Memang sedap makan epal! Epal antara pilihan snek sihat yang membekalkan pelbagai khasiat sekiranya diamalkan setiap hari.

Epal kaya nutrisi dan baik untuk kulit dan tubuh kerana tinggi dengan kandungan serat, kaya antioksida dan vitamin C.

Laporan kajian kesihatan dari Amerika Syarikat, mendedahkan sebiji epal hijau mengandungi 14 gram (g) karbohidrat manakala epal merah pula 15 g karbohidrat.

Jika anda berhajat untuk mengamalkan regim kecantikan menggunakan epal, boleh cuba cara Suzy Honey ini.

PETUA GUNA BUAH EPAL UNTUK KECANTIKAN WANITA

Semua orang suka makan epal, kan? Selain rasanya yang enak, ternyata buah ini mempunyai khasiat dan manfaat bagi kesihatan anda semua. Mana taknya, banyak vitamin C dan kaya akan zat antioksidan tau.

Jom kita semak sekejap, apa manfaat epal bagi manusia terutama kita ni semua sebagai wanita.

HILANGKAN MATA PANDA

IKLAN

Akak tahu kalian suka tengok panda. Rasa mereka ni semua comel,kan? So, kalian nak jadi macam mereka. Itu yang semua suka tidur lambat tu. Atau selalu kurang tidur. Itu yang ada lingkaran hitam sekitar mata. Ini semua petanda tak sihat tau. Metabolisme tubuh terganggu.


.

Caranya, kalian sapukan potongan buah epal itu di sekitar lingkaran hitam tersebut. Kemudian tekap buah epal itu tersebut pada kelopak mata. Tekan sedikit saja dan biarkan beberapa minit.

Ini membantu hilangkan area hitam tu tau! Hihi.

HILANGKAN KERUTAN DI WAJAH

IKLAN

Kerutan ini biasanya terjadi bila kita terlalu stress atau faktor penuaan. Namun, kalian tidak perlu khuatir ye kerana masker epal berikut ini akan bantu hilangkan semua itu.

Caranya, blendkan buah epal lalu campur putih telur. Sampailah rata.

Sapukan terus adunan tersebut ke wajah secara merata sebagai masker. Biarkan selama 30-40 minit. Sampailah ia kering sendirinya. Lalu bilas dengan air bersih ye.


.

IKLAN

Banyak lagi khasiat yang ada pada buah ini. D isamping untuk kecantikan, ia juga boleh turunkan kadar kolestrol dengan memakan 2 buah epal setiap hari.

Payudara anda juga bertambah sihat jika makan buah epal ini secara teratur. Bolehlah elak penyakit breast kanser dari awal.

EPAL MERAH ATAU HIJAU?

Lazimnya ramai memilih epal hijau berbanding merah kerana mengandungi lebih banyak nutrisi terutamanya di bahagian kulit. Sebaiknya jangan buang kulitnya.


.

Cuka dalam epal berupaya merawat masalah penghadaman kerana kandungan antibiotik, melegakan sakit tekak selain mengurangkan kadar kolesterol.

Sumber kredit: SuzyHoney

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI