Karbohidrat adalah sumber tenaga utama badan. Badan anda menyimpan karbohidrat dalam bentuk gula, dipanggil glikogen. Glikogen adalah seperti bank tenaga. Apabila anda memerlukan tenaga, badan anda boleh menggunakan glikogen untuk menghasilkan tenaga.
Berikut adalah beberapa buah-buahan yang baik untuk dimakan selepas berpuasa untuk membantu memulihkan tenaga yang hilang.
Pisang
Pisang adalah sumber tenaga yang hebat kerana ia mengandungi gula dan serat semulajadi yang membantu melambatkan penghadaman gula. Kandungan nutrisi pisang bermanfaat untuk membantu tubuh mendapatkan kembali tenaga yang hilang.
2. Kurma
Ads
Kurma merupakan sejenis buah yang bagus untuk memulihkan tenaga selepas berpuasa. Mereka mempunyai banyak karbohidrat dan nutrien lain, yang boleh membantu anda berbuka puasa.
3. Aprikot
Aprikot adalah pilihan yang baik ketika berpuasa kerana ia mengandungi vitamin C dan beta-karotena yang tinggi. Nutrien ini telah dikaitkan dengan peningkatan mood dan tahap tenaga. Dalam beberapa kajian, beta-karotena telah dikaitkan dengan peningkatan dalam gangguan suasana hati.
Ads
4. Buah Goji
Goji berry adalah sejenis antioksidan yang boleh membantu menguatkan sistem imun dan menjadikan anda lebih bertenaga selepas berpuasa. Selain itu, Goji berry dipercayai melindungi daripada penyakit mata yang berkaitan dengan usia. Goji berry dapat membantu penglihatan kerana mengandungi antioksidan sihat yang tinggi, terutama zeaxanthin.
5. Strawberi
Ads
Strawberi adalah sumber fenol yang baik, antioksidan yang membantu badan mencipta tenaga pada tahap sel. Mereka juga merupakan sumber vitamin C dan folat yang baik, yang bermaksud bahawa strawberi adalah jenis beri terbaik untuk dimakan selepas berpuasa.
Tembikai ialah buah yang mengandungi banyak air. Apabila anda berbuka puasa, makan tembikai boleh membantu anda terhidrat dan memulihkan tenaga. Kajian menunjukkan bahawa jika tidak mempunyai cukup air dalam badan, anda mungkin berasa lemah dan murung. Walau bagaimanapun, makan terlalu banyak tembikai mungkin tidak baik untuk penghadaman.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Setiap kali tiba tahun baru, pasti anda juga mempunyai azam baru untuk dicapai sepanjang tahun ini. Hijabista yakin anda pasti meletakkan misi untuk menguruskan badan di dalam azam anda kan? Rasanya setiap tahun mempunyai azam yang sama tetapi tak pernah menjadi. Asyik gagal sahaja!
Nah, jangan risau. Apa kata tahun ini anda bersungguh-sungguh untuk mencapai misi yang satu ini. Menguruskan badan atau menurunkan berat badan tidak bermakna anda tidak perlu makan seharian.
Anda cuma perlu mengawal pola pemakanan dan mengambil pemakanan yang tepat. Mungkin sebelum ini anda telah menggunakan teknik diet yang salah hinggakan badan langsung tidak kurus.
Sebaiknya, ambil makanan yang seimbang dan bernutrisi. Hindari 5 makanan ini kalau anda mahu mencapai misi kurus 2018.
Coklat sebenarnya mengandungi banyak gula tetapi anda perlu tahu bahawa semakin gelap warna coklat, ia semakin baik untuk tubuh kita. Sekiranya anda sedang diet, ambil dark chocolate kerana ia mengandungi nutrisi yang menjadi sumber antioksidan pada tubuh.
Warna dan rasa manis gula-gula memang menggoda! Tetapi anda harus hindarinya kerana kandungannya lebih teruk daripada coklat.
Tahukah anda bahawa minuman berkarbonat mengandungi kalori setinggi 139 hingga 141. malah tiada sebarang nutrisi terkandung dalam minuman ini selain daripada gula. Malah, ia mampu meningkatkan risiko serangan jantung, tekanan darah tinggi serta diabetes.
Kuih-muih memang sedap dimakan tetapi ia mempunyai gula yang sangat tinggi dan tidak sesuai dimakan jika anda mahu menurunkan berat badan. Lebih baik anda makan biskut yang mengandungi gandum atau oat.
Jus buah yang dibuat sendiri di rumah lebih banyak mengandungi nutrisi, vitamin, mineral dan serat daripada jus yang dibeli di kedai. Jadi, jika anda buat jus di rumah, jangan tambah sebarang gula.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor menarik nafas lega apabila adiknya Nur Ameera Khan atau lebih dikenali dengan jolokan Little Miss Khan (LMK) kini sudah kembali aktif semula di laman Instagram miliknya.
Model jelita, Ameera Khan itu kembali mengubati segala kerinduan para peminat terhadap dirinya setelah hampir setengah tahun menyepi dan mendiamkan diri dari laman sosial.
Baru-baru ini, menerusi Instagram miliknya LMK memuat naik beberapa keping foto dan video dirinya ketika sedang melaksanakan ibadah umrah, serta sambutan hari lahirnya yang ke-22 tahun di Dubai menerusi Instagram miliknya.
Pada hantaran hari lahir Ameera yang ke 22 tahun itu, komen yang ditinggalkan Neelofa yang juga isteri kepada pendakwah Haris Ismail dan ummi kepada Muhamad Bilal telah menarik perhatian wargamaya.
Neelofa, dalam nada berseloroh mengakui bahawa dia turut merasa lega apabila kini, dia tidak perlu lagi menjawab pertanyaan dan persoalan yang ditimbulkan media berhubung perkembangan terkini LMK berserta ucapan selamat ulangtahun kelahiran buat Ameera.
“Happy birthday baby. Dan akhirnya tak payah nak jawab dah bila media tanya,” komen Neelofa disertakan bersama emoji ketawa.
Meninjau ke ruangkan komen pada hantaran tersebut, Hijabista mendapati rata-rata rakan selebriti dan netizen turut mengucapkan selamat hari lahir buat model muda yang berjaya menempah nama kepersada antarabangsa itu.
Malah, mereka turut menzahirkan perasaan teruja terhadap perkongsian LMK selepas lima bulan mendiamkan diri dari laman sosial.
Sesetengah individu mengalami masalah di mana berat badan tidak naik-naik walaupun sudah makan dalam kuantiti yang banyak. Keadaan ini tentu akan membuatkan anda stress dan asyik memikirkan cara yang sesuai untuk menaikkan berat badan.
Pasti ada sebab mengapa berat badan anda tidak naik-naik walaupun anda sudah makan dengan banyak. Menerusi perkongsian di akaun Facebook milik pakar pemakanan bernama Alhafizah A. Ramos, dia turut berkongsi sebab berat badan susah naik meskipun sudah makan dengan banyak.
Kebanyakan individu yang kurang berat badan akan fikir bahawa metabolisme badan mereka tinggi. Mungkin ya. Tetapi sebenarnya ada beberapa faktor dan sebab lain yang menjadi punca berat badan anda statik.
Jom kita baca punca-punca yang dikongsi oleh Alhafizah A. Ramos. Semoga bermanfaat untuk anda semua.
Golongan kurang berat badan selalu tersisih bila dietitian bercerita pasal makanan. Asyik cerita macam mana nak kurus, nasib mereka yang kurus pula tak terbela. Marilah cerita sikit pasal topik ni.
Biasanya orang yang kurang berat badan, akan fikir yang metabolisma badan mereka tinggi. Sebab tu susah naik berat badan walaupun dah makan macam gajah! Betulkah? Anda pasti anda makan macam gajah? Memang betul ada sesetengah orang mewarisi genetik metabolisma yang tinggi. Makan sikit, tapi kalori terbakar banyak.
Tapi ada banyak faktor lain mengapa anda susah sangat nak naik berat. Metabolisma tinggi tak boleh dijadikan alasan semata. Mesti ada tabiat makan yang anda amalkan, menjadi punca berat badan tak naik-naik.
Saya akan senaraikan antara sebab-sebab umum.
Ini memang antara punca utama. Believe it or not, food is the last thing in their mind. Pelik kan. Tapi itulah mereka. Dorang malas fikir nak makan apa, nak makan mana. Mengunyah pun kalau boleh malas! Bukan macam kita. Tengah mengunyah sarapan dah fikir apa nak makan tengahari.
Bila malas makan, mula lah skip makan. Terutamanya sarapan. Sebab tiada selera atau alasan rush pergi kerja. Bila sibuk kerja, sanggup berlapar sebab kerja lagi penting daripada makan.
Kalau makan kurang, kalori sehari kurang, memang susah naik berat! Tabiat ini berbahaya kerana akan mengundang sakit gastrik. Bila sekali kena, lagi merana hidup. Serius.
Jadi, cuba jangan skip makan. Sesibuk mana pun, standby sekurang-kurangnya satu kotak susu. Cuba tanamkan rasa cinta pada makanan yang sedap-sedap. Tanam azam, untuk makan sarapan, tengahari dan malam setiap hari. Kalau sahur, jangan sahur air kosong ja. Tiada kalori! Paling kurang cuba minum susu atau overnight oat campur susu.
Bila makan, tak banyak pun. Dia kata, dia dah ambil sarapan. Tapi sarapan dia kopi 3-in-1 sahaja. Berapa kalori lah sangat. 20-50 kalori, semua gula. Sekejap dah terbakar. Banyak makan pun, kebanyakannya makanan ringan macam kerepek, aiskrim, roti krim… Susah nak tengok makan nasi lauk. Memang tak cukup kalori lah untuk naik berat .
Ada pula yang suka tunggu sampai perut betul-betul lapar sampai hypo baru nak makan. Bila makan berialah ambil nasi lauk banyak2. Orang tengok pun macam tak percaya! Kurus tapi makan banyak gila! Tapi kawan-kawan tak tahu dah berapa hari dah dorang tak makan sepinggan. Haha.
Ada yang suka order makanan banyak2. Tapi bila makan susah nak habis sebab cepat rasa kenyang! Yang jadi mangsa kawan DBKL yang paksa rela perabih semua makanan dia. Kenapa dorang ni cepat kenyang?
Perut ni kenyal seperti getah. Bila puasa, perut hanya sebesar 50-200 ml sahaja. Tapi bila makan, ia boleh mengembang sehingga 2 – 4 liter untuk muatkan makanan! Bagi perut yang sudah terbiasa makan banyak, kapasiti perut adalah lebih besar. Selagi tak penuh, tak kenyanglah! Tapi bagi orang yang kurus, biasanya perut susah mengembang sebab perut mereka jarang-jarang penuh dengan makanan. Baru makan sikit dah rasa sebu.
– Cuba makan sikit-sikit tapi kerap. Daripada makan berat 3 kali sehari, cuba pecahkan jadi 6 kali sehari. Buat alarm reminder untuk makan pada waktunya! Jangan cuba-cuba skip! Nak naik berat ka tak nak?
– Makan sayur yang sudah dimasak. Bukan ulam atau salad kerana sayur mentah besar saiznya. Nanti perut cepat penuh dan cepat kenyang.
– Jangan makan masin atau pedas sangat. Nanti banyak minum, cepat kenyang. Macam mana nasi nak habis?
– Kurangkan makan sup-sup seperti bakso, laksa, mihun sup. Minum sup ni buat cepat rasa kenyang air semata. Kalori pula tak banyak.
– Makan makanan yang tinggi kalori tapi jumlah sedikit. Contohnya; kekacang (segenggam 150 kalori) atau chia seed (sesudu makan 130 kalori – tabur2 atas air, nasi, sayur), buah kering (contoh: kismis satu genggam 120 kalori)
– Tambah ekstra kalori dalam masakan. Contohnya, tambah cheese dalam telur dadar, makan buah sapu peanut butter, gaul minyak zaitun di nasi kosong, minum oat dengan susu.
– Sediakan snek di tempat kerja. Lapar ja, kunyah terus! Tapi jangan pula snek tak sihat. Biskut kering sapu peanut butter (pilih yang 0 gram Trans Fat/Lemak Trans spt jenama Jacob dan tidak bergula), kekacang, kismis, kurma adalah antara snek sihat.
Makan perlahan juga sebenarnya menyebabkan kita kenyang cepat. Terlalu fokus pada makanan yang hendak di makan akan menyebabkan kita mudah habis selera. Kau tengok nasi, nasi tengok kau, kuis-kuis sampai hilang selera! Macam mana nak dapatkan kalori?
Bukanlah nak suruh makan laju sampai tersedak. Tapi cuba jangan makan terlalu perlahan . Makan macam biasa. Jangan tengok sangat makanan tu. Makan ja. InsyaAllah anda akan berjaya habiskan makanan!
Atau makan bersama kawan-kawan. Sambil berborak, anda takkan sedar yang makanan tiba-tiba dah habis sebab sebok sangat membawang. Makan sambil tengok cerita korea dekat laptop pun boleh membantu anda habiskan makanan tanpa sedar.
Memang air penting untuk kesihatan. Tapi air kosong tiada kalori. Terlalu banyak minum air kosong juga akan menyebabkan kekenyangan sepanjang hari. Elakkan makan berulam air. Minum hanya selepas habis makan. Cuba minum air yang berkalori. Sebagai contoh:
Kekurangan vitamin dan mineral sebenarnya didapati boleh menyebabkan selera makan hilang. Oleh sebab itu ada orang kata, bila makan suplemen vitamin B complex, jadi kuat makan. Sebenarnya bukan jadi kuat makan, tapi dia yang kurang zat (bila kurang makan, kita akan kekurangan zat). Jadi bila makan suplemen, orang yang kekurangan zat akan mula rasa lapar. Itu adalah normal.
Jika anda ingin tingkatkan selera makan, cuba makan suplemen vitamin B complex. Kapsul minyak ikan juga didapati boleh menaikkan selera. Lain orang mungkin lain hasilnya. Tapi apa salahnya mencuba!
Jadi mana satu tabiat anda? Kalau anda dah buat semua tips di atas ni tapi masih tak naik-naik berat, sila PM kerana saya tak percaya. Dan, jangan PM saya pula kalau anda cuba makan banyak tapi usaha tu on off. Untuk naikkan berat badan, kita perlukan masa 3-4 minggu makan banyak untuk nampak hasil. Ganbatte!
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.