Jika anda termasuk skincare junkie, jenis-jenis kulit tentu bukan hal yang asing. Salah satu jenis kulit adalah jenis kulit berminyak. Sayangnya mereka yang memiliki jenis kulit ini akan mengalami masalah kulit wajah jika wajah tidak dirawat dengan sempurna.

Minyak di kulit, atau disebut sebum, dihasilkan oleh kelenjar sebasea (sebaceous glands) yang berukuran sangat kecil, dan jumlahnya paling banyak di kulit wajah dan kepala. Sebum sendiri berfungsi untuk melindungi dan menjaga kelembapan kulit.

Minyak yang dihasilkan oleh kulit muka juga bertujuan untuk melindungi kulit muka anda daripada kekotoran dan habuk. Kebanyakan kita selalu mengeluh kerana mempunyai masalah kulit berminyak.

Masalah kulit berminyak ini timbul apabila minyak yang dihasilkan melebihi apa yang diperlukan.

Apabila kulit muka berminyak ia akan menyebabkan liang pori tersumbat maka jerawat akan mula terhasil di muka anda seterusnya menjadikan anda kurang yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai.

Atasi Kulit Berminyak Dari Dapur Anda

Anda hanya boleh gunakan pisang, madu dan susu/yogurt untuk mengatasi kulit berminyak serta mencerahkan kulit wajah.

IKLAN

Semua bahan ini bagus untuk memberikan kesegaran pada kulit wajah serta mengatasi wajah berminyak.

CARA-CARANYA:
1) Campurkan susu dan madu secukupnya
2) Lumatkan 1 buah pisang ke dalam campuran tadi dan haluskan semua bahan tersebut.
3) Oleskan atau gunakan sebagai masker wajah dan biarkan selama 30 minit dulu
4) Bilas menggunakan air suam dan sambung dengan air biasa.

Lakukannya 2-3 kali dalam seminggu. Masker campuran ini juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit wajah.

IKLAN

KHASIAT PISANG UNTUK KULIT:

Menyembuhkan jerawat
Pisang bagus untuk membantu menyembuhkan jerawat lebih cepat dan berpotensi mencegah munculnya jerawat yang baru. Bahagian dalam kulit pisang yang diusapkan ke kulit wajah, dada, atau punggung yang berjerawat selama 5 minit boleh membantu meredakan inflamasi dan mengeringkan jerawat.

Melembapkan kulit
Kulit pisang mengandungi nutrisi pelembap yang mampu menjaga kulit agar kulit tidak kering. Haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan kuning telur omega. Aplikasikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.

Memutihkan gigi
Gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada gigi setiap hari selama satu minit. Ini boleh membantu gigi terlihat lebih putih secara alami.

KHASIAT SUSU UNTUK KULIT WAJAH:

IKLAN

Mengencangkan pori-pori pada kulit wajah
Susu dapat mengencangkan pori-pori yang terbuka, agar kulit tampak lebih halus dan mulus, bebas komedo

Memutihkan kulit wajah
Kandungan Alpha Hidroxy Acids (AHA) dalam susu dapat mengangkat sel kulit mati, sementara protein dan vitaminnya mengatasi pigmentasi pada kulit.

Menghaluskan kulit wajah
Vitamin A, vitamin B6, vitamin D, biotin, dan protein dalam susu ampuh untuk menjadikan kulit halus dan lembut.

KHASIAT MADU UNTUK KULIT WAJAH:

Menghidrasi kulit wajah
Madu akan membantu melembabkan kulit anda. Kulit akan terasa halus, cerah dan bercahaya. Madu dapat membantu mencegah tanda-tanda penuaan. Madu sarat dengan enzim, antioksidan, probiotik, dan nutrisi yang bersifat anti penuaan. Madu membantu melembabkan dan mengenyalkan kulit.

Membersihkan pori-pori kulit wajah
Madu mengandung sifat antioksidan, antibakteria dan antiseptik yang membantu membuka pori-pori kulit, membersihkannya dan membantu menghilangkan bintik hitam dan bintik putih. Manfaat madu untuk wajah lainnya adalah sebagai eksfoliasi. Madu bertindak sebagai eksfoliasi alami yang lembut pada kulit dan membuat anda memiliki kulit yang lebih cerah.

Mengatasi bibir kering
Penggunaan lipstik secara terus menerus dapat membuatkan bibir pecah-pecah dan dehidrasi. Mengoleskan madu pada bibir secara teratur menjadikan kulit bibir halus dan lembut.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI