Seperti yang kita sedia maklum, pelakon wanita Malaysia berketurunan Cina, yang pernah popular menerusi watak Lucy dalam sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu pada era 1990-an kini telah memeluk agama Islam sebaik bergelar isteri kepada pelakon veteran, Sabri Yunus.
Ardini Angeline Tan merupakan nama Islam yang dipilih oleh Sabri sendiri khusus buat isteri tercinta apabila mereka selamat diijabkabulkan pada 14 Oktober lalu.
Angeline Belajar Agama Dengan ‘Ustaz’ Sabri Yunus Dulu
Mengulas lanjut tentang bagaimana dia mempelajari Islam sebagai seorang saudara baharu, Angeline mendedahkan bahawa ia bukan perkara yang mudah. Namun, bebrsyukur kerana dikelilingi oleh insan-insan baik yang sudi berkongsi ilmu agama bersama dirinya.
Jelasnya lagi, dek kerana jadual tuntutan kerja yang mulai padat, dia belum sempat untuk menghadiri mana-mana kursus agama untuk memantapkan iman sebagai seorang mualaf.
“Sebenarnya selama ini, abang Sabri adalah ustaz Angeline. Dia yang bimbing Angeline. Saya belum lagi sempat hadiri kursus agama.
“Tapi saya banyak belajar dari abang, orang sekeliling dan juga ustaz-ustaz lain yang abang kenal dan mereka banyak beri ilmu kepada saya.
“Malah, abang selalu ada masa untuk terangkan kepada saya tentang konteks-konteks dalam Islam. Jadi buat masa ni, saya belajar dengan ustaz Sabri Yunus dulu,” jelasnya sambil senyuman manis terukir di bibir.
Angeline berkata demikian ketika ditemui team NONA pada majlis resepsi perkahwinan yang ketiga, berlansung di Rose Hall, Glo Damansara Mall pada Ahad lalu.
Tak Merancang Berhijab Pada Mulanya, Namun Terbuka Hati Setelah Memahami Islam
Ads
Menurut Angeline, pada awalnya dia tidak berhasrat untuk segera menukar imej sekarang kepada imej wanita muslimah. Namun, setelah memahami konsep menutup aurat dalam Islam, dia mula terbuka hati untuk berhijab.
“Masa saya mula hendak memeluk Islam, saya tidak merancang untuk memakai tudung. Kemudian setelah saya pelajari tentang hijab dan melihat manfaat berhijab dan mengapa dia diwajibkan. Jadi saya tertarik untuk mengenakan hijab.
“Angeline baru memeluk Islam dan masih belajar tentang akhlak, saya percaya netizen-netizen sangat baik dan memahami serta memberi ruang kepada Angeline untuk mendalami Islam.
“Lagi satu Angeline harap, orang jangan campur aduk Angeline Tan dengan watak. Angeline minta sangat memahami Angeline. Kita ada tuntutan kerja yang perlu dilunaskan terlebih dahulu,” jelasnya.
Ads
Hijabista mendoakan agar Ardini Angeline Tan dipermudahkan segala urusan untuk mendalami agama Islam, seterusnya kekal istiqamah dalam pemakaian hijhab hingga akhirnya mampu menutup aurat dengan sempurna dan memenuhi keperluan syariah!
Sudah tentu ramai yang inginkan syurga buat perhentian buat kehidupan yang abadi. Meski pun, hidup ini iman naik dan juga turun, tetap kita ingin ada singgahsana di syurga nanti.
Jadi terdapat amalan yang boleh kita ‘book‘ tempat di syurga, bahkan boleh di amalkan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, ganjaran yang lumayan menanti suatu hari nanti buat anda.
Kita pasti telah dengar banyak kisah-kisah serta tauladan yang di nukilkan melalui hadis, sudah tentu kita sudah tahu Allah SWT telah menyebut nama-nama yang terjamin syurga buat mereka. Salah satunya sudah tentu Baginda Rasulullah SAW.
Ada juga individu-individu yang telah di nyatakan dengan jelas oleh Allah SWT dan Rasullah SAW jaminan syurga buat mereka. Antaranya adalah empat khalifah utama dalam Islam yakni Saidina Abu Bakar, Saidina Umar bin Al-Khattab, Saidina Ali dan Saidina Uthman. Malah selain dari itu, Talhah bin Ubaidillah yakni sahabat Nabi SAW yang telah tercedera teruk ketika perang Uhud juga tergolong dalam kalangan jaminan syurga.
Jangan anda khuatir, jaminan syurga bukanlah terhad hanya untuk nama-nama individu yang di sebut oleh Allah SWT serta Baginda SAW, malah anda juga boleh menempah nama di sana. Ada beberapa amalan yang telah di nyata dengan jelas untuk memberi anda peluan ‘book‘ tempat di syurga! Antaranya:
Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun dia berada dalam kebenaran. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau. Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik.” [(HR Abu Daud No: 4800) Status Hadis Hasan]
Apa yang di maksudkan adalah kebanyakan orang yang berdebat ini ingin mempertahankan dirinya di pihak yang benar. Manakala, bagi kata yang mengata pula kadang-kala berselindung di sebalik alasan yang banyak. Jadi hal begitu, ketiga amalan yang di sebut jelas tampak ringkas, tetapi memerlukan keteguhan diri dan juga iman.
Ibnu Abbas RA.anhuma pernah berkata:
“Barangsiapa yang memelihara anak yatim dan memberinya makan dan minum nescaya Allah akan memasukkannya ke dalam syurga kecuali jika dia melakukan dosa yang tidak dapat diampuni.” (HR Tirmidzi – 1840)
Seperti yang kita sedia maklum, anak-anak yatim adalah salah satu golongan yang harus kita lindungi, jaga, dan mengasihani mereka kerana tiada lagi tempat bergantung untuk mereka. Ibu dan bapa sudah tiada, jadi sebagai orang sekeliling, kita harus bantu pelihara mereka.
Pernah di nyatakan secara jelas jaminan ini melalui satu hadis yang panjang berkenaan golongan yang akan memasuki syurga tanpa di hisab. Potongan hadis tersebut seprti yang di nyatakan di bawah:
“…Baginda keluar dari rumahnya dan bersabda : Orang yang akan masuk syurga tanpa hisab adalah mereka yang tidak meminta jampi, tidak menilik nasib, tidak mencederakan dirinya dan sentiasa bertawakal kepada Tuhan.” [Riwayat Al-Bukhari (6472)]
Melihat potongan hadis itu, siapa sahaja tidak mahu jika boleh poton queue untuk ke syurga! Allah SWT maha mengetahui dan mengasihani, semua perkara-perkara yang di nyatakan di atas telah menjadi satu cabaran hebat buat umat manusia dalam keadaan hidup yang penuh pancaroba.
Tiada guna jika menggunakan jin, jampi, dan juga tangkal untuk berjaya. Kesusahan yang kita lalui pasti akan mendatangkan hasil. Allah SWT juga gemar akan mereka yang bersusah payah untuk mendapatkan ganjaran. Usaha dan teruskan usaha dalam membuat amal ibadah supaya dapat di berkati Allah WT.
Haji adalah rukun Islam yang terakhir. Sebagai seorang Muslim yang taat sudah tentu anda ingin melakukan semua rukun Islam iaitu syahadah, solat, zakat, puasa dan menunaikan haji.
Walau bagaimanapun umat Islam yang tidak dapat mengerjakan ibadah haji tahun ini dinasihatkan tidak bersedih mahu pun risau. Biarpun tidak mampu menunaikan ibadah haji kerana kekangan peraturan, umat Islam akan tetap mendapat pahala daripada Allah SWT.
KHABAR BAHAGIA BAGI YANG SEDANG DUKACITA TIDAK DAPAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI
Seseorang yang telah bersungguh-sungguh melakukan persediaan dan menanam azam yang tinggi untuk menjadi tetamu Allah namun tidak dipanggil menjadi tetamu-Nya, sesungguhnya Allah SWT menerima niat mereka untuk melaksanakannya dengan ganjaran pahala yang sempurna.
Di dalam satu hadis qudsi, ada menyebutkan bahawa Allah SWT telah berfirman:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah telah menetapkan nilai kebaikan dan kejahatan, kemudian Dia menjelaskannya. Maka siapa berniat mengerjakan kebaikan tetapi tidak dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat untuk berbuat kebaikan lalu ia mengerjakannya, Allah mencatatnya sebagai 10 sampai 700 kali kebaikan atau lebih banyak lagi. Jika ia berniat melakukan kejahatan, tetapi ia tidak mengerjakannya, Allah mencatatkan padanya satu kebaikan yang sempurna. Jika ia berniat melakukan kejahatan lalu dikerjakannya, Allah mencatatnya sebagai satu kejahatan” (HR Bukhari & Muslim, hadis sahih)
SubhanAllah, mudahnya Allah SWT nak berikan kita pahala, hanya dengan niat melakukan kebaikan sudah diberikan ganjaran. Tak semua yang kita hajatkan itu baik untuk kita, namun akhirnya takdir Allah jualah yang terbaik buat hamba-hambaNya.
Maksudnya: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 216)
Benarlah, kita hanya mampu merancang, tapi Allah yang menentukan segalanya. Berbaik sangkalah kepada-NYA. Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Walaupun tak dapat ke Tanah Suci Mekah dan Madinah, tapi sebenarnya ada banyak amalan yang ganjarannya umpama pahala haji yang boleh kita lakukan. Antaranya adalah:
SOLAT SUBUH BERJEMAAH
Daripada Anas bin Malik beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang solat subuh berjamaah kemudian duduk berzikir sehingga matahari terbit kemudian diikuti dengan solat dua rakaat, maka dia mendapatkan pahala seperti pahala haji dan umrah.” Beliau (Anas r.a.) berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Sempurna, sempurna, sempurna.” (HR Tirmizi, hadis hasan)
Maksudnya: “Seorang lelaki datang kepada Nabi Muhammad SAW berkata: “Aku ingin berjihad tetapi aku tidak mampu.” Baginda SAW bertanya kembali: “Adakah ibu bapamu masih hidup?” Lelaki itu berkata: “Ya, ibuku.” Lalu, baginda SAW berkata: “Berbuat baiklah kepada ibumu kerana ALLAH, engkau akan dapat pahala haji, umrah dan jihad jika ibumu redha kepadamu. Bertakwalah kepada Allah dan berbuat baiklah kepadanya.” (HR at-Tabrani, hadis hasan)
MENGHADIRI MAJLIS ILMU DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: “Siapa yang pergi ke masjid dengan tujuan untuk mempelajari sesuatu kebaikan atau mengajarkannya, maka baginya pahala seperti orang yang menunaikan haji dengan sempurna.” (HR al-Thabrani di dalam al-Mu’jam al-Kabir, hadis sahih)
MEMBACA UCAPAN TAHMID, TAKBIR DAN TASBIH SELEPAS SOLAT FARDHU
Maksudnya: “Pernah datang sahabat yang miskin kepada Nabi SAW lalu berkata, “Orang-orang kaya, dengan harta benda mereka itu, mereka mendapat kedudukan yang tinggi, juga kenikmatan yang abadi. Mereka melaksanakan solat seperti juga kami melaksanakan solat, mereka puasa sebagaimana kami juga puasa. Namun, mereka memiliki kelebihan disebabkan harta mereka, sehingga mereka dapat menunaikan ibadah haji dengan harta tersebut, dapat melaksanakan umrah bahkan dapat berjihad dan bersedekah.” Maka Rasulullah pun bersabda: “Mahukah aku sampaikan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu ambil (sebagai amal ibadah) kamu akan dapat mengatasi (darjat) orang yang sudah mengalahkanmu. Dan tidak akan ada yang dapat mengalahkanmu dengan amal ini sehingga kamu menjadi yang terbaik di antara kamu dan di tengah-tengah mereka, kecuali apabila ada orang yang mengerjakan seperti yang kamu amalkan ini. Iaitu kamu membaca tasbih (Subhanallah), membaca tahmid (Alhamdulillah) dan membaca takbir (Allahu Akbar) setiap selesai solat sebanyak tiga puluh tiga kali.” (HR Bukhari, hadis sahih)
SOLAT FARDHU JEMAAH DI MASJID
Daripada Abu Umamah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesiapa yang keluar dari rumah dalam keadaan suci untuk menunaikan solat fardu, pahalanya seperti menunaikan haji.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
Semoga dengan melakukan amalan ini dapat memberikan ganjaran serta memujuk hati para jemaah yang telah bersedia menunaikan haji namun tidak direzekikan untuk menjadi tetamu Allah SWT pada tahun ini.
Jika anda mengikuti rutin penjagaan kulit wanita Korea, anda akan mengetahui bahawa beras adalah salah satu bahan kecantikan yang paling popular digunakan oleh mereka.
Wanita Korea umumnya cenderung memiliki kulit yang cantik, yang secara semula jadi segar dan bercahaya dan sebab utama di sebalik perkara yang sama adalah penggunaan beras dalam kebanyakan rutin penjagaan kulit mereka.
Jom hijabista kongsikan cara paling berkesan, anda boleh menggunakan beras untuk mendapatkan kulit super glowing dalam beberapa minit sahaja.