Pernahkah kita terasa kesempitan hidup? Rasa kekurangan wang dan segala-galanya tidak cukup. Hidup pun rasa tak tenang je…
Hmm, mungkin sebenarnya Tuhan merindui untuk mendengar rintihan kita dan mengadu kepadaNya. Oleh itu, berbaliklah kepada Allah bagi memohon agar segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan.
Bagi menjemput rezeki, anda bolehlah mencuba amalan yang dikongsikan ini selepas solat. Walaupun penat, itu semua tidak mengapa kerana segala lelah kita di dunia ini berbaloi jika kita niat kerana Allah.
Sebelum kita melakukan sesuatu, ingatlah segala niat kita hanya untuk Allah SWT. Moga hidup kita semua diredhai dan amalan-amalan kita ini diterima olehNya. InsyaAllah.
Setiap insan itu diberi hidayah dalam pelbagai cara. Dan sememangnya hanya insan yang terpilih oleh Allah untuk menerima hidayah dari-Nya. Seperti juga perkongsian seorang gadis mualaf ini yang sudah hampir tujuh tahun memendam rasa ingin memeluk Islam dan akhirnya keinginan itu tercapai.
Menulis perkongsiannya di laman twitter menggunakan akaun nama @neythrose hingga viral, nyata kisahnya ini memang memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang masih belum terlambat untuk berhijrah atau berubah ke arah suatu kebaikan.
Apa yang menariknya menurut gadis ini juga dia sangat beruntung kerana mendapat sokongan dari ahli keluarga dan insan yang berada di sisinya sepanjang perjalanannya dalam memeluk agama barunya ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mengalami masalah saraf pada kedua-dua kakinya sejak lahir bukan menjadi penghalang buat Nadiatul Nabilah Mazli menamatkan pengajiannya di GIATMARA Kuantan, Pahang.
“Hidup ini bukan seperti kisah Cinderella yang penuh dengan keajaiban yang menawan tetapi perlukan usaha dan sikap tidak pernah berputus asa untuk mencapai impian”-Nadiatul Nabilah Mazli.
Kisah hijabi ini wajar dijadikan inspirasi buat ramai. Meskipun fisiknya tidak sempurna, gadis ini tidak patah semangat untuk meneruskan pelajaran dalam bidang Graphic Design & Advertising di GIATMARA Kuantan. Bahkan, sebelum ini, Nadiatul sudahpun memiliki Diploma Pengurusan Perniagaan dari Kolej Antarabangsa Perniagaan dan Pengurusan di Cheras, Kuala Lumpur.
Nadiatul Nabilah akui bersyukur perjalanannya di GIATMARA berjalan lancar walaupun tergolong sebagai graduan Orang Kurang Upaya (OKU).
“Walaupun saya memerlukan tongkat dan kerusi roda untuk bergerak, namun ALLAH tetap memberikan saya kejayaan dalam pengajian. Alhamdulillah” ujar gadis ini melalui Sinar Bestari.
Selain itu, anak kelahiran Kuantan ini mengatakan bahawa GIATMARA banyak membantunya terutama dalam melengkapkan ilmu kemahiran dalam reka bentuk grafik. Dia berasa seronok sepanjang pengajiannya. Nadiatul juga sempat menyatakan bahawa pusat latihan kemahiran tersebut berjaya membentuk peribadi mulia dan melahirkan pelatih berkemahiran yang mampu menonjol dalam bidang masing-masing.
Nadiatul memanjatkan rasa syukur apabila diterima untuk belajar di GIATMARA kerana dia bukanlah datang daripada keluarga yang senang.
“Alhamdulillah, di GIATMARA ini, saya hanya perlu membayar RM200 sahaja sepanjang pengajian sehinggalah tamat praktikal. Malah, GIATMARA juga memberikan elaun khas sebanyak RM200 sepanjang belajar di sini.
“Dengan elaun ini, dapatlah menampung sedikit sebanyak perbelanjaan peralatan pengajian, minyak motor, makan dan minum serta banyak lagi,” jelas anak sulung daripada tujuh adik beradik ini.
Gadis ini juga sempat berkongsi bahawa pelbagai permohonan pekerjaan telah diisi sebelum ini, namun keputusan yang diterima sangat mengecewakan. Rata-rata majikan tidak menerimanya bekerja atas sebab kecacatan yang dimiliki.
“Kata mereka, adakah saya mampu bekerja dengan baik dan dapat bergerak ke sana sini terutamanya jika perlu naik dan turun tangga,”
“Saya sedar diri tidak sempurna, namun adakah disebabkan itu saya tidak boleh bekerja ‘makan gaji’ seperti orang lain?” luahnya lagi.
Singkat diulas, Nadiatul Nabilah menyatakan bahawa tiada siapa pun di dunia ini yang mahu dilahirkan dalam keadaan tidak sempurna. Namun sebagai manusia, dia menerima segala ketentuan daripada Allah SWT dan yakin setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
Kini, gadis tersebut telah berjaya membuka perniagaan sendiri iaitu Syarikat Anne Nadia Creative Solution. Syarikatnya juga menawarkan perkhidmatan reka bentuk latar pentas, sepanduk, resume, tag nama, penanda arah, kad kahwin dan sebagainya untuk keperluan masyarakat. Nadiatul Nabilah juga sempat menitipkan pesanan kepada golongan OKU agar terus berusaha dan tidak berputus asa dalam apa jua perkara yang dilakukan.
Sumber info dan gambar: Sinar Bestari, Facebook GIATMARA Pagoh dan Anne Nadia
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Biasalah hidup sebagai suami isteri pasti ada turun naik dalam perhubungan. Bukan sahaja yang lama, tetapi yang baru juga tak terlepas daripada dugaan berumah tangga. Ada masanya tidak salah bergurau manja dan ada kalanya juga berlaku ‘gaduh-gaduh manja’. Orang kata barulah merasai nikmati sebenar dalam berumah tangga.
Maklumlah orang perempuan ini kita tidak tahu sejauh mana merajuknya. Lebih-lebih lagi jika tidak dapat barang yang dihajati. Namun kuasa wanita ini sebenarnya terletak pada mulutnya yang manis tika berbicara. Hati lelaki boleh cair jika isteri memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ dengan suara cukup lembut.
Seperti perkongsian Ustaz Abdullah Khairi yang mana menceritakan pengalamannya mengikut isterinya membeli belah selama berjam-jam. Walaupun tengah manis (ketika bulan puasa) tetapi dek kerana panggilan manja yang cair di telinga itu menyebabkan dia mengikut sahaja kehendak isteri tersayang.
Daripada cerita Ustaz ini, memang benar wanita ini daya penariknya adalah pada mulutnya. Jika dia bersuara cukup lembut dan menggoda pasti segala rasa marah (jika salah) akan lenyap begitu sahaja. Isteri disarankan menggunakan nada sayu ketika meminta pertolongan pada suaminya. Nescaya suami akan terus menuruti kehendak isterinya.
Jom dengar perkongsiannya yang boleh kita gunakan untuk dijadikan panduan dalam melayari kehidupan berumah tangga. Baik yang sudah lama atau baru berkahwin boleh ikut petua dimaksudkan Ustaz ini. Insya-Allah berkekalan hingga ke jannah.