah

A post shared by NORA ARIFFIN (@itsnoraariffin) on


Perkongsian video ini mendapat tontonan sebanyak 24K dan rata-rata netizen turun memberikan kata-kata semangat padanya agar terus tabah dan kuat.

aida_safie Be strong kak nora

IKLAN

idawatimohammad Hugs @itsnoraariffin ..Al Fatihah ..May Allah give you strength and blessings to you and your family

amniamin_ardiniarfan Semoga k.nora semakin.kuat.tabah.dugaan hidup manusia tdk sma

sugaida_oewil Isteri yang kuat dan sbar..smoga Allah memberi kekuatan untuk kak nora

KREDIT FOTO: INSTAGRAM NORA ARIFFIN

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI