Penurunan berat badan bukanlah satu perkara yang mustahil, Pelbagai cara menurunkan berat badan terutama mengehadkan pengambilan makanan berkalori tinggi dan bersenam setiap hari. Menurut pakar pemakanan Orlando Magic, Tara Gidus, ada beberapa makanan yang dapat membantu fungsi pembakaran lemak dipanggil termogenik. Makanan termogenik membakar lebih banyak kalori.

Penulis buku Weight Loss: The Alternative Medicine Guide menjelaskan, makanan pembakar lemak mempunyai tiga karakter iaitu mengandungi protein, lemak dan serat yang tinggi. “Makanan ini walaupun mengandungi lemak, ia memerlukan tenaga ketika proses penghadamannya. Ini membuatkan proses pembakaran lemak menjadi lebih cepat,” ujarnya.

Pasti ramai mengalami masalah lemak berlebihan di sekitar tubuh. Lebih-lebih lagi hijabi yang baru melahirkan anak. Walaupun sebagai muslimah yang berpakaian sopan, lemak-lemak tersebut pasti tidak kelihatan di mata kasar orang ramai. Namun, kehadiran lebihan lemak ini pasti boleh mempengaruhi tahap keyakinan diri hingga menjadi sangat rendah.

Tahukah anda, selain senaman yang kerap, lemak di tubuh juga boleh dibakar dengan memilih diet dan pemakanan yang betul. Jom kita semak 10 makanan yang boleh membantu membakar lemak yang ada di tubuh.

1.Oat

Antara makanan popular yang lambatkan rasa lapar sebab makanan bijirin penuh begini perlukan banyak tenaga untuk dicernakan, jadi tubuh akan bakar lebih kalori bila oat ini dimakan. Nak menikmati rolled oat ini, paling mudah campur sahaja dengan susu. Atau boleh juga dibuat overnight oat. Oat mengandungi fiber yang membantu dan menstabilkan paras kolestrol dalam darah.

2. Telur

IKLAN

Telur merupakan sumber makanan yang kaya dengan protein dan rendah kalori. Telur membantu membina otot badan dan kolestrol yang baik. Ramai juga pengamal diet telur dengan pelbagai menu mudah yang berasakan telur

3. Epal

Epal adalah antara buahan yang kaya dengan bahan antioksidan dan suplemen lain yang kuat. Paling utama, ia mengandungi Pectin yang membantu mengurangkan sel lemak dalam tubuh.

4. Bawang Putih

Bawang putih pula mengandungi Allicin yang mempunyai sifat-sifat anti-bakteria yang membantu mengurangkan kadar lemak sekaligus menghapuskan kolestrol yang tidak baik.

5. Madu

Selain dari menjadi makanan sunnah, madu juga merupakan antara makanan terbaik untuk membakar lemak. Hanya tambahkan satu sudu madu kedalam air suam dan amalkannya setiap awal pagi.

IKLAN

6. The Hijau

Teh hijau mula menjadi minuman pilihan terutamanya bagi mereka yang menjaga kesihatan beberapa tahun kebelakangan ini. Ia sangat efektif untuk mengurangkan berat badan. Teh hijau mengandungi epigallocatechin yang merangsang sistem saraf tanpa meningkatkan kadar denyutan jantung. Dipercayai dengan meminum teh hijau disertai amalan senaman mampu membakar lebih banyak kalori berbanding mereka yang bersenam tanpa meminum teh hijau. Tapi elakkan mengambil shake teh hijau dengan krim atau gula berlebihan, itu dah tambah lagi banyak kalori! Hanya amalkan 2 cawan sehari untuk hasil yang lebih baik.

7. Kopi

Penggemar kopi mesti suka dengar ini. Suatu kajian mengatakan purata kadar metabolik mereka yang meminum kopi berkafein adalah 16% lebih tinggi berbanding mereka yang meminum kopi tanpa kafein. Jadi, bolehlah teruskan minum kopi untuk bakar lemak. Kalau dapat minum kopi o panas, sedap ni kan. Tapi elak ditambah gula atau susu berlebihan, susahlah nak kurus nanti.

Maka, pilih makanan yang dapat tingkatkan metabolisma badan anda agar terbakar segala lemak yang terkumpul. Nak lebih efektif? Pastinya dengan amalan bersenam yang konsisten.

8. Tomato

Tomato membantu pembakaran lemak dalam masa yang singkat. Selain itu, tomato juga didapati merupakan makanan anti kanser. Jadi, tidak salah untuk mula menjadikan tomato sebagai salah satu makanan diet anda mulai hari ini

9. Dark Chocolate

IKLAN

Kegemaran setiap wanita! Dark chocolate mengandungi Flavonoids, iaitu sifat anti-radang yang membantu mengurangkan kadar kolestrol di dalam badan. Ia meningkatkan pertumbuhan serotonin di dalam darah dan juga membakar lemak.

10. Cili

Suka makan pedas? Untunglah, bahan kimia yang dikenali sebagai capsaicin yang terdapat pada cili dikatakan dapat membakar kalori. Menurut kajian, hidangan pedas mampu tingkatkan metabolisme hingga 25% selama 3 jam selepas makan. Best kan? Bolehlah amalkan dengan menambah satu sudu cili hiris ke dalam hidangan sekali sehari.

“Sebagai pencinta makanan pedas sendiri, saya mendorong rakyat Malaysia untuk menambahkan cabaran mereka ke tahap pedas dengan mencuba kemudian subsand baru menambah lebih banyak serpihan cili!” Subway’s Spicy kata Encik Shariff Pengarah Subway Malaysia.

Subway Hot Pepper Chicken

Menu segar Subway Malaysia mencipta keseimbangan yang hebat antara kegemaran klasik Subway terkenal dengan kombinasi rasa baru, seperti Bulgogi Chicken dengan keju mozzarella, Breaded Chicken Cutlet dengan sos Mayo pedas dan Smoky Chicken dengan sos Lada Panas. Di samping itu, menu baru termasuk keju yang lazat seperti hirisan cheddar dan keju mozzarella, tiga sos baru –spicymayo, lada panas dan keju; sayur campur, serpihan cili dan bahan tambahan seperti alpukat dan cendawan cincang. Sebilangan besar makaroni & keju juga disediakan sebagai iringan sempurna bagi mereka yang menginginkan sesuatu yang sedikit lebih merosot dari makanan mereka.

Subway Spicy Mayo Chicken

Mayo Chickensub menampilkan ayam yang diasinkan dalam pembuatan semula krim yang diilhami Selatan dan sos Lada Panas panggang yang dimasak dimasukkan ke dalam kepingan ayam lembut untuk Hot Pepper Chickensub.

Rakyat Malaysia dijemput untuk menikmati Subsand Hot & Spicy berkongsi pengalaman mereka di media sosial dengan hashtag #taspedas. Subsare edisi terhad baru boleh didapati melalui makan malam atau makanan dari semua restoran Subway atau melalui penghantaran melalui Foodpanda dan Grab Food mulai hari ini.

Jadi, sudah tahu apa makanan yang harus dipilih? Semestinya, dalam apa jua yang kita ambil, kita hendaklah berpada-pada. Makanan yang elok pun, sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan makanan tersebut menjadi tidak elok pada tubuh kita. Selain itu, menjaga pemakanan sahaja tidak mencukupi untuk membakar lemak. Rutin senaman yang konsisten, dan pengambilan air kosong yang mencukupi juga merupakan antara faktor kejayaan. Elakkan pengambilan pil kurus yang banyak ada dijual di pasaran. Ia bukan sahaja tidak elok, malah dikhuatiri memudaratkan kesihatan badan untuk jangka masa yang panjang.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI