Pemilihan eksfoliasi muka yang sesuai sangatlah penting. Tersilap membeli skrub, mungkin akan rugi dan memudaratkan wajah anda! Anda mungkin memperolehi skrub yang tidak efektif jika mementingkan harga semata-mata.

Pelbagai persoalan apabila berniat untuk membeli dan memilih skrub. Penting ke skrub muka? Kenapa tak guna pencuci muka biasa sahaja? Anda perlu tahu, kadangkala terdapat banyak sel-sel kulit mati yang masih berada pada kulit muka kita.
Sel kulit mati menjadikan kulit anda kusam,berjerawat dan mungkin tampak tidak sihat. Lebih teruk lagi, penyerapan serum mungkin berkurangan jikalau anda menggunakan serum ataupun rejim kecantikan yang lain.

Oleh itu penggunaan skrub pada kulit muka sangat penting dalam mempercepatkan penyingkiran sel kulit mati. Pengelupasan juga membenarkan sel-sel baru yang lebih sihat akan cepat bertumbuh!
Sebenarnya amat mudah untuk memilih produk skrub khas untuk muka yang berkesan! Anda hanya perlu menitikberatkan perkara berikut:

  • Cari produk yang telah terbukti, dibeli, digunakan oleh ramai pengguna. Semakin banyak, semakin bagus!
  • Lihat testimoni pengguna, kena baca testimoni yang boleh diperolehi di ruangan komen produk.
  • Lihat rating, 4 bintang keatas adalah baik, namun perlu lihat jumlah pembeli juga.
  • Cuba selidik produk yang dipilih melalui google.
  • Pastikn sesuai dengan kulit anda! Kulit berminyak? dapatkan scrub kulit berminyak. Lebih selamat, beli produk yang sesuai dengan semua jenis kulit!

Pilih skrub yang terbaik dan sesuai dengan bajet anda. Sebaiknya, anda meminimakan penggunaan skrub. Paling afdal, hanya gunakan 2 atau 3 kali seminggu sahaja. Ini antara pilihan skrub terbaik.

1. Scrubdistrict Whitening Face

Malaysia skrub viral no 1, diimport dari Korea. Sangat laris! Boleh digunakan sebagai skrub muka, badan dan mask muka. Jimat dengan 1 Jar 350gm tahan untuk 1-2 bulan penggunaan setiap hari. Putihkan kulit muka dan hilangkan jerawat. Mesti cuba untuk anda yang ada masalah jerawat degil. Hilangkan parut-parut hitam, parut jerawat dan jeragat. Putihkan ketiak hitam, celahan peha dan jerawat belakang badan. Kulit lebih flawless putih.

2. NIVEA White Pearl Glowy

Skrub muka yang diperkaya dengan 90% ekstrak Pure Pearl yang mana terbukti berkesan menyerahkan kulit 10 kali ganda berbanding dengan vitamin C. Membersih dengan lembut, membuang sel kulit mati, menjadikan kulit lebih cerah dan lembut! Mengembalikan lembapan dan tahap hidrasi kulit.

3. Eversoft Apricot

Mengandungi 100% ekstrak Aprikot dan Mulbery Organik yang berfungsi untuk meremajakan kulit. Bead Mikro berfungsi sebagai agen pembersih skrub yang menanggalkan blackhead, kotoran dan sel kulit mati. Juga berfungsi meyingkirkan lebihan minyak bagi menghalang berlakunya blackhead dan whitehead pada masa akan datang.

4. ESt. Ives Gentle


Produk yang sangat laris dengan lebih daripada 3k+ testimoni positif dan pembelian daripada pengguna! Pastinya merupakan skrub yang terbaik di Malaysia! Terdiri daripada 4 pilihan. Mana satu pilihan anda?
Aprikot: Menanggalkan sel-sel kulit mati, digantikan dengan sel baru yang lebih cantik berseri, cerah dan sihat!
Green tea: Menanggalkan blackhead dan membersih jauh ke liang roma. Jerawat hilang!
Oatmeal: Mengembalikan penghidratan, melembutkan kulit.
Pink Lemon & Orange: Menghilangkan kecacatan kulit seperti tona tidak sekata, kemerahan atau kulit kusam. Menghasilkan kulit yang cantik & sihat!

5. BIOAQUA Exfoliating

Agak murah, tetapi sememangnya disukai ramai disebabkan keberkesanannya! Menanggalkan sel kulit mati dengan lembut. Mencerahkah serta menjadikan muka lebih lembut. Mengawal penghasilan sebum.

6. LOreal Paris White Perfect


Jenama yang tidak asing lagi di Malaysia. Skrub anti kulit kusam. Membersihkan liang roma dengan lembut, menanggalkan sel-sel kulit mati. Glycerin membantu mengekalkan kelembapan.

7. LOreal Men Charcoal


Skrub khas untuk lelaki Asia dan sememangnya sangat popular di Malaysia. Skrub ini bersifat lembut yang dapat mengawal minyak pada wajah juga mengatasi masalah blackhead. Diformulasi dengan kombinasi kuasa magnetik arang dengan 2000 beads, membersihkan secara mendalam, membersihkan liang roma tersumbat dan membuang sel-sel mati.

8. Tea Dud Tender Exfo


Mendapat pembelian lebih daripada 300+ pengguna, dengan rating 5 bintang menjadikan produk ini antara yang terbaik! Sesuai untuk kulit berminyak dan kulit kombinasi.
Fungsi:

  • Mengatasi kulit kusam
  • Membuang sel kulit mati tanpa merosakkan permukaan kulit.
  • Mengawal penghasilan minyak
  • Mengurangkan blackhead & whitehead
  • Memperbaiki hidrasi dan kelembaban kulit
  • Memperbaiki kadar serapan khasiat untuk kulit
  • Penggunaan makeup yang lebih mudah!

9. Odeon Face and Body


Mendapat maklumbalas yang sangat positif dari kebanyakan pengguna. Kesan dapat dilihat seawal 3 hari selepas menggunakannya! Kulit menjadi flawless tanpa jerawat! Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak sesuai untuk kulit sensitif.

10. Garden of Eden Exfoliating

Kandungan utama skrub ini rice beads sebagai pengupas semulajadi, menanggalkan sel kulit mati pada muka manakala ekstrak Pomegranate membantu melembap, memperbaiki dan menjaga kulit. Ekstrak Akar Licorice memutihkan kulit dengan bantuan minyak olive pula membantu proses penyingkiran sel kulit mati dan kulit terhidrat. Mengandungi 3 minyak yang mempunyai fungsi tersendiri seperti minyak jojoba menggalakkan hidrasi kulit, gerenium essential oil mengurangkan radang dan pepermint essential oil melegakan kulit.

11. BADLAB Dirty Deeds

Antara skrub muka yang terkenal. Menerima maklumbalas yang positif. Berkuasa menanggalkan kotoran, debu dan menjadikan wajah segar dan bertenaga.

12. Good Virtues Co Black Seed


Memperbaiki permukaan kulit muka menjadikannya lebih cerah. Lebih lembut. Nutrien semulajadi, mineral dan anti oksida yang memperbaiki, mengembalikan dan meremajakan!

13. Bougas Beauty Scrub

Menjadikan kulit lebih lembut dan bersinar. Menanggalkan kotoran daripada kulit. Mengeluarkan blackhead & whitehead. Melambatkan kesan penuaan.

14. SIMPLE Smoothing Facial Scrub


Skrub yang telah diuji secara klinikal dan terbukti tidak mendatangkan kesan buruk terhadap muka. Merupakan kombinasi pelbagai vitamin dan pengupas mesra kulit yang berupaya menanggalkan sel-sel kulit mati. Menjadikan sel baru tumbuh subur, hasilnya, wajah yang bersinar dan kulit muka yang cantik!

15. Neutrogena Deep Clean


Eksfoliasi yang membantu menanggalkan blackhead daripada hari pertama penggunaan, menghalang daripada ianya terbentuk kembali, untuk kulit yang sihat dan bersih! Ramuan semulajadi dan terbukti dapat mengawal penghasilan minyak. Membantu membersih dan memperbaiki liang roma kulit muka.

16. SUKIN ORGANIC

Partikel lembut daripada ekstrak buluh dan serbuk tempurung kacang walnut membantu menanggalkan kotoran daripada permukaan kulit muka Kombinasi Aloe Vera dan Chamomile melegakan kulit, manakala minyak jojoba, bijan dan rosehip menghidratkan kulit, menjadi sangat lembut dan bersih! Sangat sesuai untuk semua jenis kulit.

Pengelupasan memerlukan masa untuk sel-sel kulit baru tumbuh. Jangan terlalu kerap melakukan aktiviti penngelupasan, jika terlalu kerap buat eksfoliasi muka, bimbang berlaku iritasi pada kulit muka, terutamanya kulit yang sensitif!

Tips penting jika ingin lakukan eksfoliasi?

  • Elakkan mengosok terlalu kuat dan kerap. Paling kerap 2 atau 3 kali seminggu sudah cukup.
  • Elakkan skrub keatas jerawat! Mengapa? jerawat menjadi lebih teruk, mungkin kuman pada jerawat tadi akan tersebar, lagi banyak jerawat tumbuh pulak!
  • Kulit berminyak disarankan perlu lakukan skrub muka! Hakikatnya, kulit muka berminyak menyimpan dan memerangkap lebih banyak kotoran dan minyak. Juga mempunyai sel kulit mati yang tebal!
  • Jika pertama kali melakukan eksfoliasi, lakukan secara berperingkat, sekali seminggu..kemudian 2 kali seminggu. Beri masa kulit wajah anda biasakan bahan aktif scrub.
  • Inginkan parut lebih cepat pudar? Lakukan skrub terlebih dahulu sebelum menggunakan serum! Perubahan ketara lebih cepat berlaku pada wajah anda!

SUMBER: INFO SANTAI

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI