Selain kanser, penyakit yang turut digeruni oleh wanita adalah cyst. Biasanya kehadiran cyst ini adalah disebabkan faktor gaya hidup dan juga pemakanan. Ada juga yang telah membuangnya tetapi ia datang lagi jika masih mengamalkan gaya hidup yang sama. Seperti perkongsian wanita ini yang telah membuang cyst dihidapi tiga tahun lalu tetapi ia tumbuh balik ketika membuat pemeriksaan kembali setahun yang lalu.
Berkongsi pengalamannya di laman sosial facebook, Hariza Azmi juga turut memberitahu beberapa larangan yang tidak boleh diambil oleh kaum wanita jika tidak mahu mengalami nasib sama sepertinya.
Pernah jalani pembedana buang cyst tiga tahun lalu.
Dah jalani pembedahan tiga tahun lalu.
3 tahun lepas aku operate buang cyst. Lepas 1 tahun cyst tumbuh balik. So buat checkup 6 bulan sekali. Tuppp aku stop pergi checkup, kononnya sihat la teww.
Okey petang tadi buat checkup setelah sekian lama tak bertemu dengan ultrasound. Okey ini hasilnya girls. Sembang punya sembang dengan Dr macam kita sembang ngan kawan.
Ads
Kalau sayangkan rahim, tolong ingat 8 perkara ini.
Okey girls. Dengar ni nasihat aku ni. Korang taknak dengar lantaklaa. Kalau sayangkan rahim tu. Sila baca dan hadam.
1. Jangan makan apa-apa suppliment termasuk pil putih pil kecut jerawat dan whatever jenis suppliment. NEVER girls ! Dalam badan kita dah ada estrogen. ( rasanya mcm aku dgr estrogen ). Makan lagi suppliment menambahkan estrogen dan boleh mengaktifkan hormon. Ingat cyst ni asal dia dari hormon. 2. Jangan minum soya. Nasib baik aku bukan peminat soya. 3. Kurangkan makan ayam. 4. Banyakkan makan ikan & sayur . Ikan Parang tak boleh makan. 5. Amalkan pemakanan yang sihat 6. NO FAST FOOD 7. NO makanan dalam Tin ( tuna, sardin etc ) 8. NO STRESS
Ads
Siapa sangka ia datang lagi.
Jangan lupa buat pemeriksaan 6 bulan sekali.
Please checkup at least 6 bulan sekali. Jangan ko berani nak bagi alasan, ala malu la. Kalau kena dengan Dr laki macam mana. Jawab aku ” Abah kau ! Malu konon “.
Dah memang reality Dr O&G ni banyak lelaki, terima je la. Ak dari dulu Dr laki yang check. Ko ingat tak malu?? Tapi nak buat macam mana. Hakak redho jela. Nasib tadi Dr perempuan yang check.
Ads
Jangan sesekali berangan makan ubat kurus.
Tak payah berangan nak makan ubat kurus, ubat cantik. Hatta ada kkm sekalipon. Mudah sungguh orang kita percaya ngan kkm tu. Ntah betul ke tidak heheh.
Menurutnya, pemergian Syekh Ali Jaber bukan kerana covid-19 disebabkan allahyarham sudah pulih sepenuhnya daripada wabak itu.
Allahyarham disahkan positif Covid-19 pada Selasa (29/12) dan pernah dikerjakan ke wad ICU pada hari Rabu (30/12). Keadaan kesihatannya dilaporkan semakin baik pada 4 Januari yang lalu.
Menjadikan sedekah setiap Subuh dan membaca surah Al-Baqarah setiap hari sebagai rutin, inilah antara perkara baik yang kita boleh kita contohi daripadanya dan amalkan dalam kehidupan kita seharian.
Pemergiannya pasti sangat dirindui oleh rakyat Indonesia. Moga allahyarham ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-fatihah…
Tinggal beberapa bulan sahaja lagi seluruh dunia akan dapat merasai momen kelahiran Siti Jr. yang memang dinantikan selama ini. Bayi yang akan lahir dijangka Mac ini bukan sahaja akan membahagikan ibu dan ayahnya, tetapi juga seluruh peminat penyanyi nombor 1 negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan suami Datuk Khalid Jiwa. Bayi yang selama ini ditunggu-tunggu kehadirannya ini begitu istimewa kerana hasil kesabaran menanti selama ini. Setelah puas berdoa, berusaha dan bertawakkal, akhirnya Tuhan mengurniakan anugerah terindah dalam hidup Siti.
Lewat temubual tengah hari itu sempena pelancaran cawangan Butik Ariani dan Jakel di Ostia Bangi, Siti turut berkongsi pengalamannya yang selama ini tidak putus-putus berdoa dan mencuba pelbagai cara untuk hamil. Dia sekalipun tidak pernah rasa putus asa kerana baginya Allah akan beri pada masa yang sesuai dan tepat sekali.
“Sepanjang 11 tahun Siti tak pernah berhenti berdoa untuk hamil. Sebelum ini Siti pernah hamil tetapi mengalami keguguran. Waktu itu Siti tak menangis kerana Siti tahu Allah itu mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
“Dan Dia berikan rezeki untuk Siti pada waktu yang sangat tepat. Apabila anak-anak lain juga sudah besar dan rumah kami mula sunyi dan hanya ada cucu seorang yang menemani. Akhirnya alhamdulillah Siti hamil melalui kaedah IVF,” ujarnya rancak bercerita.
Menurut Siti bagi pasangan yang belum dikurniakan anak lagi jangan cepat putus asa. Teruskan berdoa ditambah dengan usaha dan juga tawakkal.
“Kita perlu sentiasa bersikap positif dan sentiasa bersangka baik dengan Allah. Semua yang berlaku adalah dariNya dan Allah itu perancang terbaik. Insya-allah setelah kita lakukan segala-galanya dan kemudian bertawakal kepada Allah,” tambahnya lagi.
Biarpun diizinkan Tuhan hamil di usia agak lewat (akhir 30-an), tetapi Siti bersyukur kerana dapat merasai pengalaman bergelar ibu.
“Oleh kerana usia kandungan sudah masuk 7 bulan, jadi saya sedikit penat. Tetapi saya seronok melalui momen sepanjang kehamilan ini. Pertama kali merasai tendangan bayi saya sendiri, Siti akui terkejut.
“Ada masanya bayi Siti sangat aktif dan ada masanya dia senyap sahaja. Biasanya waktu malam bayi akan aktif dan kadang-kadang kita dapat lihat perut seperti ombak. Setiap kali saya nak rakam pandai pula dia buat macam biasa tak ada apa-apa.
“Walaupun begitu, Siti masih mampu tidur lena. Oleh kerana perut sudah makin membesar, Siti akan duduk dulu sebelum baring seperti biasa. Kadang-kadang Siti boleh tertidur dulu ketika duduk kerana Siti sering rasa reflux dan heartburn. Siti juga sudah buat detail scan pada usia kandungan 6 bulan untuk lihat perkembangan tulang, tangan, perut jantung dan sebagainya.
“Alhamdulillah, semuanya normal dan doktor bagi tahu bayi membesar mengikut perkembangan yang sepatutnya. Kali terakhir berat bayi adalah 1.8 kilogram dan ia akan bertambah lagi sebelum kelahiran nanti. Dokor anggar berat mungkin akan jadi 3 kilogram,” jelas Siti yang memberitahu buat masa ini perasaannya masih seperti biasa lagi.
“Oleh kerana masih ada dua bulan lagi, jadi perasaan Siti masih seperti biasa. Belum ada rasa gementar, bimbang atau takut. Cuma buat masa ini siti banyak juga lihat video tentang proses kelahiran di laman youtube. Walaupun ada yang kata jangan tengok, tetapi saya Cuma nak tahu caranya bagaimana.
“Seperti ibu-ibu lain, Siti juga akan menyusukan sendiri baby Siti. Walaupun Siti akui tugasan ini agak tough setelah melihat kegigihan menantu, Tya Ariffin yang begitu berdisiplin setiap kali tiba waktu untuk menyusukan anaknya. Dia akan kunci jam setiap dua jam untuk memastikan anaknya dapat menyusu pada waktu ditetapkan. Ini yang buat Siti sedikit nervous dan Siti rasa tanggungjawab menjadi ibu itu sangat besar sekali.
“Tetapi Siti tak akan miss momen ini. Insya-Allah Siti akan memberi penyusuan eksklusif pada bayi yang bakal lahir ini nanti. Begitu juga dengan detik untuk menjalani tempoh berpantang nanti. Siti akan menjalani pantang secara tradisional dengan memanggil seorang makcik dari Pantai Timur untuk menjaga sepanjang tempoh 44 hari itu nanti. Kalau boleh memang nak mak Siti yang jaga, tetapi mak Siti pun sudah berusia.
“Manakala untuki persiapan lain pula, Siti dan suami masih belum kesempatan untuk membeli barangan perabot bayi lagi. Cuma Siti ada menerima banyak hadiah barangan berupa pakaian dari peminat semua. Siti anggap ini adalah rezeki dan tanda kasih dari peminat. Siti amat hargainya kerana tanpa mereka siapalah Siti sebelum ini,” jelasnya yang dijangka melahirkan bayi perempuan Mac ini, sambil tersenyum.
Menurut Siti juga, beliau akan berpantang di rumahnya di Kuala Lumpur. Siti juga memberitahu buat masa ini aktiviti seninya terhad dan hanya akan kembali aktif menyanyi setelah melahirkan anak nanti.
Sementara untuk projek Creacion dengan pihak Jakel, Siti sudah memulakan perancangan sejak Disember lagi dengan mereka baju dan cari material. Beliau turut berharap koleksi baru itu nanti akan dapat memenuhi citarasa pelanggan setianya.
Buah yang kita kenal sebagai tembikai biasanya berwarna merah di bahagian dalamnya tetapi boleh dijumpai dengan isinya oren, kuning bahkan putih. Tembikai tersedia sepanjang tahun dan memerlukan suhu 25 darjah Celsius atau ke atas untuk tumbuh.
Secara budaya, tembikai dimakan bersama biji lain pada perayaan Tahun Baru Cina, tetapi secara amnya semakin popular di seluruh dunia.Tembikai hanya mengandungi 6% gula tetapi 92% air yang menghidratkan, sesuai untuk penghidratan semula pada cuaca panas.
Ekstrak tembikai sering terdapat dalam produk kecantikan seperti gel mandi, lipstik dan lip gloss kerana sifatnya yang menghidrat. Penuh dengan vitamin seperti Vitamin A, B6 dan C, tembikai juga dibungkus dengan likopena dan asid amino, semuanya bergabung untuk menyumbang ke arah kulit yang sihat, membantu sistem imun, dan mendapat manfaat daripada antioksidan.
Arginine (asid amino) penting dalam badan kita dan membantu peredaran darah di kulit kepala. Tembikai secara semula jadi mengandungi banyak sitrulin yang meningkatkan tahap arginin dan baik untuk mengalakkan pertumbuhan rambut.
Tembikai dibungkus dengan Vitamin C, yang membantu tubuh anda menggunakan zat besi. Bagi memastikan bahawa cukup zat besi di dalam sel darah merah anda untuk membantu membawa oksigen ke folikel rambut, meningkatkan rambut yang sihat. Kolagen juga diperlukan untuk pertumbuhan rambut yang sihat dan tembikai membantu melancarkan pembentukan kolagen.
Minyak Biji Tembikai adalah minyak yang sangat ringan, yang membantu melembapkan dan berfungsi dengan baik dalam syampu tembikai.
Kulit kering boleh menyebabkan penampilan yang kusam dan kering, tetapi tembikai mempunyai kandungan air yang tinggi membantu menjaga kulit agar tetap terhidrasi dan lembap. Ini dapat membantu menjadikan kulit anda anjal dan kelihatan hebat.
Tembikai mengandungi bahan semula jadi yang membantu mengecutkan tisu badan. Ini pada dasarnya bermaksud bahawa tembikai adalah toner semula jadi yang dapat membantu menyegarkan kulit.
Seiring bertambahnya usia, kulit kita menjadi semakin nipis dan kurang pulih dari kerosakan. Tubuh kita penuh dengan ‘radikal bebas’ yang merosakkan sel dari masa ke masa dan boleh dikaitkan dengan penyebab penuaan kulit. Tembikai penuh dengan antioksidan seperti likopen dan juga vitamin C dan A yang membantu mengurangkan radikal bebas yang dapat melambatkan tanda-tanda penuaan. Pengambilan Vitamin A dapat mendorong pertumbuhan sel kolagen dan elastin yang membantu kulit anda kekal muda dan kenyal.
Tembikai dibungkus dengan Vitamin A, mengurangkan saiz pori kulit dan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum anda. Tembikai dipercayai dapat mengatasi jerawat kerana sifat ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.