Siapa yang tak mahu langsing kan? Pasti hijabi gigit jari! Ramping tidak hanya menarik untuk dilihat. Apa sahaja pakaian yang sesuai, pakai sahaja apa yang mahu dengan pantas. Tapi, hendak langsing amat susah, betul tak?

Jom, kenali ciri-ciri bentuk badan dan lakukan petua atau cara diet secara semula jadi berdasarkan 4 cara diet ini:

1. THE CONTROLLER

Biasanya anda dalam kelompok ini berdada sedang dan ukuran lengan pendek. Tip langsingadalah makan sayur, buah, dan aerobik.

Anda yang jenis Controller, biasanya berdada sedang. Ukuran badan pendek dan kaki juga cukup tinggi. Kepala anda bulat dan lebar. Tubuh kotak atau persegi panjang. Lazimnya, anda aktif di pagi hari.

Jenis ini tidak sulit mencapai berat badan yang diidamkankan. Untuk langsing, ia harus sering makan sayur dan buah hijau, dan protein non-susu (telur, daging merah, ikan, dan kacang segar). Makanan yang boleh dimakan dalam jumlah sedang adalah buah non-hijau dan semua jenis biji-bijian. Perlu dielak adalah gula, makanan bertepung, olahan susu, dan kafein.

Makanlah sayur lebih banyak dibandingkan buah. Sarapan teratur, makan siang cukup, dan makan malam yang ringan. Kudapan snek cukup apel, mangga, dan teh herba. Lengkapi dengan aerobik agar imuniti tubuh kuat.

IKLAN

2. THE ADRENAL

Mereka yang payudaranya besar, tapi pinggul kecil. Makanan pasta gandum dan kurangkan lemak daging cara dietnya.

Hijabi Adrenal berpayudara besar, tetapi pinggul dan tubuh bahagian bawah kecil. Ia mudah naik berat badan di sekitar seluruh tubuh. Ditambah lagi lipatan lemak di punggung, dada, dan perut. Rata-rata badan anda tinggi. Lengan dan kaki proporsional dengan tangan berbentuk kotak dan jari-jari sederhana panjang. Kepala sedang, wajahnya bulat, bahu bidang meruncing ke bawah, pinggang lebar, dan pinggulnya kecil adalah ciri-ciri bentuk badan kelompok ini.

Selepas pagi hingga malam hari, hijabi adrenal cukup aktif. Mereka menyukai makanan manis, enak, dan panas juga penggemar cuaca sejuk. Keseimbangan tubuh membuat energi mereka tidak habis. Roti dan pasta gandum, beras merah, sayur, teh herbal, dan buah adalah makanan tepat untuk The Adrenal. Yang boleh dinikmati sedikit sahaja adalah ayam atau ayam belanda berkadar lemak rendah, kekacang dan kafein.

Yang perlu dibatasi adalah makanan tinggi lemak, daging merah, makanan dalaman, telur, dan kerang. Tingkatkan karbohidrat glisemia rendah. Sarapan dan makan siang dengan bahagian yang cukup, makan malam sebelum jam 7, dan snek sepotong buah. Kombinasikan aerobik, pilates, atau yoga untuk otot kencang.

IKLAN

3. THE THYROID

Berpayudara kecil dan susah naik berat badan. Harus membatasi yang manis-manis dan makan protein susu dan telur dengan teratur.

Hyroid cenderung berpayudara kecil. Maklumlah, jenis ini sukar menaikkan berat badan. Kalau beratnya naik, hanya di pinggang dan pinggul atas. Lengan kaki Thyroid proporsional dengan tubuh yang memanjang. Kepala anda kecil dan tajam, diameter dada dan punggung lebar. Baiknya, Thyroid boleh makan apa saja sebelum menopause.

Pada pagi hari, tubuh Thyroid begitu aktif, karena mereka menyenangi makanan berkarbohidrat. Adakah anda punya ciri-ciri itu? Secara teratur, makan makanan berprotein dari susu, telur, daging merah, ayam, ikan, kacang-kacangan dan teh herba. Sayur dimakan dengan ukuran 5-7 bahagian sehari. Hanya dalam ukuran sedang, makanlah keseluruhan biji-bijian dan buah-buahan.

Yang harus dibatasi adalah makanan manis, kafein, gula dan makanan bertepung. Makanlah karbohidrat yang glikemianya rendah. Bahagian makan antara sarapan, makan siang, dan makan malam harus seimbang. Pilihlah snek seperti protein bar, milk shake, dan telur rebus. Cukuplah dengan angkat peralatan berat badan.

IKLAN

4. THE GONADAL

Biasanya bahagian badan yang mudah naik di punggungan dan paha. Ukuran gula yang dimakan harus sedang dan lakukan yoga.

Gonadal punya ukuran dada pelbagai. Ada yang kecil, ada juga yang di atas rata. Biasanya, kenaikan berat badan mudah terjadi di punggung dan paha. Tangannya cenderung kecil dengan jari lonjong atau runcing. Ukuran kaki dan lengan rata, namun paha atas lebih besar. Bentuk kepalanya cenderung oval atau hati, serta pinggul dan bahu melebar. Siang sampai matahari terbenam, tubuh Gonadal sangat aktif.

Jika anda dalam kelompok ini, rutin makan anda harus buah, sayur, olahan susu rendah lemak, karbohidrat berglikemia rendah, ikan, ayam, kalkun, biji-bijian, kacang rebus, serta teh. Perhatikan kalau gula, kafein, dan minyak zaitun yang extra virgin harus dimakan dengan ukuran sedarhana.

Yang perlu dibatasi adalah makanan creamy serta daging merah. Utamakan bahagian ringan ketika makan disiang hari dan sarapan. Kalau ingin mengunyah, makan buah dan kacang dalam bahagian kecil. Agar keinginan mengunyah hilang, minum teh di antaraa waktu makan boleh membantu. Lakukan senaman aerobik, yoga, atau pilates.

Dari beberapa cara diet alami di atas, mana yang termasuk jenis anda? Jom, mula dipraktikkan perlahan-lahan, sis!

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI