Kulit berjerawat pastinya membuat seseorang itu kurang keyakinan diri. Sememangnya menggugat emosi dan membuatkan seseorang berasa malu, sedih dan kurang yakin diri apabila berhadapan dengan orang sekeliling.

Kulit yang kemerahan, tidak sekata dan bernanah bukan saja membuatkan seseorang segan untuk keluar rumah dan berjumpa orang lain, malah ia turut membuatkan mereka tidak dapat bergaya dengan yakin.

Jika anda berhajat untuk mencuba cara semula jadi, apa kata cuba tip merawat breakout seperti yang dikongsikan oleh Saleha Maarof.

MASKER RAWAT MUKA BREAKOUT GUNA 2 BAHAN SAHAJA

Siapa tahu tip kecantikan rawat muka yang tengah breakout ni. Mudah jee kan tak banyak nak keluar modal pun. Pastu banyak pulak kebaikan pada kulit wajah kita.

Tip Ini sesuai untuk korang yang dah tersalah guna produk lambakan dipasaran sekarang.

IKLAN

So, untuk merawat dan bagi muka rileks semula, detox dulu ye cara ni.

Petua mudah ini In Shaa Allah membantu memulihkan kulit anda.

BAHAN-BAHAN:
Sebiji tomato ( dah masak ranum)
1 sudu besar lemon

IKLAN


CARA-CARA MEMBUAT DAN MENGGUNAKANNYA:
1. Basuh bersih, potong 4 tomato dan lenyekkan je guna tangan tomato tu dah lembut bagi hancur semua ye. Takperlu kisar pun tau. Bagi texture dia kasar macam dalam gambar.
2. Perahkan sesudu besar buah lemon.


3. Campur kedua dua bahan tersebut. Lepastu kacau lah bagi kedua dua bahan tu sebati elok ye.


4. Cuci muka dengan air suam dulu, bagi liang pori terbuka. Dan boleh lah letak bahan ni kat muka korang. Baca Bismillahirohmanirohim dulu ya.
5. Biarkan dalam 15 ke 20minit ye. Baru bilas dengan air bersih ye.

IKLAN

KEBAIKAN LAIN MENGGUNAKAN MASKER INI:
1. Merawat kulit dari parut jerawat
2. Merawat dari kesan kusam
3. Tegangkan dan anjalkan kulit muka
4. Merawat masalah jeragat
5. Membantu mengecutkan jerawat
6. Menjadikan tona kulit jadi sekata

Buah lemon ini ada Vitamin C dan antioksidan jadi ia baik sangat untuk glowingkan muka kita.

Amalkan tip kecantikan dan merawat muka dari breakout ini 3 kali dalam seminggu ye.

Inshaa Allah kulit muka akan beransur baik dan berseri semula.

Sumber kredit: Saleha Maarof

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI