Siapa tidak kenal dengan pelantun suara lagu ‘Dan Sebenarnya’ nyanyian Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna yang kini telah melebarkan sayapnya hingga ke persada antarabangsa.

Bukan sahaja cantik, bijak dan berbakat dalam bidang nyanyian, bekas graduan Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu juga turut mempunyai kelebihan bertutur dalam tiga bahasa.

Fasih Bertutur Bahasa Sepanyol!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Y U N A (@yuna)

Selain boleh bertutur dalam bahasa Ibunda iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Antarabangsa, Bahasa Inggeris, Yuna juga fasih bertutur dalam bahasa ketiga iaitu Bahasa Sepanyol.

Perkara berkenaan ditonjolkan Yuna menerusi satu hantaran video di laman Instagram miliknya yang berjaya menguasai bahasa asing dari negara Sepanyol itu dalam tempoh cuma satu bulan.

“One month progress! I need more practice!,” tulis Yuna pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.

Lebih memeranjatkan lagi apabila, anak kelahiran Alor Setar, Kedah ini berjaya menguasai bahasa berkenaan dalam jangka masa sebulan sahaja.

IKLAN

“Hi semua, selamat pagi. Hari ini, saya praktikkan bahasa Sepanyol yang saya pelajari selama  sebulan.

“Hampir sebulan saya belajar bahasa ini, jadi kepada semua, yang ingin tanya soalan kepada saya silakan ya,” kata Yuna dalam bahasa Sepanyol menerusi video tersebut.

Artikel berkaitan: Pencapaian ‘Cemerlang’ Yuna Di Amerika Syarikat, Kini 70 Juta Orang Dengar Lagunya!

Pada hantaran sama, Yuna turut membuka peluang agar para peminat bertanyakan sebarang soalan dalam bahasa Sepanyol dan Yuna akan menjawabnya sebagai praktis untuk bertutur bahasa berkenaan dengan lebih baik.

Yuna dan suami yang telah lama menjadi anak rantau dan bermastautin Amerika Syarikat itu dilihat mampu bertutur dalam Sepanyol dengan baik dan lancar, meskipun hanya baru sahaja mempelajari bahasa tersebut.

IKLAN

Hijabista sempat meninjau ke ruang komen hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan bangga dengan kebolehan bertutur bahasa Sepanyol yang ditonjolkan oleh penyanyi kesayangan mereka itu.

Berikut merupakan beberapa komen positif yang ditinggalkan netizen pada hantaran Yuna.

“Omg, saya suka Yuna mempelajari bahasa Sepanyol  ini, dan mampu bertutur dengan fasih walaupun hanya sebulan dia belajar bahasa ini,” ujar pemilik akaun Instagram @denissehrndz.

Menurut seorang lagi pemilik akaun @heriznaga, katanya, berharap sangat Yuna boleh datang ke Mexico, dan menunggu untuk lagunya dalam bahasa Sepanyol.

IKLAN

“Hello Yuna, fasih dan bagus pertuturan anda dalam bahasa Sepanyol ini. Saya merupakan seorang guru bahasa Sepanyol, sila rujuk saya kalau Yuna ingin terus berlatih bahasa ini. Harap akan ada lagu Yuna dalam bahasa Sepanyol,” ujar pemilik akaun @mispasos pula.

Malah, para peminat Yuna yang begitu teruja turut berharap agar akan ada lagu yang dinyanyikan Yuna dalam bahasa tersebut.

Sumber: Instagram Yunalis Zarai

Artikel berkaitan: ‘Hadiah Paling Bermakna…’- Lepas 6 Tahun Block Di Twitter, Yuna Akhirnya Maafkan Lelaki Ini

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI