Lebih 1,200 sumbangan berbentuk barangan makanan dan juadah berbuka disumbangkan kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar Kampung Baru, baru-baru ini. Awal Ashaari dan Zoey Rahman antara selebriti yang berpeluang bekerjasama meringankan proses pengagihan.

Barangan makanan itu disumbangkan oleh Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa menerusi program Ramadan Madani: Titipan Kasih dan diagihkan di Masjid Jamek Kampung Baru, di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: “Sejak Balik Dari Umrah, Pemikiran Saya Lebih Terarah Kepada Hubungan Dengan Allah” Akui Awal Ashaari

Inisiatif selebriti hulurkan bantuan

Majlis yang serba ringkas ini dilihat mendapat sambutan dengan kedatangan penduduk sekitar Kampung Baru. Diserikan lagi, kolabrasi selebriti yang turut mengagihkan makanan bersama. Berasal dari Kampung Baru , Awal sendiri akui programini lebih dekat dengannya yang mana jarang selebriti berpeluang turut serta dalam program-program seperti ini.

“Jarang untuk kita sebagai selebriti dapat peluang untuk turut bersama berganding bahu untuk agihkan makanan dan sebagainya. Sebab itu bila kolabrasi dengan pihak Usanita, satu inisiatif bagus untuk para selebriti turun padang bersama-sama berkongsi rezeki,” ujar Awal.

IKLAN

Tambahnya lagi, “bukan keluarkan wang ringgit tetapi tenaga, bersama mereka meringankan proses pengagihan.”

Sebagai seorang pengacara dan pempengaruh Awal cuba melibatkan diri dalam program CSR meskipun mempunyai kengkangan masa dengan jadual pengambaran. Meski pun begitu dengan kehadiran bulan Ramadan, apabila dia kurang aktiviti seni, dia banyak turun padang bersama bersedekah dan membuat amal jariah.

Selebriti sebagai rakan strategik

Giat melakukan aktiviti seperti ini Program Ramadan Madani: Titipan Kasih yang diusahakan oleh Usanita ini yang pertama kali di adakan pada bulan Ramadan, n setiap tahun. Bezanya kali ini pihak Usanita menjemput selebriti sebagai rakan strategik, di mana penglibatan Awal Ashaari dan Zoey Rahman sebgai duta dan usahawan selebriti yang sentiasa memberi sokongan dalam apa sahaja program-program yang dianjurkan oleh pihak Usanita.

IKLAN

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, berkata sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan oleh syarikat itu serta Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.

Selain itu, katanya, sejumlah 1,000 juadah pek makanan untuk berbuka puasa disumbangkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.

“Kita memilih Kampung Baru kerana fokus kita adalah membantu golongan miskin bandar dan asnaf sebagai sebahagian program sumbangan sempena Ramadan yang dilaksanakan setiap tahun.

IKLAN

“Kita juga akan memperluaskan sumbangan ini kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sabtu ini. Semoga projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan yang memerlukan, dengan hasrat kita untuk membantu dan berkongsi rezeki,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Satu Keputusan Yang Sangat Besar…Tapi Kalau Dah Sedia, Kenapa Tidak? – Awal Ashaari

Turut hadir, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Program sumbangan yang bermula selepas selesai solat Asar itu turut menyaksikan kehadiran pengacara terkenal, Awal Ashaari dan selebriti, Zoey Rahman, selain penyampai radio Buletin FM, Izwan Azir dan Marsila Hassan yang bersama-sama mengagihkan bakul makanan dan pek iftar.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/wjCfPZ3nhr4

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI